07 May 2014

B COMPLEX MEMBANTU MENGURANGKAN STRES!!

Macam best je topik tentang stress ni.. khususnya stress atau tekanan ni kepada kaum wanita. Jom kita baca info selanjutnya..

BAHAYA TEKANAN HIDUP BAGI PARA WANITA

Tekanan adalah satu penyebab utama ketidakupayaan bagi wanita iaitu kira-kira 25% daripada wanita akan mengalami tekanan yang teruk pada tahap-tahap tertentu dalam hidup mereka.

Tekanan sering menjadi...kan individu hilang kawalan diri dalam menangani tugas harian menyebabkan kerja di pejabat tertangguh atau lebih memburukkan keadaan ia membawa kepada kemusnahan hidup.

Wanita terutamanya, lazim dikaitkan dengan tekanan apabila mereka berada dalam tempoh berpantang sehingga menyebabkan kesihatan diri diabaikan seterusnya kesihatan terjejas teruk. Keadaan ini dikatakan meroyan.

Mereka yang mengalami tekanan perlu mempunyai kekuatan untuk bercakap dengan rakan baik atau bertemu pakar dalam bidang berkaitan. Anda juga boleh membina persekitaran sosial sihat, yang boleh membantu mengurangkan tekanan dialami.

Jadi, kepada wanita-wanita diluar sana, banyak-banyakkan bersabar.



Macam-macam punca stres ada di sekeliling kita. Stres sebab kewangan, stres sebab kerja, stres sebab belajar, stres sebab masalah keluarga, stres dengan kawan-kawan, stres sebab cinta dan seribu satu punca stres yang dihadapi oleh manusia sehari-hari. Berita di akhbar dan televisyen pun macam-macam, tindakan manusia seperti tidak masuk akal dan mengerikan. Inilah bahana stres.

Stres sebenarnya tidak boleh dibiarkan melarat dan mendominasi kehidupan harian kita. Ini kerana stres bukan sekadar stres sahaja malah boleh membawa kesan-kesan buruk yang lain, misalnya kemurungan, penyakit mental, perpecahan dalam rumahtangga, dan juga semestinya masalah kesihatan seperti tekanan darah tinggi, masalah penghadaman, sakit kepala, sakit otot, obesiti, sakit jantung dan lain-lain. Kadang-kadang macam tak percaya bila dikatakan kita sakit perut berpunca daripada stres, kita sakit badan disebabkan stres. Tapi itulah hakikat yang berlaku.

Menurut Dr. Glenn Gibson, pakar kajian Pemakanan dan Bio-Sains, Universiti Reading USA, peratusan hormon stres yang dirembes keluar secara berlebihan akan mengganggu perjalanan usus. Sekaligus akan melambatkan proses pennghadaman dan menyebabkan makanan tersimpan lama dalam usus. Inilah punca masalah perut kurang selesa.Pendek kata, stres tidak membawa kebaikan malah membawa pelbagai keburukan emosi dan jasmani.

BAGAIMANA MENGAWAL STRES?

Oh, soalan ni dah kerap sangat kita jumpa, jawapan pun dah banyak yang kita tahu. Apapun tak salah saya mengulangnya di sini. Kita ambil semua langkah menanganinya baik secara spiritual mahupun fizikal.

1- Dekatkan hubungan dengan Pencipta.

Bagi yang beragama Islam, ingatlah Allah selalu, jaga segala ibadah wajib dan tambah dengan yang sunat. Baca Al-Qur'an dan zikir banyak-banyak. Tak percaya? Cuba buat dulu. Ada satu doa yang sangat berkesan untuk mengatasi stres, down, sedih, dan gelisah ni. Cuba baca berulang kali, in sha Allah anda akan rasa perubahannya. Saya dah cuba.

2- Senaman.

Bila kita melakukan aktiviti kecergasan atau senaman, tubuh kita akan merembeskan hormon endorphin, iaitu satu hormon yang membuatkan kita rasa tenang. Segala otot dan urat saraf kita juga akan jadi lebih lentur di mana ia mengurangkan stres fizikal kita juga. Selain itu, senaman membantu kita tidur dengan lebih berkualiti sekaligus meredakan stres. Cubalah, pastikan bersenam hingga berpeluh dan degupan jantung anda menjadi laju. Anda akan rasainya.

3- Ambil suplemen / vitamin.

Tahukan anda ada vitamin yang digelar vitamin anti-stres?
Vitamin itu ialah B-Complex, iaitu gabungan Vitamin- B yang sangat penting untuk tubuh manusia, merangkumi pelbagai fungsi dan organ tubuh. Jika anda sering stres, sedih, gemuruh, rasa tidak tenang, ambillah B-Complex sebagai vitamin harian anda. Vitamin B merupakan vitamin larut air dan akan dibuang dari tubuh jika tidak digunakan. Oleh itu, pengambilan secara harian andalah perlu.

Stres juga menyebabkan hormon dalam badan bercelaru dan mengakibatkan masalah kulit. Antaranya masalah jerawat, kulit berminyak, kulit kusam dan nampak lebih tua daripada umur. Oleh itu, ayuh bebaskan diri kita daripada stres.



Tips: Jika anda berasa gemuruh / nervous untuk menghadapi sesuatu perkara misalnya ada presentation, ada exam, nak menyampaikan ceramah, nak akad nikah dan lain-lain nervous...tingkatkan pengambilan B-Complex anda. In sha Allah anda akan lebih tenang dan tidak gentar menghadapi situasi tersebut.

Baca info tentang B COMPLEX selanjutnya di sini.


*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. 

Zue Mat Amin

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2012 Reserved to superbvitaminme
Design by Ccicute Design