10 July 2014

APA ITU PROLAPSE DAN CARA MENANGANINYA

Assalamualaikum semua.. Salam Ramadhan Al Mubarak.. Sebelum ni kita dah bercerita tentang set-set puasa dan bagaimana cara nak menambahkan tenaga semasa di bulan puasa kan? so.. jom kita belajar bab lain pulak harini.. tentang permasalahan wanita..

PROLAPSE adalah keadaan di mana sistem peranakan iaitu rahim dan servik mengalami kejatuhan atau turun ke dalam vagina. Ini disebabkan ligamen dan tisu yang menyokong sistem peranakan ini menjadi lemah akibat dari proses melahirkan anak pada masa lalu.

Apabila sistem menyokong sistem peranakan ini menjadi lemah, maka rahim serta servik akan jatuh ke bawah.

Bukan itu saja, selalunya pundi kencing di depan dan rektum di belakang akan diheret bersama dengannya. Wanita yang mengalami keadaan ini akan mengadu ada sesuatu dalam vagina mereka.

Jika mereka meneran ketika berada di bilik air, ada "ketulan” merah terkeluar dari vagina. Kebiasaannya, ini adalah pundi kencing yang akan nampak dulu. Pemeriksaan seterusnya menunjukkan wujud prolapse sistem peranakan.

Kadangkala ada ibu-ibu yang mengalami kencing tidak lawas atau sukar membuang air kecil. Prolapse kebiasaan terjadi kepada wanita yang melahirkan ramai anak, bekerja berat, menopaus dan mempunyai sejarah dalam keluarga yang mengalami masalah sama.

 
 JENIS-JENIS PROLAPSE RAHIM
 
1. Bahagian atas/bumbung faraj

Sekiranya bahagian atas yang terlibat, maka rahim akan jatuh ke bahagian faraj (uterine prolapsed)

Peringkat 1: Rahim terturun sedikit. Kebanyakan wanita mungkin tidak menyedarinya. Selalunya keadaan ini hanya diketahui apabila pemeriksaan dijalankan oleh doktor atas tujuan lain seperti pap smear

Peringkat 2: Rahim jatuh lebih jauh ke bawah dan pangkal rahim boleh dilihat di muka pintu faraj
Peringkat 3: Hampir keseluruhan rahim jatuh terkeluar dari faraj.

2. Bahagian hadapan

Pundi air kencing jatuh ke dalam faraj (sistosele). Ia akan menolak dinding faraj ke hadapan yang menonjol seperti satu benjolan. Kebiasaannya pundi dan salur kencing akan jatuh sekali (Cystourethrocele) dan paling biasa terjadi di kalangan wanita.

3. Bahagian belakang faraj

Sebahagian dari usus kecil yang mengisi ruang antara rahim dan faraj boleh jatuh di kawasan antara faraj dan bahagian akhir usus besar (rektum). Keadaan ini dipanggil enterosele. Jika rektum pula yang jatuh, ia akan membentuk satu benjolan di belakang faraj berhampiran dengan dubur. Ini dipanggil rektosele.

Kemungkinan besar, kedua-dua keadaan ini boleh berlaku serentak dan harus diperiksa secara menyeluruh. Ini amat penting kerana jika tidak didiagnosis, boleh meningkatkan kesengsaraan pesakit lebih-lebih lagi selepas pembedahan.

Ada lagi satu keadaan dipanggil vault prolapse yang berlaku selepas pembedahan histerektomi atas apa jua masalah. Ini mungkin mengambil masa untuk berlaku setelah sokongan oleh otot-otot keliling dan bekas jahitan pada faraj menjadi lemah lalu jatuh ke bawah. Ia terjadi pada 15 peratus wanita yang menjalani pembedahan histerektomi disebabkan masalah prolapse dan hanya satu peratus atas alasan lain seperti fibroid.

Masalah peranakan jatuh boleh diklasifikasikan kepada tiga peringkat yakni bergantung kepada kedudukan rahim wanita terbabit.

TERBAHAGI KEPADA 3 KES

Tahap 1 (1° UV prolapse), berlaku apabila rahim turun daripada kedudukan asal tetapi masih berada di dalam lubang faraj.

Tahap 2 (2° UV prolapse),berlaku apabila sebahagian rahim sudah keluar dari lubang faraj.

Tahap 3 (3° UV prolapse),dikenal pasti apabila seluruh rahim berada di luar faraj.


TANDA-TANDA RAHIM/ PERANAKAN JATUH

- Terasa sesuatu terkeluar di bahagian faraj
- Ketulan pada faraj
- Sakit pelvis / ari-ari (dragging pelvic pain)
- Sakit belakang
- Sakit semasa hubungan seks
- Pendarahan faraj selepas menopaus
- Inkontinens kencing atau kencing tidak terkawal
- Sukar buang air kecil / besar

PENCEGAHAN

Langkah yang terbaik bagi wanita ialah mencegah setelah mengetahui punca atau faktor-faktor yang mungkin menyebabkannya. Di antara langkah-langkah tersebut ialah:
  • Elakkan berdiri terlalu lama. Ambil masa untuk duduk seketika dan melunjurkan kaki ke atas bangku. Ini selalu berlaku pada jururawat, guru, doktor dan juga mereka yang selalu ke kawasan kerja seperti jurutera
  • Melakukan senaman pelvik adalah amat penting walaupun di zaman bujang lagi. Ia menguatkan otot-otot dalaman, membantu mempercepatkan proses pemulihan pascasurgeri, mendapatkan semula rasa mengawal kencing dan mengurangkan sakit belakang
  • Amalkan pemakanan yang betul bagi mengelakkan sembelit kronik.
  • Banyakkan makan sayur-sayuran, buah- buahan dan bijirin/bran. Elakkan dari meneran di bilik air lebih 15 minit. Puas atau tidak, sila keluar dari bilik air
  • Memakai girdle/sut pelangsingan badan yang sesuai boleh membantu tetapi bukan korset yang amat ketat
  • Jangan merokok dan jauhkan diri daripada perokok bagi menghindari batuk yang kronik
  • Elakkan mengandung yang kerap dan rapat. Cubalah kaedah-kaedah perancang keluarga yang mempunyai peratus kejayaan tinggi.
 
ANDA JUGA BOLEH MENCUBA ALFALFA COMPLEX SEBAGAI MEMBANTU PERMASALAHAN INI.

 
Tak salah mencuba kan.. demi kesihatan bersama.. saya memang mengesyorkan..
 
https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=f36b63f4ca5d8a47097f5c0b69d9d306

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Zue Mat Amin

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2012 Reserved to superbvitaminme
Design by Ccicute Design