16 February 2014

JERAWAT/ AKNE DAN CARA MENGATASINYA DENGAN SET KECANTIKAN SHAKLEE

11 PERKARA YANG ANDA PERLU TAHU TENTANG AKNE /JERAWAT



 
1. Apa itu akne?

 Akne juga dikenali sebagai jerawat.

2. Bagaimana akne terjadi?

 Akne terjadi apabila:

• Liang roma tersumbat dengan penebalan kulit di pembukaan liang, minyak daripada bahan kosmetik atau tar
• Terdapat peningkatan pengeluaran minyak daripada kelenjar minyak (sebaceous gland). Keadaan ini bergantung kepada hormon serta ditentukan oleh gen seseorang
• Terdapat jangkitan bakteria pada dukta liang roma (disebabkan oleh bakteria Propionebacterium acnes)

3. Adakah akne disebabkan oleh beberapa makanan tertentu?

 Ini merupakan satu mitos. Akne tidak disebabkan oleh makanan berminyak seperti kacang atau coklat. Ia juga bukan disebabkan oleh resdung.

4. Apakah rupa akne?

 Terdapat beberapa jenis akne iaitu :
 

  • Jerawat Papula

- Merupakan Jenis Jerawat radang kulit, berbentuk benjolan lembut kemerah-merahan.
 
  • Jerawat Pustules
-Bintik merah yang meradang dan muncul sebagai bintil merah dengan pusat putih atau kuning ( bernanah)
 
  • Blackheads
- Biasanya terjadi apabila sebahagian pori kulit tersumbat dengan sebum(minyak), bakteria dan sel-sel kulit mati. Warna hitam itu bukan di sebabkan oleh kotoran dan di sebabkan oleh pigmen kulit-melanin, bertindak balas dengan oksigen di udara.
 
  • Whiteheads
- Biasanya terbentuk ketika pori tersumbat sepenuhnya dan memerangkap sebum (minyak), bakteria, dan sel-sel kulit mati, menyebabkan paparan putih di permukaan kulit anda.
 
  • Nodul ( akne kronik )
-terdiri daripada bentuk benjolan keras di bawah permukaan kulit-lebih besar dan sangat menyakitkan, serta kadang-kadang tidak akan hilang selama berbulan-bulan. Jerawat ini menyumbang kepada parut berlubang dan trauma teruk serta luka pada permukaan kulit.
Jika tidak di rawat dengan betul, Nodul ini akan terbentuk semula walaupun selepas ianya kecut.

5. Antara perkara yang boleh mengakibatkan akne semakin teruk adalah:

• Perubahan hormon pada remaja perempuan semasa datang haid
• Alat solek yang berasaskan minyak
• Gel rambut
• Memicit jerawat
• Tekanan hidup
• Ubat seperti streroid, phenytoin atau Lithium

6. Siapa yang boleh mendapat akne?

 Akne boleh terjadi kepada sesiapa sahaja.

• Biasanya ia menjadi bertambah teruk di kalangan remaja, terutama remaja lelaki
• Kita boleh mendapat akne pada bila-bila masa atau usia walaupun melebihi 50 tahun
• Jika ibu bapa anda mempunyai masalah akne, berkemungkinan besar anda juga boleh mendapatnya.

 7. Apa yang boleh saya lakukan apabila mendapat akne?

 Akne yang ringan boleh dirawat dengan ubat yang boleh dibeli dari farmasi. Pada lazimnya adalah memadai untuk menggunakan ubat seperti:
• Benzoyl peroxide 2.5%, 5%, 10% krim/gel pada waktu malam atau 2 kali sehari
• 2% - 6% Sulfur dalam losen calamine
Pengambilan vitamins atau supplement yang sesuai juga adalah terbaik, dimana ianya dapat mengawal akne secara semulajadi tanpa penggunaan ubat.

8. Bilakah saya perlu mendapatkan rawatan?

 Jika akne bertambah teruk, anda perlu berjumpa dengan doktor. Doktor akan memberi pelbagai jenis krim sepertiRetinoids, Azelaic Acid atau antibiotik (Clindamycin). Untuk akne yang sederhana.

• Seseorang itu perlu makan antibiotik selama 4 hingga 6 bulan
• Pil perancang keluarga yang tertentu juga berkesan bagi remaja perempuan tetapi bukan untuk remaja lelaki.Tetapi ingat pengambilan pil perancang keluarga boleh menyebabkan kegemukan.

Bagi akne yang teruk (nodulocystic acne), anda perlu dirujuk kepada pakar kulit untuk mendapatkan rawatanIsotretinoin (Roaccutane). Preskripsi bagi ubat ini hanya boleh diberi oleh Pakar Perunding Kulit (Dermatologist):

• Isotretinoin mempunyai kesan sampingan yang teruk seperti kecacatan kelahiran. Remaja perempuan tidak boleh mengandung semasa mengambil Isotretinoin dan sehingga sekurang-kurangnya sebulan selepas berhenti mengambil ubat tersebut
• Mereka juga perlu dipantau untuk kesan-kesan sampingan Isoteretinoin yang lain
• Sebab itu, pengambilan vitamin atau supplement yang betul adalah terbaik bagi rawatan akne ini.

9. Adakah akne boleh meninggalkan parut?

 Akne yang ringan sembuh dengan meninggalkan kesan gelap (pigment) yang akan hilang. Pada lazimnya ia tidak akan meninggalkan parut kecuali akne tersebut dicungkil atau dipicit.

 Akne yang teruk dan nodulocystic akan meninggalkan parut yang cetek di bahagian permukaan dan/atau parut yang dalam di kulit.
Terdapat golongan yang cenderung terhadap pembentukan keloid (parut tebal).

10. Bolehkan parut akne dirawat?

 Selepas beberapa bulan, biasanya parut akan hilang sedikit demi sedikit. Beberapa kaedah boleh digunakan untuk merawat parut seperti:

• Bagi parut yang cetek, bahan kimia seperti glycolic atau asid trikloroasetik digunakan untuk menggelupaskan permukaan kulit
• Teknik laser resurfacing
• Bagi parut yang besar, boleh menggunakan suntikan collagen atau implan matrik gelatin
• Pembedahan pembetulan (Surgical repair)
• Penggunaan kosmetik bagi menutup parut
• Pengambilan vitamin atau supplement yang betul, di mana secara semulajadinya membantu menghilangkan dan mengurangkan parut.

11. Bolehkah saya mencegah akne?

 Ya, boleh. Anda boleh menghindari atau mengawal akne melalui:

• Mencuci muka sekurang-kurangnya 2 kali sehari dengan menggunakan pencuci muka yang lembut
• Mengelak daripada menggunakan kosmetik yang berasaskan minyak. Pilih kosmetik yang non-comedogenis
• Mengamalkan pemakanan yang sihat. Makanan boleh memberi kesan kepada kulit anda. Ambil lebih banyak sayur-sayuran dan buah-buahan
• Lebihkan minum air kosong
• Bersenam untuk membaiki perjalanan darah dan nutrien ke kulit
• Mengurangkan tekanan dan mengamalkan teknik relaksasi
• Pencegahan dengan pengambilan vitamin dan supplement yang betul yang dapat mengawal hormone dan mencegah pembentukan akne.

Tiada siapa yang mahukan rupa paras yang dipenuhi dengan jerawat yang mana boleh menyebabkan ketidakyakinan diri dan malu berhadapan dengan orang luar. Sebab itu, pencegahan awal dengan pengambilan vitamin yang betul adalah sangat penting bagi pengawalan akne tersebut.
 
APAKAH VITAMIN YANG SESUAI UNTUK AKNE?
 
 
Jom baca entry tentang Set Kecantikan di sini.
 
Kombinasi Vitamin E, Vitamin C dan B Complex menghasilkan :
  • Mengurangkan kedutan dan pembentukan garis-garis halus
  • Mencegah penuaan
  • Menjadikan kulit lebih kenyal
  • Mencerahkan kulit
  • Menjaga kulit daripada sinaran UV
  • Mengurangkan parut jerawat
  • Menjadikan wajah bersinar dan bermaya
  • Menjadikan kulit wajah lebih cerah dan kemerahan
  • Menjadikan wajah lebih berseri
Add on : ALFALFA jika mengalami jerawat akibat resdung
  • Alfalfa - bersifat anti radang membantu mengelakkan alergik yang menyebabkan resdung
Add on : ZINC jika jerawat anda bernanah
  • Zinc -  adalah asas kepada ekspresi genetik, pertumbuhan sel dan replikasi sel.Zinc merawat dengan cara mengangkut vitamin A ke kulit kita dan Zinc membantu meregulasikan serta menyeimbangkan hormon di dalam badan.
https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=ed86eaf4f8b892e9f596c77943561db3
Set Asas - Vitamin E, Vitamin C SR dan B Complex
 
https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=3f2624ba9ffc5ebd40c98284e1379e99
Set Lengkap - Vitamin E, Vitamin C SR, B Complex, Alfalfa dan Zinc Complex
 
 
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. 

Zue Mat Amin


 
 


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2012 Reserved to superbvitaminme
Design by Ccicute Design