20 January 2014

DIET YO-YO

sumber: MyMetro

MENGAPA pelan diet anda gagal? Ramai yang hendak mengurangkan berat badan mempunyai pelan diet tersendiri. Keazaman mengamalkan cara hidup sihat ini amat digalakkan agar menjamin masa depan yang sihat dan cergas.

Namun, masih ramai yang sering melakukan kesilapan diet seperti mengikuti program diet segera. Jika berjaya dengan cara ini, paling lama ia bertahan antara tiga hingga lima tahun. Selepas itu, berat badan kembali seperti asal.

Itulah yang dinamakan diet yoyo. Kesilapan dalam mengamalkan diet seperti ini kadangkala memberikan kesan negatif untuk masa depan. Justeru kali ini, mari kita lihat antara sebab pelan diet atau pemakanan anda gagal.

1) Melakukan diet ‘kelaparan’

Diet yang mengehadkan penggunaan kalori ini mengakibatkan metabolisme anda menjadi perlahan. Bahkan, diet yang melaparkan diri ini merugikan pembakaran kalori. Menerusi diet berkalori rendah, bukan lemak yang dibuang, tetapi otot berdaging yang hilang lalu membuatkan kita lemah dan lesu.

Sebagai panduan, jangan mengambil kalori kurang 50 peratus daripada keperluan kalori seharian (DCR) anda untuk mengurangkan berat. Contohnya, jika DCR anda 2,400 kcal, jangan makan kurang daripada 1,200 kcal. Apa yang penting, anda harus makan kerap dengan jumlah sederhana untuk mengawal nafsu.

2) Terlalu ekstrem terhadap diet

Makanan lazat sepatutnya dinikmati, tetapi diet yang tidak enak akan melemahkan nafsu makan. Akibatnya, berat badan menjadi susut. Bagi saya, biarlah diet anda itu mempunyai konsep beri dan ambil.

Tidak semua pilihan pemakanan itu sempurna. Contohnya, jika hari Isnin hingga Jumaat anda menjaga diet dengan betul dan penuh disiplin, tidak salah kita memberi bonus pada diri sendiri ketika hujung minggu.

Kita harus memberi ganjaran dengan menyambut kejayaan mengawal pemakanan dan mengamalkan diet yang seimbang sepanjang tempoh berdiet. Tetapi harus diingat, anda perlu mengawal kualiti dan kalori makanan yang diambil. Kemudian, mulakan semula pelan diet pada minggu seterusnya.

3) Cuma makan tiga hidangan sehari atau melangkau makan.

Tiga hidangan sebenarnya tidak cukup untuk mengawal nafsu makan dan tidak dapat meningkatkan metabolisme. Paling kurang, makan lima kali sehari.

Ini tidak mengira sama ada anda ingin mengurang, mengekal atau menambahkan berat badan. Hendak makan malam juga boleh selagi bajet keperluan kalori seharian anda mencukupi. Selain itu, sesetengah orang meletakkan pelan diet mereka dengan mengelak daripada makan.

Jangan melangkau mana-mana hidangan terutama sarapan. Ia amat merugikan!
Sarapan itu penting untuk mencetus metabolisme harian anda. Jangan tunggu sampai di pejabat baru hendak makan. Makanlah sarapan untuk memastikan pembakaran kalori dilakukan seawal pagi.

4) Gagal mengawal nafsu makan

Cabaran paling besar adalah kawalan nafsu makan. Ia salah satu sebab pelan diet gagal diamalkan secara berterusan.

Kawal jumlah kalori pemakanan kita ibarat mengawal kewangan harian. Pastikan anda makan dengan kerap dan makan hidangan yang berkualiti serta cukup khasiatnya. Selain itu, kita harus tahu kuantiti makanan yang diambil seperti makan nasi hanya segenggam atau roti dua keping.

5) Kurang melakukan aktiviti riadah atau senaman

Walaupun senaman tidak wajib dalam usaha menurunkan berat badan, ia memberikan semangat dan lebih menyempurnakan diet anda.

Tambahan pula, pada masa sama kita menjadi cergas dan cerdas. Pengurusan berat badan bukan hanya mengenai penyerapan kalori (melalui makanan), tetapi juga melalui senaman.

6) Melakukan diet jangka masa pendek

Apabila mendengar perkataan diet, ramai menganggap ia sebagai suatu program pendek yang mungkin mengambil masa hanya 12 minggu, tetapi persepsi itu salah.

Diet sepatutnya menjadi amalan sepanjang masa. Definisi diet adalah amalkan pemakanan. Oleh itu, pastikan anda amalkan diet dengan betul dan bukan untuk jangka masa pendek sebaliknya sepanjang hayat.

Untuk peringatan, pastikan pelan pemakanan anda dibina berdasarkan ilmu pengetahuan yang bernas.

Pastikan juga anda faham dan mempersoalkan fakta sains di sebalik setiap diet.

Kesimpulannya, lakukan diet anda untuk jangka masa berterusan agar berat badan tidak akan turun atau naik secara mendadak.

Bersempena promosi Alfalfa bulan ni, zue nak kongsi sedikit info mengenai diet segera. Ada jugak yang memanggilnya sebagai diet yoyo. Diet segera ni ialah amalan diet secara drastik atau pengambilan ubat kurus yang terlarang. Sama seperti namanya, diet segera hanya berkesan untuk sementara waktu tetapi boleh memberi kesan buruk di kemudian hari.

Oleh itu, cuba amalkan beberapa tips untuk mengelakkan anda daripada diet segera:
  • Kenali dan faham tentang pengambilan kalori harian anda
  • Elakkan mengambil ubat kurus yang tiada pengesahan KKM
  • Pastikan makanan yang anda ambil lengkap dengan zat yang diperlukan
  • Makan dalam kuantiti yang sedikit tetapi kerap
  • Makan makanan yang boleh menyumbang kepada peningkatkan kadar metabolisma. Sila baca sini
  • Jangan terlalu ikutkan perasaan untuk crash diet. Kurangkan pemakanan anda sedikit demi sedikit. Bukan dengan mendadak.
Di Shaklee, rangkaian weight management kami iaitu Cinch, Lecithin dan Herblax/Alfalfa; sememangnya lengkap dan tidak memudaratkan. Dimulakan dengan Cinch sebagai makanan gantian untuk sarapan atau makan malam. Ianya memberi rasa kenyang berpanjangan serta mampu membina otot bagi meningkatkan kadar metabolisma.
Lecithin pula membantu mengurangkan masalah tinggi kolestrol kerana fungsinya sebagai pemecah lemak. Lemak degil, yang baru atau yang lama akan dipecahkan oleh lecithin. Akhir sekali, penggunaan Herblax/Alfalfa sebagai ejen detox akan menyingkirkan segala toksin dan lemak-lemak yang telah dipecahkan oleh Lecithin.



* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Zue Mat Amin

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2012 Reserved to superbvitaminme
Design by Ccicute Design