23 July 2014

HERBAL BLEND KRIM AJAIB

Assalamualaikum semua.. sihat ke harini? Lagi beberapa hari sebelum Hari Raya Aidilfitri. Baru-baru ni rakan sejabatan telah selamat melahirkan baby girl. Girl yang pertama dalam family di mana sebelum ni 2 dah boboy.. seronok dan syukur tak terkata beliau.

Tup-tup 2-3 mggu dalam pantang dia wassap Zue tanya tentang krim ajaib Shaklee apa lagi kalau bukan HERBAL BLEND!.. Katanya baby kena eczema.. alahai siannya..


Untuk makluman kawan-kawan, herbal blend ni memang sangat sesuai buat bayi atau kanak-kanak yang ada eczema ni.. luka cepat sembuh dan insyaAllah takkan berulang lagi..

Biasanya ia berlaku pada bayi atau kanak-kanak kecil dalam lingkungan umur 2 bulan -2 tahun. 75% akan mengalami tanda-tanda pertama dalam umur 6 bulan dan 90% pengidap sudah mengalami tanda-tanda pertama apabila umur 1 tahun. Atopic eczema kini semakin menjadi di kalangan kanak-kanak berbanding orang dewasa.

FAKTOR-FAKTOR 

JANGKITAN - Sejenis bakteria yang biasa dijumpai berpotensi menyebabkan atopic eczema ialah Staphylococcus aureus. Hasil kajian menunjukkan ia berada di permukaan kulit dengan banyak sekali  walaupun tiada sebarang kesan jangkitan (bernanah atau meleleh) pada permukaan kulit. Kehadiran bakteria ini menyebabkan sistem imun bereaksi keterlaluan dan seterusnya menambah inflamasi kulit dan berasa sangat gatal. Sekiranya kulit berair atau digaru, lebih banyak bakteria dapat menembusi permukaan kulit dan menjadikan keadaan bertambah teruk. Mujurlah bakteria ini boleh dihapuskan menggunakan antibiotik dengan mudah sekali.
TEKANAN - Penyakit ini boleh muncul dalam kehidupan kanak-kanak secara tiba-tiba dalam keadaan tertekan seperti memasuki sekolah, memasuki taska, risau tentang peperiksaan atau apabila ibubapa menghidapi penyakit serius. Kadang-kala tekanan disebabkan kurang nyata, misalnya kanak-kanak mungkin risau tentang ketidakupayaan mengikuti pelajaran disekolah atau dibuli.
SUHU - Rasa panas boleh menambahkan rasa gatal. Elakkan daripada terkena cahaya matahari yang keterlaluan. Begitu juga suhu yang terlalu sejuk boleh menyebabkan rasa gatal dan mengeringkan kulit.

ALERGIC LAIN - Makanan tertentu seperti susu lembu, telur atau ramuan makanan seperti pewarna, pengawet makanan boleh menyebabkan alergi dan memburukkan lagi keadaan pesakit. Hama dan debunga juga merupakan allergen yang biasa ditemui. Setengah pesakit mungkin sensitif terhadap sabun wangi, mandian berbuih atau sisa bahan pencuci pada pakaian dan klorin yang terdapat di dalam kolam renang.
BAGAIMANA RISIKO MASALAH ECZEMA BOLEH DIKURANGKAN?
1) Kekeringaan dan rasa gatal. Basuh tangan anda selalu untuk mengelakkan pemindahan bakteria ke atas kulit.
2) Pakai sarung tangan semasa membuat kerja rumah untuk mengelakkan diri daripada terkena bahan kimia.

3) Jangan menggaru kulit badan atau sekurang-kurangnya pastikan kuku anda pendek untuk mengelakkan kulit dari merekah. Untuk bayi, pemakaian sarung tangan boleh membantu untuk mencegah tabiat menggaru.

4) Elakkan diri daripada memendam perasaan. Luahkan masalah anda.

5) Galakkan anak anda untuk suarakan perasaan negatifnya atau berbincang.

6) Bersenam dan amalkan gaya hidup sihat.

7) Jangan dedahkan bayi atau anak-anak anda kepada pancaran matahari. Pakailah pakaian yang dapat melindungi anda daripada sinaran matahari dan gunalah ubat pelindung matahari.

8) Vakum rumah anda kerap dan pastikan pengudaraan yang cukup untuk hindari hama.

9) Sentiasa bersihkan cadar, karpet dan kain langsir.

 
 SELAIN ECZEMA, HERBAL BLEND DAPAT MEMBANTU MASALAH BERIKUT :

1. Merawat eczema dan gatal-gatal digigit serangga
Anda boleh juga menggunakan herbal blend jika menghadapi masalah gigitan nyamuk.. untuk mengelakkan gigitan, sapu herbal blend pada tangan dan kaki anak-anak anda dan anda boleh lihat kesannya memang terbaik!

2. Melembutkan tumit dan merawat tumit pecah


3. Ubat luka / lecur
Boleh guna ganti minyak gamat. Seeloknya ada satu herbal blend dalam rumah, bila ada luka je, cepat baik. Terhiris pisau? Kena cakar kucing? Terkena minyak panas? Semua pun boleh...

4. Luka pada puting bagi ibu-ibu menyusu
Memang dah terbukti, bila ada luka pada puting akibat gigitan anak, pedih yang teramat.. Jadi, lepas ni, ibu-ibu yang sedang menyusukan anak, kena ada herbal blend di sisi.. :) Herbal blend ni sangat natural, jadi jangan risau.. Tiada bahan sintetik dan dijamin selamat.

5. Menghilangkan parut
Kalau ada parut akibat chicken pox atau campak, cuba sapukan herbal blend. InsyaAllah akan pudar dan hilang...

6. Ruam pada bayi
Bayi sememangnya senang terkena ruam, terutamanya ruam lampin. Bayi kan masih kecil, kulitnya baru sahaja hendak sesuai dengan alam ini. Jadi, sapukan sahaja Herbal Blend. Ia akan melegakan rasa pedih dan insyaAllah akan merawat ruam. Jangan sapukan krim steroid tau! Kesian bayi tu...

7. Losyen harian
Boleh juga gunakan sebagai losyen harian. Supaya tangan sentiasa lembut.. Herbal blend tidak berminyak. Jadi sememangnya selesa.

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=ae8bddcb177c34849249800dc684ac2c
 
 
*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. 
 
Zue Mat Amin
 

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2012 Reserved to superbvitaminme
Design by Ccicute Design