29 January 2014

Q & A : BAYI MINUM AIR GLUKOS

sumber : Majalah PaMa

Soalan:

Adakah pengambilan air glukos pada bayi digalakkan dan pada usia berapakah ia boleh dilakukan? Adakah perkara ini akan mendatangkan sebarang kesan kepada tumbesaran bayi? Harap dapat dihuraikan. Terima kasih.

Jawapan:

Air glukos secara amnya tidak ada zat kecuali sebagai pembekal kalori dan tenaga. Ini kerana gula selain daripada memberi rasa manis hanya membekalkan karbohidrat. Oleh itu tidak digalakkan memberi air glukos kepada bayi tidak kira peringkat umur. Tumbesaran baik memerlukan zat makanan yang lengkap iaitu protein, karbohidrat, lemak dan vitamin. Disamping itu pemberian air glukos hanya akan menggalakkan kanak-kanak lebih cenderung untuk minum minuman manis dan ini secara tidak langsung akan mengundang gejala lain dan ini juga akan mengganggu pertumbuhan gigi yang sihat.

Zue Mat Amin

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2012 Reserved to superbvitaminme
Design by Ccicute Design