15 May 2014

APAKAH SKOR APGAR?


Skor Apgar adalah penilaian kesihatan awal bayi sejurus selepas kelahiran.Skor penilaian kesihatan awal bayi diambil serta direkodkan dalam rekod perawatan neonat pada minit-1 dan minit ke-5 berikutnya. Jika skor Apgar yang diperolehi rendah,maka penilaian pada minit ke-10 selepas kelahiran haruslah diambil dan direkodkan. Prosedur rutin selepas kelahiran ini diperkenalkan semenjak tahun 1952 oleh seorang doktor pakar bius, Dr. Virginia Apgar yang merupakan profesor wanita pertama dari Columbia University College of Physicians and Surgeons.
 
TUJUAN SKOR APGAR DIREKODKAN ADALAH UNTUK:
  • mengenal pasti status kesihatan bayi
  • mengenal pasti risiko yang mungkin dihadapi oleh bayi
  • memberi resusitasi yang intensif pada bayi jika berlaku kekurangan kepekatan oksigen dan ketinggian kepekatan karbon dioksida dalam badan
  • memberi data asas untuk perbandingan atau rujukan
 
PENILAIAN SKOR APGAR
 
Perkataan Apgar yang diambil sempena nama Dr.Virginia Apgar ini mempunyai keistimewaan dan hubungkait dengan tahap kesihatan bayi. Akronim perkataan Apgar dikategorikan kepada:
 
A : ‘Appearance’ (warna),
P  : ‘Pulse’ (nadi),
G : ‘Grimace’ (refleks-tindakbalas terhadap stimulasi pada tapak kaki)
A : ‘Activity’ (tonus otot)
R : ‘Respiration’ (keupayaan respiratori/pernafasan)
 
Apgar dinilai berdasarkan kepada 5 kategori. Setiap kategori diklasifikasikan kepada 0,1,2 mata.Setiap mata bagi setiap kategori kemudian dijumlahkan bagi mendapat skor Apgar. Jumlah maksimum bagi minit 1 dan minit ke-5 ialah 10.


Ujian Apgar dilakukan awal untuk mengetahui sama ada bayi memerlukan pemeriksaan lanjut atau tidak. Di dalam ujian Apgar doctor akan mengambil kira pemeriksaan penting bayi seperti berikut:

1. WARNA KULIT

Jika berwarna biru atau pucat, skor yang diperolehi adalah 0. Jika biru dihujung kaki tangan, tetapi badan berwarna merah jambu, skor adalah 1 dan jika badannya berwarna merah jambu, maka skornya adalah 2.

2. DEGUPAN JANTUNG

Jika tiada degupan jantung semasa skor Apgar dilakukan, doctor akan memegang tali pusat untuk memeriksa degupan. Jika masih tiada degupan, maka skornya adalah 0. Sekiranya degupan perlahan iaitu kurang 100 seminit, skor ialah 1 dan jika degupan jantung lebih 100 seminit, skornya adalah 2.

3. KADAR PERNAFASAN

Jika bayi keluar tidak bernafas, skornya 0. Jika bernafas tetapi perlahan, skornya 1 tetapi jika bayi terus menangis dan bernafas elok, maka skornya 2.

4. TONE MUSCLE

Jika lembik, skornya 0. Sekiranya ada gerakan di hujung kaki, tetapi badannya lembik, skornya 1. Jika keluar bayi menangis, manakala kaki dan tangannya bergerak aktif, maka skornya 2.

5. TINDAK BALAS TERHADAP TIUB

Bayi yang baru lahir akan dipenuhi air, jadi doctor akan menyedut hidung dan mulutnya menggunakan tiub suction. Jika bayi diam semasa disedut, skornya 0, Jika bayi menunjukkan mimic muka, maka skornya 1. Jika semasa disedut, bayi batuk atau bersin, maka skornya 2.

6. BAYI SIHAT

Jika jumlah skor Apgar keseluruhan bayi tiada masalah dan dia tidak memerlukan rawatan lanjut.

Untuk mengelakkan sebarang kecacatan dan perkara yang tidak diingini pada bayi kita marilah kita sama-sama berikhtiar seawall kehamilan trimester pertama lagi iaitu dengan mengamalkan pemakanan sihat dan suplemen yang disyorkan. Bak kata Dr Zubaidi Ahmad, Shaklee merupakan suplemen terbaik buat ibu-ibu hamil. Klik sini SET KEHAMILAN SHAKLEE

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. 
 
Zue Mat Amin

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2012 Reserved to superbvitaminme
Design by Ccicute Design