22 February 2014

BERPANTANG CARA MODEN VS TRADISIONAL


Berpantang sememangnya cukup sinonim dengan masyarakat Melayu terutamanya bagi wanita selepas melahirkan anak. Kebiasaannya tempoh berpantang selama 44 hari walaupun ada yang meneruskannya sehingga 100 hari.

Memang payah mengikuti pantang larang dalam tempoh ini tanpa bantuan dan sokongan. Namun kini terdapat cara moden menerusi penggunaan set bersalin moden untuk memudahkan wanita meneruskan tradisi berkenaan.
 
Antara amalan berpantang termasuk pengambilan jamu, urutan badan, mandian herba, bertungku dan memakai bengkung bagi mengekalkan kecergasan badan seperti sebelum bersalin.
 
Berbanding air rebusan akar kayu tradisional, kebanyakkan ibu kini mengamalkan makanan tambahan untuk memberi tenaga dan mengembalikan kecergasan tubuh.
 
"Penggunan Set Bersalin perlu untuk merawat dalaman badan sama ada menggunakan kaedah tradisional atau pil ubatan moden. Bagaimanapun, ibu yang menyusukan bayi meraka tidak digalakkan memakan jamu buat sementara waktu untuk mengelakkan kesan memudaratkan kepada bayi".
 
 
JAMU
 
Antara aspek penting dalam amalan berpantang kerana dipercayai boleh membantu ibu mengembalikan semula tenaga dan menyembuhkan badan selepas proses kehamilan dan melahirkan anak.
 
Ia juga membantu untuk mengembalikan tenaga, memanaskan badan serta mengeluarkan lemak dan toksin serta membantu mengecutkan peranakan, otot dan urat yang bengkak, mengurangkan air berlebihan dalam badan, mengeluarkan angin serta mengempiskan perut.
 
 
URUTAN BADAN
 
Wanita baru bersalin digalakkan berurut sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut. Ia bertujuan membantu dari segi melancarkan perjalanan darah, memecahkan lemak serta menegang dan membentuk tubuh untuk membantu si ibu kembali kepada bentuk badan asal serta mempercepatkan proses pemulihan badan.
 
 
MANDIAN HERBA
 
Mandian air rebusan herba, akar kayu dan rempah membantu untuk mengembalikan tenaga, mengeluarkan angin, menghapuskan bau daripada darah nifas dan rembesan lain.
 
 
BERTUNGKU
 
Ia bertujuan mengecutkan rahim dan mengeluarkan darah beku. Darah dan lender perlu mengalir keluar sepanjang tempoh berpantang 44 hari mengikut kepercayaan mesyarakat melayu.
 
Tujuan bertungku dan memakan jamu untuk memastikan semua kotoran dan toksin dikeluarkan dariapada badan.
 
Bertungku juga membantu memecahkan lemak, mengecutkan rahim dan organ yang bengkak akibat bersalin serta mengembalikan tubuh kepada keadaan asal. 
 
Tungku dibakar dan dibalut dengan daun serai, lengkuas dan pandan kemudian dilapis dengan kain. Bertungku perlu dilakukan selama sejam, tetapi jika masa tidak mengizinkan, lakukannya sekurang-kurangnya setengah jam.
 
Selain perut, pastikan proses ini dilakukan pada bahagian peha.


BENGKUNG
 
Amalan berbengkung boleh membantu mengempiskan perut dan mengurangkan berat badan supaya kembali kepada bentuk asal. Ia juga mengetatkan perut dan otot yang longgar sepanjang kehamilan, menggalakkan postur tubuh yang baik agar membantu penyusuan bayi, memecahkan lemak dan selulit serta mencegah daripada makan berlebihan.
 
Stokin yang tebal juga perlu selain penggunaan pilis dan param.

Selain berpantang cara tradisional seperti di atas, kita jangan lupa untuk menjaga kesihatan dalaman juga. Suplemen-suplemen yang Shaklee sediakan dapat memperbaiki luka akibat bersalin, sakit-sakit badan akibat baring atau duduk menyusu yang terlalu lama, sejuk-sejuk badan, lenguh-lenguh badan, memanaskan tubuh, menghilangkan stress, memperbaiki struktur kulit yang kendur, mengecutkan rahim, mengembalikan bentuk tubuh asal, memperbanyakkan susu dan banyak lagi.. Jom kita tengok kat SINI

Zue Mat Amin

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2012 Reserved to superbvitaminme
Design by Ccicute Design