08 May 2014

TAPAK KAKI BAGAI MENYUCUK-NYUCUK.. BAGAIMANA UNTUK MENANGANINYA..

Sakit tapak kaki dan sakit bahagian tumit ni terjadi pada diri saya sendiri. Selalunya terjadi ketika di waktu malam dan bangun tidur keesokkan harinya.. Bagai dicucuk-cucuk kaki ni bila mula berdiri dan berjalan. Sakit berlarutan hampir setiap hari dan sehingga saya sendiri tidak tahan menanggungnya. Terus google dan saya telah menemui jawapannya..


PLANTAR FASCIITIS ialah penyebab sakit pada tumit kaki yang paling kerap terjadi di kalangan orang dewasa. Kita selalu terkeliru di antara plantar fasciitis dan ‘heel spurs’.

Sebenarnya plantar fasciitis merujuk kepada sindrom sakit pada tumit kaki yang terjadi akibat radang pada tisu plantar yang membentuk lengkok pada tapak kaki, manakala ‘heel spur’ merujuk kepada tulang berbentuk duri pada tulang tumit (calcaneum) di mana tisu plantar melekat.

Boleh dikatakan 70 peratus daripada pesakit yang ada masalah plantar fasciitis mempunyai ‘heel spur’ dalam X-ray kaki mereka.

Bila seseorang mengalami plantar fasciitis, tisu plantar pada tumit kaki mungkin mengalami radang (tendonitis) atau kemerosotan degeneratif (tendinosis) dan aktiviti normal seseorang itu seperti berjalan atau berlari akan menyakitkan tumit.

Simptom plantar fasciitis selalunya teruk pada waktu pagi selepas bangun tidur. Ini kerana pada waktu pagi tisu plantar menjadi ketat dan berpijak ketika berjalan merenggangkan tisu fiber itu. Selepas berjalan beberapa langkah, tisu fiber itu menjadi longgar dan sakit berkurangan. Namun, sakit akan kembali jika pesakit berjalan atau berdiri terlalu lama.

Plantar fasciitis disebabkan radang atau kecederaan tisu plantar pada tapak kaki yang mengekalkan bentuk lengkok pada kaki kita.

Ketika berpijak sama ada berjalan atau berlari, tisu plantar menyebarkan beban berat badan ke seluruh tapak kaki. Oleh itu bebanan atau stres ditanggung tisu plantar sangat tinggi.

Plantar fasciitis juga boleh terjadi pada seseorang yang mengalami peningkatan berat badan secara mendadak dan melakukan aktiviti riadah seperti berlari.

Dalam kes berlari, plantar fasciitis terjadi akibat kecederaan tisu plantar pada tapak kaki kesan beban hentakan berulang-ulang ketika berlari.

Keadaan lain yang boleh menyebabkan sakit tumit kaki yang hampir serupa ialah tarsal Tunnel Syndrome. Keadaan ini disebabkan satu urat saraf pada tapak kaki yang terhimpit ketika ia melalui terowong tarsal yang sempit.

Antara penyebab lain seperti kepatahan tekanan, Reister’s Syndrome, ankylosing spondylitis dan nekrosis tisu lemak tumit.

 
BAGAIMANA MERAWAT SAKIT INI?
  • Rehat — Berehat daripada melakukan aktiviti yang boleh memberi tekanan pada tisu fiber seperti tidak berjoging atau mengelak aktiviti berdiri atau berjalan terlalu lama untuk beberapa hari boleh menghilangkan sakit tumit dan memberi masa untuk radang merosot.
  • Melakukan terapi ais — Meletakkan ais pada tapak kaki boleh membantu mengurangkan sakit tumit.
  • Senaman dan regangan — Ia bertujuan melonggarkan tisu di sekeliling tulang tumit. Senaman regangan, jika dilakukan pada waktu pagi dan petang, boleh melonggarkan tisu dan mengurangkan sakit tumit.
  • Ubat anti radang — Ubat anti radang atau penahan sakit boleh membantu mengawal sakit dan mengurangkan radang pada tisu plantar.
  • Pelapik kasut — Pelapik kasut ialah kunci kejayaan merawat plantar fasciitis. Dengan meletakkan pelapik sesuai di dalam kasut, ia boleh menyokong lengkok tapak kaki dan mengurangkan tekanan pada tisu plantar. Ia memberi keselesaan kepada pesakit ketika melakukan aktiviti sukan.
  • Kasut — Pemakaian kasut khusus untuk aktiviti sukan penting untuk mengurangkan kecederaan tisu plantar. Kasut terlalu rata atau tinggi dan pelapik yang tidak dapat memberi sokongan pada lengkok kaki boleh menyebabkan tisu fiber tercedera ketika berdiri atau berjalan.
  • Sokongan kaki ketika tidur — Pemakaian sokongan kaki ketika tidur dapat mengelak tisu plantar menjadi ketat. Dengan itu tisu fiber sentiasa merenggang dan longgar. Tumit kaki tidak berasa sakit apabila berpijak selesa selepas bangun tidur. 


  • OSTEMATRIX SHAKLEE JUGA DAPAT MEMBANTU
     
    Ostematrix Shaklee adalah sumber kalsium dan Vitamin D yang baik untuk sakit tumit. Ia juga mengandungi Magnesium. Magnesium akan berfungsi untuk memastikan kalsium dapat diserap oleh badan dengan baik. Ostematrix mengandungi kalsium yang bersamaan dengan segelas susu atau 80 biji badam.. Rasanya lebih mudah menelan sebiji Ostematrix daripada 80 biji badam kan.. Yang tentu-tentunya susah untuk didapati dan mahal!
     
    Pengambilan Kalsium selain mengurangkan sakit tumit, ia juga penting untuk memastikan anda tidak akan melalui pertambahan usia dengan sakit-sakit badan akibat kekurangan kalsium, kerana kalsium di dalam tulang kita akan semakin berkurang sejajar dengan pertambahan usia. Selain untuk sakit tumit, Ostematrix juga sangat baik diamalkan oleh meraka yang sedang melakukan fisioterapi. Sebagai bonus, anda akan dapat tidur yang lena dan terhindar dari sembelit. Memang best Ostematrix Shaklee ni.. THUMBS UP!!
     
      PETUA TRADISIONAL :

    Biasakan berjalan kaki di atas rumput yang dipenuhi embun waktu pagi. Ini kerana , mengikut orang tua-tua zaman dahulu, tapak kaki dan bumi yang dipijak oleh tapak kaki itu adalah dua kembar. Dalam erti kata lain, pasangan tapak kaki secara semulajadinya adalah bumi.

    Ambil garam kasar, goreng tanpa minyak dalam kuali dengan menggunakan api yang sederhana. Apabila garam mulai panas, angkat dna bungkus dengan kain bersih. Gunakan untuk menuam pada tumit kaki yang sakit. Amalkan selalu.


    https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=b3b7e214bca4bf6610aa460d9383bda8
     
    *Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. 
    Zue Mat Amin



    0 comments:

    Post a Comment

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
     

    Copyright © 2012 Reserved to superbvitaminme
    Design by Ccicute Design