29 July 2014

SANTAN TIDAK BERKOLESTEROL?

 
Kredit : Kevin Zahri
 
 
INFO SUPERBVITAMINME..
 
 
Zue Mat Amin

24 July 2014

TINGKATKAN SISTEM IMUN DENGAN NUTRIFERON SHAKLEE

Bercerita tentang Shaklee ni Zue memang kagum dengan semua suplemen yang Shaklee hasilkan.. semuanya melalui penyelidikan bertahun-tahun serta selamat dan bersih daripada bahan kimia.. Salah satu suplemen yang Zue paling suka dan sentiasa simpan dalam rumah dan beg tangan Zue adalah NUTRIFERON SHAKLEE..
 
TENTANG NUTRIFERON
 
@ Dicipta oleh pakar imun, Dr. Yasuhiko Kojima Satu-satunya suplemen yang dicipta oleh pakar imun - Dr. Yasuhiko Kojima.

@ Lebih daripada 40 Tahun Penyelidikan

Dr. Kojima berjaya mencipta Nutriferon® selepas beberapa kali menjalankan ujikaji dan penilaian terhadap beribu-ribu sebatian dan lebih daripada 200 herba lain. 

Nutriferon® mengandungi satu campuran proprietari ekstrak tumbuhan semulajadi yang berasal daripada biji labu, benih plantago, kuntuman bunga Japanese Honeysuckle dan bunga safflower.  Boleh didapati secara eksklusif melalui Shaklee.
Elok disimpan 1 atau 2 sachet di dalam handbag untuk kegunaan terdesak.. Contoh jika ada symptom-symptom demam atau selsema tu cepat-cepatlah koyak dan telan.. Nutriferon ni dalam bentuk serbuk tau, hanya koyak sachet dan tuang terus ke mulut. Mudah kan?
 
SIAPA YANG MEMERLUKAN NUTRIFERON NI?

1. Individu yang ingin kukuhkan sistem imun.
2. Individu yang menghadapi masalah sistem imun.
3. Individu yang mendapati pengambilan vitamin C (dos lebih) tidak memberi kesan ke atas penyakit yang dihidapi.
4. Individu yang apabila sakit (demam), sakitnya (demamnya) akan berpanjangan melebihi seminggu.
5. Ibu menyusu, namun mendapati anaknya masih kerap demam, dan demam berpanjangan.

BAGAIMANA NUTRIFERON BERTINDAK?

Nutriferon bekerja dalam 2 cara : segera mengaktifkan sistem pertahanan imuniti & menggerakkan pasukan cari dan musnah dalam sistem imuniti badan.

 
TESTIMONI NUTRIFERON


Jom sama-sama tingkatkan system imun dengan Nutriferon Shaklee..

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=208a95c32104c4dc63991936c4bdc3b8
 
 
*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. 
 
Zue Mat Amin
 
 

TIPS ELAK GEMUK DARI KEVIN ZAHRI

Hehe.. penting tips ni kawan-kawan.. almaklumlah dah nak tiba Hari Raya kan.. Jom Zue kongsikan dengan semua 5 TIPS ELAK GEMUK DARI KEVIN ZAHRI ni.. SELAMAT MENCUBA!!

Musim perayaan memang seronok tetapi kerap menjadi punca naik berat badan pada masa yang sama. Lagi-lagi lah kalau beraya sebulan. Jadi berikut adalah 5 tip mudah yang saya sendiri amalkan sepanjang bulan syawal.


1. 2:5 Rule. Ini cara saya beraya sebulan. Dalam seminggu, saya amalkan 5 hari makan agak sihat dan 2 hari kurang sihat. Kenapa 5:2? Kerana kebanyakan rumah terbuka yang kira rosak diet, adalah pada Sabtu dan Ahad sahaja. Jadi Isnin hingga Jumaat saya amalkan pemakanan yang lebih baik untuk seimbangkan pilihan kurang baik dan tinggi kalori pada hujung minggu.

2. 20 Minit. Ingat bahawa ia akan ambil masa lebih kurang 20 minit untuk beraya kenyang. Jadi mulakan setiap rumah terbuka dengan hidangan yang agak seimbang dan cuba makan perlahan. Hidangan “seimbang” tu camane? Cari sumber karbohidrat segenggam (nasi, ketupat etc), sumber protein yang baik (ayam masak merah, daging rendang) dan sayur. Lepas tu baru makan manisan “sedikit”.

3. Setiap Rumah Terbuka = Satu Meal: Ramai yang sering mengadu “Aduh, rumah terbuka sepanjang hari! Memang tak boleh elak makan berlebihan”. Betul tapi hari biasa pun makan dalam 5-7x. Jadi jadikan setiap rumah terbuka itu sebagai satu hidangan dengan gap mungkin 2-3 jam diantara setiap rumah terbuka.

4. Fokus pada kalori makanan. Kestimewaan hari raya adalah lauk bukan air. Jadi kalau anda nak kurangkan pengambilan kalori berlebihan, makan lah tapi elak kalori daripada air … kalau boleh.

5. Jangan tak beraya pulak! Itu penting. Tidak salah kita menikmati segala lauk yang lazat di hari raya setelah berpuasa sebulan. Life is about balance.

Zue Mat Amin

BAGAIMANA TURUNKAN PARAS KOLESTEROL

Terdapat beberapa jenis makanan yang dapat menurunkan paras kolesterol dalam darah. Kenapa kena turunkan paras kolesterol? Paras kolesterol yang tinggi adalah tidak baik untuk kesihatan badan dan jantung anda. Selain dari mengurangkan memakan makanan yang mempunyai kolesterol yang tinggi, kolesterol yang sedia ada di dalam badan juga harus dikurangkan. Berikut adalah makanan yang disarankan untuk anda mengambilnya untuk membantu mengurangkan kolesterol di dalam badan.

 

1. IKAN DAN OMEGA-3

Anda disarankan memakan ikan ikan sekurang-kurangnya dua kali seminggu. Antara ikan yang tinggi kandungan omega-3 nya adalah ikan tuna, tuna albacore, sardin, mackerel dan herring. Sebaik-baiknya ikan tersebut disediakan dengan cara dibakar, di panggang atau distim.

Asid lemak omega-3 yang terkandung dalam ikan tersebut dikatakan mampu menurunkan paras kolesterol dalam badan. Di samping itu ia mampu menurunkan tekanan darah dan mengurangkan risiko pembekuan darah. Ia juga dikatakan dapat mengurangkan risiko kematian mengejut.

2. MINYAK ZAITUN
 
Minyak zaitun mengandungi paras antioksidan yang tinggi. Disarankan anda mengambil sekitar 23 gram minyak zaitun sehari untuk mendapatkan manfaat darinya. Kandungan antioksidan yang terkandung di dalam minyak zaitun ini mampu mengurangkan kolesterol tanpa mengganggu kolesterol baik (HDL). Pilihlah minyak zaitun yang tulin kerana diyakini ia mengandungi lebih banyak antioksidan yang baik untuk kesihatan.


3. BADAM DAN WALNUT

Kajian menunjukkan badam dan walnut mampu menurunkan paras kolesterol dalam darah kerana ia mengandungi asid lemak tak tepu yang tinggi. Asid lemak tak tepu ini dapat membantu menjadikan pembuluh darah tetap sihat dan elastik.

Secara umumnya kekacang mengandungi kalori yang tinggi. Dengan segenggam kacang yang tidak melebihi 57 gram sudah cukup untuk memberikan kebaikan kepada anda. Tetapi anda tidak boleh mengambilnya secara berlebihan kerana ia boleh mengakibatkan kegemukan sekaligus meningkatkan risiko serangan jantung.

4. GANDUM DAN OAT

Oat kaya dengan soluble fibre (serat larut) yang dapat membantu menurunkan kolesterol tidak baik (LDL) dari dalam tubuh. Serat ini berfungsi seperti span yang menyerap kolesterol dan membuangnya bersama pembuangan najis. !0 gram lebih serat larut yang diambil setiap hari sudah mencukupi untuk menurunkan kadar LDL. Serat larut juga boleh ditemui dalam pisang, kacang buncis, barli, epal, prun dan pear.

BAGAIMANA PULA DENGAN SUPLEMEN SHAKLEE?


Ye.. kawan-kawan tentu dah tahu tentang PHYTOCOL-ST SHAKLEE kan? Phytocol-st yang mengandungi fisoterol secara strukturnya adalah sama dengan kolesterol dan bersaing dengan kolesterol untuk penyerapan di dalam usus justeru meninggalkan kolesterol. ini bermaksud, lebih banyak fisoterol yang dimiliki tubuh anda, lebih kurang kolesterol yang diserap didalam badan.. Anda juga berpeluang menurunkan paras kolesterol LDL anda dengan pengambilan fisoterol yang terkandung dalam suplemen kesihatan Phytocol-ST..

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=f004a7ecc4215ef1a36afca580fd6380

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. 
 
Zue Mat Amin

STAR ACHIEVER AWARD 2014 DARI SHAKLEE

 Baru lepas ke branch Ipoh ambik Star Achiever Award 2014 dari Shaklee bersempena dengan Business Growth New Rank Achievement..Alhamdulillah.. walaupun tak pegi National Conference di Sunway Piramid baru-baru ni tapi Shaklee dengan murah hati hantar award ni kepada kami melalui branch.. tu yang sayang Shaklee tu..
 
 
Zue dan anak downline Julia Aini yang sama-sama naik rank Senior Supervisor dapat award ni dari Shaklee.. berbaloi-baloi tau.. belum pun sampai setahun dah dah macam-macam penghargaan daripada Shaklee.. dah la bonus pun lumayan, benefit lain yang tak terucap lagi pastu dihargai dalam program gilang-gemilang dan juga dinner free.. sape taknak rugi la.. hehe..

 
Inilah rupa Star Achiever Award tu.. Cantik dan berat.. cepat-cepat join Shaklee dengan Zue.. kita naik stage pula tahun hadapan.. SMS @ Whatsapp 0175915820.
 
 
Zue Mat Amin

23 July 2014

SHAKLEE MAHAL?

Ramai yang merungut bila Zue bagitau tentang harga suplemen Shaklee bila ada yang bertanya untuk membeli.. "Mahalnya!!".. adui dik.. Mahal apanya kalau setiap suplemen Shaklee ni boleh bertahan sehingga 3-4 bulan.. Malah ada yang mencecah sehingga 6 bulan pun.. ce ambik kalkulator dan kira sekarang..

 
B COMPLEX (RM52.00)
 
Contohnya B complex, harga retail RM52. Jika dihitung, RM52 / 4 bulan (120 biji) = RM 13 sebulan!

SUSTAINED RELEASED VITAMIN C PLUS (RM92.50)

Vitamin C SR ni harga jual RM92.50. Hanya sebiji sahaja sehari tetapi sebotol Vitamin C SR ni mengandungi 180 biji. Cuba hitung.. RM92.50/ 180 biji iaitu bersamaan 6 bulan kegunaan = RM15.60 sebulan.. Aduh..duh.. jimat sungguh.. Nak cantik dan nak sihat kan..

Kalau mahal jugak dan nak lagi murah apakata join je ahli dan pasti dapat lebih murah lagi..

Zue Mat Amin

HERBAL BLEND KRIM AJAIB

Assalamualaikum semua.. sihat ke harini? Lagi beberapa hari sebelum Hari Raya Aidilfitri. Baru-baru ni rakan sejabatan telah selamat melahirkan baby girl. Girl yang pertama dalam family di mana sebelum ni 2 dah boboy.. seronok dan syukur tak terkata beliau.

Tup-tup 2-3 mggu dalam pantang dia wassap Zue tanya tentang krim ajaib Shaklee apa lagi kalau bukan HERBAL BLEND!.. Katanya baby kena eczema.. alahai siannya..


Untuk makluman kawan-kawan, herbal blend ni memang sangat sesuai buat bayi atau kanak-kanak yang ada eczema ni.. luka cepat sembuh dan insyaAllah takkan berulang lagi..

Biasanya ia berlaku pada bayi atau kanak-kanak kecil dalam lingkungan umur 2 bulan -2 tahun. 75% akan mengalami tanda-tanda pertama dalam umur 6 bulan dan 90% pengidap sudah mengalami tanda-tanda pertama apabila umur 1 tahun. Atopic eczema kini semakin menjadi di kalangan kanak-kanak berbanding orang dewasa.

FAKTOR-FAKTOR 

JANGKITAN - Sejenis bakteria yang biasa dijumpai berpotensi menyebabkan atopic eczema ialah Staphylococcus aureus. Hasil kajian menunjukkan ia berada di permukaan kulit dengan banyak sekali  walaupun tiada sebarang kesan jangkitan (bernanah atau meleleh) pada permukaan kulit. Kehadiran bakteria ini menyebabkan sistem imun bereaksi keterlaluan dan seterusnya menambah inflamasi kulit dan berasa sangat gatal. Sekiranya kulit berair atau digaru, lebih banyak bakteria dapat menembusi permukaan kulit dan menjadikan keadaan bertambah teruk. Mujurlah bakteria ini boleh dihapuskan menggunakan antibiotik dengan mudah sekali.
TEKANAN - Penyakit ini boleh muncul dalam kehidupan kanak-kanak secara tiba-tiba dalam keadaan tertekan seperti memasuki sekolah, memasuki taska, risau tentang peperiksaan atau apabila ibubapa menghidapi penyakit serius. Kadang-kala tekanan disebabkan kurang nyata, misalnya kanak-kanak mungkin risau tentang ketidakupayaan mengikuti pelajaran disekolah atau dibuli.
SUHU - Rasa panas boleh menambahkan rasa gatal. Elakkan daripada terkena cahaya matahari yang keterlaluan. Begitu juga suhu yang terlalu sejuk boleh menyebabkan rasa gatal dan mengeringkan kulit.

ALERGIC LAIN - Makanan tertentu seperti susu lembu, telur atau ramuan makanan seperti pewarna, pengawet makanan boleh menyebabkan alergi dan memburukkan lagi keadaan pesakit. Hama dan debunga juga merupakan allergen yang biasa ditemui. Setengah pesakit mungkin sensitif terhadap sabun wangi, mandian berbuih atau sisa bahan pencuci pada pakaian dan klorin yang terdapat di dalam kolam renang.
BAGAIMANA RISIKO MASALAH ECZEMA BOLEH DIKURANGKAN?
1) Kekeringaan dan rasa gatal. Basuh tangan anda selalu untuk mengelakkan pemindahan bakteria ke atas kulit.
2) Pakai sarung tangan semasa membuat kerja rumah untuk mengelakkan diri daripada terkena bahan kimia.

3) Jangan menggaru kulit badan atau sekurang-kurangnya pastikan kuku anda pendek untuk mengelakkan kulit dari merekah. Untuk bayi, pemakaian sarung tangan boleh membantu untuk mencegah tabiat menggaru.

4) Elakkan diri daripada memendam perasaan. Luahkan masalah anda.

5) Galakkan anak anda untuk suarakan perasaan negatifnya atau berbincang.

6) Bersenam dan amalkan gaya hidup sihat.

7) Jangan dedahkan bayi atau anak-anak anda kepada pancaran matahari. Pakailah pakaian yang dapat melindungi anda daripada sinaran matahari dan gunalah ubat pelindung matahari.

8) Vakum rumah anda kerap dan pastikan pengudaraan yang cukup untuk hindari hama.

9) Sentiasa bersihkan cadar, karpet dan kain langsir.

 
 SELAIN ECZEMA, HERBAL BLEND DAPAT MEMBANTU MASALAH BERIKUT :

1. Merawat eczema dan gatal-gatal digigit serangga
Anda boleh juga menggunakan herbal blend jika menghadapi masalah gigitan nyamuk.. untuk mengelakkan gigitan, sapu herbal blend pada tangan dan kaki anak-anak anda dan anda boleh lihat kesannya memang terbaik!

2. Melembutkan tumit dan merawat tumit pecah


3. Ubat luka / lecur
Boleh guna ganti minyak gamat. Seeloknya ada satu herbal blend dalam rumah, bila ada luka je, cepat baik. Terhiris pisau? Kena cakar kucing? Terkena minyak panas? Semua pun boleh...

4. Luka pada puting bagi ibu-ibu menyusu
Memang dah terbukti, bila ada luka pada puting akibat gigitan anak, pedih yang teramat.. Jadi, lepas ni, ibu-ibu yang sedang menyusukan anak, kena ada herbal blend di sisi.. :) Herbal blend ni sangat natural, jadi jangan risau.. Tiada bahan sintetik dan dijamin selamat.

5. Menghilangkan parut
Kalau ada parut akibat chicken pox atau campak, cuba sapukan herbal blend. InsyaAllah akan pudar dan hilang...

6. Ruam pada bayi
Bayi sememangnya senang terkena ruam, terutamanya ruam lampin. Bayi kan masih kecil, kulitnya baru sahaja hendak sesuai dengan alam ini. Jadi, sapukan sahaja Herbal Blend. Ia akan melegakan rasa pedih dan insyaAllah akan merawat ruam. Jangan sapukan krim steroid tau! Kesian bayi tu...

7. Losyen harian
Boleh juga gunakan sebagai losyen harian. Supaya tangan sentiasa lembut.. Herbal blend tidak berminyak. Jadi sememangnya selesa.

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=ae8bddcb177c34849249800dc684ac2c
 
 
*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. 
 
Zue Mat Amin
 

19 July 2014

HILANGKAN KOTORAN DEGIL DENGAN FRESH LAUNDRY CONCENTRATED SHAKLEE

Hari-hari basuh baju yang bertimbun-timbun agak memenatkan jika pencuci pakaian pulak tak boleh tanggalkan kotoran degil especially baju sekolah anak-anak. Daki-daki sekitar leher baju dan juga lengan baju.. adoiila.. hitam semuanya.. pencuci sedia ada tak mampu nak tanggalkan even beberapa sudu kita taruh plus peluntur.. peluntur pulak jangan selalu ye boleh reput cepat pakaian kita tau..
 
 
Jadi, bertukarlah kepada Fresh Laundry Concentrated Shaklee.. ia betul-betul berkesan..
 
 
Didatangkan dalam bentuk serbuk dan dengan sedikit penggunaannya dapat menghilangkan kesan kotoran degil serta memutihkannya.. antara yang bestnya lagi:
 
• berkepekatan tinggi
• 1 aun sudah memadai untuk cucian muatan sederhana
• keberkesanannya yang sama dalam semua jenis suhu, sama ada air sejuk atau panas
• menjadikan pakaian putih lebih putih dan pakaian berwarna lebih cerah berseri..
 
TESTIMONI
 
 
Jom cuba dulu dan alami kebersihan berganda..
 
https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=c35624e2cceae64a8589f7aa04c411b2
 
Zue Mat Amin

RAWATAN CIRIT-BIRIT KETIKA DI BULAN PUASA

Bulan puasa bulan yang agak mencabar juga buat kita.. di mana setahun sekali kita disajikan dengan bermacam-macam juadah berbuka puasa di Pasar-pasar Ramadhan. Tetapi awas.. sebaiknya eloklah masak saja di rumah.. kita belum tahu bagaimana cara penyediaan makanan yang dibuat sama ada bersih atau sebaliknya..
 
Baru-baru ini Zue diserang cirit-cirit dan juga muntah-muntah.. pada awalnya anak yang kecik lepas tu diikuti pula oleh si abang dan juga Zue.. mahu terlentang juga akibat letih berulang ke tandas je.. yang si abang mau lebih 20 kali ke toilet.. sian sangat..
 

Nasib baik di rumah memang sentiasa je ada stok PERFORMANCE DRINK dan ESP.. Bagaimana kedua-dua ni dapat merawat cirit-birit ni?
 
 
Performance drink - sebab bila badan asyik membuang, memang kita akan dehidrasi.  Dehidrasi boleh menyebabkan masalah lain iaitu badan panas dan demam.  Rasanya macam oren yang tak manis. Zue tak minum ORS tu sebab masin kan.. yang ini, ala-ala oren gitu sedap....
 
ESP - yang ini Zue ambil juga sebab boleh beri tenaga, almaklum, asal makan sahaja, keluar balik.  Jadi memang badan lemah.  ESP boleh beri rasa kenyang dan memberi tenaga.  Cantik sangatlah tu.

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=55c6017b10a9755ef3681b09ccb01e94


*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. 
 
Zue Mat Amin

BAGAIMANA MENGGUNAKAN ESELL BAGI MEMBUAT PEMBELIAN VITAMIN SHAKLEE

Assalamualaikum kawan-kawan.. Salam ke 22 Ramadhan.. lagi beberapa hari sebelum Hari Raya Aidilfitri.. Bulan yang diturunkan berbagai ujian pahit getir dan semoga kita tabah dalam mengharunginya..
 
Ok, hari ni Zue nak ajar kawan-kawan bagaimana menggunakan esell bagi membuat pembelian Vitamin Shaklee.. Sekarang semua dah canggih kan.. hanya klik dan anda akan terus dihubungkan dengan pembelian online terus ke www.shaklee2u.com.my tanpa melalui agen.. 
 
eSell ialah Ordering Online System yang membolehkan para peminat Shaklee membeli terus pembelian menerusi online dari laptop, pc atau smartphone. Semua transaksi pembelian hanya sah melalui penggunaan kad kredit atau kad debit. Sangat mudah dan pantas tanpa perlu menghubungi pengedar Shaklee lagi.
 
BAGAIMANA CARANYA?

Mudah sahaja. Setelah membaca penerangan tentang produk Shaklee di entri blog ini. Contoh entri http://goo.gl/eQi7Pd dan kita sudah bersedia untuk membuat pembelian boleh terus klik di bahagian bawah seperti gambar ini.

Katakan kita memilih klik Full Set Combo Puasa. Selepas klik link tersebut, kita akan dapat akses ke paparan seperti gambar di bawah. Kita terus klik option 'Agree' dan button 'Next' untuk prosedur seterusnya.
 


Kemudian kita akan dapat lihat paparan produk Full Set Combo seperti gambar di bawah. Pastikan kuantiti yang dipilih betul. Setelah memastikan total amount betul, terus klik button 'Checkout'.

 
Kita mesti mengisi maklumat yang betul pada paparan seperti gambar di bawah. Ini bagi memudahkan proses penghantaran barang dilaksanakan dengan cepat dan tepat. Pastikan alamat penghantaran dan nombor handphone betul. Proses penghantaran mengambil masa 3 hari bekerja melalui Gdex. Sila klik 'Continue' untuk ke paparan seterusnya.

 
Kita akan dapat melihat di skrin 'Please confirm your order' seperti gambar di bawah. Jika kita telah berpuas hati dengan segala maklumat yang dipamerkan, sila sahkan dengan klik button 'Proceed for Payment'.

 
Kita boleh membuat pembayaran menggunakan kad kredit atau kad debit. Key in segala maklumat yang dikehendaki seperti gambar di bawah. Kemudian klik button 'Comfirm Payment".

 
Janga lupa untuk klik 'Print Order' seperti gambar di bawah dan simpan sebagai bukti pembelian kita jika berlaku kesulitan dengan pembelian nanti. Mana nak tahu kan...

 
Ta..da.. Mudah kan? Kini anda boleh terus menggunakan link eSell untuk pembelian produk Shaklee tanpa perlu melalui saya.

SELAMAT MEMBELI BELAH..
 
Zue Mat Amin
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2012 Reserved to superbvitaminme
Design by Ccicute Design