29 June 2014

DIET YANG SIHAT HARUS KURANGKAN GULA

Gula sangat merbahaya kepada kesihatan. Gula juga membawa 1001 penyakit dan ia juga boleh membawa maut. Salah satu penyakit yang sangat ditakuti rakyat Malaysia adalah DIABETES. Diabetes merupakan penyakit No. 1 di Negara kita yang boleh membawa maut.. Jom kita baca fakta dan info berguna tentang gula. Gula penyebab penyakit diabetes.
 

APA ITU GULA?

Gula adalah sejenis bahan yang memberi rasa manis pada makanan. Ia wujud secara semula jadi dalam makanan atau sebagai bahan yang ditambah semasa penyediaan makanan dan minuman.

Gula yang paling biasa ialah gula pasir atau yang dihasilkan daripada pemprosesan tebu. Gula ini seringkali digunakan untuk memaniskan pelbagai minuman ringan seperti kodial, sirap, minuman bergas dan jus buah-buahan. Gula juga ditambah sebagai pemanis ke dalam biskut, jem, coklat, aiskrim dan beberapa bijirin sarapan.

Pengambilan makanan atau minuman yang mengandungi gula tambahan secara berlebihan boleh menyebabkan masalah kesihatan.

JENIS-JENIS GULA
Gula Semulajadi
Gula yang terdapat secara semula jadi di dalam makanan seperti buah-buahan, sayur-sayuran berkanji, susu dan hasil tenusu.

Gula Tersembunyi
Gula yang ditambah pada makanan semasa pemprosesan dan penyediaan makanan seperti dalam masakan, minuman, kuih-muih dan sebagainya.


KESAN GULA TERHADAP KESIHATAN

1. Meningkatkan risiko berlebihan berat badan dan obesity seterusnya mendorong kepada masalah diabetes dan penyakit jantung.

2. Mengakibatkan gangguan gastrousus.

3. Menggalakkan pembentukan karies gigi.

4. Mengakibatkan kekurangan nutrient disebabkan kecenderungan individu yang yang mengambil gula secara berlebihan.


7 LANGKAH BIJAK MENGURANGKAN GULA

1. Minumlah air kosong berbanding minuman manis seperti air berkarbonat, air sirap dan cordial.

2. Hadkan penggunaan gula, susu pekat manis, susu isian pekat manis dan krimer manis kepada 1 sudu teh sahaja untuk setiap cawan minuman.

3. Elak atau hadkan penggunaan gula dalam masakan. Sediakan kuih dan kek yang rendah kandungan gula.

4. Elakkan mengambil snek dan minuman yang bergula di antara hidangan utama dan sebelum waktu tidur.

5. Gantikan pencuci mulut seperti kuih, kek dan bubur dengan pilihan yang lebih sihat seperti buah-buahan.

6. Baca label dan elakkan produk makanan dan minuman di mana gula tersenarai di bahagian awal senarai ramuan.

7. Pilih produk makanan dan minuman yang label "rendah gula"dan "bebas gula".

 
HADKAN PENGAMBILAN GULA KEPADA 10 SUDU TEH SEHARI
WASPADA DENGAN GULA YANG TERSEMBUNYI DALAM MAKANAN DAN MINUMAN
 
Jika kita ingin ber diet, amalkanlah pemakanan seimbang dan jauhilah gula.. Anda juga boleh mencuba SET KURUS SHAKLEE sebagai alternatif dalam permasalahan ini.
 
https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=38838371c3a50f059b8c4894a59c745d
 
*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. 

Zue Mat Amin

28 June 2014

ATASI NAFAS BERBAU KETIKA BERPUASA

Umat Islam mula berpuasa hari ini, kelebihan berpuasa bukan bersifat kerohanian, malah membawa banyak kebaikan daripada sudut kesihatan. Banyak kajian membuktikan puasa merupakan antara kaedah terbaik untuk menjaga keihatan termasuk menurunkan berat badan, merendahkan kandungan glukosa, menurunkan tekanan darah tinggi dan sebagainya.

Berpuasa juga sebenarnya dapat meningkatkan kesihatan mulut kerana apabila berpuasa, gigi akan terlindung selama hamper 14 jam daripada kesan makanan untama yang berbentuk manisan.

Walaupun begitu, ketika berpuasa atau sedang berlapar, badan akan membakar lemak untuk menghasilkan tenaga dan ini akan mengakibatkan pembebasan aseton melalui nafas yang akan mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan.


Selain daripada itu, kurang pergerakan mekanis mulut juga menyebabkan aliran saliva berkurangan daripada biasa. Saliva atau air liur adalah penting untuk membersihkan mulut secara semula jadi.

Masalah ini akan dialama oleh hamper semua orang yang berpuasa yang akhirnya menyebabkan nafas berbaus. Keadaan ini juga dikenali sebagai halitos iaitu bau mulut. Justeru, penjagaan mulut ketika berpuasa adalah penting seperti penjagaan hari-hari biasa. Untuk nafas yang menyenangkan di samping menjaga kesihatan gigi dan mulut, amalkan tip seperti berikut:

1) Berus gigi secara menyeluruh sebelum tidur dan selepas bersahur
2) Flos gigi dan kumur dengan ubat kumur anti bakteria
3) Banyakkan minum air kosong sewaktu berbuka dan bersahur
4) Melakukan rawatan gigi serta menampal gigi berlubang
5) Mengawal pengambilan makanan yang menyebabkan bau seperti rempah ratus, bawang putih dan sebagainya..

Puasa bukan alasan untuk mengabaikan kebersihan dan kesihatan mulut.. :)

Zue Mat Amin

CARA PENGAMBILAN SUPLEMEN SHAKLEE KETIKA DI BULAN PUASA

Assalamualaikum semua.. Salam 1 Ramadhan 1435.. Apa menu bersahur hari ini? Zue bersahur nas putih, daging masak hitam dan telur masin je.. Alhamdulillah rezeki hari ini.. Kenyang juga bila di tambah dengan SET MIGHTY 3 GEMS SHAKLEE..

Pagi ni nak bercerita tentang cara pengambilan suplemen Shaklee ketika di bulan puasa. Ramai sungguh yang PM untuk tanya tentang cara pengambilan suplemen yang betul.. Jadi apa kata Zue sharekan serba sedikit hari ini..

1. BERSAHUR
  • Meal Shake dan ESP dan Perfomance drink (Set Mighty 3 Gems) – membekalkan Tenaga kepada tubuh. Disamping itu ia memberi kekenyangan
  • Meal Shake dengan ESP - ikut kehendak anda
  • ESP dengan Performance Drink - pun boleh juga
  • Performance Drink– mengekalkan air dalam badan dan membantu mencegah penghidratan(prevent dehydration)
  • Vita-Lea – menentukan anda mendapat vitamin dan zat galian yang lengkap
  • Vitamin C – bertindak sebagai “pagar” penyakit
  • B-Complex – menukarkan makanan kepada tenaga, membantu proses metabolisma badan
2. BERBUKA
  •  Performance Drink – menggantikan air yang telah hilang, memberi tenaga yang diperlukan tubuh badan perlukan dan juga daya ketahanan serta keseimbangan unik elektrolit (balance of electrolytes) untuk mencegah penghidratan(dehydration)
  • Energizing Soy Protein – memberi anda tenaga yang anda perlukan sambil merasa kenyang.
  • Vita-Lea – memberikan anda keperluan multivitamin lengkap yang diperlukan tubuh badan.
  • B-Complex – berfungsi seperti “spark-plug” membakar makanan kepada tenaga.
  • Vitamin C – melindungi anda daripada serangan penyakit.
  • Lecithin – membantu memecahkan lemak dan proses penyerapan vitamin
3. SELEPAS TERAWIH
  • Performance Drink – seperti peneranganya di atas.
  • GLA – membantu system hormone badan berfungsi dengan baik.
  • Lecithin – pemecah lemak.
Jom sama-sama atasi kelesuan dengan mengambil suplemen dengan betul.. Mungkin ramai lagi diluar sana yang tak tahu cara pengambilan suplemen Shaklee ketika bulan puasa.. jadi di sini Zue dah buat pencerahan..hehe..

SELAMAT BERPUASA SEMUA..

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=c876da2dc35e298b13f5ce07b724065a
 
 
*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. 

Zue Mat Amin

19 June 2014

ATASI LETIH DAN LESU DI BULAN PUASA

Assalamualaikum..

Dah kurang dari 9 hari je nak berpuasa kan.. sebagai umat Islam kita patut rasa bersyukur kerana sekali lagi kita berkesempatan untuk menyambut bulan puasa.. Ok, biasala bila tiba bulan puasa, macam-macam ragam manusia kan.. Nak tahu tak apa masalah kesihatan yang sentiasa menyerang kita ketika di bulan puasa? Jom baca lagi..


MASALAH KESIHATAN SEMASA BERPUASA

1. Pedih ulu hati. Kerap juga terjadi di kalangan kita kan. Apabila seseorang itu berfikir tentang makanan, otak akan menghantar isyarat di bahagian perut untuk menghasilkan asid yang boleh menyebabkan pedih ulu hati. Jangan fikir tentang juadah apa yang hendak dimakan ketika berbuka, tetapi tumpukan pada bacaan Quran, zikir dan membaca buku-buku agama.

Selain itu pedih ulu disebabkan jenis makanan yang dimakan ketika berbuka dan bersahur. Makanan yang berminyak (bergoreng), pedas dan berlemak akan lambat hadam menyebabkan masalah pedih ulu hati dan kekembungan perut.

Jadi, pastikan kita memilih makanan yang lambat dihadam ketika bersahur.

2. Dehidrasi. Kekurangan air di dalam tubuh akan merendahkan kadar metabolisme dan menyebabkan seseorang individu itu tidak bertenaga. Ramai yang tidak cukup minum air dan ini dapat dikesan dengan melihat warna air kencing yang keruh dan kuantitinya yang sedikit.
Pastikan sepanjang malam minum air sebanyaknya, dan saya mencadangkan sekurang-kurangnya minum 2 liter bagi membersihkan tubuh dari toksik bahan kumuhan.

3. Sakit kepala pada bulan Ramadhan kerap terjadi kerana beberapa faktor seperti kekurangan glukos, kurang minum air, kurang tidur, mengambil kafein (kopi) terlalu banyak dan menghisap rokok.
Selain dari mengurangkan factor di atas, saya mencadangkan minum air secukupnya.

4. Sembelit juga mudah berlaku kerana meminum air secukupnya dan kurang mengambil serat (fiber) dalam pemakanannya.

5. Batuk kering juga disebabkan oleh cuaca yang panas, dan kurang minum air semasa berbuka.

ATASI MASALAH INI DENGAN SET MIGHTY 3 GEMS SHAKLEE (klik di sini).

Shaklee Mighty 3 Gem amat sesuai diambil oleh semua golongan termasuklah:
  1. Ibu-ibu menyusu yang mahu berpuasa tanpa menjejaskan pengeluaran susu ibu,
  2. Ibu-ibu yang sedang mengandung tanpa rasa risau berpuasa boleh menjejaskan tumbesaran janin,
  3. Pesakit gastrik
  4. Warga emas yang dah kurang selera bersahur dengan menu yang berat.
https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=c876da2dc35e298b13f5ce07b724065a
 

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. 

Zue Mat Amin

18 June 2014

KENALI UBAT YANG DIAMBIL TERLEBIH DAHULU

Assalamualaikum wbt..

Kawan-kawan..

Apabila kita diberikan oleh ubat di kaunter farmasi, ada beberapa perkara yang kita perlu tahu tentang ubat yang diterima.

Antaranya ialah:

1.Nama
2.Kegunaan
3.Jumlah dos perlu diambil dan kekerapan & tempoh pengambilan ubat
4.Cara penggunaan
5.Cara penyimpanan
6.Kesan sampingan ubat & amaran khas berkaitan ubat
7.Tarikh luput

Ini penting bagi mengelakkan salah faham terhadap kegunaan, kesan sampingan dan keberkesanan ubat yang diberikan.

SHARING DARI FB DR ZUBAIDI HJ AHMAD..


Zue Mat Amin

ALAMAT IBU PEJABAT DAN CAWANGAN SHAKLEE MALAYSIA

IBU PEJABAT SHAKLEE MALAYSIA
 
Shaklee Products (M) Sdn Bhd
A-3A-02, Empire Tower
Empire Subang,
Jalan SS16/1,
47500 Subang Jaya,
Selangor Darul Ehsan
 
Telefon :603-5622 3188
Fax : 603-5622 3199
E-mel : customerinquiry@shaklee.com.my
 
Waktu Perniagaan
Isnin hingga Sabtu: 10:00 pagi hingga 7:00 malam



PEJABAT CAWANGAN
           
Cawangan KamiWaktu PerniagaanPeta Lokasi
Kuala Lumpur
No. 32, Jalan Rampai Maju 3,
Taman Sri Rampai, 53300 Kuala Lumpur.
Telefon : 603-4142 1067
Fax: 603-4142 1027
Isnin hingga Jumaat
10:00 a.m. to 7:00 p.m.
Sabtu
(Pertama & Ketiga):

10:00 a.m. to 7:00 p.m


Penang
No. 81, 83 & 85, Jalan Todak 6,
Pusat Komersial Sunway Perdana,
13700 Seberang Jaya, Pulau Pinang.

Telefon : 604-383 8261
Fax: 604-383 8560
Isnin hingga Jumaat
10:00 a.m. to 7:00 p.m.
Sabtu
(Pertama & Ketiga):

10:00 a.m. to 7:00 p.m


Ipoh
32, Medan Istana 1,
Bandar Ipoh Raya,
30000 Ipoh.

Telefon: 605-241 8260
Fax: 605-241 8263
Isnin hingga Jumaat
10:00 a.m. to 7:00 p.m.
Sabtu
(Pertama & Ketiga):

10:00 a.m. to 7:00 p.m


Johor Bahru
14, Jalan Molek 1/10,
Taman Molek,
81100 Johor Bahru.
Telefon: 607-352 5188
Fax: 607-352 4188
Isnin hingga Jumaat
10:00 a.m. to 7:00 p.m.
Sabtu
(Pertama & Ketiga):

10:00 a.m. to 7:00 p.m


Kota Bharu
319, Section 25, Bandar Kota Bharu,
Jalan Sultan Yahya Petra,
15200 Kota Bharu.
Telefon: 609-747 8688
Fax: 609-747 7711
Ahad hingga Khamis
10:00 a.m. to 7:00 p.m.
Sabtu
(Pertama & Ketiga):

10:00 a.m. to 7:00 p.m


Kota Kinabalu
Lot 4.1, Neutron Point,
Lorong Poin Neutron,
Jalan Lintas Khidmat,
88300 Kota Kinabalu.
Telefon : 6088-393 848
Fax: 6088-393 851
Isnin hingga Jumaat
10:00 a.m. to 7:00 p.m.
Sabtu
(Pertama & Ketiga):

10:00 a.m. to 7:00 p.m



Zue Mat Amin
 
 
  
Khidmat Pelanggan
Borang Maklumbalas
Cawangan Kami
  
 

16 June 2014

KEPERLUAN KOLAGEN PADA TUBUH BADAN MANUSIA

Nak cerita tentang keperluan kolagen pada tubuh manusia pulak tengahari ni.. Sebenarnya kolagen sediada yang terdapat dalam tubuh manusia terdapat kornea, kanta mata, kulit, salurdarah, keratin (rambut, kuku), tulang, tendon ,rawan sendi, dan gigi,hati,tulang sum-sum dan tisu dan organ seperti buah pinggang,jantung serta sistem limfatik.
 

Kolagen adalah protein utama bagi tisu sokongan dalam badan manusia. Kewujudannya merangkumi 30% daripada keseluruhan protin di dalam badan.. Ia menyokong sebahagian besar sel-sel yang memberikan struktur, kekuatan dan kekenyalan kulit dan tisu badan.. Kolagen disusun tiga rantai polipetida (monomer protein) yang terpilih membentuk rangkaian triple helix (pilihan ganda tiga). Segmen kecil dari tiap rantai mempunyai panjang asid amino sebanyak 1.000-an dan ini merupakan penemuan terpenting abad ini.

Terdapat 29 jenis kolagen namun 90% adalah dari jenis kolagen I, II, III dan 1V.

Kolagen I : terdapat pada kulit, tendon, pembuluh darah, ligatur, organ, tulang (komponen utama tulang) dan gigi
Kolagen II: tulang rawan (komponen utama tulang rawan) ,mata
Kolagen III: reticulate (komponen utama retikuler serat). Rangkaian ini bertindak sebagai penyokong dalam tissue lembut seperti hati,jantung, tulang sumsum,arteri,kulit,usus,rahim
Kolagen IV: membentuk asas kepada sel membran dasar(serat yang melapisi permukaan rongga dan organ seperti buah pinggang ) kanta mata, atau endothelium yang melapisi permukaan interior pembuluh darah.
Kolagen V: permukaan sel, rambut dan uri.



FUNGSI DAN KHASIAT KOLAGEN...

menghasilkan asid amino penting seperti :
  • lysin,prolin dan glysin yang secara khusus diperlukan oleh tubuh untuk membina struktur tisu penyokong, dan untuk mengawal fungsi sel.
  • hydroxyprolin - memberi kekuatan dan keanjalan pada tisu penyokong dan tulang glisin          -melembapan kulit.
  • alanin, prolin dan asparagin - menstabilkan struktur,melembap, menegang dan menganjalkan kulit lantas mengekalkan kulit cantik serta menghalang penuaan.
  • arginin - memudahkan tidur nyenyak, menghasilkan pola tidur.
  • mengawal metabolisme tubuh dengan mencerna secara enzimatik.
  • melindungi tulang rawan pada sendi daripada enzim dan kerosakan oksidatif.
  • menegang,menganjal dan melembapkan kulit.
  • menampung air dalam tubuh.
  • meningkatkan penyerapan kalsium.
  • menguatkan salur darah dan melancarkan pengaliran darah di bawah lapisan kulit
  • meningkatkan isyarat induksi
  • menghasilkan kualiti rambut dan kuku yang baik
Rupa-rupanya Kolagen sangat disukai kaum wanita kerana ia mempunyai kebaikan berikut:-
  • memelihara ketegangan dan keanjalan kulit
  • memelihara kelembapan kulit
  • menyokong baikpulih tisu dari kecederaan otot dan tulang
  • menguatkan otot dan tulang
  • membantu hati dalam proses detoksifikasi(buang toksin)
  • memelihara kelenturan sendi
  • mengurangkan keradangan(inflammation)
  • memberi tenaga
  • membantu pola tidur
  • memulihkan penyakit saraf dengan membina semula lapisan protin pada saraf

Penghasilan kolagen berkurangan dengan kadar 1.5% pada setiap tahun selepas usia 25 tahun. Kesan pengurangannya mula dirasai lebih kurang 10 tahun kemudian. Selepas usia 45-50 tahun, badan kita akan kehilangan hampir separuh daripada kolagen yang ada. Jadi, semakin tua, semakin berkurangan kolagen dalam badan.

Oleh itu kolagen diambil sebagai makanan kesihatan untuk pelbagai penyakit seperti osteoarthritis(sakit sendi), osteoporosis, arteriosclerosis selain untuk kegunaan kosmetik dan pelembab kulit.

APAKAH TANDA-TANDA PENUAAN?

Tanda-tanda kita dah beransur ke alam "veteran" atau "tua", bukan laa semestinya kita dah tak larat untuk berjalan tetapi apabila kita mengalami simptom-simptom berikut:-
  • kulit kusam
  • tak bermaya
  • tiada seri
  • kulit kedut dan mula kendur
  • pigmentasi kulit
  • cepat letih dan lesu
  • sakit badan dan sendi
  • mudah lupa
  • kurang penglihatan

Kenapa kolagen daripada ikan selalu dipilih sebagai makanan tambahan atau supplement?

1. Kolagen ikan dihidrolisis adalah yang terulung

2. Ia dianggap satu penyelesaian yang mudah, selamat dan ideal bagi membantu merangsang pertumbuhan kolagen dalam kulit

3. Kolagen hidrolisis adalah supplement pelbagai fungsi yang berpotensi untuk meningkatkan pengurangan pelbagai penyakit dan mengatasi masalah fizikal Ia adalah dari jenis kolagen 1.

4. Berat molikul rendah daripada 1000 adalah lebih mudah dicerna dan cepat diserap ke dalam usus berbanding dengan kolagen kompleks dari kambing,lembu atau babi seberat 400 000.

5. Menyediakan predigested collagen telah dicernakan dahulu dan cepat diserap.

6. Kolagen ikan dapat mempertahankan bentuk struktur asalnya iaitu rangkaian `Triple Helix', struktur bentuk yang sama terdapat pada kolagen manusia. Ini merupakan penemuan terpenting abad ini .

7.Memperbaiki konsentrasi hydrooxyproline (HyPro).

8. Menyediakan asid amino yang penting yang sering tiada dalam pemakanan.Ia mengandungi 20 asid amino, termasuk 8 daripada 9 asid amino essential (tidak ada tryptophan).

9. Memberikan nisbah asid amino yang diperlukan untuk pembentukan kolagen dalam badan.Menyediakan asid amino bebas dan peptida.

10. Menyediakan prolin yang secara khusus diperlukan oleh tubuh untuk membina struktur tissue, dan untuk mengekalkan fungsi sel.

11. Mengandungi arginin yang membantu tidur dan meningkatkan prestasi bersukan

12. Mengandungi asid amino yang menggalakkan tubuh untuk meningkatkan pembentukan otot. Lebih banyak otot tanpa lemak meningkatkan kadar metabolisme .Ini mencepatkan kadar pembakaran lemak . Lemak yang terbakar daripada peningkatan otot tanpa lemak diubah menjadi tenaga. Akibatnya, ramai orang merasai peningkatan tenaga sepanjang hari kerana tubuh mereka dengan cepat menggunakan lemak sebagai sumber tenaga.

13. Mengandungi glucosamin dan asid hailuronik semulajadi yang menyokong baikpulih tissue penyokong terutamanya pada sendi.

14. Menyediakan penampungan air badan dan mengoptimakan penghidratan. Kesannya melembapkan dan meningkatkan kekenyalan serta ketegangan kulit.

15.Merupakan bahan yang baik untuk pemakanan ahli sukan.Ini penting bagi olahragawan untuk memulihkan kadar protein selepas latihan.

16. Mempercepatkan process pemulihan kecederaaan

17. Meningkatkan kewaspadaan mental, kejernihan mental, konsentrasi.
Ia boleh membentuk dan menegangkan badan.

18.Peningkatan tahap tenaga sesuai untuk pelan penurunan berat badan.

19. Memelihara dan menguatkan rambut dan kuku.

20. Ia membantu menegang kulit dalam melambatkan penuaan. Ia memberikan keseimbangan nitrogen positif yang penting dalam menyokong nutrisi bagi generasi usia seperti hilangnya kolagen dan kerosakan tulang rawan

Hati manusia juga memproses kolagen hidrolisis sebagai karbohidrat kompleks, yang mengimbangi gula dalam darah dan meningkatkan tahap tenaga. Kajian klinikal awal menunjukkan pengambilan kolagen ikan pada sukatan yang betul selama 66 hari mampu memperbaiki penuaan kulit sebanyak 80%.

Jadi apa tunggu lagi.. Jom kita pilih Shaklee Collagen Powder sebagai pengganti kolagen yang hilang pada tubuh kita.. :)
https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=87cbdccd7c4f57001c682af769ef9b15

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. 

Zue Mat Amin

12 June 2014

PHYTOCOL-ST MENGHALANG KOLESTEROL MEMASUKI DARAH

 
Ahlan Wasahlan dengan produk terbaru daripada Shaklee ni.. PHYTOCOL-ST yang mampu menghalang kolestrol daripada memasuki darah. Macam best je.. macam suka je.. sesuai buat semua terutamanya buat mereka-mereka yang sangat suka MAKAN!! hehe.. so, sekarang makan dah tak perlu nak sekat-sekat lagi tapi 30 minit sebelum makan ambillah PHYTOCOL-ST dulu ye.. :)
 
SIAPA SESUAI MENGAMBIL PRODUK INI?

1. Anda yang mempunyai masalah kolesterol tinggi
2. Anda yang suka makan makanan berkolesterol tinggi
3. Anda yang mempunyai nafsu makan yang membuak-buak
 
Ada banyak hal yang menjadi penyebab atau timbulnya kolesterol tinggi dalam darah. Penyebab utama meningkatnya kadar kolesterol adalah disebabkan oleh makanan yang banyak mengandung lemak, pola hidup yang tidak sihat dan seimbang, gaya hidup yang salah dan kebiasaan buruk yang menjadi rutin sehari-hari.



TERDAPAT 2 FAKTOR PENYEBAB KOLESTEROL MENINGKAT :
 
1. Faktor yang tidak dapat dikawal
  • Keturunan. Apabila ada keluarga yang berkolesterol tinggi, maka besar kemungkinannya anak memiliki bakat unutk mempunyai kolesterol yang tinggi, risiko adanya suatu gangguan kesihatan biasa 6 kali lebih besar menimpa anak dibanding orang tua.
  • Usia. Setelah usia 20, kolesterol cenderung meningkat. Buat kaum hawa, kolesterol akan mudah naik setelah umur 50 tahun dan pada wanita, kolesterol akan mudah untuk naik setelah menopause.
2. Faktor yang dapat dikontrol
  • Makanan telalu banyak lemak, seperti mentega, biskut, dan fast food.
  • Kelebihan berat badan
  • Kurang bersenam
  • Merokok
  • Gaya hidup yang tidak sihat
  • Stress
  • Diabetes mellitus
  • Minum kafein yang berlebihan
  • Diet yang salah
  • Obesiti

APA FUNGSI PHYTOCOL-ST?

Ia menurunkan paras kolesterol. Kolesterol yang tinggi menyumbang kepada masalah jantung yang akhirnya boleh membawa maut.

BAGAIMANA CARA MENGAMBIL PHYTOCOL-ST?

Disarankan untuk mengambilnya 30 minit sebelum makan makanan berlemak.

APA KEISTIMEWAAN PHYTOCOL-ST?
  • Rumusan daripada beberapa jenis fitosterol asli yang aktif daripada tumbuhan, buahan, sayuran dan bijirin
  • Membekalkan 2,000 mg fitosterol tumbuhan setiap hari.
  • Fitosterol tumbuhan telah terbukti secara klinikal mampu mengurangkan paras kolesterol dalam lebih 80 kajian
  • Membekalkan 100% nilai fitosterol harian sepertimana disyorkan Institut Kesihatan Kebangsaan (NIH).
  • Tiada pengawet, pewarna, perisa atau pemanis tambahan.
BAGAIMANA FOTISTEROL BERTINDAK?
 
Dengan struktur yang sama seperti kolesterol, Fitosterol bersaing dan akan mengalahkan kolesterol dalam penyerapan di dalam Usus. Ini bermaksud apabila anda mengambil banyak fitosterol maka semakin kurang kolesterol yang akan di serap di dalam tubuh anda dan semakin tinggi untuk anda merendahkan paras kolesterol LDL anda
 
Amalkan pemakanan sihat bagi memperbaiki kolesterol dalam tubuh kita..
 


https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=f004a7ecc4215ef1a36afca580fd6380
 
*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. 

Zue Mat Amin






SOALAN POPULAR SEKS SEMASA HAMIL

Kebanyakkan daripada ibu-ibu hamil akan tertanya-tanya tentang perkara ini. Apakata kita ketahui lebih banyak info menarik tentang Seks Semasa Hamil dan tips yang baik untuk kita teladani.


Bolehkah saya melakukan seks semasa hamil?

Sudah tentu. Dengan kehamilan normal, anda boleh melakukannya sehingga sampai masa air ketuban pecah. Tanya doktor dahulu jika anda mengalami masalah dengan kehamilan anda, seperti plasenta previa atau pendarahan, atau anda mempunyai sejarah keguguran.

Dengan kehamilan normal, melakukan seks tidak ada kaitan dengan keguguran. Malah, jika anda berasa seksi dan cukup sihat, mungkin baik juga anda menikmatinya sepanjang kehamilan. Melakukan seks semasa hamil mungkin baik bagi hubungan anda dan suami pada masa kini dan selepas kehadiran bayi.

Kajian telah membuktikan yang melakukan seks semasa hamil tidak dikaitkan dengan kelahiran pramatang jika kehamilan itu sihat dan normal. Malah, satu kajian menunjukkan wanita hamil yang melakukan seks secara teratur selama kehamilan kurang cenderung mengalami kelahiran pramatang.

Bolehkah seks membahayakan bayi?

Anda tidak akan membahayakan bayi, walaupun suami anda mengambil posisi di atas. Penyumbat mukus yang tebal yang menutup serviks membantu melindungi bayi daripada jangkitan. Kantung amnion dan otot-otot uterus yang kuat juga melindungi bayi. Walaupun fetus anda agak bergerak kencang selepas klimaks, ini disebabkan oleh jantung anda yang mengepam kuat, bukan kerana dia tahu apa yang berlaku atau mengalami kesakitan.

Walau bagaimanapun, ada keadaan-keadaan penting, di mana anda akan dinasihatkan supaya tidak melakukan persetubuhan. Ini termasuk:

1. Pendarahan;
2. Sakit atau kekejangan abdomen;
3. Ketuban pecah;
4. Sejarah kelemahan serviks;
5. Plasenta previa, terutama jika anda pernah mengalami pendarahan.

Anda mungkin akan dinasihat mengelakkan seks jika suami anda menghidap herpes genital. Jika anda menghidap herpes genital untuk kali pertama semasa mengandung, ada kemungkinan ia boleh dijangkitkan kepada bayi dalam kandungan anda.

Adakah nikmatnya sama?

Lebih baik bagi setengah wanita, tidak begitu baik untuk yang lain. Pengaliran darah ke ruang pelvis bertambah dan boleh menyebabkan alat kelamin membengkak dan menambahkan sensasi. Tetapi, dalam masa yang sama, rasa kepenuhan ini membuat sesetengah wanita rasa tak selesa selepas persetubuhan berakhir. Sesetengah wanita juga mengalami kesakitan bila melakukan seks semasa hamil.

Ada juga wanita yang mengalami kekejangan abdomen semasa atau sesudah persetubuhan kerana klimaks boleh menyebabkan kontraksi-kontraksi yang lebih ketara pada trimester ketiga. Ini mungkin membuat anda tidak selesa untuk beberapa minit, tetapi kekejangan uterus akan beredar, sama seperti semasa kontraksi Braxton Hicks.

Saya tidak rasa mahukan seks semenjak saya hamil. Adakah ini normal?

Ya. Perubahan-perubahan besar dalam badan anda sudah tentu akan mengubah kehidupan seks anda. Bagi setengah wanita, mereka rasa lebih seksi daripada biasa kerana tidak perlu bimbang tentang konsepsi dan pencegah kehamilan. Tetapi bagi sesetengah yang lain pula hanya merasa terlalu letih atau mual untuk berasmara, terutama sekali semasa trimester pertama.

Ada wanita mendapati yang trimester kedua ditanda oleh nafsu berahi yang meruap-ruap naik. Namun dalam mana-mana fasa kehamilan, ada variasi yang besar dari segi perasaan dan aktiviti seks bagi setiap pasangan suami isteri. Nafsu berahi anda mungkin menurun semula di trimester ketiga kerana anda memikirkan tentang kelahiran dan proses bersalin yang akan datang, atau anda rasa tidak menarik atau bimbang tentang kepuasan suami anda.

Semua perasaan dan pengalaman ini adalah normal, tetapi ingatlah bahawa setiap orang berbeza dan adalah normal juga jika nafsu berahi dan menurun semasa hamil.


Adakah nafsu seks suami saya akan berubah?

Mungkin. Ramai lelaki mendapati isteri hamil mereka menarik seperti sebelum hamil pada trimester pertama dan kedua, tetapi perasaan ini berkurang pada trimester ketiga. Ini tidak bermakna dia langsung tidak mendapati anda menarik.

Nafsu suami anda mungkin berkurangan kerana takut yang seks akan membahayakan bayi. Atau dia mungkin bimbang akan kesihatan anda dan bayi, khuatir tentang beban keibubapaan, dan atau juga merasa serba salah tentang berasmara dalam kehadiran bayi mereka yang belum lahir.

Adakah seks oral selamat?

Ya, seks oral yang normal tidak akan membahayakan bayi dan ramai merasakan ianya satu penyelesaian jika persetubuhan itu membawa risiko tinggi.

Posisi-posisi manakah yang paling selesa?

Bila kehamilan berterusan, anda mungkin kurang selesa bila suami mengambil posisi di atas. Berikut adalah posisi-posisi dan tip-tip untuk berasmara ketika anda hamil yang tak lapuk dek hujan.

1. Baring di sisi. Jika suami anda di atas, dia perlu lebih kreatif dalam gimnastik apabila perut anda semakin membesar. Tetapi berbaring di sisi membenarkan suami anda menjauhkan sebahagian besar beratnya dari uterus anda.

2. Gunakan katil sebagai alat membantu. Perut anda bukan penghalang jika anda berbaring menelentang di tepi atau di hujung kaki katil dengan membengkokkan lutut, dan punggung anda dan kaki terletak di tepi tilam. Suami anda boleh samada melutut atau berdiri di depan anda.
Baring sisi-ke-sisi dalam posisi sudu, yang hanya membolehkan penetrasi yang tidak dalam. Penetrasi yang dalam boleh jadi tidak selesa apabila kehamilan meningkat.

3. Naik atas suami anda. Dengan cara ini abdomen anda tidak tertekan dan membenarkan anda mengawal kedalaman penetrasi.

4. Masuk dari posisi duduk, yang juga tidak meletakkan berat ke atas uterus. Cuba duduk atas riba suami anda manakala dia duduk atas kerusi (yang kukuh).

Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Dengan sedikit eksperimen, anda dan suami anda sudah tentu akan berjumpa satu teknik yang sesuai bagi anda.

Zue Mat Amin

10 June 2014

PERSEDIAAN KETIKA INGIN BERKELAH BERSAMA ANAK-ANAK

Cuti sekolah memang saat yang dinanti-nantikan oleh anak-anak kita kan.. Macam-macam aktiviti dan perancangan kita bersama mereka. Bawa anak keluar bersiar-siar memang menyeronokkan. Ia juga satu cara memberi pendedahan kepada mereka mengenai dunia luar. Kanak-kanak belajar daripada persekitaran mereka.


Walaubagaimanapun untuk membawa anak keluar bersantai,kita perlulah membuat persediaan yang rapi agar keselamatan anak-anak terjamin. Beberapa panduan yang perlu diamalkan sebelum membawa anak bersantai adalah seperti berikut:

1. Jauhi Anak Kecil Daripada Sinaran Matahari

Pancaran matahari terutama di antara pukul 10 pagi hingga 3 petang kerana waktu ini sinarannya sangat tinggi. Selain itu, anda perlu elakkan membawa anak keluar apabila indeks UV tinggi di kawasan anda. Walaupun kelihatan mendung tetapi tidak bermakna anda dan anak selamat daripada pancaran UV.

2. Pakai Sunblock Jika Keluar

Kebanyakan sunblock sama ada dalam bentuk losen, krim, gel atau lilin berfungsi untuk memantulkan kembali sinaran matahari apabila disapu pada kulit. Dengan cara ini, peratusan pancaran UV yang sampai ke kulit akan berkurangan. Bayi berusia antara 6 hingga 24 bulan disarankan menggunakan sunblock yang mempunyai sekurang-kurangnya SPF 4 hingga 15. Pastikan sunblock tersebut selamat dipakai untuk kulit bayi dan kanak-kanak.

TIPS MEMILIH SUNBLOCK
  • Tip 1: Gunakan sunblock dengan SPF 30 atau lebih.SPF 30 memberi perlindungan kulit dari sinar matahari yang kurang sesuai untuk 300 minit. Jika masa Anda terkena sinar matahari secara langsung lebih dari 150 minit, jangan gunakan sunblock dengan SPF 15.

  • Tip 2: Pastikan memakai sunblock dengan spektrum yang cukup lebar.Sunblock jenis ini melindungi kulit dari sinar ultraviolet matahari jenis UVA dan UVB. UVA adalah sinar ultraviolet dari matahari yang tidak langsung jatuh di permukaan kulit, ini berpotensi menyebabkan kanser kulit. UVB terjadi ketika sinar matahari langsung kepermukaan kulit.
  • Tip 3: Pastikan untuk menggulang penggunakan sunblock selesai waktu effektifitasnya (SPF).Air boleh melunturkan sunblock di kulit kita. Oleh kerana itu pastikan sentiasa untuk mengulang pemakaiannya.
  • Tip 4: Pastikan menggunakan sunblock walaupun Anda terkena sinar matahari secara tidak secara langsung.Walaupun aktiviti kita tidak sering berada di luar, ada baiknya untuk tetap memakai sunblock .
  • Tip 5: Hindari penggunaan sunblock yang mengandung Oxybenzone.Oxybenzone adalah racun yang terkandung dalam penahan sinar matahari (sunscreen) yang menjadi faktor penyebab kanser kulit. Lebih baik gunakan sunscreen terdiri dari bahan Zinx Oxide atau Titanium oxide.
  • Tip 6: Belilah sunscreen yang baru tiap tahun. Hampir semua sunscreen akan mulai kehilangan daya pelindungnya setelah 12 bulan kerana kandungan zat mulai pudar.
  • Tip 7: Kurangkan beristirahat pada tengah hari kerana sinar matahari sangat kuat saat itu.Cuaca panas terik pada jam 12.00 tengah hari.
  • Tip # 8: Gunakan kacamata, topi dan baju yang cukup menutup kulit.Ini akan membantu mengurangkan sinar matahari terkena kepermukaan kulit secara langsung.
  • Tip 9: Pakai perawatan lebih khusus ketika pergi ke pantai.
  • Tip 10: Pastikan untuk minum air putih secukupnya.Air akan membantu menjaga kelembaban kulit dan membantu sunblock untuk memberi perlindungan kulit lebih baik terhadap sinar ultraviolet.

3. Pakai Topi

Bertopi selain sebahagian daripada aksesori pelengkap gaya, ia berfungsi melindungi anak daripada panas teriknya mentari. Topi yang elok ialah yang mempunyai sekurang-kurangnya tiga inci pada bahagian tepinya yang boleh menutup banyak bahagian yang biasa terdedah. Antara bahagian yang biasa terdedah ialah leher, telinga, mata dan kulit kepala. Pemakaian baseball cap ataupun visor hanya akan menutup serta melindungi sebahagian sahaja kepala anak.
4. Pakaian Sesuai
 
Semasa membawa bayi keluar, pakaikanlah mereka pakaian yang nipis, longgar, baju T berlengan panjang dan seluar ataupun skirt panjang. Seeloknya pakaikan anak dengan pakaian yang mampu menutup banyak bahagian tubuh mereka. Ini untuk mengelakkan tubuh badan terdeah kepada cahaya matahari yang boleh merosakkan kulit.
5. Berhati-hati Dengan Permukaan Persekitaran
 
Ketahuilah pasir, simen dan permukaan yang dicat dengan warna putih akan memberikan refleksi terhadap pancaran cahaya matahari. Manakala di dalam air pula, sinaran UV boleh sampai sehingga tiga kaki dalam. Sebolehnya beradalah di kawasan yang minimum pancaran matahari bagi mengelakkan kerosakan kulit anda dan keluarga.

SELAMAT BERCUTI SEKOLAH.. :)

Zue Mat Amin


09 June 2014

KETAHUI LOKASI DAN PUNCA JERAWAT DI WAJAH

Assalamualaikum wbt dan selamapt pagi semua..
 
Kenali lokasi dan pinca jerawat di wajah kita dan apakah langkah-langkah yang patut kita ambil dan elak.. Semoga Bermanfaat..
 
 
Lokasi jerawat di wajah anda mungkin disebabkan oleh faktor-faktor berikut:

1&2: Sistem pencernaan - Kurangkan makanan segera, lemak & tingkatkan pengambilan air suam.

3: Hati - Kurangkan makanan berminyak dan bahan tenusu. ...

4,5&7: Kurang minum air - Tingkatkan pengambilan air suam

6: Jantung – Jaga tekanan darah. Kurangkan makan pedas dan daging. Tingkatkan pemakanan kaya Omega-3

8: Buah pinggang - Anda mungkin kurang minum air. Lebihkan minum air masak dan kurangkan garam dan kafein.

9&10: Pernafasan – Elakkan badan dari menjadi terlalu panas, kurangkan gula dan banyak bersenam.

11&12: Hormon – Stres dan hormone punca utama. Pastikan tidur yang cukup, lebih minum air & tingkatkan sayuran.

13: Usus – Lebihkan makanan berserat, banyakkan minum teh herba.

14: Penyakit – Badan anda mungkin sedang melawan bakteria untuk elakkan dari sakit. Banyakkan berehat dan berfikir positif.
Jom cuba SET JERAWAT ini atau SET PENCUCI MUKA ENFUSELLE ini.. Semoga ia dapat mengembalikan wajah asal selain berusaha mengikuti peraturan pemakanan dan minum air dengan betul.
 
SET KECANTIKAN
 
SET PENCUCI MUKA ENFUSELLE
 
*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. 

Zue Mat Amin
    

04 June 2014

TINGKATKAN KEINTIMAN DENGAN VITAMIN SHAKLEE

Tahukah kawan-kawan semua Shaklee juga mempunyai suplemen yang dapat membantu meningkatkan keintiman antara suami isteri. Ia juga lebih dikenali sebagai 'Vitamin Cinta'. Selain bagus untuk kesihatan anda, ia dapat juga merapatkan hubungan anda suami isteri.
 
Betul punya ni.. tak tipu.. hehe.. Vitamin keintiman atau pun dikenali sebagai Vitamin Cinta ini mengandungi 2 jenis suplemen iaitu Vitamin E Complex dan Alfalfa Complex. Sebelum tu apakata kita baca dulu tentang punca atau penyebab kurangnya rasa keintiman suami isteri tu..
 
KENALI PUNCA KURANGNYA PERASAAN KEINTIMAN ANTARA SUAMI ISTERI :

1. Kurang Lubrikasi - Keadaan ini terjadi selalunya disebabkan kurang aktiviti “foreplay”, tetapi ia lebih dikaitkan dengan oleh kekurangan hormon selepas menopos, selepas pantang atau semasa menyusu badan. Sebab kurang lubrikasi yang lebih jarang ialah kesan sampingan dari pemakanan ubat seperti antimurung, pil darah tinggi, ubat selsema, sedatif dan sesetengah pil perancang.

2. Jangkitan kuman - Jangkitan bakteria pada pundi kencing dan faraj boleh menyebabkan kesakitan semasa hubungan seks.

3. Alahan pada alat pencegah kehamilan dan krim seperti condom, jeli pelincir, krim haruman faraj dan sebagainya boleh menyebabkan inflamasi disekitar faraj dan rasa sakit setiap kali menggunakannya.

4.Vaginismus - Iaitu kekejangan otot keliling faraj yang berlaku dibawah sedar juga boleh menyukarkan penetrasi dan seterusnya kesakitan semasa seks.

5. Masalah sakit puan - Termasuk endometriosis, radang pelvis, uterine prolapse, rahim jatuh, fibroid dan ovarian cyst.

6. Masalah kecacatan konjenital pada sistem peranakan - Sesetengah wanita diahirkan dengan selaput dara tebal, faraj yang sempit ( vaginal stenosis) dan sebagainya yang boleh menjdi punca kesakitan yang teruk semasa seks,

7. Radang dan iritasi selepas pembedahan - Radang dan iritasi selepas pembedahan dan jahitan pada bahagian genital boleh menjurus kepada rasa sakit dan sengal semasa seks.

8. Parut pembedahan - Parut dari pembedahan histerektomi dan kesan kemoterapi boleh menyebabkan sakit semasa seks.

9. Faktor emosi - Emosi kerap memainkan peranan dan boleh menjurus kepada sakit semasa seks.

10. Rasa cemas, murung dan rendah diri terhadap keadaan fizikal tubuh badan boleh menyebabkan kurang rasa erotik dan seterusnya sakit semasa seks. Tekanan perasaan menyebabkan otot faraj tegang dan seterusnya penetrasi sukar terjadi.


 Jom atasinya dengan Alfalfa Complex dan Vitamin E Complex. Tingkatkan keintiman dengan Vitamin Shaklee ini. Segalanya mudah.. Ikuti caranya, berdisiplin dan nah... jawapan yang tidak mengecewakan.. Apakah khasiat setiap satunya?
 
ALFALFA COMPLEX
 
Alfalfa merupakan pusat pengumpulan segala nutrien. Akar tunjangnya yang mengunjur sedalam enam meter ke bawah mampu menyerap pelbagai zat dan mineral daripada mendapan di dalam tanah, sementara daunnya mengumpul klorofil yang banyak melalui proses fotosintesis semulajadi. Alfalfa mengandungi vitamin A, C dan E serta kalsium, potasium, fosforus dan zat besi. 
 
Khasiat Alfalfa Complex bagi hubungan keintiman suami isteri :
  • Mengandungi phytoestrogens yang menyebabkan ia mempunyai khasiat seperti kacip fatimah untuk merapatkan bahagian intim wanita.
  • Membantu meningkatkan libido.
  • Meningkatkan keinginan untuk bersama.
  • Membantu mengurangkan masalah keputihan.
  • Merawat masalah kekeringan vagina
  • Membantu mengatasi masalah pelincir atau bahagian sulit kering ketika bersama suami.
  • Membantu mengatasi masalah keputihan.
  • Membantu untuk detoks dan mengatasi sembelit (kepada yang berkenaan).
 
VITAMIN E COMPLEX
 
Fungsi Vitamin E kepada suami :
  • Memberikan lebih tenaga untuk tempoh yang lebih panjang.
  • Tahap ereksi yang lebih lama.
  • Suami akan lebih cepat untuk teransang.
  • Proses orgasme lebih kerap dan suami lebih puas.
Fungsi Vitamin E kepada isteri:
  • Memberikan lebih tenaga untuk tempoh yang lebih panjang.
  • Merapatkan dan mengetatkan kembali bahagian sulit.
  • Tahap ereksi isteri juga lebih lama.
  • Isteri juga lebih mudah untuk teransang.
  • Memberikan kestabilan kepada hubungan suami dan isteri memandangkan ibu yang menyusu mempunyai hormon menyusu yang tinggia (kandungan prolaktin).
Kebahagiaan rumah tangga amat bergantung bagaimana pasangan suami isteri mengemudi bahtera rumahtangga mereka. Jika hubungan keintiman semakin hambar, silalah lakukan sesuatu untuk menghangatkan kembali cinta anda. Perkahwinan bukan untuk sehari dua tetapi untuk sepanjang hayat. Pelaburan yang bijak seperti membeli vitamin cinta Shaklee mampu menyemarakkan cinta suami isteri.
 
SEDIKIT TIPS BERGUNA BUAT SUAMI DAN ISTERI
 
Perkara yang perlu dielakkan ketika mengadakan hubungan ranjang suami isteri untuk mengelak daripada pasangan merasa hambar dan bosan.
 
1)    Segalanya cepat – Jangan bersikap asalkan ‘lepas’ maka itu sudah memadai. Perbanyakan aksi-aksi manja, pujukan, belaian dan rayuan.  Jangan main redah terus untuk segera sampai ke acara kemuncak.

2)    Gemar pendam perasaan – isteri kena terus terang dengan suami tentang bahagian mana yang mereka suka dibelai. Pegang tangan suami sekali gus membimbingnya untuk menjelajah ke daerah-daerah yang mampu membangkitkan ghairah anda.

3)    Tidak prihatin kebersihan – sebelum memulakan adegan, pastikan anda dalam keadaan selasa, bersih dan sihat. Elakkan sebarang bau yang menyakitkan hidung

4)    Mudah menyerah sebelum kalah – adegan seks suami isteri yang nikmat perlu kerjasama kedua-dua pihak. Tingkatkan nafsu pasangan sekiranya dia kelihatan ingin kecundang dengan gaya dan kata-kata yang membangkitkan “nafsunya” semula.

5)    Menipu untuk menjaga hati – perempuan sukar untuk mencapai klimaks dan demi menjaga hati suami, mereka berpura-pura di hadapan pasangan.  Langkah penyelesaiannya mudah aje, iaitu berterus-terang sahaja tentang apa yang anda rasa dan beri cadangan.  Mungkin anda boleh cadangkan mengenai aksi atau posisi dan masa yang anda gemari kepada pasangan anda.

Ingatlah bahawa seks suami isteri adalah sesuatu yang menyeronokkan bukan menyeksakan.  Perkara ini jika dibiarkan berlarutan pasti mengundang musibah buruk dalam sesebuah hubungan suami isteri.
TESTIMONI
 
 
Jangan segan silu untuk mencuba ye.. kawan-kawan pasti takkan kecewa dengannya.. Jom tingkatkan keintiman dengan Vitamin Shaklee.. :)
 
https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=1ae6ef6d58b4b5c4120321a9786c100d
 
*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. 

Zue Mat Amin
  
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2012 Reserved to superbvitaminme
Design by Ccicute Design