08 February 2014

VITAMIN KEHAMILAN SHAKLEE

Masih mencari-cari Vitamin Kehamilan yang sesuai ketika mengandung? Pilih lah Shaklee.. Mengandungi kesemuanya keperluan Vitamin yang diperlukan tubuh ketika hamil. Apakah Vitamin yang diperlukan oleh wanita hamil? Jom kita cek..
  • PROTEIN
Lebih banyak sumber protein diperlukan untuk menyokong pertumbuhan dan perkembangan bayi disamping membina dan memperbaiki tisu-tisu badab seperti uterus dan plasenta anda
  • ZAT PENTING DHA
DHA merupakan asid lemak yang penting untuk perkembangan fungsi otak bayi
  • ASID FOLIK
Sangat penting pada minggu awal kehamilan. Ia membantu menyokong tumbesaran dan perkembangan bayi anda.
  • ZAT BESI
Merupakan komponen haemoglobin dalam sel darah merah yang membawa oksigen ke seluruh bahagian tubuh ibu dan juga bayi melalui plasenta. Semasa hamil, darah ibu meningkat sebanyak 50%.
  • KALSIUM
Lebih banyak kalsium diperlukan untuk membantu bayi membina tulang dan gigi yang kuat. Kalsium akan dipindahkan daripada tulang anda untuk membina tulang sikecil sekiranya pengambilan kalsium anda tidak mencukupi.
  • VITAMIN DAN MINERAL LAIN
Keperluan Vitamin A,B,C serta mineral lain seperti selenium dan zinc akan meningkat ketika hamil.

Vitamin Kehamilan Shaklee mengandungi semua zat-zat serta mineral yang diperlukan. Jom kita tengok satu persatu..
 

VITALEA IRON FORMULA
 
Vita-Lea adalah multivitamin dan multimineral jadi ibu tidak perlu mengambil obimin lagi. Di dalamnya kaya dengan iron (zat besi) di mana jika ibu ada masalah masalah pitam atau mudah pening ataupun anemia. Anemia sangat berbahaya kepada anak dan ibu ketika bersalin kelak. Oleh itu, pengambilan multivitamin amat penting semasa mengandung.

B COMPLEX

B Compleks Shaklee adalah unik kerana ia lengkap dengan asid folik dan juga 8 kumpulan vitamin B. Asid folik sangat penting untuk pembinaan tulang dan bagi mengelakkan kecacatan pada janin, mengurangkan risiko kecacatan saraf pada bayi khususnya ‘spina bifida’. Ibu memerlukan sekurang-kurangnya 400 mg keperluan asid folik sehari. Penting bagi menjamin keperluan asid folik ini mencukupi 3 bulan sebelum ibu merancang untuk mengandung sehinggalah tempoh awal mengandung. Ini kerana masalah gangguan pertumbuhan saraf dan neuro ini boleh berlaku seawal minggu pertama mengandung ketika janin baru terbentuk.

VITAMIN C

Melindungi sel penting dalam pembinaan kolagen dalam membina dan menguatkan sel-sel tisu dalam badan dan juga sangat penting untuk gusi dan gigi yang sihat. Ianya juga membantu dalam sistem penghadaman zat di samping Vitamin C meningkatkan taraf sistem pertahanan tubuh. 1 biji vitamin C bersamaan dengan 7 biji oren. Mampukah kita nak makan 7 biji oren sehari? Selain itu vitamin C juga dapat membantu mempertingkatkan kadar serapan zat besi yang sangat penting untuk pembentukan hemoglobin yang membawa oksigen dalam darah.

 
OSTEMATRIX

Ibu yang mengandung memerlukan 1000mg-1300mg sehari. Ostematrix mengandungi kalsium, magnesium dan vitamin D. Setiap 1 biji OsteMatrix mengandungi 250mg kalsium. Magnesium berfungsi untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya. Vitamin D pula untuk merangsang penyerapan kalsium. Kalsium sangat penting untuk pembinaan sel, pertumbuhan gigi dan pembentukan tulang bayi. Tidak mengandungi lemak berbanding bagi ibu yang hanya bergantung dengan produk tenusu. Kalsium penting untuk darah membeku dengan sempurna. Membaiki rangsangan urat saraf, mengelakkan kekejangan otot terutama bagi ibu mengandung serta kalsium juga penting untuk menstabilkan denyutan jantung dan tekanan darah tinggi. Sekiranya ibu mengandung kekurangkan kalsium ia akan menjejaskan pertumbuhan bayi dan turut menyebabkan penyusutan jisim tulang dan berlakunya kerosakan gigi kepada ibu itu sendiri. Ini kerana apabila kalsium untuk bayi tidak mencukupi maka badan ibu dengan sendirinya menarik kalsium dari tulang ibu untuk membantu menguatkan bayi dan kesannya ibu mungkin terdedah kepada risiko mendapat osteoporosis di usia tua.

OMEGA GUARD

Ianya sangat penting dalam membantu pembentukan otak bayi dari peringkat awal pembentukan. Mengandungi DHA yang sangat penting untuk otak. DHA dan EPA dari Omega nie penting untuk pembentukan otak dan mata baby. Untuk ibu pula, ia membantu mengawal paras kolesterol dalam badan

Add On :

ENERGIZING SOY PROTEIN

Ianya sangat penting untuk membina dan memperbaharui sel-sel tisu, hormon dan enzim di dalam tubuh. Sangat diperlukan oleh wanita mengandung dan menyusukan anak. Penting untuk pembentukan kuku, rambut dan kulit. Protein yang berkualiti sangat membantu pertumbuhan janin yang baik. Ianya juga dikatakan kunci untuk melawan penyakit. ESP juga memberikan ibu tenaga di mana bagi mereka yang mengalami morning sickness yang agak teruk. Ia juga memelihara dan mengelakkan janin menjadi cacat. Selain itu, protein ini juga membantu membekalkan asid amino yang bertindak membentuk otot dan organ bayi. Keperluan protein sewaktu mengandung perlulah mencukupi bagi membantu pertumbuhan plasenta, uterus, penghasilan susu dan untuk membantu aliran darah ibu yang bertambah. Keperluan protein ini semakin penting ketika memasuki trimester ke 3 bagi membantu memaksimumkan pertumbuhan fetus.


* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Zue Mat Amin
 

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2012 Reserved to superbvitaminme
Design by Ccicute Design