Carotomax merupakan Vitamin A yang sangat diperlukan bagi kita yang sering menghidapi masalah penglihatan. Selain penglihatan, carotomax juga berfungsi sebagai Vitamin A bagi menangani beberapa masalah lain pada tubuh manusia.. Jom kita berkenalan dengan Vitamin A.
Vitamin A merupakan vitamin yang sangat penting yang diperlukan untuk mata, transkripsi gen, meningkatkan fungsi kekebalan tubuh, dan kesihatan kulit. Kekurangan vitamin A dapat memberikan kesan yang sangat buruk bagi kesihatan seperti menyebabkan kebutaan dan meningkatkan infeksi virus. Vitamin A perlu diambil dengan lemak (cth: gulai lemak, kari) untuk memiliki penyerapan yang optimal.
FUNGSI DAN MANFAAT VITAMIN A
Kesihatan Mata
Vitamin A memiliki peranan penting dalam kesihatan pancaindera penglihatan manusia. Vitamin ini membantu menyalurkan objek yang diterima oleh retina mata ke otak sebagai sebuah gambar. Retinol yang berperanan dalam hal ini.
Antioksidan
Salah satu bentuk Vitamin A adalah beta karoten, merupakan vitamin antioksidan yang mampu menangkal radikal bebas. Baik radikal bebas yang berasal dari oksidasi tubuh mahupun polusi dari luar.
Sistem Imun
Vitamin A juga berfungsi sebagai sistem imun eksternal yang melindungi tubuh dari radikal bebas, virus, bakteria, jamur dan patogen. Pemakanan yang mengandungi vitamin A dan dimakan harian bererti dapat meningkatkan kekebalan tubuh.
Mencegah Kanser
Vitamin A mampu melawan kanser dengan menekan pertumbuhan DNA dalam sel-sel kanser.
Penyembuhan Luka
Vitamin A dapat membantu menjaga kesihatan jaringan di dalam tubuh kita. Sehingga dapat membantu mempercepat proses penyembuhan luka.
Pertumbuhan
Vitamin A juga sangat diperlukan untuk pertumbuhan dan perkembangan embrio pada janin, dan menentukan gen pada proses pembentukan organ-organ perkembangan embrio.
PERANAN VITAMIN A DALAM PENGLIHATAN
Vitamin A berperanan penting dalam pembentukan penglihatan bagi manusia. Vitamin A juga berfungsi untuk membantu menukar signal molekul dari sinar yang diterima oleh retina untuk menjadi suatu gambar di otak kita. Selain itu, yang berperanan dalam proses tersebut adalah retinol. Bersama dengan rodopsin, retinol akan membentuk kompleks pigmen yang sensitif terhadap cahaya untuk mentransmisikan signal cahaya ke otak. Oleh kerana itu, kekurangan vitamin A di dalam tubuh seringkali mengakibatkan fatal pada organ penglihatan.
BUAH-BUAHAN YANG MENGANDUNGI VITAMIN A
1. Epal
Buah epal banyak mengandung vitamin. Misalnya vitamin A, vitamin B1, vitamin B2, vitamin B3, vitamin B5, vitamin B6, vitamin B9 dan vitamin C. Buah epal juga banyak mengandung mineral seperti kalsium, magnesium, potasium, zat besi, dan zinc. Selain vitamin dan mineral, buah epal banyak mengandung serat dan sangat sesuai untuk orang yang sedang diet. Serat boleh memberikan rasa kekenyangan yang lebih lama. Serat berguna mengikat lemak dan kolesterol jahat di dalam tubuh sebelum akhirnya dibuang.
2. Pisang
Pisang merupakan salah satu buah yang banyak mengandung vitamin A. Buah pisang sangat baik bagi kesihatan tubuh, dan sangat disyorkan kerana memiliki banyak manfaat. Salah satu kelebihan pisang iaitu mudah dicerna, sehingga pisang merupakan sumber tenaga yang cepat dan baik. Selain itu, pisang juga dapat membantu menghilangkan rasa letih setelah bekerja atau berolahraga.
3. Betik
Betik mengandungi sejumlah vitamin, salah satunya adalah vitamin A. Buah betik bermanfaat mengeluarkan racun dari dalam tubuh dan meningkatkan kekebalan. Pokok betik termasuk pokok yang memiliki banyak manfaat. Selain buah dan daunnya, biji betik juga sangat baik untuk membantu menyembuhkan masalah pencernaan. Kandungan antiseptiknya membantu menjaga sistem pencernaan dari bakteria.
SAYUR-SAYURAN YANG MENGANDUNGI VITAMIN A
Selain buah-buahan, vitamin A juga banyak dijumpai di dalam sayuran. Sayuran yang mengandungi Vitamin A seeloknya tidak dimasak terlalu lama agar kandungan vitamin A-nya tidak hilang. Sayuran yang banyak mengandung vitamin A misalnya sebagai berikut :
1. Tomato
Tomato adalah buah yang “pelik”. Banyak yang lebih suka menggolongkan tomato sebagai “sayuran” daripada sebagai “buah”. Apapun, tomato adalah buah yang banyak mengandung vitamin A dan juga vitamin C. Kandungan vitamin A nya mencapai 1600 IU, sehingga tomato sangat baik untuk kesihatan mata. Sedangkan kandungan vitamin C pada tomato dapat mencapai 35 mg. Tomato yang berukuran sedang, sedikitnya terkandung 30 kalori di dalamnya. Tomato juga sangat baik untuk memelihara kesihatan gusi dan mempercepat kesembuhan luka.
Menurut seorang doktor specialist nutrisi, tomato mengandungi berbagai zat yang berguna bagi tubuh. Misalnya, protein, fosfor, zat besi, belerang, vitamin A, vitamin B1, vitamin C dan betakaroten jenis likopen.
2. Lobak Merah
Lobak merah sudah lama terkenal sebagai sayuran yang banyak mengandung vitamin A. Lobak merah sangat baik bagi kesihatan penglihatan. Selain itu, lobak merah juga dapat menurunkan hipertensi. Lobak merah juga bisa untuk menghaluskan kulit wajah karena lobak merah pun ternyata dapat dibuat sebagai masker wajah.
3. Bayam
Bayam merupakan sumber vitamin A yang baik. Bayam mengandungi beta karoten yang hampir setara dengan lobak merah. Selain itu, bayam juga mengandung zat besi yang tinggi. Bayam yang berwarna tua sangat baik bagi kesihatan mata. Manfaat bayam lainnya misalnya melawan infeksi yang menyerang tubuh, memicu pertumbuhan, sebagai antioksidan, dan bermanfaat bagi ibu hamil dan menyusu. Bagi yang sedang bermasalah dengan buah pinggang bayam boleh diambail dengan cara direbus.
4. Labu kuning
Labu kuning banyak mengandung vitamin A dan baik bagi kesihatan pencernaan. Labu kuning banyak dijumpai ketika bulan Ramadhan dan banyak dimanfaatkan untuk berbuka puasa.
5. Cabai Merah
Cabai merah ternyata banyak mengandung vitamin A. Selama ini cabai merah banyak dikenali hanya kerana rasanya yang pedas, sebagai bumbu dapur dan untuk menghangatkan tubuh.
MAKANAN LAIN YANG MENGANDUNGI VITAMIN A
Selain buah-buahan dan sayuran, makanan lain yang mengandungi banyak Vitamin A adalah jenis makanan dari sumber haiwan seperti minyak ikan, susu, keju, telur, dan yogurt.
Mengambil makanan yang mengandung vitamin A tentu baik untuk meningkatkan kesihatan dan daya tahan tubuh. Namun, vitamin A sebaiknya diambil bila diperlukan sahaja. Mengambil Vitamin A yang berlebihan akan memberikan kesan lain seperti kulit jadi kering dan tidak sihat, bahkan mual dan muntah-muntah.
Carotomax Shaklee merupakan Vitamin A yang diperlukan bagi yang mengalami masalah-masalah seperti di atas. Ketahui manfaat CAROTOMAX (klik di link) di sini.
*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
Zue Mat Amin
- Sms/whatsapp : 017-5915820
- Emel : superbvitaminme@gmail.com
0 comments:
Post a Comment