04 April 2014

MAKANAN YANG DIPERKAYA DENGAN ZAT BESI

Tahukah anda bahawa makanan yang mengandungi zat besi yang tinggi sangat diperlukan bagi wanita hamil dan juga wanita yang menyusukan bayi. Ia sangat penting bagi mengelakkan wanita hamil dan menyusu daripada menghidapi anaemia.. iaitu penyakit kekurangan zat besi dalam tubuh.

 
 Zat besi penting bagi pembentukan sel darah merah di dalam darah. Ini kerana kekurangan zat besi dalam badan boleh menyebabkan keletihan, pucat, jantung berdebar-debar, mudah sakit kepala serta kaki bengkak. Bagi wanita yang mengandung, dikhuatiri mungkin mengalami kehilangan darah yang banyak , oleh itu wanita yang mengandung disarankan mempunyai simpanan zat besi yang cukup di dalam badan semasa menghampiri tarikh kelahiran.

Wanita yang mengandung di Malaysia dibekalkan dengan pil supplemen zat besi bagi menambah kandungan zat besi dalam darah. Namun, elok juga jika wanita mengamalkan makanan yang kaya dengan zat besi supaya kadar zat besi dalam darah tetap mencukupi tanpa memerlukan supplemen.

APAKAH MAKANAN YANG DIPERKAYA DENGAN ZAT BESI


1. BIJIRIN

Bijirin seperti Nestle Crunch, Honey Star, Milo dan sebagainya sangat digemari ramai. Ia sedap dimakan begitu sahaja, atau ditambah dengan oatmeal atau susu, ianya sangat sedap dan berkhasiat. Cuma ianya juga mengandungi kandungan gula yang tinggi, oleh itu jika anda juga seorang yang obes/ mengidap kencing manis, haruslah berhati-hati mengambilnya. Kandungan zat besinya ialah sebanyak 68mg (376% DV) setiap 100 grams atau 28mg (158% DV) setiap cawan (42 grams).

2. SERBUK KOKO

Serbuk koko mengandungi 36mg (200% DV) setiap 100 grams 1.8mg (10% DV) bagi setiap sudu besar (5 grams). Ia selalu digunakan dalam masakan seperti puding, jeli, minuman dan sebagainya.

3. SPIRULINA ATAU RUMPAI LAUT

Spirulina mengandungi sebanyak 29mg (158% DV) bagi setiap 100 gram atau 2mg (11% DV) setiap sudu besar (7 grams).


4. MAKANAN LAUT

Makanan laut secara amnya tinggi dalam zat besi. Udang sebanyak 3 oz, dapat membekalkan zat besi sehingga 132% DV. Makanan lain seperti tiram (57%) dan sotong (51%).

5. HATI AYAM, LEMBU DAN KAMBING

Oleh kerana hati merupakan tempat simpanan zat besi, semestinya hati merupakan makanan yang tinggi kandungan zat besinya. Dalam setiap 100g hati, kandungan zat besi adalah sebanyak 23g atau 129% DV.

6. KACANG

Kacang seperti cashew, hazel dan almond, juga mengandungi kandungan zat besi yang tinggi. Dalam 100g kacang, ia membekalkan sebanyak 34% DV). Kacang juga digalakkan kerana tinggi dalam omega-3 yang dapat membantu perkembangan otak bayi.


7. SAYURAN HIJAU

Sayuran hijau terutamanya bayam sangat digalakkan kerana selain mempunyai zat besi, ia juga mengandungi vitamin C. Vitamin C sangat diperlukan bagi meningkatkan serapan zat besi. Semangkuk bayam membekalkan sebanyak 6g zatbesi atau 36% DV.


8. DAGING

Kandungan zat besi dalam daging sebanyak 100g membekalkan 21% DV. Kandungan zat besi dalam daging / sumber haiwan lebih mudah diproses berbanding dari sumber tumbuhan.

9. BUAH PRUN

Prun merupakan buah yang sangat lazat. Rasanya manis dan lembut, mudah disediakan serta mengandungi kandungan potassium yang tinggi. Prun juga membantu melawaskan sistem pemakanan dan mengatasi masalah sembelit yang biasa dialami wanita mengandung. Kandungan zat besi dalam prun adalah sebanyak 3.5mg (20% DV) setiap 100 gram atau 4.7mg (26% DV) setiap cawan(132 grams).


10. TEMPE

Tempe merupakan makanan yang enak dan kaya dengan protein. Ia juga tinggi zat besi di mana kandungan zat besinya 2.7mg (15% DV) setiap 100 gram atau 4.5mg (25% DV) setiap cawan(166 grams). Tempeh boleh digoreng begitu sahaja, di masak bersama sayur atau ditambah dalam masakan seperti sambal goreng.

Jangan abaikan makanan yang mengandungi zat besi ye ibu-ibu..

Zue Mat Amin

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2012 Reserved to superbvitaminme
Design by Ccicute Design