10 July 2014

INFO: 7 MITOS PEMAKANAN YANG ANDA FIKIRKAN BENAR

 
Kredit : Majalah I Sihat

 1. MITOS
- Lobak merah mentah lebih berkhasiat daripada dimasak.

    FAKTA
- Memasak sebenarnya meningkatkan nilai pemakanan lobak merah. Proses ini membuatkan dinding sel yang meliputi beta-...karotena berjaya dipecahkan dan ia menghasilkan lebih khasiat.

 2. MITOS
- Buang kulit ayam sebelum memasak boleh kurangkan lemak dan kalori

     FAKTA
- Kulit ayam boleh digunakan sebagai perasa semula jadi ketika memasak tidak kira membakar, memanggang mahu pun apa cara memasak. Tetapi pastikan ia dibuang sebelum dihidangkan.

 3. MITOS
- MSG yang digunakan dalam masakan menyebabkan sakit kepala dan tindak balas yang lain.

     FAKTA
- Ia mungkin berlaku kerana tindak balas kandungan monosodium glutamat yang terdapat di dalam MSG. Mereka yang mengalami tindak balas tersebut biasanya mempunyai alahan terhadap histamin, tyramine dan phenylethytamine.

 4. MITOS
- Jus kranberi boleh menyembuhkan jangkitan saluran kencing.

     FAKTA
- Tidak ada bukti yang tepat bahawa jus kranberi atau makanan tambahan boleh merawat jangkitan yang perlu dirawat dengan antibiotik. Tetapi minum jus atau mengambil makanan tambahan secara tetap boleh mencegah jangkitan kerana sebatian dalam jus boleh menghentikan jangkitan bakteria yang melekat pada dinding pundi kencing.

 5. MITOS
- Vitamin C boleh menyembuhkan selsema

     FAKTA
- Penyelidikan telah menunjukkan bahawan vitamin C tidak menghalang selsema, melainkan anda merupakan salah seorang yang tergolong dalam kalangan peminat sukan seperti maraton, pemain ski dan tentera yang sentiasa melakukan latihan sub-Artik.

 6. MITOS
- Makanan bebas lemak dan rendah lemak adalah lebih baik daripada makanan penuh lemak

     FAKTA
- Apabila ia datang dalam bentuk daging segar dan beberapa produk tenusu, ia biasanya kurang lemak dan ini adalah lebih baik. Tetapi jika ia hadir dalam bentuk bungkusan yang telah diproses mungkin ia telah ditambah pelbagai bahan lain. Kini, pakar-pakar pemakanan mengesyorkan agar elakkan mengambil makanan bebas lemak semulajadi seperti kacang.

 7. MITOS
- Makanan pedas penyebab ulser

     FAKTA
- Rempah dan makanan pedas tidak menjadi penyebab kepada ulser. Bakteria helicobacter pylori boleh menyebabkan ulser, melainkan ulser terjadi akibat penggunaan ubat-ubatan seperti aspirin. Tetapi rempah dan makanan pedas merupakan punca kepada gangguan usus dan bukannya penyebab ulser..
 
Zue Mat Amin

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2012 Reserved to superbvitaminme
Design by Ccicute Design