Auchh!! Ssss.. Sakit tau kalau tumit kita yang merekah macam ni kena air. Pastu bila mop lantai kena pulak air sabun yang kita guna tu.. Adoila.. pedihnya. Kenapa ye? Kita terdedah dengan masalah tumit pecah ni? Bukan wanita je yang mengalaminya, kaum lelaki pun ada yang mengalami masalah sama. Jom kita siasat..
Namun jika tidak diberikan rawatan, rekahan halus ini akan menjadi semakin besar dan panjang membentuk kalus (kulit lebih tebal). Tanpa disedari, rekahan di bawah kalus ini boleh menjadi panjang sehingga menimbulkan rasa tidak selesa dan sakit apabila berjalan.
Masalah akan menjadi lebih teruk jika rekahan ini 'pecah' dan berdarah kerana ia mudah mendapat jangkitan.
ANTARA FAKTOR YANG MENYEBABKAN MASALAH INI:
- Berdiri terlalu lama di atas permukaan kasar.
- Obesiti – Kegemukan memberi tekanan berlebihan kepada lapisan lemak pada tumit, menyebabkan ia tersesar ke tepi. Kulit akan pecah jika ia tidak lagi mampu menahan tekanan tersebut.
- Memakai kasut tidak bertutup belakang juga dikatakan membantu sesaran lapisan lemak dan meningkatkan tekanan pada tumit.
- Masalah kulit seperti psoriasis atau ekzema.
- Kelenjar peluh yang tidak aktif.
- Masalah kaki leper.
- Memakai kasut yang terlalu ketat.
- Kencing manis.
• Merendamkan kaki dalam air suam selama 10 - 15 minit. Selepas itu , gosokkan bahagian tumit yang pecah dengan batu asah pisau. Lakukan sehingga menampakkan perubahan. Sapukan pada tumit yang pecah dengan getah betik muda. Biarkan seketika sehingga getah itu kering kemudian baru dicuci.
• Tumbuk bawang putih dan campurkan dengan perahan air limau nipis. Kemudian sapukan pada tumit yang pecah. Amalkan selalu sehingga menampakkan hasilnya.
• Geselkan tapak kaki pada rumput yang berembun pada waktu awal pagi. Lakukan setiap hari dan anda akan merasa perubahannya.
• Sapukan tumit pecah dengan bawang merah yang telah dibelah dua sehingga kering. Lakukan setiap hari sehingga sembuh.
• Boleh juga menyapukan tumit kaki yang pecah dengan campuran gambir dengan air ataupun disapu dengan minyak lebihan mengoreng ikan. Hendaklah di amalkan selalu supaya nampak hasilnya.
KEMATU DI TUMIT KAKI
• Campurkan sebiji buah belimbing buluh dengan air limau nipis. Sapukan pada tempat yang kematu dan pecah-pecah.
• Sapukan sedikit ubat gigi. Biarkan selama lima minit. Kemudian basuh seperti biasa dengan sabun dan air biasa
(Kredit : Hannah Hanan)
AMALKAN PENYAPUAN HERBAL BLEND SHAKLEE SEBAGAI LOSYEN HARIAN SEKURANG-KURANGNYA 2X SEHARI...
Lakukan sehingga sembuh. Losyen nie sejuk dan berangin. Bukan setakat orang dewasa sahaja yang boleh guna, malah bayi yang ada masalah ruam lampin dan ekzema pun sesuai untuk memakai losyen ini.
- Sms/whatsapp : 017-5915820
- Emel : superbvitaminme@gmail.com
0 comments:
Post a Comment