08 January 2014

TIPS PENJAGAAN RAMBUT

TIPS PENJAGAAN RAMBUT BAGI WANITA BERTUDUNG
  • Pilih fabrik tudung yang bersesuaian seperti kain kapas. Ia akan memudahkan proses menyerap peluh dan aliran udara di kepala.Walaupun anda mengikut trend semasa tetapi elakkan memakai tu...dung melebihi empat lapis kerana semakin tebal tudung anda semakin sukar untuk rambut anda bernafas.
  • Ganti anak tudung setiap hari dan tudung anda setiap hari.
  • Hindari tudung berwarna gelap seperti hitam jika anda banyak menghabiskan masa di bawah sinaran matahari.
  • Biarkan rambut berehat seketika terutama selepas selesai melakukan aktiviti yang membuat kulit kepala anda berpeluh. Sebaiknya buka ikatan rambut dan biarkan angin meresap ke seluruh kulit kepala sehingga ia kering
  • Ikat rambut atau gulung rambut anda tidak terlalu ketat ketika bertudung. Perbuatan mengikat rambut terlalu ketat ketika bertudung akan membuatkan rambut stress dan ini sangat menyumbang kepada masalah keguguran rambut.
  • Sikat rambut menggunakan sikat yang sesuai. Sewaktu menyisir rambut, sikatlah dengan perlahan. InsyaAllah ini akan dapat mengurangkan masalah rambut patah.
  • Bersyampu 2-3 kali seminggu menggunakan syampu yang rambut yang sesuai . Ini dapat menjaga kulit kepala anda. Pastikan ia tidak buat rambut terlalu kering atau terlalu berminyak. Bersyampu begini menyelamatkan kulit kepala anda daripada didatangi masalah kelemumur. Pastikan rambut anda kering sebelum mengenakan tudung kerana rambut yang masih lembap boleh menyebabkan pening.
  • Gunakan conditioner yang bersesuaian. Ianya dapat mengekalkan kelembapan rambut. Sewaktu menggunakan conditioner eluskan cuma di hujung rambut sahaja dan biarkan selama 5 minit bagi membolehkan pelembap meresap dengan baik ke helaian rambut. JANGAN menyapu pelembap ke kulit kepala anda.
  • Mahukan rambut berkilau....gunalah masker rambut ya. Atau jika ada bajet lebih buatlah perawatan rambut. Penggunaan tonik rambut juga baik untuk rambut anda.
  • Minum air putih yang mencukupi 2-3 liter sehari ini juga membantu kelembapan rambut dari dalam.
  • Makan makanan yang bergizi untuk rambut seperti keju, yogurt, -buahan dan telur.

SELAMAT MENCUBA
 

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2012 Reserved to superbvitaminme
Design by Ccicute Design