14 January 2014

ALFALFA UNTUK DETOX

Jom bersihkan badan kita dengan Alfalfa. Seperti entry sebelum ni, kita banyak bercerita tentang keistimewaan Alfalfa dan salah satu daripadanya adalah DETOX..

APA ITU DETOX?

Detox adalah proses membersihkan usus di mana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar. Selain untuk mengelakkan dari masalah kesihatan yang serius, detoks juga memastikan suplemen diserap dengan lebih sempurna. Sekiranya organ yang terlibat dalam penyerapan vitamin seperti usus mengalami masalah, kemungkinan besar suplemen tidak boleh diserap dengan sempurna.

  • Usus adalah behagian terakhir dalam rantaian pemprosesan makanan, di mana semua makanan yang kita makan akan diproses untuk mendapatkan nutrisi yang amat diperlukan tubuh badan kita.
  • Kekurangan serat dan air dalam makanan adalah punca utama terjadinya intestinal disorders (gangguan dalam sistem pencernaan - usus)
  • Usus kecil mudah untuk menyerap nutrisi
  • Tekanan boleh memberi kesan kepada penyerapan nutrisi dan akan menyebabkan iritasi kepada usus kecil
  • Usus besar boleh menyerap mineral dan air
  • Apabila membran (lapisan dinding) usus besar tidak sihat, ia tidak boleh berasimilasi (melakukan proses pertukaran zat) dan menyerap mineral dan vitamin yang boleh mengundang pelbagai penyakit (tidak kira berapa banyak makanan tambahan yang kita ambil)
ALFALFA UNTUK DETOX/ PENCUCI KESELURUHAN TUBUH

Alfalfa digelar "Raja segala Tumbuhan". Akar herba yang mengagumkan ini, tumbuh sangat dalam ke dalam tanah untuk menyerap nutrien penting dan mineral yang terdapat jauh di dalam bumi. Alfalfa adalah dikenali sebagai agen diuretik, pembersih badan dan penyahtoksik. Ia merangsang aliran hempedu, dan membuang unsur mineral bahaya dari tubuh. Ia juga membantu melindungi dari radiasi dan membantu mengawal bau badan.

Selain ciri-ciri sebagai pembersih badan dan penyahtoksik, Alfalfa juga mempunyai banyak kebaikan lain, menurut pakar nutrisi, Alfalfa membantu dalam pencernaan, anti-radang, anti-arthritis dan anti-bakteria. Ia membantu dalam penyembuhan ulser, gout, sakit tumit, sakit perut, alahan dan pembaikan cakera tulang belakang (disc). Ia juga mengawal tahap gula dalam darah dan membantu menurunkan paras kolesterol. Alfalfa yang terbaik setakat hari ini adalah ALFALFA SHAKLEE yang ditanam tanpa pestisid, hormon sintetik, bahan kimia atau baja bukan organik, menjadikan ia Alfalfa terbaik dan berkualiti tinggi.

Tak rugi amalkan Alfalfa sebagai makanan/suplemen harian kita.. Alfalfa untuk detox yang sangat hebat.. Jom dapatkan dan simpan sebotol di rumah masing-masing..

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Zue Mat Amin

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2012 Reserved to superbvitaminme
Design by Ccicute Design