10 June 2014

PERSEDIAAN KETIKA INGIN BERKELAH BERSAMA ANAK-ANAK

Cuti sekolah memang saat yang dinanti-nantikan oleh anak-anak kita kan.. Macam-macam aktiviti dan perancangan kita bersama mereka. Bawa anak keluar bersiar-siar memang menyeronokkan. Ia juga satu cara memberi pendedahan kepada mereka mengenai dunia luar. Kanak-kanak belajar daripada persekitaran mereka.


Walaubagaimanapun untuk membawa anak keluar bersantai,kita perlulah membuat persediaan yang rapi agar keselamatan anak-anak terjamin. Beberapa panduan yang perlu diamalkan sebelum membawa anak bersantai adalah seperti berikut:

1. Jauhi Anak Kecil Daripada Sinaran Matahari

Pancaran matahari terutama di antara pukul 10 pagi hingga 3 petang kerana waktu ini sinarannya sangat tinggi. Selain itu, anda perlu elakkan membawa anak keluar apabila indeks UV tinggi di kawasan anda. Walaupun kelihatan mendung tetapi tidak bermakna anda dan anak selamat daripada pancaran UV.

2. Pakai Sunblock Jika Keluar

Kebanyakan sunblock sama ada dalam bentuk losen, krim, gel atau lilin berfungsi untuk memantulkan kembali sinaran matahari apabila disapu pada kulit. Dengan cara ini, peratusan pancaran UV yang sampai ke kulit akan berkurangan. Bayi berusia antara 6 hingga 24 bulan disarankan menggunakan sunblock yang mempunyai sekurang-kurangnya SPF 4 hingga 15. Pastikan sunblock tersebut selamat dipakai untuk kulit bayi dan kanak-kanak.

TIPS MEMILIH SUNBLOCK
  • Tip 1: Gunakan sunblock dengan SPF 30 atau lebih.SPF 30 memberi perlindungan kulit dari sinar matahari yang kurang sesuai untuk 300 minit. Jika masa Anda terkena sinar matahari secara langsung lebih dari 150 minit, jangan gunakan sunblock dengan SPF 15.

  • Tip 2: Pastikan memakai sunblock dengan spektrum yang cukup lebar.Sunblock jenis ini melindungi kulit dari sinar ultraviolet matahari jenis UVA dan UVB. UVA adalah sinar ultraviolet dari matahari yang tidak langsung jatuh di permukaan kulit, ini berpotensi menyebabkan kanser kulit. UVB terjadi ketika sinar matahari langsung kepermukaan kulit.
  • Tip 3: Pastikan untuk menggulang penggunakan sunblock selesai waktu effektifitasnya (SPF).Air boleh melunturkan sunblock di kulit kita. Oleh kerana itu pastikan sentiasa untuk mengulang pemakaiannya.
  • Tip 4: Pastikan menggunakan sunblock walaupun Anda terkena sinar matahari secara tidak secara langsung.Walaupun aktiviti kita tidak sering berada di luar, ada baiknya untuk tetap memakai sunblock .
  • Tip 5: Hindari penggunaan sunblock yang mengandung Oxybenzone.Oxybenzone adalah racun yang terkandung dalam penahan sinar matahari (sunscreen) yang menjadi faktor penyebab kanser kulit. Lebih baik gunakan sunscreen terdiri dari bahan Zinx Oxide atau Titanium oxide.
  • Tip 6: Belilah sunscreen yang baru tiap tahun. Hampir semua sunscreen akan mulai kehilangan daya pelindungnya setelah 12 bulan kerana kandungan zat mulai pudar.
  • Tip 7: Kurangkan beristirahat pada tengah hari kerana sinar matahari sangat kuat saat itu.Cuaca panas terik pada jam 12.00 tengah hari.
  • Tip # 8: Gunakan kacamata, topi dan baju yang cukup menutup kulit.Ini akan membantu mengurangkan sinar matahari terkena kepermukaan kulit secara langsung.
  • Tip 9: Pakai perawatan lebih khusus ketika pergi ke pantai.
  • Tip 10: Pastikan untuk minum air putih secukupnya.Air akan membantu menjaga kelembaban kulit dan membantu sunblock untuk memberi perlindungan kulit lebih baik terhadap sinar ultraviolet.

3. Pakai Topi

Bertopi selain sebahagian daripada aksesori pelengkap gaya, ia berfungsi melindungi anak daripada panas teriknya mentari. Topi yang elok ialah yang mempunyai sekurang-kurangnya tiga inci pada bahagian tepinya yang boleh menutup banyak bahagian yang biasa terdedah. Antara bahagian yang biasa terdedah ialah leher, telinga, mata dan kulit kepala. Pemakaian baseball cap ataupun visor hanya akan menutup serta melindungi sebahagian sahaja kepala anak.
4. Pakaian Sesuai
 
Semasa membawa bayi keluar, pakaikanlah mereka pakaian yang nipis, longgar, baju T berlengan panjang dan seluar ataupun skirt panjang. Seeloknya pakaikan anak dengan pakaian yang mampu menutup banyak bahagian tubuh mereka. Ini untuk mengelakkan tubuh badan terdeah kepada cahaya matahari yang boleh merosakkan kulit.
5. Berhati-hati Dengan Permukaan Persekitaran
 
Ketahuilah pasir, simen dan permukaan yang dicat dengan warna putih akan memberikan refleksi terhadap pancaran cahaya matahari. Manakala di dalam air pula, sinaran UV boleh sampai sehingga tiga kaki dalam. Sebolehnya beradalah di kawasan yang minimum pancaran matahari bagi mengelakkan kerosakan kulit anda dan keluarga.

SELAMAT BERCUTI SEKOLAH.. :)

Zue Mat Amin


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2012 Reserved to superbvitaminme
Design by Ccicute Design