12 February 2014

INFO TENTANG SAKIT JANTUNG

Sumber Maklumat: Kementerian Kesihatan dan Utusan Malaysia

Baca selanjutnya info tentang pembunuh no 1 ini..
 
FAKTOR PENYEBAB SAKIT JANTUNG 1) Asap Rokok
  • Mempercepatkan pembekuan darah
  • Menggalakkan pemendapan lemak pada dinding saluran darah.
  • Mengurangkan bekalan oksigen ke jantung.
  • Tekanan Perasaan
  • Seseorang yang mengalami tekanan perasaan, degup jantungnya, meningkat.
  • Tekanan darahnya juga meningkat
2)Kandungan Lemak Yang Tinggi
  • Lebih tinggi kandungan lemak, lebih berbahaya.
  • Makanan yang tinggi lemak, adalah seperti mentega, minyak sapi, daging berlemak.
3)Kurang bersenam
  • Senaman penting untuk menguatkan jantung.
  • Ia juga penting untuk memperbaiki pengaliran darah ke jantung. Bersenamlah.

4)Darah Tinggi
  • Darah tinggi menggalakkan berlakunya penyempitan saluran darah.
  • Jantung "terpaksa" mengepam lebih kuat untuk mengalirkan darah melalui saluran yang sempit itu.
  • Lebih tinggi tekanan darah, lebih besar pula peluang serangan sakit jantung.
 5)Kencing Manis
  • Pesakit kencing manis lebih tinggi peluangnya mendapat serangan sakit jantung
FAKTOR-FAKTOR YANG MENINGKATKAN KEMUNGKINAN MENGHADAPI PENYAKIT JANTUNG KORONARI
 
1. Jika anda mempunyai keturunan yang mengidap penyakit jantung.
2. Jika anda berusia 35 tahun ke atas dan mempunyai masalah berat badan.
3. Jika anda merokok.
4. Jika anda gagal mengawal tekanan darah anda.
5. Jika anda mengidap penyakit kencing manis.
6. Jika anda menghadapi masalah mengawal tekanan.
7. Jika pemilihan makanan anda tidak betul makanan anda mengandungi kadar kolesterol
    dan lemak yang tinggi.
8. Jika anda kurang bersenam.
9. Jika anda kurang memakan sayur dan buah segar.
 
MENGURANGKAN RISIKO SAKIT JANTUNG
 
✔Anda boleh memastikan sama ada keluarga sebelah ibu atau sebelah bapa anda ada yang menghidap penyakit jantung. Sekiranya ada, anda perlu lebih berwaspada dengan tanda-tanda penyakit jantung dan digalakkan menjalani pemeriksaan tahunan.
 
✔Berhenti merokok terutama sekiranya anda berusia melebihi 35 tahun.
 
✔Mengambil ubat dan mengawal permakanan anda sekiranya anda mempunyai tekanan darah tinggi atau kencing manis.
 
✔Mengawal tekanan perasaan anda dan jangan cepat meradang atau runsing.
 
✔Digalakkan memakan daging putih "white meat" seperti daging ayam, ikan, dan mengelakkan dari terlalu kerap memakan daging merah "red meat" seperti daging lembu, kambing, kerbau dan lain-lain sepertinya.
✔Mulalah bersenam secara beransur-ansur.
 
✔Gentian serat yang terdapat dalam makanan dipercayai boleh menyerap sebahagian dari lemak / kalesterol, oleh itu pakar permakanan mempercayai makanan yang banyak serat seperti bijiran oat dapat mengurangkan jumlah kalesterol yang diserap oleh badan.
 
COQ10 HEALTH PLUS SHAKLEE DAPAT MEMBANTU MERAWAT PENYAKIT JANTUNG 
  •  Menyokong penghasilan tenaga bagi jantung.
  • Menggalak dan melindungi arteri sihat terhadap pengoksidaan LDL
  • Meningkatkan peredaran darah
  • Menambah dan mengekalkan paras CoQ10 di dalam darah.
 
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. 

Zue Mat Amin

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2012 Reserved to superbvitaminme
Design by Ccicute Design