29 January 2014

Q & A : BAYI MINUM AIR GLUKOS

sumber : Majalah PaMa

Soalan:

Adakah pengambilan air glukos pada bayi digalakkan dan pada usia berapakah ia boleh dilakukan? Adakah perkara ini akan mendatangkan sebarang kesan kepada tumbesaran bayi? Harap dapat dihuraikan. Terima kasih.

Jawapan:

Air glukos secara amnya tidak ada zat kecuali sebagai pembekal kalori dan tenaga. Ini kerana gula selain daripada memberi rasa manis hanya membekalkan karbohidrat. Oleh itu tidak digalakkan memberi air glukos kepada bayi tidak kira peringkat umur. Tumbesaran baik memerlukan zat makanan yang lengkap iaitu protein, karbohidrat, lemak dan vitamin. Disamping itu pemberian air glukos hanya akan menggalakkan kanak-kanak lebih cenderung untuk minum minuman manis dan ini secara tidak langsung akan mengundang gejala lain dan ini juga akan mengganggu pertumbuhan gigi yang sihat.

Zue Mat Amin

TIPS PENAWAR KENCING MANIS

Oleh:Nadia Mingguan Wanita

  • Kencing Manis penyakit yang biasa dihidapi terutamanya di kalangan warga tua. Cuba amalkan beberapa petua ini untuk mengawal dan menghindarinya daripada terus menjadi tahap yang serius.

  • Rebus secekak daun pegaga dengan dua gelas air. Setelah mendidih dan agak pekat, sejukkan dan tapis. Minum air ini sekali sehari setelah makan malam.

  • Cabut sebatang bunga matahari beserta akarnya. Potong batangnya kira-kira  satu inci dari bahagian akarnya. Rebus akar itu sehingga mendidih dengan dua gelas air, kemudian biarkan sehingga menjadi segelas. Sejukkan dan tapis sebelum minum. Amalkan sehingga nampak kesannya.
  • Rebus kulit jering, petai dan buah pinang muda dengan tiga gelas air sehingga tinggal satu gelas. Minum setiap malam sebelum tidur.
  • Ambil buah petai belalang yang telah dikeringkan, kemudian goreng tanpa minyak. Tumbuk dan campurkan serbuk tersebut ke dalam secawan air panas. Kemudian minum. 
  • Selain itu, buah peria juga dikatakan membantu mengubati penyakit kencing manis ini dengan cara memakan buah peria yang mentah.
Zue Mat Amin

27 January 2014

7 KEBAIKAN MINUM KOPI (MINUMAN KEGEMARAN NABI)


Kita selalu dimomokkan dengan cerita minum kopi tak bagus. Betul tak? Tapi di sini saya nak kongsikan dengan pembaca, 7 kebaikan minum kopi yang tak pernah diceritakan.

1. HIDUP LEBIH LAMA


Satu kajian yang dijalankan oleh Institut Kanser Kebangsaan di US mendapati orang yang minum kopi pada kadar keperluan biasa setiap hari, hidup lebih lama berbanding orang yang tidak. Ini adalah berpunca daripada antioksidan yang tinggi dijumpai semulajadi dalam kopi. Kopi juga dapat mengurangkan ketagihan seseorang terhadap rokok.

2. MENCEGAH PENYAKIT


 Dalam kajian yang dijalankan di Univeristi Harvard pula, penyelidik mendapati meminum kopi 1 - 3 cawan sehari boleh memberi faedah kepada kesihatan anda secara dramatik. Sebagai contoh, pengambilan kopi boleh mengurangkan risiko diabetes (kencing manis). Selain itu, dapat juga mengurangkan risiko penyakit Parkinson sebanyak 80%, kanser kolon sebanyak 25% dan kanser payudara sebanyak 40%!

3. BERSENAM


 Sebelum anda bersenam di gim atau di rumah, lebih baik anda mulakan nya dengan meminum secawan kopi. Ini kerana, selepas minum kopi, badan akan mengeluarkan hormon endorfin. Endorfin akan meningkatkan lagi prestasi anda serta dapat bersenam dengan lebih baik lagi. Kafein dalam kopi juga dapat meningkatkan tenaga.

4. KEMAMPUAN KOGNITIF LEBIH BAIK


Meminum kopi
pada kadar yang betul (1-3 cawan sehari) boleh meningkatkan kemampuan kognitif anda. Penyelidik di California telah menjalankan ujian memori jangka pendek kepada individu. Dikatakan kafein dalam kopii dapat menghalang pembentuk plak beta-amyloid dalam otak, sekaligus menjadikan otak berfungsi dengan lebih baik. Penyakit Alzheimer mungkin boleh dirawat jika ini ada kebenarannya.

5. MENCEGAH STROKE


 Kajian yang dijalankan di Jabatan Perubatan Keluarga di Seoul, Korea mendapati penurunan risiko terkena stroke adalah sebanyak 25% bagi peminum kopi sekurang-kurangnya 1 cawan sehari. Manakala kajian di Finland pula mendapati penurunan sebanyak 12% untuk risiko stroke jika individu mengamalkan minum kopi 4 cawan sehari.

6. KESIHATAN YANG LEBIH BAIK


 Terdapat lebih kurang 1,000 antioksidan yang terdapat dalam kandungan secawan kopi. Antioksidan ini boleh memberi manfaat dalam pelbagai cara. Antaranya adalah dapat membantu menyingkirkan toksn yang mungkin menyebabkan kanser, dapat meneutralkan radikal bebas yang boleh menyebabkan badan anda cepat naik dan masalah kesihatan yang lain.

7. MENCEGAH PENYAKIT GOUT


 The Nurses' Health telah mengkaji ramai jururawat wanita selama 26 tahun megenai penyakit gout ini. Keputusan menunjukkan jururawat yang kerap meminum kopi sehingga 4 cawan kopi berjaya mengurangkan risiko untuk terkena sakit gout. Antioksidan dalam kopi mengurangkan insulin dalam badan, sekaligus menurunkan tahap asid urik; penyebab kepada sakit gout!

Sumber: http://www.lamankongsi.com/


Zue Mat Amin

26 January 2014

FIBROID DAN CARA RAWATAN YANG TIDAK MELALUI PEMBEDAHAN

APA YANG ANDA PERLU TAHU TENTANG FIBROID?

Fibroid adalah sejenis ketumbuhan yang berasal dari tisu pada rahim. Apabila ia membesar, fibroid boleh memberikan pelbagai masalah kepada wanita seperti menghimpit pundi kencing, mengalami haid yang banyak, sakit semasa haid dan sakit semasa bersama dan sebagainya. Ia boleh tumbuh sehingga sebesar biji bola tapi ia bukan sejenis kanser.

Kebanyakkan symptom yang dihidapi oleh wanita ialah kerap kencing, sembelit, sakit haid dan darah haid yang banyak. Kadang-kadang ia boleh menghadang pintu rahim dan sekiranya wanita tersebut hamil, beliau terpaksa bersalin secara pembedahan caesarean.

 
BAGAIMANA WANITA BOLEH MENGHIDAPINYA?
 
Fibroid adalah kejadian yang kerap terjadi iaitu pada 25% kaum wanita tetapi setakat ini kita tidak dapat pastikan bagaimana ia terjadi. Walaubagaimanapun, kehadiran hormone estrogen berkait rapat dengan pembesaran fibroid. Fibroid terjadi kebanyakkan pada mereka yang berusia 30-40 tahun iaitu dalam usia reproduktif. Apabila umur semakin meningkat dan takat estrogen yang semakin rendah, fibroid juga akan susut secara sendirinya.
 
APAKAH SIMPTOM YANG DIHIDAPI WANITA?
 
Kebanyakkan wanita tidak mengetahui mereka mempunyai fibroid kerana ia jarang memberikan masalah tetapi sekiranya ia terlalu besar dan berada pada ruang saluran, pesakit akan mengalami :
  • Sakit semasa haid (senggugut)
  • Sakit belakang
  • Haid yang banyak
  • Sembelit
  • Kencing Kerap
  • Keguguran yang kerap
  • Sukar mengandung
BAGAIMANA FIBROID DAPAT DIKESAN?
 
Kebanyakkan fibroid dikesan secara tidak sengaja kerana ia sering tidak memberi sebarang gejala. Sekiranya anda merasa sesuatu bengkak pada bahagian bawah perut, berjumpalah dengan doctor untuk mengetahui punca pada bengkak tersebut. Ujian ultrasound scan dengan senang akan dapat membezakan samada bengkak itu berasal dari firoid atau ovari.
 
BAGAIMANA FIBROID DAPAT DIRAWAT?
 
Kebanyakkan fibroid tidak memerlukan rawatan tetapi doctor anda akan mempertimbangkan atau menyarankan rawatan bergantung pada:
  • Sebanyak mana haid dan sakit senggugut yang anda hadapi
  • Berapa cepat fibroid tersebut membesar
  • Usia anda kerana fibroid akan mengecil apabila mencapai usia menopos
  • Keinginan anda untuk mendapatkan anak, kerana fibroid boleh menyebabkan ketidaksuburan untuk mengandung
  • Sekiranya anda memang memerlukan rawatan, terdapau 2 jenis pembedahan yang akan disarankan. Pertama MYOMECTOMY di mana ketumbuhan itu sahaja yang akan dibedah dan dibuang oleh doctor, manakala HYSTERECTOMY pula adalah pembedahan membuang kesemua rahim dan selalunya dibuat kepada wanita yang hamper mencapai usia menopos dan mereka yang tidak lagi mahukan anak.
Katakan tidak dengan SET ACE dan GLA COMPLEX dalam membantu masalah fibroid ini.. Jom baca setiap fungsi set yang terdiri daripada Carotomax, Vit C dan Vitamin E Complex di sini dan bagaimana GLA COMPLEX dapat membantu mengatasi masalah yang sama.
 
Set yang mengandungi Vit C dan Vit E ini berfungsi sebagai antioksida. Ia merupakan ejen pembasmi radikal bebas yang berfungsi untuk menjaga sel sihat anda daripada dimusnahkan oleh radikal tersebut. Sekaligus ia membantu mengecutkan fibroid anda.
 
  • Berfungsi menstabilkan hormone kerana ketidakstabilan hormone adalah punca kewujudan fibroid di dalam rahim dan menyebabkan ia semakin membesar. Dengan pengambilan GLA secara berdisiplin, In syaa Allah apabila hormone telah stabil, fibroid anda akan mengecut secara semulajadi dan anda dapat merawatnya tanpa melalui sebarang pembedahan.
 
 
APA KATA PENGGUNA..
 
 
ANDA DAPAT MERAWATNYA TANPA PEMBEDAHAN. JOM DAPATKAN SATU SET..
 
Zue Mat Amin

25 January 2014

NUTRIWHITE SKIN CARE SHAKLEE


Bagaimana pula dengan Set Nutriwhite Shaklee ni?
Apa perbezaan berbanding Set Enfuselle Shaklee sebelum ni?

Set Nutriwhite ini dihasilkan daripada bahan semulajadi bebas kimia dan amat berkesan untuk penjagaan kulit muka kita. Produk ini menjadikan kulit muka sihat dan bersih dengan bahan-bahan semula jadi seperti rumpai laut, alga hijau, strawberi begonia dan lain-lain. Selepas 3 tahun saintis Jepun dan Amerika Shaklee bekerjasama mengkaji. 16 bahan semulajadi terbaik telah terpilih.

ANTARA KELEBIHAN DAN KESAN SET NUTRIWHITE SHAKLEE IALAH:
  • Membantu mengawal keradangan kulit
  • Pengurangan tompokan pada kulit
  • Memberi kelegaan pada kulit
  • Kulit semakin cerah dan menyelesaikan masalah pigmentasi
  • Melembapkan kulit dan memelihara kulit daripada rosak
  • Menegangkan dan menyegarkan kulit wajah
  • Membuang toksin
Jom berkenalan dengan Set Nutriwhite Shaklee pula..

ULTIMATE PROTECTION WHITENING LOTION SPG 15

 
  •  Licin serta kaya dengan pati botani seperti Mulberi untuk mencegah kerosakan kulit kesan daripada cahaya matahari dan Mountain Arnica untuk menghilangkan radang kulit, pelembap yang bertindak daripada semua sudut ini melindungi anda daripada kesan-kesan memudaratkan cahaya matahari dan membantu membina daya ketahanan kulit terhadap kerosakan persekitaran
OVERNIGHT RENEWAL WHITENING CREAM

  • Memperbaharui dan mengembalikan keremajaan kulit sewaktu tidur
  • Linden menyihatkan serta melembapkan kulit secara mendalam
  • Scullcap mencerah dan menghilangkan radang kulit
  • Vitamin C aktif mengurangkan tompok-tompok hitam serta mengembalikan keserian wajah
  • Pada waktu pagi, anda akan bangun dengan kulit yang gebu, halus, cerah dan berseri
GENTLE DEEP FOAMING CLEANSER

  • Membersihkan dan menyegarkan kulit
  • Rumpai laut menghilangkan kekotoran, membuang sel-sel mati dan menegangkan
  • Alga Hijau menyahtoksin dan melembapkan
  • Strawberi Begonia mencerahkan dan mengimbangkan pigmen
  • Lembut dan menyegarkan
SOOTHING RADIANCE WHITENING SOFTENER
 
  • Ia lembut dan mengembalikan kulit pada pH yang seimbang
  • Kulit berasa lebih segar dan tegang dengan Rosemary
  • Kudzu menegangkan dan mencerahkan
  • Marshmallow melembapkan
  • Ianya sangat berkesan
GENTLE ACTION MAKEUP REMOVER

  • Menjadikan kulit anda licin, lembut dan berseri
  • Tunas Pokok Bic menghilangkan sel mati dengan lembut tanpa meninggalkan kesan
  • Aloe Vera menyegarkan dan menegangkan kulit
  • Lembut, tidak berminyak, dan kulit anda akan kelihatan lebih berseri
DAILY DEFENSE WHITENING ESSENCE

 
 Cara yang menyenangkan untuk mendapatkan kulit muka yang licin dan berseri yang diformulasi dengan:
  • Bearberry untuk mencerahkan dan menegangkan kulit,
  • Strawberi Begonia untuk mengimbangkan pigmen
  • Kacang Soya untuk melembutkan dan mengurangkan tompok-tompok hitam
  • Mulberi untuk mencegah daripada kerosakan kesan daripada cahaya matahari
  • Di samping itu, Vitamin C aktif ditambah untuk memperbaiki kulit serta mengembalikan seri wajah
  • Lembut dan mudah diserap oleh kulit
SPOT WHITENING TREATMENT

  • Memperbaiki kesan-kesan matahari serta jeragat kulit dengan cepat
  • Kuasa pencerahan botani dihasilkan daripada pati Likuoris dan Peony, yang amat bernilai disebabkan kesannya dalam mencerahkan, melindungi serta menghilangkan radang kulit
  • Cats Claw menegangkan kulit
  • Vitamin C aktif membawa kecerahan yang baru untuk kulit anda dengan rawak wajah yang lebih halus
JOM DAPATKAN SATU SET SEKARANG BAGI MEMBANTU MENGHILANGKAN PIGMENTASI DAN MENCERAHKAN KULIT..

Zue Mat Amin

ENFUSELLE SKIN CARE SHAKLEE

 
Shaklee ada barangan penjagaan muka? Tentu skali..
Set Penjagaan Muka Enfuselle Atau Enfuselle Skin Care Shaklee ini sangat sesuai bagi pemilik wajah yang berminyak, pori-pori terbuka, berjerawat dan kulit tidak sekata. Diperkaya dengan Vitamin E membuatkan si pemakai tampak berseri dan berkeyakinan. 
 
Jom berkenalan dengan Set Enfuselle ni..

HYDRATING CLEANSING LOTION
 
 
Emulsi berkrim ini bertindak menanggalkan kotoran, bahan pencemaran dan mekap tanpa menjejaskan lapisan minyak semulajadi kulit.
  • Emolien yang kaya serta tambahan Vitamin E menjadikan kulit halus, seimbang dan berseri
  • Mencerahkan tona kulit
  • pH yang seimbang
  • Hipoalergenik
PURIFYING CLEANSING GEL
 
 
Gel berbusa bertindak dengan lembut untuk menyingkirkan bahan pencemaran, mekap dan minyak berlebihan.
  • Bahan-bahan khas serta tambahan Vitamin E menjadikan kulit terasa segar dan lembut
  • Mencerahkan tona kulit
  • pH yang seimbang
  • Hipoalergenik
HYDRATING TONER

Meneutralkan Tindak Balas Yang Boleh Merosakkan Kulit
 
Hydrating Toner melegakan dan menyediakan kulit untuk rawatan Enfuselle.
  • Terbukti secara klinikal
  • Meneutralkan kerosakan sel akibat tindak balas kulit dengan besi dalam air paip
  • pH yang seimbang
  • Rumusan tanpa alkohol yang menyejat dengan cepat tanpa mengeringkan kulit
  • Melindungi lapisan minyak semulajadi kulit, menyucikan dan melembutkan dengan ekstrak witch hazel dan kamomil
PURIFYING TONER
 
 
Dengan Tiga Tindakan Untuk Menghentikan Kerosakan Pro-Oksida
 
Purifying Toner merangsang dan menyegarkan kulit sebagai persediaan rawatan Enfuselle.
  • Terbukti secara klinikal
  • Meneutralkan kerosakan sel akibat tindak balas kulit dengan besi dalam air paip
  • pH yang seimbang
  • Menyegarkan dan memperhalus kulit dengan ekstrak likoris, ginseng dan witch hazel
  • Meminimumkan kemunculan liang-liang yang besar pada kulit
  • Membantu mengawal kulit berminyak
  • Hipoalergenik
HYDRATING MOISTURIZER

 
Melembapkan Kulit Sehingga 24 Jam
 
Krim tanpa minyak dan tidak melekit yang kaya dengan agen pelembap bagi menyerlahkan kehalusan dan keanjalan kulit dengan serta-merta.
 
Terbukti secara klinikal:
  • 102% peningkatan keanjalan kulit dalam masa 28 hari
  • 195% pengurangan garis-garis halus dalam masa 28 hari
  • 21% pengurangan kedutan dalam masa 28 hari
  • Kesan yang ketara dapat dilihat dengan serta-merta, dan ia berterusan sehingga 24 jam
  • Garis-garis halus berkurangan dengan ketara
  • Hipoalergenik
BALANCING MOISTURIZER

 
Formula Ringkas untuk Menyubur dan Melembapkan Kulit

Formula yang ringkas, tidak berminyak dan mampu mengawal pengeluaran minyak pada wajah bertindak dengan membekalkan kelembapan segera yang kulit anda perlukan bagi menjadikan wajah kelihatan halus serta tidak berkilat.
 
Terbukti secara klinikal:
  • 146% peningkatan keanjalan kulit dalam masa 28 hari
  • 268% pengurangan garis-garis halus dalam masa 28 hari
  • 173% pengurangan kedutan pada kulit dalam masa 28 hari
  • Membantu mengembalikan keseimbangan minyak pada kulit
  • Hipoalergenik
EYE TREATMENT
 
 
Garis-Garis Halus dan Kedutan Tidak Lagi Ketara

Mengurangkan kemunculan garis-garis halus dan kedutan serta menghilangkan sembap bawah mata dengan bantuan pelbagai nutrien dan botani khusus.
 
Terbukti secara klinikal:
  • 233% pengurangan kedutan pada kulit dalam masa dua minggu
  • 120% peningkatan kekenyalan dan keanjalan kulit dalam masa dua minggu
  • 209% pengurangan garis-garis halus pada kulit dalam masa lapan minggu
  • 32% peningkatan kemampuan kulit untuk menahan lembapan lebih lama dalam masa lapan minggu
  • Ton kulit yang kembali sekata dalam masa 12 minggu
  • Kandungan botani anti-penuaan dan vitamin C memberikan faedah yang ketara pada kulit halus di sekeliling mata
  • Juga sesuai untuk bahagian leher dan mulut
  • Hipoalergenik, diakui oleh pakar-pakar oftalmologi dan selamat untuk pemakai kanta lekap.
Apa tunggu lagi.. jangan biarkan kulit muka kita bertambah teruk berminyak dan menggalakkan jerawat melata di muka.. Hubungi Zue segera untuk perawatan yang meyakinkan..


Zue Mat Amin

GET CLEAN WATER PITCHER SHAKLEE

 
Rumah anda dah ada penuras AIR? Kalau belum apakata kita cuba GET CLEAN WATER PITCHER dari SHAKLEE. Jug turasan air istimewa ini yang MOBILE @ boleh di bawa kemana-mana sahaja tanpa membazirkan wang membeli air semasa 'travel' dan letih sebab asyik nak masak air ketika dahaga.
 
TAHUKAH ANDA?

Rakyat Malaysia banyak membazirkan wang dengan meminum air botol..cuba anda bayangkan sebotol air minuman (drinking water) yang tiada mineral, bersumberkan air paip, dikilang dan dibotolkan, anda beli dengan harga RM1.00 sebotol manakala air mineral dengan harga RM1.50 sebotol...sekiranya anda jenis yang kuat minum air dan gemar berjalan, cuba bayangkan berapa banyak yang perlu dikeluarkan hanya untuk membeli air...jika anda membawa anak berjalan?sudah pasti perlukan air yang dimasak..bagaimana jika air yang dibawa dari rumah habis? tak minum air pulak anak kita nanti...sudah pasti anda gantikan dengan air berperisa yang banyak pewarna, pengawet yang pastinya tak elok untuk kesihatan anak...

MEMPERKENALKAN GET CLEAN®  WATER PITCHER

Get Clean® Water merupakan sistem penurasan air multi-paten baru yang menghasilkan air yang lebih sihat. Berbanding dengan jag air yang lain, Get Clean® Water menggunakan sebatang blok karbon padu untuk membersihkan air anda serta mengurangkan bahan-bahan cemar yang sukar disingkirkan termasuklah kandungan plumbum sehingga 99%.

Get Clean® Water merupakan sistem penuras jag air pertama yang menggunakan blok-karbon yang boleh diisi semula. Jadi, kuranglah botol plastik yang perlu dibuang. Ia juga berupaya menuras 303 liter (80 gelen) air bagi setiap turasan.

Air yang lebih bersih dan sihat ataupun bumi yang lebih bersih dah sihat

Sudah tentu kita boleh menikmati semuanya!
Menandingi Jenama Terkemuka yang Lain!


• Disahkan dapat mengurangkan kandungan plumbum, merkuri, kadmium dan bahan-bahan cemar lain. disamping mengekalkan kandungan mineral air yang sihat!

• Disahkan dapat mengurangkan klorin, jadi ia dapat mengurangkan ancaman kesihatan yang disebabkan oleh bahan sampingan klorin!

• Disahkan dapat menuras 303 liter (80 gelen) air bagi setiap turasan -dua kali ganda lebih daripada jenama terkemuka.

• Sistem Penuras Jag Air berblok- Karbon Isian Semula yang pertama

Pilihan Bijak!

• Hanya beberapa sen bagi seliter air

• Air yang lebih sihat dan rasanya yang enak

• Jag Air bermeter automatik pertama yang menunjukkan jumlah gelen air yang telah dituras- tidak memerlukan kuasa elektrik

• Ringan dan mudah dibawa

• Menjimatkan kos – tanpa perlu dimasak

KEISTIMEWAAN SHAKLEE






SELAMAT: “Menyingkirkan kandungan plumbum” dan banyak bendasing lain

 Get Clean® Water ini berupaya mengurangkan pelbagai jenis bahan cemar berbahaya yang mungkin terkandung di dalam air. Ia juga diiktiraf oleh Persatuan Kualiti Air (Water Quality Association [WQA]) yang ianya dapat mengurangkan plumbum dan banyak bendasing lain.

PILIHAN BIJAK: Menjimatkan Kos

 Rakyat Malaysia banyak membazirkan wang dengan meminum air botol. Dengan hanya berapa sen seliter sahaja, Get Clean® Water dapat memberikan air yang bersih dan rasanya yang enak dengan meter bijak yang menandakan bilakah masanya untuk anda menukar penuras tersebut tanpa perlu mengagaknya.

HANDAL: Lebih banyak air bersih pada setiap masa

 Get Clean® Water menghasilkan 303 liter (80 gelen) daripada setiap turasan yang mana dua kali ganda lebih banyak berbanding jenama lain dan mengurangkan bahan cemar yang mungkin wujud dalam air dan berbahaya kepada kesihatan anda.

MESRA ALAM:
Memelihara alam sekitar

 Get Clean® Water ini menggunakan sistem Penuras Jag air dengan blok-karbon isian semula yang pertama, di mana ianya dapat mengurangkan timbunan sisa. Dan lagi, setiap penuras diperbuat daripada arang tempurung kelapa yang tahan lasak dan baik terhadap alam sekitar.

Zue Mat Amin

SET MEMBANTU ANAK FOKUS BELAJAR SHAKLEE

sumber: pama.karangkraf.com


Tajuk ini sering menjadi persoalan dan sering bermain di dalam fikiran ibu bapa. Memang anak sebegini kelihatan normal, seperti anak orang lain, boleh bercakap dan berjalan, boleh bermain. Namun demikian, bila masa belajar, resah gelisah. Buka buku sekejap, sudah penat. Bila diajar, tidak faham. Faham hari ini, esok lupa. Baca merangkak-rangkak. Buat kerja sekolah kelam kabut. Tulisan tunggang langgang. Apa sebenarnya yang tidak kena?

Anak sebegini baik di pra sekolah atau sekolah sekalipun sentiasa duduk di dalam kelas yang terakhir, dan dapat nombor yang tercorot. Anak ini sentiasa di'cop' lembap, malas, bodoh dan bermacam-macam nama lain. Kadang-kadang ibu bapa hanya lepas tangan kerana percaya bahawa anak mereka ini sudah semulajadinya begitu. Tiada apa yang boleh dilakukan.

SIMPTOM KECEDERAAN OTAK


Sebenarnya masalah yang dialami anak-anak ini adalah symptom kecederaan otak. Apabila otak yang elok mengalami kecederaan yang sederhana berat atau ringan, hasilnya adalah anak yang mengalami masalah pembelajaran. Kecederaannya tidak begitu berat sehingga ia tidak dapat bertutur atau berjalan namun demikian hakikat yang sebenarnya anak ini juga mengalami kecederaan otak.

Dengan itu, untuk berjaya dalam mengatasi masalah anak ini, sudah tentunya jawapannya adalah dengan merawat punca masalah anak itu, dan bukan dengan hanya menangani simptomnya sahaja.

Di dalam 6 tahun pertama hidup anak, otak anak akan berkembang dengan amat pesat. Perkembangan ini berlaku bertahap-tahap dan adalah selaras dengan fungsi-fungsi tertentu.

Di antara fungsi yang amat penting adalah kebolehan anak menjulur dan merangkak. Kedua-duanya amat penting kerana di tahap inilah pembentukan focus, dan pematangan otak tengah berlaku yang juga memberi kesan kepada daya imbangan dan koordinasi anak.
 

Malangnya dewasa ini ramai anak yang tidak lagi menjulur dan merangkak. Ramai juga anak yang diletakkan di dalam ‘walker’ dan tidak merangkak dan menjulur, tetapi terus berjalan. 

Malah ada ibu bapa yang tidak ingat sama ada anak mereka menjulur dan merangkak semasa bayi.

Ramai juga yang terlampau sayangkan anak sehingga anak itu sentiasa didukung atau dikendong. Pantang menangis saja pasti akan didukung. Akibatnya, anak ini tidak menjulur maupun merangkak.


Fungsi ini menyebabkan anak tidak membentuk fokus dengan betul. Ini menyebabkan anak mengalami kesukaran membaca kerana perkataan, terutama yang bersaiz kecil kelihatan kabur, terbalik dan ini mengelirukan anak. Inilah yang menyebabkan anak tidak dapat memberi tumpuan begitu lama. Mata mereka cepat menjadi penat dan mereka akan mengadu pening kepala.


Ini tidak bermakna anak ini lembap atau kurang bijak. Ternyata ramai di antara mereka cukup bijak bila diajak berbual atau melakukan suatu tugas selain membaca. Mereka hanya mempunyai masalah dalam saluran penglihatan yang dikawal oleh otak mereka.

KENAL PASTI MASALAH ANAK


Ada juga anak yang dikatakan lembap ini yang sebenarnya mempunyai masalah dyslaterality. Setiap anak, apabila mencapai umur enam tahun sepatutnya sudah mencapai kawalan otak yang dominan antara otak kiri atau kanan. Yang ketara sekali kita perhatikan dari segi tangan yang digunakan untuk menulis, sama ada kanan ataupun kidal.


Sekiranya menulis dengan tangan kanan, ia juga sepatutnya menggunakan kaki kanan dengan lebih cekap, mata kanan dan telinga kanan. Ini menandakan bahawa anak ini dominan di sebelah otak kiri. Namun demikian, ada anak yang tidak mencapai kawalan otak dominan ini, dan sekiranya diperhatikan mungkin menulis dengan tangan kanan tetapi lebih banyak menggunakan kaki kiri, mendengar dengan telinga kiri dan melihat dengan mata kanan. Keadaan inilah yang disebut dyslaterality.


Anak ini akan mengalami masalah bila mula belajar membaca dan menulis. Ia sering melihat dan menulis huruf terbalik iaitu “b” sebagai “d” atau “2” sebagai “5”. Ini akan berlanjutan sehingga perkataan juga akan ditulis terbalik, kerana sebenarnya anak ini ‘melihat’ perkataan itu terbalik.


Anak-anak ini juga sering mengalami masalah mengeja dan mempunyai tulisan yang kelam-kabut. Ada juga yang gagap. Ramai di antara mereka menghadapi kesukaran membuat keputusan dan gopoh melakukan sesuatu, terutamanya perkara yang memerlukan koordinasi yang baik seperti bersukan.

Anak-anak seperti ini sebenarnya bukan mengalami masalah intelek tetapi masalah penglihatan, imbangan dan koordinasi yang amat rumit disebabkan kecederaan otaknya.


Masalah ini juga bukan masalah psikologi atau psikiatrik. Ia masalah yang boleh ditangani dengan program pembangunan otak yang intensif dan tersusun, berserta dengan program diet dan pemakanan yang ketat.


Untuk membantu anak seumpama in, ibu bapa dan guru-guru harus memahami apa yang sedang berlaku kepada anak. Adalah juga penting untuk mereka memahami tentang pembangunan otak serta perkara yang yang akan mempengaruhi pembangunan itu.


Berbekal pengetahuan dan kefahaman ini ibu bapa juga guru dapat menjalani program pembangunan otak yang intensif dan membantu kanak-kanak ini berfungsi seperti rakan-rakan sebayanya. Malah tidak menghairankan sekiranya ada yang mampu menyaingi rakan-rakannya yang lain.


ANAK SUKAR FOKUS? SERING KELETIHAN? LEMAH DAYA INGATAN??

OMEGA GUARD MINYAK IKAN SUPPLEMENT PILIHAN IBU BAPA SELURUH DUNIA

√ Mengandungi Omega 3 yang penting bagi perkembangan dan fungsi otak.*
√ meningkatkan keupayaan retina (mengoptimakan penglihatan untuk proses berfikir & melihat).
√ Menapis segala virus dan bacteria daripada badan.
√ Untuk sistem imun badan, membaik pulih sel, sistem pencernaan,mengawal suhu badan.

MEALSHAKE PROTEIN BAIK YANG MENGEKALKAN TAHAP KESIHATAN OPTIMUM ANAK

√Membekalkan sekurang-kurangnya 35% (atau lebih) Nilai Harian (Daily Value) bagi 19 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh tubuh.
√Merupakan sarapan pagi terbaik yang kaya dengan fibre , kalsium dan protein
√meningkatkan sistem imunisasi anak


Dapatkan segera bagi mengatasi masalah kurang fokus dikalangan anak-anak kita..


Zue Mat Amin

22 January 2014

MENGAPA SUPLEMEN PENTING UNTUK TUBUH BADAN MANUSIA

7 Sebab mengapa supplemen atau vitamin penting untuk badan??

 1) Badan kita memerlukan dos vitamin yang lebih tinggi dari apa yang boleh diperolehi daripada makanan. Contohnya vitamin C & E yang diperolehi daripada makanan sahaja tidak mencukupi untuk memberi kesan pencegahan dan anti penuaan.

2) Buah-buahan dan sayuran yang ditanam di atas tanah yang tidak subur mengandungi bahan dan galian yang...
kurang berbanding dengan buah dan sayuran dari tanah yang subur. Racun perosak, racun serangga dan bahan pencemar mempengaruhi kualiti buah dan sayuran tersebut.

3. Zat makanan mudah hilang semasa proses pengangkutan, penyimpanan dan penyediaan. Vitamin C dan enzim mudah dimusnahkan oleh haba semasa dimasak.

4. Pengambilan pil penahan sakit, laksatif, ubat-ubatan, alkohol dan antibiotik boleh mengganggu penyerapan zat makanan. Amalan diet yang tinggi kafein, lemak, kolesterol, gula dan garam dapat mengurangkan simpanan zat makanan di dalam tub

5. Pengambilan makanan seharian yang tidak seimbang serta tidak mengikut piramid makanan yang dicadangkan.

6. Gaya hidup dan trend masa kini dengan kehidupan yang sibuk, jarang memasak di rumah dan lebih gemar kepada makanan segera yang tinggi kandungan MSG.

7. Bagi yang bekerja, makanan tengahari selalunya di luar dan malam memasak seringkas mungkin, maka pengambilan makanan seimbang tidak dititikberatkan.


Zue Mat Amin

21 January 2014

ZINC DALAM MENANGANI PELBAGAI PENYAKIT

ZINC merupakan mineral yang perlu ada dalam setiap sel tubuh kita. Ia merangsang tindakan bagi 100 enzim iaitu bahan-bahan yang menggalakkan reaksi-reaksi biokimia dalam tubuh kita.

ZINC COMPLEX SHAKLEE merupakan faktor dalam memelihara kesihatan yang baik dan membantu dalam me'metobalisme'kan karbohidrat, lemak dan protein.

16 Kebaikan @ Kelebihan Daripada Zinc Complex Shaklee.



1. PENJAGAAN KULIT
Kajian menunjukkan zink berkesan untuk menyembuhkan jerawat.

Ia adalah lebih berkuasa daripada placebo dan turut berkuasa daripada penggunaan ubat-ubatan antibiotik.

2. EKZEMA
Ekzama juga dikenali sebagai ‘dermatis atopik’ iaitu gangguan keradangan dan kulit yang kronik.

Ia berlaku akibat kekurangan zink dalam badan.

Zink memainkan peranan pening dalam penyembuhan jangkitan kronik dan membantu badan sembuh dengan sempurna.

3. JERAWAT
Zinc adalah penting dalam memadamkan jerawat daripad kulit.

Ia bertindak mengawal dan menyelia jumlah testosterone di dalam badan yang memainkan peranan terbesar dalam menyebabkan jerawat.

Zink juga berkaitan dengan sintesis kolagen yang membantu dalam menormalkan jumlah minyak kulit dan mengekalkan kulit yang sihat.

4. PENYEMBUHAN LUKA
Kekurangan Zinc menyebabkan luka lambat sembuh.

Badan manusia mempunyai beberapa enzim yang bergantung pada zinc.

Zinc menggalakkan sintesis kolagen yang seterusnya membantu dalam penyembuhan luka.

5. GANGGUAN PROSTAT (kelenjar dalam system repoduksi lelaki) Zinc sangat penting dalam menangani gangguan prostat.

Kekurangan Zinc menyebabkan pembesaran kelenjar prostat dan menjadikannya terdedah kepada
kanser.

Pengambilan Zinc amatlah perlu dalam mencegah kanser prostat.

6. MENURUNKAN BERAT BADAN
Zinc memainkan peranan utama dalam penurunan berat badan dan megawal selera makan.

7. MENGANDUNG
Zinc amat penting untuk fungsi DNA dan pembaikian DNA.

Ia diperlukan untuk pertumbuhan cepat sel-sel dan membangunkan unsure-unsur utama sel semasa kehanilan.

8. PEMBIAKAN
Bagi kaum lelaki, zinc membantu dalam spermatogenesis dan pembangunan organ-organ seks.

Bagi kaum wanita, ia membantu dalam fasa pembiakan, termasuk peringkat kelahiran dan penyusuan.

9. FUNGSI BIOLOGI
Zinc berperanan dalam banyak fungsi biologi seperti kawalan penyakit kencing manis, tahap strees, rintangan imun, bau dan rasa, pertubuhan fizikal, selera makan, pembiakan dan penghadaman.

10. JANGKITAN
Zinc memberikan bantuan kepada penyembuhan luka, meningkatkan imuniti dan membantu menggalakkan pertumbuhan janin.

Zinc membantu dalam melindungi daripada gangguan berjangkit dan jangkitan kulat termasuk paru-paru.

11. ANTIOKSIDAN
Zinc bertindak sebagai antioksidan dan pada dasarnya terlibat dalam beberapa tindak balas biokimia yang tegas termasuk sintesis protein, fungsi enzim dan metabolisma karbohidrat.

12. ATURAN ENZIM
Zinc merupakan komponen beberapa enzim yang membantu dalam pertumbuhan sel, sintesis protein, tahap hormon, DNA, mengawal selia transkripsi gen, metabolisme tenaga dan lain-lain faedah kesihatan yang berkaitan dengan Zinc.

13. KELESUAN KRONIK
Orang yang mengalami keletihan yang kronik dicadangkan untuk mengambil minyak ikan. TETAPI dalam keadaan sekarang, meminum minyak ikan adalah sukar. Melalui Zinc Complex Shaklee, pengambilan secara tablet amat memudahkan.

Doktor dan pakar perubatan hanya menyarankan Zinc untuk mencegah keletihan kronik.

14. BOTAK
Botak ialah kehilangan rambut bagi semua golongan.

Pengambilan diet yang mengandungi Zinc amat diperlukan untuk mencegah masalah ini.

Pakar Rambut dari Yun Nam Hair Care turut menyarankan mereka yang bermasalah rambut memperbanyakkan pengambilan ‘Peanut Butter’ kerana kaya dengan Zinc.

15. KEHILANGAN TULANG
Ini terjadi apabila tulang menjadi lemah dan rapuh.

Zinc adalah komponen hydroxypatite iaitu garam dan membuatkan matriks tulang menjadi kuat dank keras.

Mengambil Zinc Complex Shaklee mampu mengelakkan anda dari kehilangan tulang.

16. BUTA MALAM
Pengambilan Zink akan memperbaiki penglihatan.

Kita sentiasa dinasihatkan untuk mengambil makanan yang kaya dengan Zinc seperti daging lembu, kambing, ketam, dan tiram.


* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Zue Mat Amin

CARA PENGAMBILAN SUPLEMEN/VITAMIN SHAKLEE

 
Pengambilan Vitamin tidak sama sekali seperti ubat. Boleh di adjust mengikut keperluan individu. Suplemen diambil selepas makan (after meal)

B Complex - 1 biji pagi

Vitamin C - 1 biji tengah hari  

Vitalea - 1 biji pagi  

Ostematrix - 4 biji sebelum tidur  

Zinc - 1 biji pagi  

Omega - 1biji pagi  

GLA - 1biji pagi, 1 biji malam  

Vitamin-E - 1 biji sebelum tidur  

Lecithin - 3 biji lepas lunch, 3 biji lepas dinner  

Alfalfa diambil mengikut kesesuaian (untuk slimming - 3biji lepas lunch, 3biji lepas dinner) Alfalfa(untuk ibu menyusu - masa yg terbaik ialah selepas pam, diambil bersama ESP)  

ESP - Cara minum ambil 1 sudu besar ESP dan bancuh dalam segelas air, dan minum 3x sehari.* ESP boleh dibancuh dalam apa jua minuman kecuali air panas dan air berkafein. Air panas akan menyebabkan protein mati dan tiada lagi zat untuk diserap* ESP disyorkan ambil 3 sudu besar sehari.  

Garlic - 2 biji lepas lunch dan pastikan amik makanan yg berat kerana garlic mencairkan darah  

Nutriferon seminggu sepeket kecuali sakit setiap hari.   

Cara pengambilan Mealshake:  

  Anak 1-2 tahun: 1 sudu kecik, 5x seminggu
  3-5 tahun : 1 sudu kecik setiap hari (1x sehari)
  6 tahun ke atas: 1 sudu kecik, 2x sehari
  12 tahun dan dewasa: 1 sudu besar, 2x sehari

**Sila jarakkan pengambilan suplemen 2jam dengan sebarang ubat-ubatan atau jamu2

Zue Mat Amin

BAHAYA AIR MASAK PADA BAYI 6 BULAN KE BAWAH

BAHAYA AIR MASAK PADA BAYI 6 BULAN KE BAWAH



 Walaupun dah berkali2 di igtkan jgn beri bayi bawah 6 bulan minum air masak, namun masih ada ibu bapa yg masih amalkan beri air masak pd bayi mereka. Antara sbb desakan orang ...tua, nak kasi kuning si anak cepat baik, bilas tekak anak lepas minum susu, supaya anak senang buang air etc.Kajian ini khas untuk bayi yang menyusu susu ibu sepenuhnya & yang menyusu formula.Semoga info2 ini dapat menyedarkan ibu bapa kenapa pemberian air masak tidak digalakkan kepada bayi berumur 6 bulan ke bawah.

1. Merencatkan Tumbesaran
Perut bayi sangat kecil. Apabila perut bayi telah dipenuhi air, bayi akan merasa kenyang dan kurang berminat untuk menyusu susu ibu. Akibatnya segala khasiat susu ibu tidak dapat diberikan secara optima kepada bayi. Ini boleh menjejaskan pertumbuhan dan kesihatannya kerana air tidak mengandungi sebarang khasiat. Di samping itu, kajian mendapati pemberian air glukos pada minggu pertama kelahiran dikaitkan dengan kehilangan berat badan yang banyak lalu merencatkan tumbesaran.

2. Merencatkan Akal
Memberi air kepada bayi di awal kelahiran didapati meningkatkan tahap bilirubin di dalam darah. Menurut pakar Laktasi dari Kanada, Anne Kirkham, pemberian air akan memburukkan lagi keadaan bayi yang dierang jaundis (sakit kuning) sehingga menyebabkan ‘kernicterus’ iaitu Terencat Akal’. Bayi juga akan menjadi bertambah mengantuk dan lesu tidak bermaya.

3. Mengancam Nyawa
Air boleh membawa kuman. Ini menyebabkan bayi terdedah kepada cirit birit jika kebersihan tidak dititikberatkan. Pencemaran boleh berlaku di pelbagai peringkat, seperti air diperolehi dari sumber yang tidak selamat ataupun bekas air dan puting yang tidak bersih. Air akan menghakis salutan pelindung penyakit yang dihasilkan oleh susu ibu dan ini akan mendedahkan bayi kepada pelbagai jangkitan.

4. Mengakibatkan Sawan Tarik
Air sangat berbahaya jika diberikan kepada bayi terutamanya yang berumur di bawah 5 minggu. Terlalu banyak minum air akan mencairkan garam di dalam darah bayi. Ini akan mengakibatkan suhu badan yang rendah, kembung atau sawan tarik. Sindrom ini dipanggil ‘Oral Water intoxication’.Sebenarnya susu ibu sudah mencukupi untuk bayi tanpa perlu ditambah air atau cecair lain kerana susu ibu mengandungi 88% air. Kolostrum yang terhasil di awal penyusuan dapat membantu membersihkan perut bayi dan mengelakkan sembelit. Tiada air tambahan diperlukan untuk proses tersebut.


Zue Mat Amin
 

MENYAYANGI ANAK CARA RASULLULLAH SAW..

Menyayangi anak adalah perintah Islam, kerana Islam banyak mengajarkan kasih sayang kepada siapapun. Rasulullah SAW banyak memberikan contoh bagaimana cara menyayangi anak, seperti menciumnya, lemah lemb...ut, belas kasihan, menahan marah dan memaafkan anak-anak.

Sebagai contoh pula, Rasulullah pernah memendekkan bacaan shalatnya ketika mendengar anak menangis dan mengangkat anak jatuh didekatnya ketika sedang khotbah serta mencium anak dan cucunya.


 Allah akan mencabut sifat belas kasih apabila orang tua tidak menyayangi anak. Dengan demikian orang tua harus mencintai dan menyayangi anak, agar tumbuh rasa kasih sayang tersebut dan Allah juga mencintai kelembutan serta membenci kekerasan.

* Suatu ketika Rasulullah SAW didatangi oleh seorang penduduk desa yang tidak suka mencium anak-anaknya. Rasulullah SAW bersabda,"Tiada kuasa aku (menolong kamu) jika Allah telah mencabut sifat belas kasih dari hatimu" (HR.Bukhari).


 * Rasulullah SAW bersabda, " Sesungguhnya Allah Maha Halus dan menyukai kehalusan. Dia memberikan sesuatu dengan dengan kelembutan dan Allah tidak memberikan sesuatu dengan kekerasan" (HR.Muslim).


 * Dari Abu Hurairah RA bahwa suatu hari Al Aqra bin Habis melihat Rasulullah SAW sedang menciumi Al Hasan. Kemudian Al Iqra memberitahukan kepasa Rasulullah SAW bahwa ia memiliki sepuluh orang anak tetapi belum pernah menciumi salah seorang diantara mereka. Rasulullah SAW

bersabda,"Barangsiapa yang tidak menyayangi maka ia tidak akan disayangi". (HR.Turmudzi)

 * Rasulullah SAW bersabda, "Tidaklah sempurna keimanan seorang diantara kamu sebelum aku menjadi orang yang paling dicintainya daripada anak, orang tua, dan semua manusia". (HR.Muslim)


 * Anas RA mengatakan, "Belum pernah saya melihat orang yang lebih mengasihi keluarganya bila dibandingkan dengan Rasulullah SAW" (HR.Muslim).

Dalam hadist lain disebutkan :

* Rasulullah SAW bersabda, "Sesungguhnya saya pernah melakukan shalat, dan saya bermaksud memperlama dan memperpanjang shalat saya tersebut. Lalu saya mendengar suara tangisan bayi, maka saya pun memperpendek shalat saya, sebab saya tahu, ibunya malah gembira dengan tangisan anak tersebut." (HR.Bukhari Muslim)

* Rasulullah SAW bersabda, "Cintailah anak-anak dan kasihanilah mereka. Jika kalian berjanji kepada mereka maka penuhilah janji kalian, sebab mereka tidak berfikir (melihat) kecuali bahwa kalian akan memberi rezeki kepada mereka" (HR.Tahawi).

* Dari Usamah bin Zaid RA, "Saya pernah mengutus putri Rasulullah SAW kepada ayahnya, bahwa anak saya sudah menjelang ajal. Maka beliau mengutus (seseorang) dan mengirim salam seraya bersabda, "Sesungguhnya apa yang diambil dan diberikan oleh Allah adalah milikNya. Setiap sesuatu disisi ALlah SWT, memiliki batas akhir yang telah ditentukan. Oleh karena itu bersabarlah kamu dan berharaplah akan adanya pahala! Maka putri beliau bersumpah agar beliau mendatanginya. Beliau pun berdiri (dan berangkat). Bersama Beliau adalah Saad bin Ubadah, Muadz bin Jabal, Ubai bin Kaab, Zaid bin Tsabit serta beberapa orang laki-laki. Anak tersebut kemudian diangkat dan diserahkan kepada beliau dan diletakkan dipangkuan, sementara nafas beliau tersengal hebat dan air mata beliau mengalir dengan deras. Saad bertanya, "Apa arti semua ini, wahai Rasulullah?" Beliau menjawab, "Ini adalah rasa kasih sayang yang dijadikan oleh Allah SWT di hati semua hamba-Nya". (HR.Bukhari Muslim)


Zue Mat Amin
 
 

20 January 2014

CYST DAN FIBROID : ATASINYA DENGAN SET ACE SHAKLEE


 
APAKAH CYST DAN FIBROID?

CYST
  • Cyst adalah ketumbuhan biasa bukan kanser yang paling kerap dijumpai di dalam uterus. Kebanyakkan kes-kes lambat berkembang dan tidak menyebabkan apa-apa gejala dan hanya peratusan kecil kes-kes yang memerlukan rawatan perubatan. Ia dikategorikan mengikut di mana mereka membesar dalam rahim. Beberapa kajian menunjukkan bahawa sehingga 75% wanita akan mengalami cyst di sepanjang hayat mereka.
  • Ovarian cyst adalah nama yang diberikan kepada cyst atau poket yang berisi lender/air yang terjadi di dalam atau dipermukaan ovari. Ia adalah kejadian yang kerap berlaku dan kebanyakkannya wanita tidak menyedari yang mereka mengalaminya kerana ia jarang memberikan symptom atau gejala.
  • Walaubagaimanapun, kehadiran ovarian cyst mungkin menunjukkan system peranakan yang bermasalah dan berkaitan dengan masalah ketidaksuburan anda.
  • Cyst sebenarnya berkait rapat dengan proses reproduksi wanita. Follicular cysts adalah cyst-cyst yang mengandungi telur dan apabila ia matang, ia akan pecah untuk melepaskan telur untuk persenyawaan. Kadang-kadang, cyst-cyst lain juga boleh tumbuh di dalam ovari dan cyst inilah yang selalu memberi masalah.
FIBROID
  • Fibroid adalah sejenis ketumbuhan yang berasal dari tisu pada rahim. Apabila ia membesar, fibroid boleh memberikan pelbagai masalah kepada wanita seperti menghimpit pundi kencing, mengalami haid yang banyak, sakit semasa haid dan sakit semasa bersama dan sebagainya. Ia boleh membesar sehingga sebesar sebiji bola tapi ia bukanlah kanser.
  • Kebanyakkan symptom yang dihidapi wanita ialah kerap kencing, sembelit, sakit haid, darah haid yang banyak. Kadang-kadang ia boleh menghalang pintu rahim, dan sekiranya wanita tersebut hamil beliau terpaksa bersalin secara pembedahan caesarean.
BAGAIMANA UNTUK MENGATASI PERMASALAHAN INI?

Set ACE Shaklee mampu merawat masalah ini. Set yang terdiri daripada Vitamin A atau dikenali sebagai Carotomax, Vitamin C dan Vitamin E dapat membantu perawatan permasalahan di atas.

1. CAROTOMAX (VITAMIN A)
  • Lebih selamat daripada Vitamin A
  • Membantu mempertingkatkan penglihatan seperti rabun malam, rabun dekat, presbyopic, astigmatism, mata kering, kelesuan mata, glaucoma katarak, floaters, eyebags dan gegelung hitam dimata.
  • Meredakan penyakit kulit seperti psoriasis, senile plaque, kulit kering, kulit gugur dan jerawat
  • Penggunaan luaran untuk merawat pustule,scabies, akne dan ulser kulit.
  • Melindungi lapisan luar kornea, rongga oral, usus, perut, paru-paru, bronkus, pundi kencing dan ovari
  • Melawan kanser dan oksidasi, terutamanya kanser payudara dan paru-paru.
  • Merangsang enzim pembunuh kuman, mempertingkatkan kondisi penyakit system respiratori paru-paru, batuk, hepatitis, asma, flu dan selsema.
  • Menggalakkan perkembangan normal dan sihat
  • Merangsang perkembangan kanak-kanak/remaja, menguatkan tulang dan melindungi rambut, kulit, membrane mukosa, gigi sihat, gusi dan system reproduksi.
  • Menghasilkan sperma yang sihat.
2. VITAMIN C
  • Membentuk kolagen
  • Memperbaiki symptom pendarahan
  • Mempertingkatkan system imun
  • Anti-oksidan yang merangsang pengeluaran T-cells untuk melawan sel-sel kanser untuk membuang bahan kimia berbahaya dari tubuh
  • Mencantikkan kulit
  • Memperbaiki insomnia
  • Mengekalkan kolesterol sihat
3. VITAMIN E
  • Melindungi jantung
  • Mempertingkatkan kemampuan reproduktif
  • Anti-penuaan
  • Anti oksidan yang kuat dan berkesan untuk melawan kanser, mengukuhkan system imun, menghalang atau melambatkan pertumbuhan tumor, mengurangkan kerosakkan akibat radikal bebas
  • Meningkatkan kelestarian seksual dan tenaga
  • Memperbaiki Arthritis
  • Menghalang keguguran
  • Memperbaiki parut
Jom atasi masalah di atas dengan amalan pemakanan set ACE Shaklee ni..

 
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
 
Zue Mat Amin
 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2012 Reserved to superbvitaminme
Design by Ccicute Design