05 January 2014

CAROTOMAX SHAKLEE


Harini nak bercerita pulak tentang suplemen mata. Rupanya Shaklee pun ada suplemen untuk mata ye.. Iye.. memang ada. Memang terbaik Shaklee ni, lagipun kebanyakkan orang mengalami rabun dan ada juga sesetangah individu yang mengalami rabun sejak dari kanak-kanak lagi... Jom kita kenal-kenal dengan CAROTOMAX SHAKLEE ni..
 
Carotomax ini mengandungi 6 varieti karotena, diekstrak dari rangkaian sayuran dan buahan yang kaya dengan sifat anti-oksidant seperti rumpai laut, tomato, biji anggur, brokoli, marigold, epal, kentang, minyak sawit dan lain-lain. Ahli nutrisi mencadangkan pengambilan 5-9 hudangan sayuran dan buah-buahan untuk mengekalkan konsentrasi beta karotena di dalam darah, seterusnya memelihara kesihatan penglihatan, kesihatan kulit dan mencegah kanser.

APAKAH CAROTENOID ATAU KAROTENA

Carotenoid adalah pigmen yang membentuk warna sayur-sayuran. Ia memberi warna oren kepada carrot, tomato dan sebagainya.

6 JENIS CAROTENOID TERSEBUT ADALAH

Alpha Carotene & Beta Carotene - Untuk penglihatan malam, mata sihat, memperbaiki kulit dan mempercepat pemulihan luka, mempertingkat sistem imun, mengurangkan risiko kanser usus, payudara dan prostat.

Lycopene - Bersifat antioksidan, menghalang penuaan organ, untuk serviks yang sihat, kesihatan jantung dan sistem imun, serta mengurangkan risiko mendapat penyakit kelenjar prostat.

Astaxanthin - Untuk melindungi kerosakan akibat proses pengoksidaan kolesterol LDL.

Lutein - Untuk menyekat katarak, glaukoma dan penyakit makular berkaitan umur.

Zeaxanthin - Untuk melindungi mata, mengurangkan risiko kanser payudara, ovari, endometrial dan serviks.

MANFAAT UTAMA CAROTOMAX SHAKLEE
  • Lebih Selamat dari Vitamin A - penemuan terawal vitamin adalah pada tahun 1912 iaitu Vitamin A. Didapati juga pengambilan berlebihan Vitamin A akan menyebabkan toksisiti. Walaubagaimanapun ahli saintis menemui beta karotena pada tahun 1932, satu precursor Vitamin A, dan beta karotena didapati selamat untuk pengambilan.
  • Mempertingkatkan Penglihatan - Ia menghasilkan "ungu visual" yang membolehkan kita mengekalkan penglihatan di dalam gelap. Ia mempertingkatkan masalah penglihatan seperti, nyctalopia (rabun malam), rabun dekat, presbyopic, astigmatism, xerophthalma (mata kering), kelesuan mata, glaucoma, katarak, floaters, eye bags dan gegelung hitam dimata.
  • Meredakan Penyakit Kulit - pengambilan yang banyak akan melegakan masalah kulit seperti psoriasis, senile plaque, kulit kering, kulit gugur, jerawat dan akne. Penggunaan  luaran untuk merawat pustule, scabies, akne, ulser kulit.
  • Melindungi Epithelial - Ia memelihara lapisan luar kornea, rongga oral, usus, perut, paru-paru, bronkus, pundi kencing, obari semasa disintegrasi tisu, merawat ulser saluran usus.
  • Melawan Kanser dan Oksidasi - Pengambilan kerap beta karotena mengukuhkan system imun, melambatkan penuaan dan menyekat aktiviti bahan kanser dan menghalang pembentukan sel-sel kanser. Ini akan mengurangkan risiko kanser, terutama sekali kanser paru-paru dan payudara. Ia juga mengurangkan radikal bebas dan menyingkirkan sel-sel mati yang teroksida.
  • Menghalang Infeksi - Merangsang enzim membunuh kuman, menyekat dan mempertingkatkan kondisi penyakit system respiratori paru-paru: batuk, hepatitis, asthma, flu dan selsema.
  • Menggalakkan Perkembangan Normal dan Sihat - Merangsang perkembangan kanak-kanak/remaja, menguatkan tulang, melindungi rambut, kulit, membrane mukosa, gigi sihat, gusi dan system reproduksi. Juga penghasilan sperma yang sihat. 
TANDA-TANDA KEKURANGAN
  • Masalah jerawat
  • Hilang lembapan pada kulit, mulut dan rambut
  • Tumbesaran terencat
  • Masalah tidur dan insomnia
  • Kulit yang menebal pada telapak tangan dan kaki
  • Masalah rabun malam.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
TESTIMONI CAROTOMAX

Zue Mat Amin

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2012 Reserved to superbvitaminme
Design by Ccicute Design