13 May 2014

KAD IMBASAN TINGKAT KEMAMPUAN OTAK KANAN..

Cara mudah mengajar anak-anak seawal setahun jagung.. Anda boleh cuba, memang berkesan dan pantas..
 
Sebagai mama muda, anda juga boleh memberi input berguna kepada anak-anak dengan mendedahkan mereka dengan pendidikan awal kanak-kanak di rumah. Antara cara yang boleh menambat hati mereka ialah m...enggunakan 'flashcard' atau kad imbasan. Perkataan 'flashcard' atau kad imbasan adalah gabungan dua perkataan Inggeris iaitu 'flash' dan 'card'. Perkataan atau gambar ditulis pada kad dan ditunjukkan secara 'flash' atau cepat, lebih kurang 1 kad 1 saat.
 

 Warna-warni dan pelbagai jenis imej pada kad imbasan akan meningkatkan kemampuan otak kanan. Selain itu, ia juga mampu melatih daya ingatan, meningkatkan bahasa serta IQ anak.

Pendekatan yang dimajukan adalah berdasarkan cara otak berfungsi. Cara otak menerima maklumat melalui pancaindera ; mata, telinga, hidung, lidah serta kulit. Mata melihat objek dan menghantar maklumat kepada otak yang memahami apa yang dilihat. Telinga menerima maklumat dalam bentuk pendengaran untuk difahami otak. Dengan teknik pembelajaran efektif sebegini, mama boleh mendedahkannya kepada anak kecil semuda enam bulan dalam suasana yang riang gembira.

 
Zue Mat Amin

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2012 Reserved to superbvitaminme
Design by Ccicute Design