28 May 2014

PELANCARAN PHYTOCAL-ST


TERBARU DI SHAKLEE!!!
Shaklee bakal melancarkan produk terbaru iaitu PHYTOCOL-ST pada 7-8 June 2014 nanti...
Ia nya bertujuan untuk menurunkan Paras Kolestrol Secara Semulajadi
Produk ini bakal menjadi pilihan bagi mereka yang menghidap paras kolestrol yang tinggi dan susah untuk diturunkan.
Manfaat utama Phytocol-ST adalah membantu untuk menghalang penyerapan kolestrol dan merendahkan paras kolestrol LDL ( Kolestrol Jahat )
  • Dibuat dengan campuran phytosterols, yang didapati semulajadi dari tumbuh-tumbuhan, buah-buahan ,sayur-sayuran dan bijirin
  • Menyediakan 2000mg phytosterols tumbuhan yang diperlukan setiap hari
  • Phytosterols tumbuhan yang telah terbukti secara klinikal lebih daripada 80 kajian untuk menurunkan kolestrol LDL
  • Menyediakan 100% keperluan harian phytosterol dicadangkan oleh Institut Kesihatan Kebangsaan (NIH)
Jom kita serbu National Conference Shaklee di Sunway Pyramid pada 7-8 June nanti untuk dapatkan suplemen hebat ini!!!

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. 

Zue Mat Amin

VITAMIN UNTUK ATASI SELULIT

Wow.. Wow.. korang nak tahu.. Zue ada jumpa beberapa info menarik tentang selulit.. Selulit atau kulit oren juga dikaitkan dengan pertambahan berat badan dan fungsi metabolik seperti, banyak makan, tidak bersenam, hormon tiroid yang tidak aktif dan alahan pada makanan. Baca lebih lanjut DI SINI.

Pertambahan berat pada bahagian bawah tubuh disebabkan oleh kelemahan kitaran darah. Masalah kitaran darah sangat biasa di kalangan wanita dan ditandai dengan rasa sejuk tangan dan sejuk kaki. Ia terjadi kerana merokok, keturunan, tekanan dan pengambilan kafein. Jom Zue kongsikan beberapa fakta menarik tentang selulit dan tips menarik daripada majalah PA&MA..


Ketika hamil, tubuh mengalami perubahan hasil daripada peningkatan drastik hormon estrogen dan progesteron. Akibatnya, tubuh anda menghasilkan lebih banyak lemak selain pada masa yang sama menyimpan lebih banyak air. Setelah bersalin, tubuh anda sukar untuk kembali ke bentuk asal dalam tempoh yang singkat.

Penurunan berat badan biasanya berlaku secara bertahap dan mengambil masa beberapa bulan lamanya. Oleh kerana itulah, timbunan lemak yang tertinggal juga tidak akan serta-merta hilang. Malah di situlah selulit biasanya timbul.

Tidak Manis Dipandang
Tahukah anda, selulit bukanlah sekadar gumpalan lemak biasa. Ia merupakan timbunan sel-sel lemak pada jaringan kulit yang berlebihan. Apabila ini berlaku, permukaan kulit akan kelihatan tidak rata. Biasanya selulit banyak berselindung di bahagian perut, pinggul, punggung, paha dan lengan.

Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi anda mempunyai selulit. Ini bergantung kepada baka, jantina, jumlah lemak dalam tubuh, umur dan ketebalan kulit. Apabila kesemua atau sebahagian elemen ini bergabung, ia akan membentuk sejumlah selulit di tubuh anda itu. Selulit tidak berbahaya kepada kesihatan namun ia tidak manis dipandang. Oleh kerana itulah kebanyakan wanita yang baru melahirkan anak mahu segera melenyapkan selulit yang ada di sana-sini.

Apakah anda salah seorang daripada mereka? Jika jawapannya ya, anda perlu mengamalkan pola hidup sihat selain menjalani rawatan secara teratur bagi menghapuskan musuh ketat wanita ini daripada pandangan mata.

1. Rajin Bersenam

Selulit timbul akibat pengumpulan sel-sel lemak. Jadi, cara menghilangkannya ialah dengan menghapuskan sel-sel lemak tadi. Oleh itu, anda perlulah rajin bersenam. Senaman diakui dapat menjadikan otot tubuhmenjadi lebih fit, sihat dan segar.
Namun, untuk mengatasi selulit anda tidak boleh sembarangan memilih senaman tanpa mengetahui fungsinya. Dalam merealisasikan impian anda, pilihlah jenis senaman yang dapat membakar lemak di bahagian tubuh di mana selulit bertapak. Contoh terbaik ialah dengan berenang dan berbasikal.

Sehubungan itu, jika anda memilih untuk menggunakan senaman sebagai satu cara untuk melawan selulit, anda perlu pastikan tubuh benar-benar kuat untuk melakukannya. Biasanya, anda yang bersalin normal sudah boleh melakukan senaman selepas 40 bersalin. Namun, bagi yang melalui pembedahan caesarean, tunda dahulu keinginan anda. Anda boleh mula bersenam selepas tempoh tiga bulan tetapi sebaik-baiknya minta nasihat doktor terlebih dahulu.

2. Gizi Seimbang

Biarpun anda ingin kembali langsing, harus diingat anda masih perlu menyusukan bayi. Jadi, anda memerlukan zat pemakanan yang mencukupi agar susu yang dihasilkan berkualiti. Meskipun begitu, ini tidak bererti anda perlu makan dalam jumlah yang banyak. Anda perlu bijak mengatur menu makanan agar setiap hidangan mempunyai nilai gizi yang diperlukan tubuh setiap hari.

3. Urutan + Aromaterapi

Selain daripada memperoleh kenikmatan, urutan dipercayai membantu mengurangkan selulit. Teknik urutan yang betul berfungsi melancarkan peredaran darah. Secara tidak langsung, ia dapat menghancurkan timbunan lemak dalam tubuh yang sekali gus membuat tubuh jadi segar. Untuk menambahkan lagi kenikmatannya, anda boleh menggabungkan urutan dengan penggunaan minyak aromaterapi yang dihasilkan daripada tumbuhan tertentu seperti minyak bunga mawar ataupun lavender.

4. Penggunaan Krim Atau Losyen

Di pasaran banyak terjual krim atau losyen yang dikatakan dapat menghilangkan selulit. Sama ada krim atau losyen, kedua-duanya dipercayai dapat menghancurkan lemak, menghaluskan dan melembutkan kulit.

Walau bagaimanapun, tanya pendapat doktor terlebih sebelum menggunakan sebaran jenis krim atau losyen bagi mengelakkan kesan sampingan yang mungkin boleh berlaku.

5. Minum Ikut Keperluan

Amalkan meminum air putih yang mencukupi iaitu enam hingga lapan gelas sehari bergantung kepada keperluan. Air membantu melancarkan sistem pembuangan termasuk pengeluaran zat-zat yang bersifat racun dari dalam tubuh.

6. Rokok Beracun

Sekiranya anda perokok, hentikan amalan ini. Rokok sudah jelas mengandungi bahan berbahaya yang dapat meracuni paru-paru. Racun daripada rokok akan menyebabkan pembuluh-pembuluh darah halus tersumbat. Ini sedikit sebanyak akan melemahkan fungsi kelenjar dan kelenturan kulit yang akhirnya akan menambahkan lagi selulit di tubuh anda.

7. Hindari Tekanan

Cuba kawal tekanan yang anda alami dengan sebaik mungkin. Ketegangan boleh menyebabkan otot tertekan dan menghambat fungsi kelenjar yang bertugas mengatur sistem pembuangan zat-zat yang tidak diperlukan oleh tubuh.

APA PULA SUPLEMEN YANG MEMBANTU MENGURANGKAN SELULIT?

1) LECITHIN- Nature’s Emulsifier memecah serta mencairkan lemak terutama kolestrol dan mengurangkan lemak yang tersendat di pembuluh-pembuluh darah

2) VITAMIN C- berfungsi membentuk kolagen yang penting dalam memelihara saluran darah yang sihat
3) OSTEMATRIX- Pil Kalsium berserta magnesium yang penting dalam pembentukan tulang dan mengeluarkan hormon & enzim badan serta mengurangkan masalah pengumpulan air ataupun water retention di dalam tubuh
4) GLA- Asid lemak yang baik membantu dalam kehilangan berat badan dengan menyikirkan lebihan berat badan..

APA KATA PENGGUNA SUPLEMEN INI..

TESTIMONI 1

TESTIMONI 2

TESTIMONI 3
*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. 

Zue Mat Amin

SIHAT DAN CERGAS DI BULAN PUASA DENGAN SET MIGHTY 3 GEMS SHAKLEE

Tak lama lagi kita dah nak masuk bulan puasa kan.. kurang dari sebulan je lagi.. Apa persiapan kawan-kawan semua? Baju Raya? Kuih Raya? Duit Raya? Hehe.. tapi sebelum menempuh bulan raya kita haruslah berpuasa Ramadhan dulu.. Dah habis ganti puasa ke? (bagi kaum hawa).. hehe

 
Hari ni Zue nak bercerita tentang persediaan puasa tau.. Bagaimana kita nak sihat dan cergas di bualan puasa nanti.. selalunya awal-awal puasa mesti ada yang letih, tak bermaya kan.. apakata kita cuba SET MIGHTY 3 GEMS Shaklee ni..

Shaklee Mighty 3 Gem amat sesuai diambil oleh semua golongan termasuklah:
  1. Ibu-ibu menyusu yang mahu berpuasa tanpa menjejaskan pengeluaran susu ibu,
  2. Ibu-ibu yang sedang mengandung tanpa rasa risau berpuasa boleh menjejaskan tumbesaran janin,
  3. Pesakit gastrik
  4. Warga emas yang dah kurang selera bersahur dengan menu yang berat.
Mighty 3 Gem juga membantu anda kekal cergas dan bertenaga walaupun sedang berpuasa. Jom kita baca kebaikan setiap satunya..
 
 
ENERGIZING SOY PROTEIN
  • Protein lengkap yang mengandungi 9 asid amino yang sangat tinggi nilainya dalam pembentukan sel.
  • Protein adalah amat penting dalam pembinaan tubuh badan kita, terutama kepada janin dan bayi yang sedang membesar,
  • Membekalkan tenaga,
  • Memberikan rasa kenyang
  • Diperlukan untuk kuku, rambut dan kulit yang sihat
  • Membantu sistem pertahanan tubuh untuk melawan penyakit
  • Membanyakkan susu badan (milkbooster)
  • Membantu mengekalkan kepejalan otot
  • Glisemik rendah yang dapat membantu mengekalkan gula dalam darah yang normal
  • mengekalkan tahap kolestrol normal dan menggalakkan kesihatan jantung dan prostat
MEALSHAKES
  • Meal Shakes Shaklee adalah salah satu pilihan pemakanan yang diberi jolokan ‘easy-on-the-go meal’ kerana penyediaannya yang begitu mudah, dan kandungannya yang lengkap membekalkan nutrient keperluan harian.
  • Meal Shakes sesuai untuk kanak-kanak yang aktif dan tak boleh duduk diam. Sesuai juga buat mereka yang tidak sempat mengambil sarapan dan hidangan yang seimbang. Juga membekalkan nutrisi kepada mereka yang sukar untuk menelan supplemen dalam bentuk pil terutama warga tua.
  • Membekalkan sekurang-kurangnya 35% (atau lebih) Nilai Harian (Daily Value) bagi 19 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh tubuh.
  • Sumber yang kaya dengan kalsium, fibre dan protein.
  • Pilihan terbaik rendah lemak dan rendah glisemik
  • Rasa French Vanilla yang enak (seperti aiskrim vanila), boleh diminum begitu sahaja atau dicampur dengan susu, atau minuman kegemaran.
PERFORMANCE DRINK
  • Ia adalah minuman ahli sukan yang mengandungi imbangan elektrolit yang sempurna untuk membantu mencegah dehydration, seperti fungsi minuman isotonik.
  • Ia membekalkan 3 jenis karbohidrat bagi tenaga dan stamina.
  • Ia bukan milk booster, atau minuman penambah susu, sebaliknya membantu tubuh kita menjaga kestabilan bendalir agar tidak kekeringan.
  • Ia mengandungi formula karbohidrat unik Shaklee iaitu opticarb yang membekalkan tenaga serta merta. Opticarb ialah rangkaian karbohidrat yang memberikan kita tenaga berterusan tanpa menganggu kestabilan gula dalam darah.
  • Fungsinya tak sama dengan milk booster atau makanan penambah susu lain kerana ia bukan untuk menambah susu sebaliknya menjaga sistem tubuh badan kita dalam sehari berpuasa dan menyusu/mengepam.
  • membantu mencegah rasa dehidrasi akibat kurang minum diwaktu berpuasa.
Sempena bulan Ramadhan yang kian hampir menjelma, Zue mengesyorkan kawan-kawan agar mencuba set Mighty 3 Gems Shaklee ni. Sesuai diambil ketika sahur untuk membekalkan tenaga yang berpanjangan sepanjang berpuasa. Jangan risau, set ini sesuai digunakan untuk ibu mengandung atau yang tengah menyusu badan (breastfeeding).

Caranya dengan membancuh ketiga-tiga suplemen ini menggunakan air suam dan diminum ketika bersahur dan berbuka puasa.. Anda pasti sentiasa cergas dan bertenaga!

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. 

Zue Mat Amin

26 May 2014

KURANG TIDUR DALAM WAKTU PANTANG

 
Korang pernah alami tak masalah kurang tidur ni? Zue ni asal dalam pantang je memang kerap sangat alami masalah ni.. Dah 3 kali bersalin pun 3 kali alami masalah ni.. maklumlah baby masih kecik lagi kan.. kita ni risau pun ada.. takut tak sedar bila dah lena tu.. Jom Zue sharekan sikit daripada Dr Zubaidi tentang kekurangan tidur dalam waktu pantang..
 
Kredit : Dr Zubaidi Ahmad

Ramai wanita yang baru melahirkan anak (berada dalam waktu pantang) mengalami masalah kekurangan tidur akibat terpaksa melayan bayi yang baru dilahirkan.

Bayi yang baru dilahirkan tentu mahukan perhatian yang lebih sama ada mahu disusukan, ditukarkan lampin, dimandikan dan diajak bermain.

Oleh itu mereka harus menyedari tanda-tanda yang menunjukkan mereka mengalami kekurangan tidur. Jika tidak mereka akan jatuh sakit kerana daya tahan menjadi kurang dan tidak ada kekuatan untuk menjaga bayi mereka.

Tanda-tanda kekurangan masa tidur bukan setakat hanya rasa letih . Ini dapat dirasakan apabila masa tidur di waktu malam mereka terganggu selama empat atau lima malam.

Jarang wanita yang berada dalam masa pantang mendapat lebih daripada empat jam tidur yang nyenyak.

Selain mudah jatuh sakit, mereka agak lambat terhadap bertindakbalas terhadap suatu perkara. Ini sangat bahaya jika mereka memandu atau memasak. Selain itu mereka agak sukar untuk memberikan fokus terhadap kerja mereka.

Antara tanda bahaya bagi seseorang wanita yang tidak cukup tidur ialah:

1. Berasa sangat letih
2. Mudah untuk rasa marah dan bersikap tidak memperdulikan
3. Berasa kekok melakukan kerja yang biasa dilakukan
4. Mudah melepaskan barang yang dipegang atau terlanggar atau menumpahkan sesuatu
5. Rasa sangat stress
6. Sukar untuk meluahkan perasan
7. Sukar untuk menumpukan perhatian
8. Berasa tidak lapar atau ada kalanya rasa sangat lapar dari kebiasaannya.
9. Rasa fikiran terlalu penuh dan tidak mampu berfikir untuk perkara yang mudah seperti menu masakan hari ini.

Jadi jika mengalami masalah ini harus mendapat tidur yang cukup. Mungkin minta pertolongan ibu atau saudara untuk menjagakan bayi untuk beberapa jam bagi mendapatkan tidur yang cukup.

Bagi Zue pula.. rasa stress dan letih dapat diatasi dengan pengambilan Set Berpantang Shaklee.. Dengan pengambilan yang betul dan rehat yang secukupnya badan dan pemikiran kita pasti akan lebih cergas serta bandan juga lebih bertenaga.. Jom cuba SET BERPANTANG SHAKLEE


*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. 
Zue Mat Amin

25 May 2014

CARA MENGATASI KULIT BERMINYAK

Salah satu punca jerawat di wajah adalah di sebabkan oleh kulit yang berminyak. Terdapat beberapa punca yang boleh mengakibatkan punca kulit beminyak dan cara menanganinya.. Apakah?? Jom baca info selanjutnya..

Penyebab dan Cara Merawat Kulit Wajah Berminyak Berjerawat.

Kulit menghasilkan minyak yang berfungsi sebagai pelindung kulit dari bahaya dari luar seperti pencemaran dan debu yang akan masuk kedalam pori-pori kulit. Selain itu minyak pada kulit sebagai cairan yang mampu menjaga keremajaan kulit dan menjadikan kulit menjadi kenyal. Namun kelebihan minyak pada kulit wajah khususnya akan menambah masalah baru bagi kita.

Kelebihan minyak pada kulit wajah atau kita sebut wajah berminyak akan menyebabkan kurangnya keyakinan diri ketika berdepan dengan umum kerana wajah akan terlihat kusam dan berlikat. Wajah berminyak juga akan menangkap udara di sekitar dan mengendapkan debu dan pencemaran di wajah. Akibatnya pori wajah tertutup dan timbulah jerawat.

SEBAB-SEBAB KULIT BERMINYAK:

1. Makanan yang Berlemak
Makanan yang mengandungi banyak lemak tidak baik untuk kesihatan manusia kerana adanya penimbunan lemak dan menimbulkan penyakit. Masalah minyak berlebihan adalah masalah yang  timbul akibat mengambil makanan yang mempunyai lebih lemak.

2. Hormon tidak Seimbang
Minyak berlebihan pada wajah merupakan salah satu tanda seseorang itu sudah pun meningkat ke alam dewasa. Perubahan-perubahan sebegini harus ditempuhi oleh seseorang remaja. Pada orang dewasa khususnya wanita masalah minyak berlebihan selalunya terjadi ketika kedatangan haid. Maka dari itu kegiatan yang kita lakukan sebaiknya dikontrol dengan baik. Pemakanan yang seimbang dengan kegiatan yang kita lakukan akan mengurangi jumlah minyak yang keluar dari tubuh kita.

3. Salah Pilih  Kosmetik
Sebahagian besar remaja wanita yang meningkat remaja sudah mula memakai peralatan kosmetik yang diperbuat daripada bahan kimia. Kosmetik sedemikian dapat menjadikan kulit wajah lebih berminyak dan sensitive apabila kulit muda tidak dapat menerima bahan-bahan kimia tersebut.

4. Keturunan
Orang tua tidak hanya mewariskan harta kepada anaknya tetapi juga mewariskan sebahagian  sifat genetiknya (pasti). Jika orang tua kita mempunyai masalah kulit wajah yang berminyak kita berkemungkinan juga memiliki keturunan genetik yang sama. Kita tidak mampu menolak masalah ini tetapi kita mampu mengatasinya.

Berikut terdapat beberapa cara bagi menangani masalah kulit wajah yang berminyak..

CARA MENGHILANGKAN WAJAH BERMINYAK

1. Mencuci Muka
Menjaga kebersihan muka sangatlah penting. Untuk menghindari minyak berlebihan,  cukup mencuci muka dengan sabun 2x sehari (jangan lebih). Kelebihan mencuci muka dengan sabun dapat menghindari lapisan kulit wajah daripada pancaran sinaran matahari dan menyebabkan minyak bertambah banyak.

2. Minum Air Putih
Minum 2 liter air putih sehari akan menjaga metabolisme pada tubuh. Jika kita melakukan kerja-kerja berat setiap hari dan ditambah pula dengan sukan olahraga tubuh yang mengandungi banyak air, peluh yang keluar akan lebih sedikit mengadungi minyak.

3. Air Hangat
Sapu tangan kecil di celupkan ke dalam air suam yang telah dicampur sedikit garam, sapukan secara berlahan ke wajah. Rasakan sensasi kesejukannya setelah itu. Air hangat akan membuka pori wajah dan garam akan mengangkat kotoran pada wajah.

4. Putih Telur
Gunakan sebagai masker. Caranya pecahkan telur dan pisahkan kuning dan putihnya. Pukul putih telur hingga berbuih. Sapukan ke wajah dan biarkan mengering. Kemudian bersihkan dengan air suam.

5. Tomato/Timun/Kentang
Ketiga buah ini dapat digunakan sebelum tidur. Caranya sangat mudah.cuci muka terlebih dahulu. Hiriskan salah satu dari buah tersebut. Usapkan ke wajah, biarkan kering. Keesokkan harinya basuh muka dengan air suam. Setelah itu bilas dengan air sejuk untuk menutup kembali pori wajah.

6. Daun Sadri
Sebagai penyedap makanan, ternyata daun sadri  juga mampu mengurangkan kadar minyak pada wajah. Caranya potong kecil daun sadri dan masukkan ke dalam periuk kecil yang telah diisi dengan 2 gelas dan dibiarkan mendidih. Rebus selama 15-20 minit. Angkat dan sejukkan. Sapukan pada wajah secara merata. Tunggu hingga benar-benar meresap. Bilas dengan pembersih muka .

Itulah beberapa cara tradisonal menghilangkan wajah berminyak yang dapat dilakukan dengan mudah dirumah. Jangan gelojoh membeli kosmetik yang pelbagai kerana cara tradisional juga mampu merawat masalah kulit berminyak ini serta tidak mendatangkan kesan sampingan.

 
Rangkaian set ENFUSELLE ini mempunyai jawaban bagi menangani masalah kulit berminyak ini. Mengandungi Vitamin E dan mempu menjadikan kulit wajah bersih dan menghapuskan minyak serta kotoran degil.
 
 Zue Mat Amin

24 May 2014

MANFAAT BAWANG PUTIH

Bawang putih merupakan salah satu jenis rempah ratus yang biasa dijadikan masakan. Sama seperti kunyit, bawang putih memiliki manfaat yang sangat besar bagi kesihatan kerana bawang putih mempunyai 1001 manfaat di dalamnya.

Menurut laman Times of India, pada bawang putih mengandung lebih dari 100 bahan kimia biologis yang bermanfaat. Bawang putih juga memiliki berbagai anti-bakteri, anti-virus, sifat anti-jamur dan anti-oksidan.


8 MANFAAT BAWANG PUTIH UNTUK KESIHATAN

1. Menurunkan Kolesterol

Berbagai penelitian menunjukkan dengan mengambil 600 mg bawang putih setiap hari dapat menurunkan kadar kolesterol.

2. Mengubati Penyakit Kulit

Bawang putih juga mampu melawan infeksi dan bakteria sehingga membuatnya menjadi ubat yang efektif untuk kutil dan masalah kulit lainnya.

3. Melancarkan Peredaran Darah

Bawang putih merupakan afrodisiak yang besar. Kerana itu bawang putih dapat membantu meningkatkan sirkulasi darah dan juga membantu melambatkan ereksi. Jadi sangat baik untuk masalah seksual, tenaga dan juga menaikkan energi seksual.

4. Mengawal Kadar Gula Dalam Darah

Mengawal kadar gula dalam darah dengan meningkatkan pelepasan insulin pada pengidap diabetes. Bawang putih mampu menjadi salah satu makanan yang baik untuk pengidap diabetes.

5. Anti-bakteria

Louis Paster menjadikan bawang putih sebagai antibakteria,  sedangkan Albert Schweitzer dari Afrika memanfaatkannya sebagai ubat sembelit. Sifat antibakteria dan anestesi pada bawang putih juga dapat membantu menyembuhkan sakit gigi.

6. Menurunkan Tekanan Darah

Selain itu, bawang putih juga sangat membantu mengurangi tekanan darah tinggi dan pengaliran darah pada organ tubuh. Bawang putih dapat menghentikan pembekuan darah di pembuluh darah tubuh.

7. Menurunkan Risiko Kanser Paru-paru

Penelitian terbaru di China menunjukkan bahawa bawang putih mentah mempunyai kesan menangani berbagai gangguan kesihatan, termasuk penyakit-penyakit kronik dan kanser paru-paru. Para pengkaji bawang putih memberitahu bahawa manfaat bawang putih itu berkait rapat dengan kandungan allicin di dalamnya.

8. Kesihatan Jantung

Serangan jantung terjadi kerana rendahnya pembekalan oksigen ke dalam tubuh. Bawang putih yang segar ternyata lebih baik dalam mengurangi kerosakan akibat rendahnya pembekalan oksigen tersebut.

Agar kandungan yang terdapat pada bawang putih tidak hilang, sebaiknya bawang putih diambil dalam keadaan mentah. Jika tidak suka dengan rasa dan aromanya, bolehlah ditambahkan sedikit madu. Baca juga mengenai manfaat bawang merah untuk kesihatan.

Tak perlu susah-susah kalau kita memang jenis susah nak telan bawang putih tu.. Shaklee menyediakan Garlic Complex untuk anda..


GARLIC COMPLEX (klik untuk info lanjut)
 

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. 

Zue Mat Amin

22 May 2014

FUNGSI VITAMIN A PADA TUBUH MANUSIA

Carotomax merupakan Vitamin A yang sangat diperlukan bagi kita yang sering menghidapi masalah penglihatan. Selain penglihatan, carotomax juga berfungsi sebagai Vitamin A bagi menangani beberapa masalah lain pada tubuh manusia.. Jom kita berkenalan dengan Vitamin A.
 
 Vitamin A merupakan vitamin yang sangat penting yang diperlukan untuk mata, transkripsi gen, meningkatkan fungsi kekebalan tubuh, dan kesihatan kulit. Kekurangan vitamin A dapat memberikan kesan yang sangat buruk bagi kesihatan seperti menyebabkan kebutaan dan meningkatkan infeksi virus. Vitamin A perlu diambil dengan lemak (cth: gulai lemak, kari) untuk memiliki penyerapan yang optimal.

FUNGSI DAN MANFAAT VITAMIN A

Kesihatan Mata

Vitamin A memiliki peranan penting dalam kesihatan pancaindera penglihatan manusia. Vitamin ini membantu menyalurkan objek yang diterima oleh retina mata ke otak sebagai sebuah gambar. Retinol yang berperanan  dalam hal ini.

Antioksidan

Salah satu bentuk Vitamin A adalah beta karoten, merupakan vitamin antioksidan yang mampu menangkal radikal bebas. Baik radikal bebas yang berasal dari oksidasi tubuh mahupun polusi dari luar.

Sistem Imun

Vitamin A juga berfungsi sebagai sistem imun eksternal yang melindungi tubuh dari radikal bebas, virus, bakteria, jamur dan patogen. Pemakanan yang mengandungi vitamin A  dan dimakan harian bererti dapat meningkatkan kekebalan tubuh.

Mencegah Kanser

Vitamin A mampu melawan kanser dengan menekan pertumbuhan DNA dalam sel-sel kanser.

Penyembuhan Luka

Vitamin A dapat membantu menjaga kesihatan jaringan di dalam tubuh kita. Sehingga dapat membantu mempercepat proses penyembuhan luka.

Pertumbuhan

Vitamin A juga sangat diperlukan untuk pertumbuhan dan perkembangan embrio pada janin, dan menentukan gen pada proses pembentukan organ-organ perkembangan embrio.


PERANAN VITAMIN A DALAM PENGLIHATAN

Vitamin A berperanan penting dalam pembentukan penglihatan bagi manusia. Vitamin A juga berfungsi untuk membantu menukar signal molekul dari sinar yang diterima oleh retina untuk menjadi suatu gambar di otak kita. Selain itu, yang berperanan dalam proses tersebut adalah retinol. Bersama dengan rodopsin, retinol akan membentuk kompleks pigmen yang sensitif terhadap cahaya untuk mentransmisikan signal cahaya ke otak. Oleh kerana itu, kekurangan vitamin A di dalam tubuh seringkali mengakibatkan fatal pada organ penglihatan.

BUAH-BUAHAN YANG MENGANDUNGI VITAMIN A

1. Epal

Buah epal banyak mengandung vitamin. Misalnya vitamin A, vitamin B1, vitamin B2, vitamin B3, vitamin B5, vitamin B6, vitamin B9 dan vitamin C. Buah epal juga banyak mengandung mineral seperti kalsium, magnesium, potasium, zat besi, dan zinc. Selain vitamin dan mineral, buah epal banyak mengandung serat dan sangat sesuai untuk orang yang sedang diet. Serat boleh memberikan rasa kekenyangan yang lebih lama. Serat berguna mengikat lemak dan kolesterol jahat di dalam tubuh sebelum akhirnya dibuang.

2. Pisang

Pisang merupakan salah satu buah yang banyak mengandung vitamin A. Buah pisang sangat baik bagi kesihatan tubuh, dan sangat disyorkan kerana memiliki banyak manfaat. Salah satu kelebihan pisang iaitu mudah dicerna, sehingga pisang merupakan sumber tenaga yang cepat dan baik. Selain itu, pisang juga dapat membantu menghilangkan rasa letih setelah bekerja atau berolahraga.

3. Betik

Betik mengandungi sejumlah vitamin, salah satunya adalah vitamin A. Buah betik bermanfaat mengeluarkan racun dari dalam tubuh dan meningkatkan kekebalan. Pokok betik termasuk pokok yang memiliki banyak manfaat. Selain buah dan daunnya, biji betik juga sangat baik untuk membantu menyembuhkan masalah pencernaan. Kandungan antiseptiknya membantu menjaga sistem pencernaan dari bakteria.
 
SAYUR-SAYURAN YANG MENGANDUNGI VITAMIN A

Selain buah-buahan, vitamin A juga banyak dijumpai di dalam sayuran. Sayuran yang mengandungi Vitamin A seeloknya tidak dimasak terlalu lama agar kandungan vitamin A-nya tidak hilang. Sayuran yang banyak mengandung vitamin A misalnya sebagai berikut :

1. Tomato
Tomato adalah buah yang “pelik”. Banyak yang lebih suka menggolongkan tomato sebagai “sayuran” daripada sebagai “buah”. Apapun, tomato adalah buah yang banyak mengandung vitamin A dan juga vitamin C. Kandungan vitamin A nya mencapai 1600 IU, sehingga tomato sangat baik untuk kesihatan mata. Sedangkan kandungan vitamin C pada tomato dapat mencapai 35 mg. Tomato yang berukuran sedang, sedikitnya terkandung 30 kalori di dalamnya. Tomato juga sangat baik untuk memelihara kesihatan gusi dan mempercepat kesembuhan luka.

Menurut seorang doktor specialist nutrisi, tomato mengandungi berbagai zat yang berguna bagi tubuh. Misalnya, protein, fosfor, zat besi, belerang, vitamin A, vitamin B1, vitamin C dan betakaroten jenis likopen.

2. Lobak Merah

Lobak merah sudah lama terkenal sebagai sayuran yang banyak mengandung vitamin A. Lobak merah sangat baik bagi kesihatan penglihatan. Selain itu, lobak merah juga dapat menurunkan hipertensi. Lobak merah juga bisa untuk menghaluskan kulit wajah karena lobak merah pun ternyata dapat dibuat sebagai masker wajah.

3. Bayam
Bayam merupakan sumber vitamin A yang baik. Bayam mengandungi beta karoten yang hampir setara dengan lobak merah. Selain itu, bayam juga mengandung zat besi yang tinggi. Bayam yang berwarna tua sangat baik bagi kesihatan mata. Manfaat bayam lainnya misalnya melawan infeksi yang menyerang tubuh, memicu pertumbuhan, sebagai antioksidan, dan bermanfaat bagi ibu hamil dan menyusu. Bagi yang sedang bermasalah dengan buah pinggang bayam boleh diambail dengan cara direbus.

4. Labu kuning

Labu kuning banyak mengandung vitamin A dan baik bagi kesihatan pencernaan. Labu kuning banyak dijumpai ketika bulan Ramadhan dan banyak dimanfaatkan untuk berbuka puasa.

5. Cabai Merah

Cabai merah ternyata banyak mengandung vitamin A. Selama ini cabai merah banyak dikenali hanya kerana rasanya yang pedas, sebagai bumbu dapur dan untuk menghangatkan tubuh.

MAKANAN LAIN YANG MENGANDUNGI VITAMIN A

Selain buah-buahan dan sayuran, makanan lain yang mengandungi banyak Vitamin A adalah jenis makanan dari sumber haiwan seperti minyak ikan, susu, keju, telur, dan yogurt.

Mengambil makanan yang mengandung vitamin A tentu baik untuk meningkatkan kesihatan dan daya tahan tubuh. Namun, vitamin A sebaiknya diambil bila diperlukan sahaja. Mengambil Vitamin A yang berlebihan akan memberikan kesan lain seperti kulit jadi kering dan tidak sihat, bahkan mual dan muntah-muntah.

 
Carotomax Shaklee merupakan Vitamin A yang diperlukan bagi yang mengalami masalah-masalah seperti di atas. Ketahui manfaat CAROTOMAX (klik di link) di sini.

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. 
Zue Mat Amin


21 May 2014

KENAPA SAYA PILIH SHAKLEE?

 
Harini nak cerita kenapa tiba-tiba Zue memilih Shaklee sebagai perniagaan sampingan sedangkan Zue kini meruapakan pegawai kerajaan berstatus tetap di sebuah Jabatan Kerajaan. Emm.. nak tahu ke? Mula-mula sekali Zue nak ucapkan terima kasih pada Mak Shaklee Zue iaitu Maznifaeza Mustaffa dek kerana dialah Zue sekarang bergelar SHAKLEE INDEPENDANT DISTRIBUTOR! Terima kasih banyak-banyak Mommy.. Jasamu ku kenang hingga ke akhir hayat... :)

 
Bermulanya kisah di suatu hari, ceewahhh.. hari tu hari pertama bekerja setelah 3 bulan cuti berpantang anak ke 3 Zue Aliff Hazeem (dalam gambar). Rambut gugur menjadi puncanya.. Orang kata sebab baby menghembus tapi lama kelamaan makin banyak.. kalau mandi tu mesti kena kutip kat penutup lubang air tu. Lebih kurang segenggam jugak la.. takut masa tu dibuatnya.. kita ni dok bayangkan botak je.. hehe.. kalau setakat jarang-jarang ok lagi ni kot-kot la botak sini skit sana skit.. tak ke malu jadinya.. Bila kat ofis, kita ni kan rajin melayan fb, so ter'tengok' la Cik Adik Manis a.k.a Junior masa sekolah dulu ni rajin buat bisnes.. Bisnes Shaklee la apa lagi.. Sedangkan dia tu masih bekerja, Engineer Site lagi kan.. Mula-mula beli suplemen untuk rambut gugur, lepas tu sangkut lagi beli suplemen jerawat resdung plak..
 
Beli..beli.. dan beli lagi.. Sebab apa? Sebab Shaklee ni memang best.. Natural bukan Sintetik macam suplemen-suplemen lain.. Zue suka Shaklee dan tak pilih suplemen lain dah, tapi tak taulah kawan-kawan pulak macam mana kan? Nak tahu macam mana nak kenal satu-satu suplemen tu sintetik atau natural? Senang je, buka penutup botol dan seal botol tersebut, tengok dalam botol ada tak 'silica gel' .. kalau tak de, YES!! itulah suplemen natural dan jika ada 'silica gel' itu merupakan suplemen sintetik ye kawan-kawan... Zue dah bagitau, so sekarang pilihan di tangan kawan-kawan sendiri lah ye.. Nak sihat Zue syorkan pilihlan suplemen tanpa 'silica gel' tu ok!
 
Setelah 8 bulan ambil Shaklee tiba-tiba tergerak pulak hati nak join Shaklee, pada mulanya nak join sebab nak dapatkan harga ahli je tapi lama-kelamaan bila fikir punya fikir bagus jugak kalau Zue jadikan sebagai pendapatan sampingan kan.. Bukannya nak kena keluar modal banyak-banyak pun, hanya RM75 (termasuk RM10 postage) je.. mana nak cari dah MLM yang hanya bermodalkan RM75 je kan.. So, tak buang masa dah terus join. 17.08.2013 adalah hari pertama dalam sejarah SHAKLEE.. Alhamdulillah..
 
 
Langkah pertama Zue buat adalah ikut je apa kata Mak Shaklee Zue ni.. duplicate setiap apa yang dia lakukan. Alhamdulillah.. menjadi.. bulan kedua join dah mula naik rank pertama iaitu Supervisor dengan pendapatan 4 angka.. Syok betul masa tu.. Kemudian, buat lagi.. duplicate lagi.. pada tanggal Oktober 2013 naik lagi rank ke Senior Supervisor. Teruja daku dibuatnya sebab pada tanggal 8 Mac 2014 (hari MH370 hilang) Shaklee memberi penganugerahan pertamanya kepada Zue di Hotel Tower Regency Ipoh. Syokkan bila terima anugerah camni? Orang tak dapat kita dapat.. Of coz la syok.. hihi..

 
Sekarang Zue dok mengejar rank Coordinator pulak. Setakat harini Alhamdulillah semuanya berjalan lancar cuma keadaan sibuk bekerja hakiki tu je.. Coordinator mencecah 5 angka bonus tau uolls.. Sape nak? Jom join Shaklee cepat.. hehe
 
SAYA SAYANG BISNES SHAKLEE SAYA..
 
Zue Mat Amin

20 May 2014

KENALI WARNA URIN ANDA


“Kenapa bila saya buang air kecil warna urin saya kuning macam B-Complex?”Adoiii.. takut pulak bila tengok warna urin bertukar menjadi kuning gelap kan.. Anda tahu tak kenapa ia bertukar ke warna kuning gelap selepas anda mengambil B ComplexShaklee tu.. Saya tahu sebabnya.. saya pasti anda sebenarnya kurang minum air sebanyak 3 liter sehari kan?


Sebenarnya adalah sangat normal apabila mengambil supplement yang mengandungi vitamin B, warna urin akan berubah menjadi kuning cerah. (Urin biasa berwarna kuning pucat). Ini adalah kerana vitamin B merupakan vitamin larut air, dan Riboflavin yang tidak diserap, disingkirkan melalui air kencing dan memberi warna kuning cerah kepada urin.

Jadi sebelum anda menggelabah tak tentu hala dan buat keputusan untuk stop mengambil B-Complex ada baiknya kita belajar mengenali warna kencing kita dan simpton yang dibawa bersamanya..

Kuning cerah atau terang - Urin yang NORMAL. Ini menandakan tubuh anda cukup air yang diperlukan.

Kuning coklat - kekurangan air dalam badan hingga berlaku hidrasi.Banyakkan minum air putih.
 
Kuning gelap -  Warna ini berkemungkinan menunjukkan sama ada pengambilan ubat-ubatan atau mempunyai masalah dengan organ hati atau hepatitis...Sebaiknya buat rujukan doktor.
 
Putih susu -  kemungkinan anda mengalami jangkitan di saluran kencing atau terdapat batu karang.
 
Merah atau pink -  Samaada campuran darah atau pemakanan pewarna.jangkitan pada buah pinggang atau penyakit berkaitan atau kerosakan sel darah merah.Sebaiknya buat rujukan doctor.
 
Oren -  kesan pengambilan ubat
 
Biru/ hijau - Banyak kes air kencing berwarna biru atau hijau kerana pengambilan ubat yang berkaitan dengan saluran air kencing..
 
Keruh/kekelabuan - air urin kotor atau jangkitan pada saluran kencing.
 
Biru – kesan pengambilan ubat-ubatan
 
DESKRIPSI WARNA AIR KENCING

1. Air kencing adalah putih
Jika air kencing anda berwarna putih boleh menunjukkan phosphaturia. Phosphaturia adalah satu tahap peningkatan garam fosfat dalam air kencing. Phosphaturia tidak semestinya berbahaya. Ia boleh merengsa dan dalam beberapa kes batu buah pinggang. Hubungi doktor anda sebagai langkah berjaga-jaga. Air kencing putih juga mungkin menandakan kebocoran atau limpahan sistem limfa untuk saluran buah pinggang atau kencing (chylurie). Ini terutamanya biasa di plasmacytoma hyperfosfaterurie dan mengekang. Air kencing keruh susu biasanya menunjukkan kepada pyuria (sel darah putih dalam air kencing)
 
2. Air kencing adalah kelabu
Air kencing kelabu atau grayish boleh menjadi pelopor kepada batu karang. Batu karang biasanya bermula sebagai debu mikroskopik, tetapi juga begitu besar sehingga mereka tidak dapat dijelaskan apabila kesakitan membuang air kecil. Minum air yang mencukupi (dengan jus lemon jika perlu), senaman yang mencukupi dan mengambil vitamin tambahan boleh memberi manfaat. Jika anda mengalami sakit atau pedih semasa kencing anda lebih baik sebagai langkah berjaga-jaga, hubungi doktor anda.
 
3. Air kencing adalah coklat
Warna perang air kencing itu mungkin termasuk menunjukkan kanser pankreas, penyakit buah pinggang, pembentukan myeloma, tetapi juga berlaku semasa mengandung. Penyakit hati, warna air kencing berwarna perang oleh pengeluaran bilirubin (bahan yang dikeluarkan pada pecahan sel darah merah lama). Hepatitis, saluran hempedu tersumbat tersumbat atau air kencing berwarna perang biasanya bir.
 
4. Air kencing berwarna hitam
Apabila seseorang mengidap melanoma (barah kulit yang timbul daripada sel pigmen), kemudian hitam air kencing. Air kencing hitam biasanya menunjukkan perkumuhan air kencing melanin, satu pigmen kulit organik. Sebaiknya dapatkan rujukan doktor.
 
5. Air kencing berwarna merah
Salah satu simptom utama penyakit buah pinggang atau kegagalan buah pinggang berfungsi. Mungkin ada kencing serius atau masalah buah pinggang seperti pundi kencing atau kanser buah pinggang, glomerulonephritis, batu karang, buah pinggang atau seangkatan dengannya.. Apabila ragu-ragu adalah dinasihatkan untuk berjumpa doktor.
 
6. Air kencing gelap
Pewarna kuning dalam air kencing tidak pernah ditemui lagi. Air kencing adalah sangat gelap apabila seseorang kehilangan banyak kelembapan dalam masa yang singkat, contohnya dengan berpeluh semasa bersenam. Juga, air kencing pagi sering gelap kerana semasa tidur berpeluh. Air kencing kuning gelap boleh kadang-kadang juga menunjukkan simptom penyakit.
 
7. Air kencing keruh
Hujan air kencing biasanya menunjukkan pyuria : Kehadiran nanah atau nanah di dalam air kencing, jangkitan saluran kencing contohnya oleh keradangan atau uretra. Ini sering diiringi dengan merasa gatal, dan sakit semasa kencing dan pembuangan darah dalam air kencing. Dengan pemerhatian ini, anda temu janji dengan doktor. Air kencing keruh juga boleh disebabkan oleh garam kristal asid urik atau asid fosforik.

Jadi tak perlulah kita gelabah sekiranya warna urin adalah kuning cerah, kerana tidak ada apa yang perlu dirisaukan. Sebaliknya jika kuning yang gelap, ia menandakan tubuh menghadapi kekurangan air (dehidrasi) dan perlu minum lebih banyak air sekurang-kurangnya 3 liter sehari seperti yang disarankan oleh doktor. Ia merupakan satu petanda bagus iaitu tubuh kita bertindakbalas dengan baik terhadap vitamin B tersebut. Namun sekiranya warna tersebut bertukar menjadi pelik (rujuk di atas), sila lah berjumpa doktor dengan kadar segera.

sumber : mazeermohamad.com

Zue Mat Amin

19 May 2014

PETUA UNTUK KURANGKAN SAKIT GIGI


 
Harini nak share tentang petua sakit gigi. Sakit gigi memang menyeksakan.. Harap-harap dengan petua-petua ni ia membantu rakan-rakan kembali pulih seperti sediakala sebelum sampai tarikh temujanji dengan doctor..
 
 SELAMAT MENCUBA!!! 

Petua 1:

Gigit 3 kuntum bunga cengkih pada tempat yang sakit. Kalau gigi berlubang, tumbuk cengkih dan isi di dalam lubang gigi anda dan tutup dengan kapas.

Petua 2:

Ambil isi lidah buaya dan diletakkan pada tempat yang sakit. 2 hingga 4 jam.

Petua 3:

Ambil satu sudu teh garam dan masukkan ke dalam secawan air panas. Setelah garam melarut dan air menjadi suam, berkumur dengan air garam tersebut sehingga sakit gigi anda reda.

Petua 4:

Ambil 10-15 helai daun sirih tua direbus dengan air sebanyak 4 – 6 gelas sehingga mendidih. Sejukkan dan tapiskan.Berkumurlah dengan air daun sirih sehingga sakit gigi hilang.
 

Petua 5:

Kunyahlah sirih yang dicampur sedikit kapur. Letakkan pada gigi yang sakit. InsyaAllah sakit gigi akan berkurangan. .

Petua 6 :

Cuba minum air rebusan kulit pokok dan daun pokok gajus untuk mengurangkan sakit gigi.

Petua 7 :

Ambil serbuk jintan hitam atau minyak jintan hitam (habatussauda), letakkan ke dalam gigi yang berlubang.

Petua 8:

Ambil daun serai dan tumbukkan hingga hancur. Masukkan ke dalam air hangat dan tambah sedikit garam. Air serai ini hendaklah digunakan sebagai bahan kumur.

Petua 9 :

Ambil sedikit kapur sirih dan sapukan pada gigi yang sakit itu. Insya-Allah sakit gigi anda cepat hilang.

Petua 10 :

Giling halus beberapa kuntum bunga cengkih, bunga lawang, asam gelugur, halia dan lada. Sumbatkan ramuan tersebut ke dalam gigi berlubang.

Petua 11:

Ambil betik muda yang mempunyai banyak getah.Kemudian getah tersebut dititiskan pada lubang gigi yang sakit itu dengan menggunakan kapas.Elakkan daripada terkena lidah kerana ia akan menimbulkan rasa gatal sekiranya terkena.

Petua 12:

Ambil getah pokok kemboja dan letakkan ke dalam gigi yang berlubang. Jika gusi pula bengkak maka sapukan getah tadi di tempat yang bengkak.

Petua 13:

Campurkan sedikit air suam dengan sedikit cuka. Berkumurlah dengan campuran tadi untuk mengurangkan sakit gigi.

Petua 14 :

Ambil kapas dan dijadikan bebola. Celupkan ke dalam minyak masak yang telah digunakan. Letakkan ke dalam piring lalu bakar kapas sekejap dan jangan sampai jadi abu. Padamkan api dan letakkan kapas tersebut ke dalam gigi yang berlubang. Perlu diberi perhatian jangan terkena gusi.

Petua 15:

Ambil pucuk dan daun pokok cengkih lalu di kunyah-kunyah untuk mengurangkan sakit gigi.

Petua 16:

Ambil akar senduduk putih direbus dan airnya digunakan untuk berkumur.

Petua 17 :

Ambil buah tomato muda kemudian dibelah dua, setelah itu masukkan tomato tadi sebahagian kecil ke dalam gigi anda yang sakit. Seandainya gigi anda dimakan ulat pasti ulatnya akan keluar dengan sendirinya. Dan tidak lama kemudian berkumur-kumurlah bila terasa sembuh. Jika petua ini sesuai pasti anda tidak akan diulangi sakit gigi lagi.
 

Petua 18:

Letakkan campuran serbuk lada dan minyak bunga cengkih pada gusi dan gigi berlubang.

Petua 19:

Rendamkan sedikit gambir dalam setengah cawan air suam. Tumbuk sehingga separuh hancur. Masukkan gambir ini ke dalam gigi yang sakit.Gambir akan mengebaskan gusi tapi jangan menggunakan banyak kerana akan mengebaskan seluruh mulut.Insyaallah berkesan .

Petua 20 :

Rebus garam, air dan limau nipis yang di belah empat sehingga mendidih. Kemudian biarkannya sehingga suam dan berkumurlah sekerap yang boleh. Lakukan setiap hari sehingga sakitnya berkurangan.

Petua 21 :

Goreng asam jawa beberapa minit. Kemudian bakar sedikit garam kasar ke dalam daun pisang. Tumbuk kedua-dua bahan ini sehingga halus. Kemudian tampalkan pada gigi yang sakit.

Petua 22:

Hiris bawang putih dan tempelkan pada gigi yang sakit. Biarkan selama satu jam.

Petua 23:

Daun sirih yang sudah diletakkan minyak kelapa, dilayurkan atau dipanggangkan pada api, kemudian tampalkan pada pipi yang sakit itu, lakukan dua kali satu hari sampai tiga hari berturut-turut.

Petua 24 :

Ambil tempurung kelapa,garam,bunga cengkih dan madu lebah.Tempurung dibakar hingga menjadi arang kemudian ditumbuk bersama-sama dengan garam dan dicampurkan dengan madu lebah.Ramuan ini hendaklah digunakan untuk menggosok gigi pada setiap hari.Bunga cengkih dapat menyembuhkan sakit pada gusi.Garam dapat menahan pengaliran darah.

Petua 25:

Ambil sepotong kecil bawang merah dan tempatkan pada bahagian gigi yang sakit untuk meredakan gigi yang sedang sakit.Mengunyah bawang merah selama 3 minit dinyatakan cukup untuk membunuh semua kuman di mulut.

PETUA MENANGANI SAKIT GIGI BERLUBANG

Petua 1:

Tumbuk beberapa kuntum bunga cengkih. Kemudian sumbatkan pada gigi yang berlubang tadi.
Petua 2:

Kunyah sirih yang dicampur sedikit kapur. Letakkan pada gigi yang sakit.
Petua 3:

Goreng asam jawa beberapa minit. Kemudian bakar sedikit garam kasar ke dalam daun pisang. Tumbuk kedua-dua bahan ini sehingga halus. Kemudian tampalkan pada gigi yang sakit.

Petua 4:

Hiris bawang putih dan tempelkan pada gigi yang sakit. Biarkan selama satu jam.

Petua 5:

Rendamkan sedikit gambir dalam setengah cawan air suam. Tumbuk sehingga separuh hancur. Masukkan gambir ke dalam gigi yang berlubang..
 
Cubalah.. mana tau sikit sebanyak dapat mengurangkan rasa sakit tu...
 
Zue Mat Amin

ANAEMIA : KEKURANGAN ZAT BESI BAGI WANITA HAMIL

APA ITU ANAEMIA?

Anemia, perkataan yang berasal daripada bahasa Greek yang membawa pengertian "tiada darah", merujuk kepada kekurangan sel darah merah (RBC) dan/atau hemoglobin. Ini mengurangkan keupayaan darah untuk memindahkan oksigen ke tisu-tisu, dan mengakibatkan hipoksia; oleh sebab semua sel manusia bergantung kepada oksigen untuk hidup, tingkatan-tingkatan anemia yang berbeza-beza menimbulkan pelbagai masalah. Hemoglobin (protein yang membawa oksigen di dalam sel darah merah) harus hadir untuk memastikan pengoksigenan yang mencukupi bagi semua tisu dan organ badan.


3 JENIS ANAEMIA YANG PERLU KITA KETAHUI

1. Kehilangan darah akut (mendadak) yang berketerlaluan (genting seperti dalam kes pendarahan akibat kecelakaan, atau kronik (melalui kehilangan darah isi padu rendah dalam jangka masa lama);
2. Pemusnahan sel darah yang berterlaluan (hemolisis); dan
3. Pengeluaran/penghasilan sel darah merah yang kurang (hematopoiesis yang tidak berkesan).

Bagi wanita-wanita yang datang haid, kekurangan ferum (zat besi) dalam diet merupakan satu sebab yang umum untuk kekurangan pengeluaran sel darah merah.

Anemia merupakan gangguan darah yang paling biasa. Terdapat berbagai-bagai sebab yang mendasari anemia. Anemia boleh digolongkan melalui berbagai-bagai cara, berdasarkan morfologi atau bentuk sel darah merah, mekanisme etiologi, dan simptom klinikal yang boleh dikesan, antara lain.

JUMLAH ZAT BESI YANG DIPERLUKAN KETIKA HAMIL

Sebelum hamil, anda memerlukan kira-kira 15 miligram (mg) zat besi sehari. Jumlah ini agak banyak. Kebanyakan daripada kita mungkin tidak dapat memenuhi keperluan yang disarankan ini. Semasa hamil, anda perlukan lebih zat besi untuk membantu mengekalkan kesihatan anda dan bayi. Jika anda tidak mendapat zat besi yang mencukupi untuk menjana penghasilan hemoglobin bagi anda berdua, anda mungkin akan mengalami anaemia akibat kekurangan zat besi. Ini merupakan jenis anaemia yang paling biasa berlaku dalam kehamilan. Kira-kira satu dalam lima wanita mengalaminya semasa hamil.

APAKAH SUMBER ZAT BESI YANG DIPERLUKAN?

Seorang wanita hamil memerlukan 30mg zat besi setiap hari. Seperti mana kebanyakan vitamin dan mineral lain, makanan ialah sumber terbaik bagi zat besi. Anda sepatutnya tidak perlu mengambil suplemen jika anda makan banyak sumber makanan yang kaya dengan zat besi. Ini bermakna anda perlu makan banyak sayur-sayuran berdaun hijau tua, roti bijian penuh, bijirin yang diperkaya dengan zat besi, kentang, daging merah tanpa lemak, kerang-kerangan, kismis, prun dan kekacang.

Vitamin C membantu badan anda menyerap zat besi dalam pemakanan. Cuba minum banyak jus oren atau makan buah-buahan atau sayur-sayuran yang kaya dengan vitamin C semasa memakan makanan yang kaya dengan zat besi untuk membantu mengelak daripada mendapat anaemia.

Teh dan kopi membuatkan sukar bagi badan anda menyerap zat besi. Oleh itu, lebih baik jika anda elakkan meminumnya semasa waktu makan. Klik sini untuk mengetahui sumber makanan daripada ZAT BESI

UJIAN MENGENALPASTI PENGHIDAP ANAEMIA

Anaemia dapat dipastikan jika tahap hemoglobin anda kurang daripada 11.0 gm/dl. Ujian darah yang anda perlu jalani di klinik antenatal dapat menguji samada hemoglobin anda berada pada tahap yang memuaskan ataupun tidak. Agak normal juga bagi tahap hemoglobin untuk turun sedikit semasa hamil kerana terdapat lebih banyak cecair dalam darah anda yang mencairkan sel-sel darah merah.Doktor hanya akan mempreskripsikan pil zat besi jika tahap zat besi anda turun ke tahap sangat rendah.

KEMUNGKINAN WANITA HAMIL MENGHIDAP ANAEMIA

Wanita yang mengamalkan diet yang rendah zat besi lebih berkemungkinan mengalami anaemia. Anda juga lebih berkemungkinan menghidap anaemia akibat kekurangan zat besi semasa hamil jika bekalan zat besi dalam badan anda telah sedia berkurangan, mungkin kerana jarak antara kehamilan terdahulu dan kehamilan kini sangat rapat, atau darah haid anda keluar sangat banyak sebelum anda hamil.

Jika anda mengandungkan anak kembar, maka keperluan bagi setiap bayi juga boleh meningkatkan risiko anda mengalami anaemia.

Thalassaemia juga adalah penyebab biasa bagi anaemia semasa hamil. Thalassaemia ialah penyakit kecelaruan darah yang diwarisi, di mana keupayaan untuk menghasilkan rantai hemoglobin, samada alfa ataupun beta, terjejas. Thalassaemia alfa lebih banyak berlaku di Malaysia berbanding thalassaemia beta. Baca lebih lanjut mengenai thalassaemia dalam kehamilan.


SIMPTOM-SIMPTOM ANAEMIA

Keletihan dan sesak nafas adalah tanda-tanda biasa bagi anaemia. Namun anda mungkin tidak sedar bahawa anda menghidap anaemia kerana simptom-simptom ini juga dialami oleh ramai lagi wanita hamil yang tidak mengalami anaemia.

Sakit kepala, tinnitus (telinga berdengung) dan jantung berdebar adalah simptom-simptom lain anaemia, selain mempunyai tabiat mengidam makanan yang tidak biasa. Kelopak mata, dasar kuku dan lidah juga mungkin kelihatan pucat.

RAWATAN ANAEMIA

Doktor anda akan berbincang dengan anda tentang pemakanan untuk memastikan anda makan cukup makanan yang betul, dan beliau juga mungkin mempreskripsikan pil zat besi.

Keburukan pil zat besi ialah walaupun ia boleh memperbaiki tahap zat besi dalam badan, ia juga mempunyai kesan sampingan yang kurang menyenangkan. Pil zat besi boleh menyebabkan sembelit dan masalah perut yang lain seperti loya, cirit-birit dan sakit perut. Meningkatkan pengambilan serat dalam diet semasa mengambil pil zat besi boleh membantu mengelakkan sembelit. Mengambil pil tersebut semasa waktu makan pula boleh membantu mengurangkan kesan sampingan yang lain.

Jika anda rasa kesan sampingan tersebut menjada masalah serius kepada anda, mintalah doktor anda mempreskripsikan jenama yang lain atau mengurangkan dos yang perlu anda ambil kerana dos yang rendah mungkin lebih baik daripada tidak mengambilnya langsung.

ADAKAH ANAEMIA YANG SAYA ALAMI INI MENJEJASKAN KESIHATAN BAYI SAYA?

Melainkan anda menghidap anaemia yang serius, anda tidak perlu bimbang mengenai bayi anda. Badan anda akan memastikan bahawa bayi mendapat jumlah zat besi yang diperlukannya sebelum anda mendapatnya. Oleh itu, anda akan kekurangan zat besi dahulu sebelum bayi anda. Bayi anda menggunakan bekalan zat besi paling banyak dalam trimester kedua dan ketiga kehamilan, oleh itu, masa inilah anda perlu lebih menjaga diri sendiri.

SUPLEMEN SHAKLEE YANG DI SYORKAN UNTUK IBU HAMIL DAN MENYUSU

 
 
 
*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. 
Zue Mat Amin
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2012 Reserved to superbvitaminme
Design by Ccicute Design