APAKAH HYPERTENSI/ TEKANAN DARAH TINGGI?
Jantung anda bertugas sebagai alat mengepam dimana ia menguncup dan berehat. Aktiviti ini menghasilkan tekanan yang membawa darah keseluruh badan. Tekanan darah ini berbeza bagi setiap seseorang individu dan bacaannya juga berbeza.
Adalah mustahak untuk anda mengukur tekanan darah secara berkala bagi menentukan samada tekanan darah anda tinggi atau tidak. 90% pengidap Hypertensi / Tekanan Darah Tinggi tidak menunjukkan sebarang gejala manakala 10% lagi ada menunjukkan gejala.
Pengidap Hypertensi / Tekanan Darah Tinggi berisiko tinggi untuk mendapat penyakit jantung. Tekanan darah yang terkawal dapat mengurangkan kedatangan pesakit ke Klinik pesakit luar, kemasukkan ke hospital dan kematian akibat strok (angin ahmar) dan penyakit jantung.
DIANTARA KESAN TEKANAN DARAH TINGGI IALAH:
~ Rasa tidak sihat yang menjejaskan fizikal dan mental serta memberi kesan kepada keluarga anda dan kerja anda.
~ Sukar memiliki polisi insuran baru dan anda akan dikenakan premium yang tinggi.
PENYEBAB TEKANAN DARAH TINGGI
- 90% penyebab sebenar Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi adalah tidak diketahui manakala 10% lagi adalah akibat penyebab sekunder iaitu akibat penyakit tertentu.
- Penyakit buah pinggang
- Penyakit sistem endokrin
- Penyakit pembuluh darah
Adakah Hypertensi / Tekanan Darah Tinggi diwarisi dari ahli keluarga?
Jika kedua ibu bapa anda mengidap Hypertensi / Tekanan Darah Tinggi, 50% kemungkinan anak-anak akan mewarisi penyakit Hypertensi / Tekanan Darah Tinggi tersebut. Jika salah seorang dari mereka mengidap darah tinggi, maka anak-anak mungkin mendapatnya.
FAKTOR RISIKO YANG MENYEBABKAN HYPERTENSI/ TEKANAN DARAH TINGGI
- Cara hidup tidak aktif
- Umur melebihi 35 tahun
- Merokok
- Kegemukan
- Paras kolesterol tinggi
- Sejarah keluarga
- Pengambilan alkohol yang berlebihan
- Pengambilan garam yang tinggi
TANDA DAN GEJALA
Pengidap Hypertensi / Darah Tinggi kebanyakkannya tidak mengalami sebarang gejala. Kadang-kadang seseorang itu hanya mengalami gejala yang tidak spesifik seperti sakit kepala atau pening kepala. Sakit kepala boleh berlaku dalam kes Hypertensi / Tekanan Darah Tinggi. Selalunya ianya berlaku di waktu pagi, bahagian belakang kepala dan rasa berdenyut (bergantung kepada tahap keterukan Hypertensi / Tekanan Darah Tinggi)
Untuk memastikan atau mengesahkan Hypertensi / Tekanan Darah Tinggi, sila periksa tekanan darah anda di klinik berhampiran. Doktor anda akan menasihatkan berapa kerap anda perlu memeriksa tekanan darah.
Peringatan: Jangan tunggu sehingga gejala timbul kerana ia mungkin telah terlambat.
Apakah komplikasi (kesan buruk akibat penyakit) Hypertensi /
Tekanan darah yang tinggi akan mengakibatkan bebanan kepada organ-organ dalam badan dan boleh menyebabkan kerosakan. Diantara komplikasi / kesan akibat penyakit Hypertensi / Tekanan Darah Tinggi adalah seperti:
Otak
~ Serangan Stroke / Angin Ahmar atau Stroke ringan dan sementara (Transient Ischaemic Attack)
Penyakit jantung seperti :
~ Coronary Heart Disease
~ Congestive Heart Failure
~ Left Ventricular Hypertrophy
Komplikasi pada mata
~ Perdarahan dan kerosakan kepada kawasan yang sensitif dalam mata
~ Keadaan yang dikenali sebagai Hypertensive Retinopathy
Komplikasi pada buah pinggang
~ Kegagalan fungsi buah pinggang (paras serum kreatinin tinggi, Microalbuminuria, Proteinuria).
Peripheral vascular disease seperti :
~ Aneurysm
~ Kehilangan satu atau lebih denyut nadi
HYPERTENSI / TEKANAN DARAH TINGGI BOLEH DIRAWAT TANPA MENGGUNAKAN UBATAN SEPERTI :
- Perlu mengubah amalan cara hidup anda
- Amalkan permakanan sihat
- Kurangkan pengambilan garam dan kolesterol
- Melakukan senaman berkala
- Kurangkan berat badan jika berlebihan
- Atasi tekanan secara berkesan
- Berhenti merokok
PRA HYPERTENSI :
Amalkan gaya hidup sihat
Dapatkan nasihat untuk berhenti merokok, pemakanan dan aktiviti fizikal yang bersesuaian.
Periksa semula tekanan darah anda dalam masa setahun
HYPERTENSI/TEKANAN DARAH TINGGI PERINGKAT 1:
Rawatan tanpa ubatan adalah rawatan utama. Anda perlu mengubahsuai gaya hidup, seperti :
Amalkan pemakanan sihat
Kurangkan pengambilan garam dan kolesterol dalam makanan
Lakukan aktiviti fizikal yang teratur
Kurangkan berat badan jika berlebihan
Atasi tekanan secara berkesan
Berhenti merokok
Periksa semula tekanan darah anda mengesahkan tiada Hypertensi / Tekanan Darah Tinggi.
Jika anda disahkan mengidap Hypertensive / Tekanan Darah Tinggi, sila ikut nasihat yang diarahkan :
Dapatkan keterangan lanjut berkaitan Hypertesion / Tekanan darah tinggi
HYPERTENSI /TEKANAN DARAH TINGGI PERINGKAT 2:
Gabungan rawatan tanpa ubatan beserta pemberian ubatan diperlukan bagi merawat Hypertensi / Tekanan Darah Tinggi Peringkat 2
Amalkan gaya hidup sihat
Berhenti merokok
Mematuhi pengambilan ubat dan rawatan susulan
PENGESANAN KOMPLIKASI TERUTAMANYA :
* Jantung
* Ginjal
* Mata
* Dapatkan keterangan lanjut berkaitan Hypertesion/Tekanan darah tinggi
VITAMIN SHAKLEE YANG DISARANKAN
Vitamin Asas iaitu Vitalea, B Complex dan Vita-C – membekalkan sokongan yang diperlukan oleh sistem imun badan untuk melawan sebarang kesan jangkitan dan mengekalkan kesihatan kardiovaskular.
ACE : Carotomax, Vita-C dan Vita-E –gabungan nutrien antioksidan penting untuk mengurangkan risiko penyakit yang terhasil daripada aktiviti radikal bebas.
Omega Guard –merendahkan paras kolesterol tidak baik dan meningkatkan fungsi jantung
Garlic Complex –mengawal jangkitan, menurunkan tekanan darah, menurunkan kolesterol dan memelihara kesihatan.
Omega Guard –merendahkan paras kolesterol tidak baik dan meningkatkan fungsi jantung
Garlic Complex –mengawal jangkitan, menurunkan tekanan darah, menurunkan kolesterol dan memelihara kesihatan.
*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
Zue Mat Amin
- Sms/whatsapp : 017-5915820
- Emel : superbvitaminme@gmail.com
0 comments:
Post a Comment