25 January 2014

SET MEMBANTU ANAK FOKUS BELAJAR SHAKLEE

sumber: pama.karangkraf.com


Tajuk ini sering menjadi persoalan dan sering bermain di dalam fikiran ibu bapa. Memang anak sebegini kelihatan normal, seperti anak orang lain, boleh bercakap dan berjalan, boleh bermain. Namun demikian, bila masa belajar, resah gelisah. Buka buku sekejap, sudah penat. Bila diajar, tidak faham. Faham hari ini, esok lupa. Baca merangkak-rangkak. Buat kerja sekolah kelam kabut. Tulisan tunggang langgang. Apa sebenarnya yang tidak kena?

Anak sebegini baik di pra sekolah atau sekolah sekalipun sentiasa duduk di dalam kelas yang terakhir, dan dapat nombor yang tercorot. Anak ini sentiasa di'cop' lembap, malas, bodoh dan bermacam-macam nama lain. Kadang-kadang ibu bapa hanya lepas tangan kerana percaya bahawa anak mereka ini sudah semulajadinya begitu. Tiada apa yang boleh dilakukan.

SIMPTOM KECEDERAAN OTAK


Sebenarnya masalah yang dialami anak-anak ini adalah symptom kecederaan otak. Apabila otak yang elok mengalami kecederaan yang sederhana berat atau ringan, hasilnya adalah anak yang mengalami masalah pembelajaran. Kecederaannya tidak begitu berat sehingga ia tidak dapat bertutur atau berjalan namun demikian hakikat yang sebenarnya anak ini juga mengalami kecederaan otak.

Dengan itu, untuk berjaya dalam mengatasi masalah anak ini, sudah tentunya jawapannya adalah dengan merawat punca masalah anak itu, dan bukan dengan hanya menangani simptomnya sahaja.

Di dalam 6 tahun pertama hidup anak, otak anak akan berkembang dengan amat pesat. Perkembangan ini berlaku bertahap-tahap dan adalah selaras dengan fungsi-fungsi tertentu.

Di antara fungsi yang amat penting adalah kebolehan anak menjulur dan merangkak. Kedua-duanya amat penting kerana di tahap inilah pembentukan focus, dan pematangan otak tengah berlaku yang juga memberi kesan kepada daya imbangan dan koordinasi anak.
 

Malangnya dewasa ini ramai anak yang tidak lagi menjulur dan merangkak. Ramai juga anak yang diletakkan di dalam ‘walker’ dan tidak merangkak dan menjulur, tetapi terus berjalan. 

Malah ada ibu bapa yang tidak ingat sama ada anak mereka menjulur dan merangkak semasa bayi.

Ramai juga yang terlampau sayangkan anak sehingga anak itu sentiasa didukung atau dikendong. Pantang menangis saja pasti akan didukung. Akibatnya, anak ini tidak menjulur maupun merangkak.


Fungsi ini menyebabkan anak tidak membentuk fokus dengan betul. Ini menyebabkan anak mengalami kesukaran membaca kerana perkataan, terutama yang bersaiz kecil kelihatan kabur, terbalik dan ini mengelirukan anak. Inilah yang menyebabkan anak tidak dapat memberi tumpuan begitu lama. Mata mereka cepat menjadi penat dan mereka akan mengadu pening kepala.


Ini tidak bermakna anak ini lembap atau kurang bijak. Ternyata ramai di antara mereka cukup bijak bila diajak berbual atau melakukan suatu tugas selain membaca. Mereka hanya mempunyai masalah dalam saluran penglihatan yang dikawal oleh otak mereka.

KENAL PASTI MASALAH ANAK


Ada juga anak yang dikatakan lembap ini yang sebenarnya mempunyai masalah dyslaterality. Setiap anak, apabila mencapai umur enam tahun sepatutnya sudah mencapai kawalan otak yang dominan antara otak kiri atau kanan. Yang ketara sekali kita perhatikan dari segi tangan yang digunakan untuk menulis, sama ada kanan ataupun kidal.


Sekiranya menulis dengan tangan kanan, ia juga sepatutnya menggunakan kaki kanan dengan lebih cekap, mata kanan dan telinga kanan. Ini menandakan bahawa anak ini dominan di sebelah otak kiri. Namun demikian, ada anak yang tidak mencapai kawalan otak dominan ini, dan sekiranya diperhatikan mungkin menulis dengan tangan kanan tetapi lebih banyak menggunakan kaki kiri, mendengar dengan telinga kiri dan melihat dengan mata kanan. Keadaan inilah yang disebut dyslaterality.


Anak ini akan mengalami masalah bila mula belajar membaca dan menulis. Ia sering melihat dan menulis huruf terbalik iaitu “b” sebagai “d” atau “2” sebagai “5”. Ini akan berlanjutan sehingga perkataan juga akan ditulis terbalik, kerana sebenarnya anak ini ‘melihat’ perkataan itu terbalik.


Anak-anak ini juga sering mengalami masalah mengeja dan mempunyai tulisan yang kelam-kabut. Ada juga yang gagap. Ramai di antara mereka menghadapi kesukaran membuat keputusan dan gopoh melakukan sesuatu, terutamanya perkara yang memerlukan koordinasi yang baik seperti bersukan.

Anak-anak seperti ini sebenarnya bukan mengalami masalah intelek tetapi masalah penglihatan, imbangan dan koordinasi yang amat rumit disebabkan kecederaan otaknya.


Masalah ini juga bukan masalah psikologi atau psikiatrik. Ia masalah yang boleh ditangani dengan program pembangunan otak yang intensif dan tersusun, berserta dengan program diet dan pemakanan yang ketat.


Untuk membantu anak seumpama in, ibu bapa dan guru-guru harus memahami apa yang sedang berlaku kepada anak. Adalah juga penting untuk mereka memahami tentang pembangunan otak serta perkara yang yang akan mempengaruhi pembangunan itu.


Berbekal pengetahuan dan kefahaman ini ibu bapa juga guru dapat menjalani program pembangunan otak yang intensif dan membantu kanak-kanak ini berfungsi seperti rakan-rakan sebayanya. Malah tidak menghairankan sekiranya ada yang mampu menyaingi rakan-rakannya yang lain.


ANAK SUKAR FOKUS? SERING KELETIHAN? LEMAH DAYA INGATAN??

OMEGA GUARD MINYAK IKAN SUPPLEMENT PILIHAN IBU BAPA SELURUH DUNIA

√ Mengandungi Omega 3 yang penting bagi perkembangan dan fungsi otak.*
√ meningkatkan keupayaan retina (mengoptimakan penglihatan untuk proses berfikir & melihat).
√ Menapis segala virus dan bacteria daripada badan.
√ Untuk sistem imun badan, membaik pulih sel, sistem pencernaan,mengawal suhu badan.

MEALSHAKE PROTEIN BAIK YANG MENGEKALKAN TAHAP KESIHATAN OPTIMUM ANAK

√Membekalkan sekurang-kurangnya 35% (atau lebih) Nilai Harian (Daily Value) bagi 19 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh tubuh.
√Merupakan sarapan pagi terbaik yang kaya dengan fibre , kalsium dan protein
√meningkatkan sistem imunisasi anak


Dapatkan segera bagi mengatasi masalah kurang fokus dikalangan anak-anak kita..


Zue Mat Amin

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2012 Reserved to superbvitaminme
Design by Ccicute Design