05 January 2014

PUNCA DEMAM DAN SUHU BADAN MENINGKAT


Demam seringkali terjadi kepada kita jika berlaku peningkatan suhu badan yang disebabkan oleh beberapa faktor. Demam itu sendiri didefinasikan dengan pelbagai tafsiran, adakalanya badan merasa panas dan ada juga yang mengadu badan seram sejuk. Oleh itu, untuk mengetahui adakah kita betul-betul demam suhu badan haruslah diukur dengan menggunakan thermometer.

Demam boleh terjadi tanpa sebarang sebab, seperti selepas bersenam atau pun terjadi akibat perubahan fifiologi badan seperti di dalam kes jangkitan kuman. Kuman tersebut dikenali sebagai pirogen. Bahan-bahan lain yang boleh diketahui yang menyebabkan kenaikan suhu badan termasuklah ubat-ubatan, penyakit seperti kanser dan serangan penyakit jantung, dadah dan racun.  


BAGAIMANA DEMAM TERJADI.

Haba badan manusia terhasil akibat daripada proses penjanaan tenaga yang diperlukan untuk aktiviti badan seperti pergerakan otot. Semasa sihat penjana utama datang dari hati manakala ketika bersenam pula otot menjadi pengeluar haba utama. Proses penjanaan haba ini dipengaruhi oleh hormon badan dan otak. Di dalam keadaan normal, suhu badan ditentukan oleh proses penjanaan dan juga proses kehilangan haba.

Bagi membolehkan kehilangan haba badan yang cepat proses yang biasanya di lakukan oleh badan sendiri ialah berpeluh di samping pengembangan saluran darah pada kulit agar haba badan yang disalurkan dapat dihilangkan melalui kulit.

Suhu badan biasanya ditetapkan pada julat suhu tertentu iaitu 36.5' sehingga 37.5' melalui pusat kawalan suhu yang terletak pada otak. Bagi membolehkan badan menetapkan suhu badan dengan persekitaran saraf sensitif suhu yang terdapat pada kulit akan menghantar maklumat ke otak secara berterusan.

Jika suhu persekitaran jatuh, maka maklumat yang disampaikan ke otak akan menyebabkan gerak balas badan, termasuklah perubahan tingkahlaku bagi mengimbangi kejatuhan tersebut. Dalam hal ini, gerak balas yang boleh diperhatikan adalah seperti bulu roma menegak atau menggeselkan tangan bagi meningkatkan suhu kulit.  

Di dalam keadaan tidak normal, percubaan di dalam mekanisma pengawalaturan suhu badan ditunjukkan melalui dua keadaan iaitu demam dan kepanasan.

Demam dapat dikesan melalui kenaikan takat suhu tetap badan. Kepanasan pula ditunjukkan dengan pusat kawalatur pada otak yang tidak berubah walaupun kadar kehilangan haba dari badan semakin rendah yang mengakibatkan kenaikan suhu badan. Oleh itu, peningkatan suhu badan boleh disebabkan oleh tiga proses iaitu di dalam penjanaan haba pada otak dan pengurangan di dalam kehilangan haba badan. 

Sebagai langkah ALTERNATIF, saya dan keluarga mengambil NUTRIFERON pengganti PARACETAMOL bagi meningkatkan sistem imun badan agar tidak kerap kali diserang demam atau penyakit berjangkit lain.
 
Jom baca selanjutnya di sini.


Zue Mat Amin

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2012 Reserved to superbvitaminme
Design by Ccicute Design