18 May 2014

TIPS ANAK HARGAI BARANG


Assalamualaikum.. Salam pagi Isnin semua.. Jom saya kongsikan tips anak supaya menghargai barang yang kita berikan atau hadiahkan padanya.. SEMOGA BERMANFAAT..

Situasi sebegini biasa dialami oleh semua ibu tidak kira dia mempunyai seorang anak sahaja atau pun lebih daripada seorang. Ini kerana dia merasakan bahawa senang untuk mendapatkan sesuatu barangan tersebut, jadi ji...ka hilang atau rosak, tiada masalah berlaku kerana pasti ada penggantinya.

Dalam kes sebegini, mama perlu mendidik anak dengan tegas supaya dia lebih menghargai barang miliknya. Antara yang boleh dilakukannya ialah:

1. Tatkala menghadiahkan sesuatu barangan kepadanya, katakan bahawa itu adalah milik mutlak diri nya jadi dia perlu bertanggungjawab sepenuhnya terhadap barangan tersebut.

2. Jelaskan secara verbal dan juga bertulis bahawa jika berlaku apa sahaja terhadap barangan tersebut seperti hilang atau rosak, tiada pengganti untuk kecuaian tersebut.

3. Dengan ini dia sudah berfikir bahawa amaran mamanya serius jadi dia tidak boleh leka dengan arahan tersebut.

4. Namun begitu, ia memerlukan juga kerjasama dari mama dan papa untuk mematuhi perjanjian awal bahawa tidak perlu tunduk kepada rengekan, rayuan atau tindak balas emosi mereka.

5. Katakanlah barangan mereka betul-betul hilang seperti pensel tadi hanya dalam masa seminggu sahaja, anda perlu tegas untuk tidak membelikannya dalam tempoh tertentu.

6. Jadi dia akan merasa kesan terhadap perbuatannya yang tidak menjaga barang dengan baik. Ia bukan bertujuan untuk mendera tetapi mendidik anak kita.

7. Jika kita konsisten, maka anak-anak faham dan hormat pendirian ibu bapa. Dengan cara ini, anak-anak belajar berdisiplin, mendengar kata dan menghargai barang miliknya. Sebahagian besar kanak-kanak memang tidak faham dengan hanya nasihat, maka dengan nasihat, melalui pengalaman sendiri itu lebih berkesan.

 
Zue Mat Amin

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2012 Reserved to superbvitaminme
Design by Ccicute Design