10 August 2015

LAMA MENYEPI BUKAN KERANA TAK SUDI

Assalamualaikum semua.. rakan-rakan blogger dan pengguna setia SHAKLEE.. berdiamnya saya bukan kerana saya dah aktif berbisnes tapi saya masih berkabung di atas pemergian suami tercinta 20.3.2015..

Saya akan menyusul ber'blog' lagi nanti mungkin dengan lebih santai dan banyak cerita-cerita yang akan saya kongsikan.. wallahua'lam..

25 January 2015

OMEGA GUARD SHAKLEE PENYEBAB ANAK KURUS!!


Assalamualaikum wbt..

Hai semua.. Gempak tajuk entry Zue kali ni selepas berbulan-bulan tak bersiaran. Masalah internet punca beberapa entry Zue sebelum ni tak boleh upload image.. Burok ghupe entry tak bergambar kan?

Harini nak cerita skit pasal OMEGA GUARD SHAKLEE yang mengharukan.. sangatlah haru biru dibuatnya.. gambar kat atas tu anak sulung Zue, Aiman Hakim sewaktu darjah 1. Hensem anak teruna teman ni, masa tu zaman kegemilangan lah kiranya sebab dia kurus + hensem.. hahaha (dia yang angkat bakul sendiri tau)

 
 
 
 
Gambar-gambar Aiman Hakim yang semakin lama semakin berisi.. waktu ni berat Aiman mencecah 45kg.. udah mamanya susah hati. Nak kata dah akil baligh belum lagi tapi makan usah dikenanglah bertambah-tambah.. lebih-lebih lagi nasi..  ntah macam mana ada sorang hamba Allah tu kasi petua.. Petua yang sangat mudah dan tak payah jenuh piker lagi.. ye la dah memang tukang jual obat kan so kita perlu try and error jugak.. Kawan tu suggest OMEGA GUARD SHAKLEE sehari sebiji. Selain dapat mencerdaskan minda anak-anak, in syaa Allah masalah berat badan anak pun dapat diatasi..
 
Jom tengok dulu apa kebaikan dan faedahnya OMEGA GUARD SHAKLEE ni..
  1. Membantu dalam perkembangan otak kanak-kanak, kajian menunjukkan kanak-kanak yg mula mengambil omega 3 lebih awal ternyata otaknya lebih cergas.
  2. Membantu merawat penyakit eczema dari dalam, kebiasaannya kita amalkan alternatif untuk sapu ubat/krim dari luar sahaja tapi tak lama kemudian akan muncul semula, dengan pengambilan omega 3 dapat elakkan masalah eczema untuk timbul semula.
  3. Bantu tingkatkan sistem imunisasi kanak2 dan dapat merawat demam selsema dan batuk kerana Omega 3 ini bersifat panas jadi bila dimakan automatik memberi kesan panas dalam badan.
  4. Omega 3 ini mempunyai sifat anti radang dan anti inflamasi jadi ianya amat berkesan untuk mengurangkan serangan asma pada kanak-kanak dan mengurangkan penggunaan inhaler.
  5. Dengan pengambilan Omega 3 juga kanak-kanak lebih cergas dan aktif serta membantu meningkatkan fokus kanak-kanak semasa belajar.
 
Taraaaa.. Aiman Hakim kini 41kg.. dah semakin turun berat badannya. Malah Aiman dah semakin ceria dan cergas.. pagi-pagi sebut nama dia sekali je terus bangun mandi bersiap ke sekolah.. lega hati mama.. pada yang ada mengalami masalah sebegini apakata cuba OMEGA GUARD ni.. in syaa Allah anda akan temui jawapannya..
 
TESTIMONI OMEGA GUARD PADA KANAK-KANAK OBESITI


 
Zue Mat Amin
  • Sms/whatsapp : 017-5915820
  • Emel : superbvitaminme@gmail.com
  • Fb : www.facebook.com/supervitaminme

24 January 2015

PROMOSI JANUARI 2015

Assalamualaikum wbt dan SELAMAT TAHUN BARU 2015..

Dah lama tak update blog.. blog dah banyak sawang.. haha.. salah sendiri tak de masa nak tumpu pada blog ni bila kerja hakiki pun banyak bercabang-cabang.. ok, tak yah bagi alas an panjang berjela jom kita tengok apa promosi bulan ni..

Bulan Januari ni sempena dengan awal tahun 2015, shaklee buat promo best lagi... 3 produk promosi sekaligus.. VIVIX, ALFALFA COMPLEX dan satu produk untuk kanak-kanak VITALEA FOR CHILDREN.. seronok pelanggan-pelanggan mak u..

 
Shaklee memang tak pernah menghampakan para pelanggannya bila setiap bulan ada saja promo produk beli 6 percuma 1.. dan bulan ni, promo ni untuk VIVIX, ALFALFA COMPLEX small dan large gitu.. dan ada lagi bonus.. siapa yang beli promo VIVIX ni dah entitle untuk FREE MEMBERSHIP tau.. tunggu je la bonus masuk 15/2 nanti.. dengan syarat SAH di bulan Januari 2015 saja..

 
 
Bukan itu je, yang ini pulak beli 2 dapat 5% diskaun.. best kan.. beli VIVIX untuk promo yang ni pun dah dapat FREE MEMBERSHIP jugak.. hahaha.. untung la..

Jom kita tengok pulak apa yang bestnya setiap satu produk promosi ni..
 
 
I- VIVIX SHAKLEE
  • Menggalakkan penuaan yg sihat – awet muda dan anti-penuaan
  • Membantu mengelakkan kanser – merencat sel kanser dari menjadi semakin serius
  • Mengurangkan risiko penyakit jantung – melindungi jantung
  • Mengurangkan kompilasi diabetes / kencing manis
  • Meningkatkan kesihatan arthritis dan menyokong kesihatan sendi – melindungi saraf
  • Mengurangkan insiden penyakit nyanyuk - merawat azhameir
  • Membantu merawat penyakit parkinson
  • Membantu memulihkan penyakit strok - angin ahmar
  • Meningkatkan kesihatan imun badan
  • Menggalakkan kesihatan keseluruhan
 II- ALFALFA COMPLEX
  • Legakan sakit sendi dan belakang.
  • Hilangkan kelesuan dan tekanan
  • Legakan pms
  • Bagus untuk allergic dan keradangan
  • Rawat asma
  • Buang toksik dalam badan
  • Cuci buah pinggang dan rawat kencing kotor
  • Neutralkan asid dalam badan
  • Menegangkan payudara
  • Rawat masalah keputihan
  • Bertindak sebagai kacip fatimah wanita
  • Buang angin dlm badan
  • Milk booster
 
Ini pulak suplemen yang dah lama ditunggu-tunggu oleh mak ayah.. kan..kan..kan.. VITALEA FOR CHILDREN. Multivitamin terbaik buat kanak-kanak berperisa anggur dan tak perlu susah-susah nak telan, kunyah je.. sesuai sangat buat anak-anak kita.. Beli 3 percuma 1 uols...
 
Apa kelebihan VITALEA FOR CHILDREN ni..
  • Lengkap dengan 19 vitamin dan mineral
  • Membantu memberi nutrisi lengkap untuk anak-anak yang tak suka makan sayur dan buah-buahan
  • Membantu tumbesaran tulang dan otak
  • Menyokong system imun
  • Sangat sesuai buat anak-anak yang sering demam dan selsema akibat kekurangan nutrient dan makanan seimbang.
Jadi, apa tunggu lagi.. just klik, klik, dah settle.. senang kan.. semua di hujung jari saja..
 
Zue Mat Amin
  • Sms/whatsapp : 017-5915820
  • Emel : superbvitaminme@gmail.com
  • Fb : www.facebook.com/supervitaminme

27 September 2014

ISU RAHIM BENGKAK DISEBABKAN GLA COMPLEX


Uishh.. nanti dulu.. jangan main tuduh je kalau hanya pengambilan baru beberapa hari sedangkan diri sendiri sebenarnya dah lama menghidapi rahim bengkak ni.. apa yang kita patut tahu tentang Rahim bengkak ni? Jom saya kongsikan daripada DR MALINDA HEALTH & BEAUTY CLINIC.. Thumbs up untuk beliau..





KENAPA RAHIM BENGKAK?


Basically,

Rahim = Uterus (terdiri dari pangkal rahim, badan rahim dan saluran fallopian)

Kilang telur = Ovari.

Ramai pesakit saya tak pasti samada uterus atau ovari yang sebenarnya membesar, so mereka akan just kata 'rahim'.

So, jika anda berhadapan dengan perkara ini, lebih baik dapatkan diagnosis sebenar pada doktor. Uterus atau ovari yang bengkak?

Uterine fibroid atau Ovarian cyst adalah antara salah satu masalah yang selalu diperkatakan sebagai 'rahim bengkak'.

Kajian menunjukkan bahawa 20-50% wanita mempunyai sekurang-kurangnya 1 fibroid dan kebanyakkan mereka tidak pernah tahu atau tidak di diagnosis oleh mana-mana doktor ataupun accidentally dikesan semasa melakukan scan. (Rujukan: Life extension book : Disease prevention and treatment; 2003: Page 1569).

Dalam 99% kes uterine fibroid, ia adalah bukan jenis kanser.

Sehingga sekarang, tidak ada seorang doktor atau saintist yang pasti apakah yang menyebabkan uterine fibroid atau ovarian cycts ini berlaku. Anda tidak boleh menuding jari mengatakan rahim anda bengkak di sebabkan satu perkara sahaja. Sesuatu diet, produk atau apa-apa supplement.

Beberapa kajian jelas menunjukkan bahawa fibroid atau cyst berlaku disebabkan beberapa kombinasi faktor, di antaranya adalah kerana :

1. Hormon Estrogen yang berlebihan.
- fibroid atau cyst adalah ketumbuhan sel yang bergantung pada estrogen. Jika hormon estrogen dan progesteron dalam badan anda tidak seimbang, anda pasti berisiko untuk mendapat penyakit ini.

Keadaan seperti ini sangat ketara dalam mereka yang mengalami masalah PCOS yang boleh menyebabkan infertility.

Penggunaan pil perancang keluarga juga boleh menyebabkan ketidakseimbangan estrogen dan boleh mengaktifkan fibroid atau cycts.

2. Lambakan xenoestrogen dalam badan.
Xenoestrogen adalah 'estrogen sintetik' yang terdapat dalam persekitaran (makanan, air, kimia dari industri pertanian dan penternakan).

Dalam kata lain, ia adalah estrogen palsu dalam badan. Ia boleh merangsang atau mengganggu fungsi estrogen dalam badan.

Dari mana datangnya xenoestrogen ini?

- phthalates (bahan dlm plastic atau getah)
- racun serangga (pesticides)
- tobacco by products.

3. Obesiti.
- Lemak berlebihan dalam badan akan mengaktifkan satu sistem yang kita panggil 'Endocanabinoid system'. Sistem ini akan mengganggu fungsi-fungsi hormon yang lain dan juga boleh menyebabkan silent inflammation atau radang yang tinggi dalam badan.

Ini bukan sahaja menyebabkan ketumbuhan, malah berisiko untuk mendapat pelbagai jenis kanser.

4. Genetik
- Jika anda mempunyai sejarah keluarga yang mempunyai penyakit yang sama, anda juga boleh mempunyai risiko yang sama.

APA TANDA-TANDA FOBROID ATAU CYST?

Kebanyakkan wanita tidak mempunyai sebarang tanda. Tak sedar pun ia wujud dalam badan kita. Tetapi, jika ia semakin aktif atau membesar, ia boleh menunjukkan simptoms tertentu.

Antara simptoms-simptoms fibroid /cyst adalah :


 - haid yang tidak teratur / berpanjangan
- sakit perut
-sakit ketika hubungan kelamin
- perut membuncit
- pendarahan abnormal

Perlukah operation?

Pada kebiasaannya, tidak memerlukan operation sekiranya ia tidak mengganggu dan tidak membesar. Tetapi Jika fibroid menyebabkan pendarahan yang berterusan, anda perlu melakukan pembedahan.

So? Macamana nak elakkan memandangkan kebanyakkan wanita berisiko?

 CADANGAN DIET YANG SESUAI :


 1. Elakkan makanan yang menggalakkan pertumbuhan fibroid seperti : Produk berasakan tenusu, daging merah, makanan bergoreng, makanan dan minuman bergula, salt, kafein dan alkohol.

2. Buahan dan sayuran segar yang mengandungi banyak phytoestrogen. Plant estrogen ini membantu kestabilan estrogen dalam badan.

3. Makanan berserat tinggi boleh membantu mengurangkan estrogen berlebihan dalam badan - fecal estrogen meningkat. Ini menyebabkan fungsi estrogen dalam badan lebih stabil dan mengurangkan tahap xenoestrogen dalam badan.

4. Kawal berat badan

5. Tidak merokok atau menjadi perokok pasif.

Ok, ramai juga orang tanya : Soya produk tak bagus untuk wanita?


 Banyak perbahasan tentang isu soya ini. Ada yang pro dan cont.

Beberapa kajian yang mengatakan wanita yang mempunyai fibroid tidak boleh mengambil soya kerana kandungan isoflavinoids Genistein dan Daidzein boleh menggalakkan estrogen aktiviti.

Kajian lain pula menunjukkan bahawa negara seperti Jepun yang mengamalkan pengambilan soya Sebagai makanan utama mempunyai kadar penyakit kanser rahimyang sangat rendah berbanding negara yang tidak mengambil soya langsung.

(Michael T. Et al, 2012), Candangan yang mengatakan pengambilan soya adalah tidak sesuai untuk wanita yang mempunyai cyst atau fibroid tidak tepat. Ini kerana isoflavinoid dalam soya mempunyai kesan estrogen yang berbeza pada sel-sel badan yang berbeza. Soy phytoestrogen tidak mempunyai kesan meransang sel fibroid tetapi ia mempunyai kesan'anti-estrogen' di mana ia membantu mengecutkan fibroid. Tetapi, pastikan sumber soya anda adalah dari jenis soya yang tidak dimodifikasi secara genetik (non-GMO).

Walaubagaimanapun, bersederhana adalah jalan yang terbaik. Cadangan pengambilan antara 45 - 90mg soy sehari.

Soya, nuts, flaxseed mengandungi phytoestrogen yang baik.

NUTRITION SUPPLEMENT YANG DICADANGKAN UNTUK ANDA YANG MENGALAMI FIBROID ATAU CYST :

1. Lipotrophic factor spt Innositol dan Choline membantu detoxification estrogen - melancarkan pemecahan lemak dibahagian hati.

2. Immune enhancing nutrient - coQ10, vitamin c, vitamin e, selenium dan zinc

3. Omega 3 (EPA + DHA) - antiinflammasi.

4.Liver enhanced detox supplements - milk thislte, dandelion dan artichoke.

5. Vitamin B - membantu proses detoksifikasi (methylation) dalam sel hati.

6. Grape seed extract - strong antioxidant dengan ORAC yang tinggi

7. Green tea - powerful antioxidant

GLA boleh ke?


 - GLA adalah good omega 6 yang membantu mengurangkan randang dan membantu kestabilan hormon.
-GLA dari minyak borage adalah yang terbaik berbangin dari EPO.
-Minyak yang kita gunakan untuk menggoreng seperti minyak jagung, corn oil dan minyak sunflower juga mengandungi omega 6 tetapi minyak jenis ini lebih bersifat pro-radang dan menyebabkan keradangan.

Hati-hati dalam penggunaan minyak yg kita goreng, kerana ini antara sebab fibroid dan cyst boleh semakin membesar.

Semoga sedikit sebanyak memberi manfaat untuk kita semua.









Zue Mat Amin


PROMOSI MEALSHAKES DATANG LAGI..

Assalamualaikum wbt.. aduh..duh..duh.. dah bersarang blog makcik ni lebih dari sarang Spiderman plak.. maaf ye semua.. rasanya computer ada masalah skit.. nak upload gambar langsung tak boleh.. jadi buat masa ni mengarang artikel tanpa gambar la nampaknya.. tapi sementara waktu je tau.. nanti dah ok Zue akan upload cepat-cepat..

Apa PROMO bulan Spetember ye? sape tau angkat tangan? hehe.. Promosi berganda uolls.. Kolagen dan juga Meal Shakes.. Macam best je.. Jom kita story mori pasal Meal Shakes dulu na..

Shaklee Meal Shakes merupakan makanan segera yang rendah lemak dan rendah-glycemic. Rasanya juga enak serta boleh dibancuh dengan mana-mana hidangan atau snek lain. Ia mengandungi 19 vitamin utama dan mineral tambahan dan jika dihidang seperti yang disarankan ia kaya dengan sumber kalsium dan protein yang amat diperlukan oleh kanak-kanak untuk membesar, kuat dan sihat. Pilihan protein soya terbaik anda

MAKANAN SEGERA, TANPA CURIGA

Dengan gaya hidup yang lasak dan sentiasa berlari aktif, kanak-kanak tidak punya waktu untuk duduk diam menikmati makanan yang seimbang. Sebab itulah mereka perlukan pilihan makanan segera yang baik untuk merek...a dengan pilihan kandungan rendah lemak dan rendah glisemik seumpama SHAKLEE MEAL SHAKES.

★ Memberikan 19 vitamin dan mineral penting sebagai asas nutrien untuk kanak-kanak yang sedang membesar dan remaja untuk kekal sihat dan kuat.
★ Sumber pemakanan serat dan protein terbaik.
★ Kaya dengan sumber kalsium.
★ Glisemik indeks yang rendah

Ini salah satu kelebihan Meal Shake tapi jangan salah faham..bukan untuk kanak-kanak je tau..MEALSHAKE SESUAI UNTUK SEMUA GOLONGAN:
  • bayi
  • pelajar
  • kanak-kanak membesar
  • ibu mengandung
  • para atlet
  • pengamal sayuran atau vegetarian
  • orang sakit
  • orang yang sibuk bekerja
  • orang yang jadual makannya tidak teratur
MANFAAT UTAMA:
  1. NUTRISI LENGKAP- mengandungi 24 jenis vitamin, mineral dan zat perlu. Kekurangan pengambilan zat boleh menyukarkan penyerapan vitamin dan mineral oleh tubuh kita. turut mengandungi lecithin soya yang bekerjasama dengan vitamin larut lemak.
  2. MEMBEKAL NUTRISI KEPADA SEL TUBUH- kaya dengan protein (tidak mengandungi laktosa), membantu pembinaan sel-sel kulit, kuku, rambut, organ, darah, imun dan lain-lain.
  3. MEMBANTU TUMBESARAN- mengandungi asid folik, biotin, kaya dengan kalsium dan magnesium yang diperlukan untuk membina tulang dan sel-sel untuk proses membesar
  4. ANTIOKSIDA- mengandungi vitamin A, C, E, zinc, selenium yang merupakan agen antioksida yang bertindak melawan jangkitan dan melambatkan proses penuaan.
  5. MENGEMBALIKAN SERI WAJAH- mengandungi vitamin B yang lengkap, zat besi, kalium yang cukup untuk membina sel-sel darah merah yang sihat, sekaligus memberikan komplesi wajah dan kulit yang lebih cantik.
  6. DETOKSIFIKASI- kaya dengan serat larut untuk membantu membuang lemak berlebihan dan sisa buangan dari perut dan usus
  7. KELAZATAN RASA- minuman yang lazat untuk diambil bersama fruktos semulajadi, penggantian segera terhadap kekurangan vitamin, mineral dan juga tenaga. Tidak mengandungi sebarang pewarna dan gula tiruan.
*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit
 
Zue Mat Amin

27 August 2014

UBAT VS SUPPLEMENT

Assalamualaikum.. harini rasanya nak share tentang perbezaan UBAT dan SUPPLEMENT.. Ini penting tau sebab rata-rata masih ramai dikalangan kita tidak faham perbezaan Ubat dan Supplement.. disebabkan kita kurang arif maka payahlah untuk kita nak menjual supplement yang kita canang-canangkan.


UBAT

1. Ubat sama sekali ganjil dengan tubuh badan. Mereka tidak menjadi sebahagian daripada tisu-tisu kita, tidak juga menyumbang bahan-bahan berkhasiat.

2. Ubat ialah ejen-ejen bahan kimia yang kuat yang boleh mengubah fungsi –fungsi secara menggangu tindakan biokimia dan proses enzim.

3. Ubat boleh mengakibatkan kesan sampingan, kebanyakkan boleh kekal dalam badan. Malahan aspirin boleh kekal menyebabkan ganguan dalam perut, pendarahan dalam perut, loya, ganguan penglihatan, ganguan mental, bintik-bintik merah, telinga berdengung, ganguan penghadaman, dan akhirnya kematian.

4. Ubat bertindak baik hanya secara berasingan. Ianya boleh mengangu satu sama lain dan berkebolehan menghasilkan kesan-kesan sampingan.

5. Ubat baik dimakan biasanya dipertengahan waktu makan untuk mengelakkan hal yang saling mempengaruhi atau pencairan oleh kesan daripada makanan.

6. Ubat berkemungkinan membawa maut. Salah guna atau berlebihan boleh membunuh.

7. Ubat menghasilkan kesan kepada setiap orang. Tidak kira apa keadaan seseorang itu. Seseorang boleh merasai kesan pengambilannya.

3. Ubat bertindak cepat dan menakjubkan, sering mengasar.seseorang boleh menerima kesanya dalam jangka masa yang pendek beberapa minit atau jam.

8. Ubat merawat kesan atau tanda-tanda sakit, tetapi bukanya merawat punca sakit. Ianya hanya menutup kesakitan, disebaliknya ia tidak memulihkan. Tidak ada keadaan badan yang disebabkan oleh kekurangan apa-apa ubat. Contohnya sakit kepala, bukan disebabkan kekurangan aspirin pada sesuatu system.

9. Orang tua biasanya memerlukan ubat pada sukatan yang rendah kerana mudah mendapat kesan sampingan yang serius jika dibandingkan dengan orang muda.


SUPPLEMENT ( Vitamin )


 1. Bahan berkhasiat kesemuanya adalah semulajadi dan penting kepada tubuh badan. Jika kita kurang mengambilnya, kita akan mati atau sengsara akibat kelemahan fungsi organ.

2. Bahan-bahan berkhasiat bertindak dengan membantu tindakan biokimia dan pemprosesan enzim.

3. Bahan berkhasiat tidak menimbulkan kesan sampingan. Menggunakannya berlebihan hanya tergangu sementara. Oleh itu badan akan membina system enzim untuk menghadapi bahan berkhasiat, ianya bersedia menghadapi kelebihan.

4. Bahan berkhasiat bertindak lebih baik secara bersatu antara satu sama lain ibarat rantai. Kesemuanya harus bergabung untuk menghasilkan kesan yang lebih baik.

5. Bahan berkhasiat baik diambil bersama makanan. Ianya lebih berkesan menyerap bersama makanan dan mempertingkatkan keberkesanan penghadaman lain-lain factor makanan.

6. Bahan berkhasiat adalah selamat. Tiada satu pun kenyataan yang tercatit mengenai merbahayanya dengan pengambilan vitamin, zat galian dan asid amino.

7. Bahan berkhasiat tidak menghasilkan tindak balas kepada seseorang. Ianya hanya member kesan sekiranya bahan-bahan berkhasiat ternyata kekurangan dalam tubuh badan.

8. Bahan-bahan berkhasiat bertindak secara perlahan-lahan dalam jangka masa yang panjang. Ia kebiasannya mengambil masa berbulan-bulan untuk mencapai kesan kejayaan.

9. Bahan berkhasiat bertindak merawat terhadap PUNCA penyakit sekiranya digunakan kerana menampung kekurangannya. Jika sesuatu keadaan yang sedia ada itu berpunca dari kekurangan sesuatu bahan berkhasiat yang tertentu oleh itu menambahkannya ketika mengambil makanan dapat mengatasi masalah serta kerosakan yang telah terjadi dan tidak berulang lagi.

10. Orang tua memerlukan lebih banyak bilangan khasiat, oleh kerana factor-faktor kekurangan yang berlarutan begitu lama serta penghadaman yang lemah.

RINGKASANNYA
 
  • Ubat di ambil ketika kita sakit sahaja...
  • Supplement boleh diambil bila-bila masa... dan yang paling penting minum air banyak semasa mengambil supplement...
  • Ubat mengandungi dadah yg membolehkan ia bertindak dengan cepat....
  • Supplement tidak menggunakan dadah tetapi mengandungi banyak vitamin-vitamin yang sihat yg digunakan untuk melawan segala penyakit....
MENCEGAH ADALAH LEBIH BAIK DARI MENGUBATI

Zue Mat Amin

26 August 2014

CEGAH EKZEMA DARIPADA MELARAT

Assalamualaikum semua.. harini Herbal Blend muncul kembali di jual di seluruh 'branch' dan 'online'. weyyhuuu.. seronok la pulak.. mana taknya.. stok kat rumah dah nak pupus.. hehe.. cik abang guna untuk gatal-gatal di kakinya..
 
ok.. bercakap tentang Herbal Blend ni Zue ada testimoni best yang nak dikongsi dengan semua.. kisah benar anak sedara Mak Shaklee Zue ni.. Meh Zue kongsikan..
 
Baby ni kena eczema teruk (seperti dalam gambar) seluruh muka dan badan. Sian kan.. Jadi dengan penggunaan NUTRIFERON, BASIC H sebagai mandian campuran dengan air, MEALSHAKES dan juga HERBAL BLEND Alhamdulillah eczema semakin hilang..
 
SEBELUM
 
SEBELUM
 
SELEPAS
 
Seronok tengok bila eczema baby ni semakin pulih.. baby pun semakin selesa.. untuk hilangkan parut-parut akibat gatal-gatal tu boleh la pakai VITAMIN E dengan cara picitkan soft gel dan sapu di atas parut berkenaan. InsyaAllah parut akan hilang.. dak gitu kawan-kawan.. berikut perbualan yang sempat di 'print screen'..
 
 
 Kawan-kawan boleh dapatkan info lanjut dengan menghubungi Zue terus melalui emel ataupun whatsapp di no 0175915820
 
https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=b71faf915b91184a5c4dc56c7d6262da
 
SET INI MENGANDUNGI NUTRIFERON, HERBAL BLEND, BASIC H DAN MEALSHAKES (KHAS UNTUK KANAK-KANAK)
 
 
*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit
 
 
Zue Mat Amin
 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2012 Reserved to superbvitaminme
Design by Ccicute Design