17 February 2014

POWER PUMPING

KHAS UNTUK IBU-IBU YANG MENYUSUKAN ANAK..

Apa itu Power Pumping?

 Ada yang panggil Power Pumping, ada juga yang menggelarnye Hyperstimulation atau Intensive Pumping. Apa pun gelarannya, ia merupakan teknik mengepam yang boleh membantu meningkatkan penghasilan susu. Ia melibatkan teknik dan dan susunan mengepam yang biasa, tetapi di dalam cara yang lebih unik. Ideanya ialah untuk meniru bayi menyusu, secara tidak langsung meningkatkan belakan susu ibu.

Siapa yang perlukan Power Pumping?

1. Ibu yang mengalami kekurangan susu, atau yang sedang berusaha untuk memeperbanyakkan semula pengeluaran susu ibu.

2. Ibu yang ingin relaktasi/menyusukan semula si anak setelah berhenti menyusukan.

3. Ibu yang ingin menyusukan anak angkat, di mana teknik ini digunakan untuk meransang penghasilan susu ibu. Digalakkan untuk berjumpa dengan doktor/pakar laktasi jika anda di dalam kategori ke 3 ini.



 Bagaimana cara untuk buat Power Pumping?

[1] Untuk single pump :

Pam payudara kanan dahulu 10 minit, kemudian pam payudara kiri 10 minit, kemudian tukar semula ke payudara kanan 10 minit dan seterusnya bertukar-tukar setiap 10 minit secara berterusan sehingga kira-kira 1 jam.

[2] Untuk double pump :


Pam kedua-dua payudara serentak selama 10 minit, rehat sebentar selama 10 minit, sambung semula pam kedua-duanya selama 10 minit, rehat 10 minit, seterusnya selama 1 jam.

Disarankan membuat Power Pumping ini sebanyak sekali sehari. Sebaik-baiknya dilakukan di antara waktu malam (sebelum tidur) hingga ke subuh (bangun awal sebelum masuk waktu subuh) kerana hormon prolaktin (hormon susu) sangat tinggi pada waktu ini. Namun tidak perlulah bangun pada tengah-tengah malam semata-mata untuk buat Power Pumping, melainkan anda terjaga kerana bayi mahu disusui. Jadi gunakan peluang tersebut untuk pam sebentar sebelum sambung tidur semula.


Berapa lama masa diambil untuk dapat hasilnya?


Power Pumping memerlukan masa sekurang-kurangnya 1 minggu, dan ada juga yang makan masa sehingga sebulan. Walaupun pada hari pertama hasil pam setitk dua atau sekadar pam angin sahaja, teruskan misi sehingga mendapat hasil yang dikehendaki.
Jangan putus asa, disiplin, usaha, doa dan tawakal kepada-Nya. InsyaAllah berjaya.


SELAMAT MENCUBA.. JANGAN PUTUS ASA..

Zue Mat Amin

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2012 Reserved to superbvitaminme
Design by Ccicute Design