10 July 2014

KEPENTINGAN ZINK KETIKA HAMIL

Tengahari nan nyaman ni nak sembang-sembang perihal zat-zat dan nutrisi yang diperlukan ibu hamil. Untuk pengetahuan kita bersama, ibu hamil memerlukan zink yang cukup semasa hamil kerana zink bertindak untuk pertumbuhan pesat sel yang berlaku semasa mengandung. Kajian menunjukkan terdapat hubungan di antara kekurangan zink dengan keguguran, toxemia, kurang berat semasa lahir, dan masalah-masalah lain semasa mengandung, dan melahirkan.


Menurut kajian, zink sangat memainkan peranan dalam membentuk kekuatan janin bagi ibu hamil. Kekurangan zink pada kanak-kanak pula anak menyebabkan kebantutan dan terlambatnya kematangan kanak-kanak adalah kerana zink memainkan peranan penting dalam proses tumbesaran kanak-kanak.

Untuk panduan kita bersama, zink sangat penting sepanjang tempoh kehamilan. Kepentingan zink ketika hamil adalah untuk menjalankan fungsi menghasilkan, memperbaiki dan menjadikn DNA berfungsi pada tahap maksimum. Kenapa DNA perlu berfungsi pada tahap maksima? Ini kerana DNA adalah cetakan awal genetik manusia dan merupakan asas bagi tubuh badan untuk menjalankan fungsinya. Jadi, kenapa amat penting ibu hamil mengambil zink dalam pemakanan hariannya?

Jumlah kandungan zink yang boleh diambil oleh ibu hamil adalah seperti berikut:
 
IBU HAMIL
  • 19 tahun ke atas memerlukan 11mg zink sehari.
  • 18 tahun ke bawah memerlukan jumlah zink yg lebih banyak iaitu 13mg sehari
  • Yang telah melahirkan anak dan menyusukan anak memerlukan 12mg zink sehari bg umur 19 thn ke atas dan 14mg bg berumur 18thn ke bawah.
SIAPA LAGI YANG MEMERLUKAN ZINK?
  • Bayi dan Kanak-kanak - untuk tumbesaran mereka
  • Orang dewasa - untuk kesihatan sejagat
  • Wanita hamil dan menyusu
  • Para Atlet
  • Vegetarian
  • Warga emas
SUMBER ZINK
 
 
Makanan yang kaya zink adalah tiram, daging merah, kerang-kerangan, kekacang. Boleh juga ambil melalui supplement tambahan. Biasanya multivitamin yang diambil oleh ibu hamil turut mengandungi zink. Pastikan zink yang diambil tidak melebihi 40mg sehari
 
 
SECARA AMNYA FUNGSI DAN KEBAIKAN ZINK ADALAH:
  • Membaiki fungsi otak
  • Menguatkan janin untuk ibu hamil
  • Mencegah bayi jaundice dalam awal kelahiran
  • Mengatasi lemah daya ingatan
  • Mengatasi masalah prostat untuk lelaki
  • Sangat baik untuk percepatkan proses penyembuhan luka
Oleh itu, kepentingan Zink ketika hamil amatlah digalakkan untuk kepentingan ibu dan juga bayi.  Untuk maklumat lanjut tentang Zink boleh KLIK DI SINI.

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=67e7cfd2e483fbbaaaa54b5523753e58


*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. 
 
Zue Mat Amin

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2012 Reserved to superbvitaminme
Design by Ccicute Design