02 June 2014

PERKEMBANGAN JANIN 1-9 BULAN

Bestnya bila dapat tahu yang kita sedang hamil kan? Memang seronok dan terlampau excited jadinya sampaikan seluruh keluarga, sahabat handai dan jiran tetangga nak kita bagitau.. kalau kat media social tu jangan cakaplah.. dari FB, Twitter, Instagram, Wechat grup, Wassap grup, Telegram semua nak cerita.. Tahukah kawan-kawan semua bagaimana perkembangan fetus@janin semasa dalam kandungan? Jom Zue sharekan di sini.. Bertambah excited jadinya bila tahu perkembangan anak kita kan? hehe.. macam nak peknen sorang lagi la pulak... :)
 
 Kredit : Babycenter.com
 
 
Pakar perubatan sering menggunakan tarikh haid terakhir sebagai titik permulaan bagi sembilan bulan berikutannya. Ini bermakna secara 'rasmi' minggu pertama kehamilan anda ialah minggu haid terakhir anda bermula. Sebab itu, umur sebenar bayi ialah dua minggu terawal dari umur gestasinya.

Semasa minggu kedua - dan setiap bulan sepanjang tempoh penantian ketibaan nyawa baru - hormon estrogen merangsang uterus anda untuk menyediakan lapisan tisu yang subur dan sarat darah. Peningkatan tahap hormon progesteron menyediakan uterus untuk menyara telur yang disenyawakan. Pada masa yang sama, ovari mematangkan telur-telur dalam sak-sak penuh cecair yang bergelar folikel. Dalam tempoh masa singkat badan anda membuat persediaan ini, konsepsi boleh berlaku, asalkan sperma berjaya bertemu telur.

Menjelang minggu ketiga, beberapa perkara akan berlaku. Di pertengahan kitaran (hari ke-14 dalam kitaran biasa 28 hari), anda akan mengovum - satu daripada telur anda ditarik dan dimasukkan ke dalam tiub falopio. Dalam 12 hingga 24 jam berikutan, telur ini akan disenyawakan jika satu daripada 350 juta sperma (jumlah dalam pancutan mani biasa) berjaya berenang dari vagina, melintasi uterus, terus menuju ke tiub falopio, lalu menembusi telur.

Setelah disenyawakan, telur itu, sekarang bergelar zigot, dengan serta-merta menutup membran luarnya untuk menyekat 250 sperma lagi yang juga berjaya membuat perjalanan itu. Kemudian ia mula membahagi kepada sel-sel yang serupa sambil membuat perjalanan turun dari tiub falopio ke uterus, di mana ia akan terus berkembang. Anda mungkin tidak sedar yang anda hamil untuk beberapa minggu lagi, walaupun setengah wanita percaya yang mereka tahu saat-saatnya konsepsi berlaku.

 
Gumpalan sel yang kini bergelar embrio sedang membesar dalam uterus anda dan ia telah mencapai saiz sebesar biji popi. Ia dibahagikan kepada tiga lapisan yang kemudiannya akan membentuk organ-organ dan tisu-tisu. Di bahagian bawah sisi kepalanya terdapat dua lipatan tisu yang akan menjadi telinga bayi.
 
Tahniah - embrio anda sekarang bergelar fetus, yang bermakna 'zuriat'. Uterus anda meregang untuk memuatkan penghuni baru ini, yang sekarang berukuran sekitar 1.6sm. Banyak perubahan berlaku pada minggu ini - ekor embrio telah hilang, dan semua organ, otot dan saraf mula berfungsi. Sekarang tangan boleh dibengkokkan di pergelangannya, dan jari kaki yang berselaput dahulu beransur hilang. Kelopak mata mula menutupkan mata.
 
 
Sekarang panjang fetus hampir 7sm hingga 8sm dari mercu kepala ke punggung dan beratnya hampir 23g - kira-kira sebesar kelongsong kacang pis. Sidik (garis-garis) jarinya yang unik telah terbentuk. Dan jika anda mencucuk perut anda dengan perlahan dan dia merasakannya, bayi anda akan menunjukkan refleks mengakar - iaitu bertindak seperti mencari-cari puting.
 
Panjang bayi anda sekarang 13cm dari mercu kepala ke punggung dan berat sekitar 140g. Hampir semua rangka tulangnya berunsurkan rawan liat, yang akan mengeras kemudian. Satu bahan pelindung yang dipanggil myelin mula membalut saraf tunjang dengan perlahan-lahan.


Berat bayi sekarang sekitar 360g. Selama ini dia diukur dari mercu kepala hingga ke punggung tetapi mulai minggu ini dia akan diukur dari mercu kepala ke tumit. Dan dari mercu kepala ke tumit panjangnya ialah 27sm. Bulu kening dan kelopak mata telah tumbuh sepenuhnya dan kuku jari tangan sudah menutupi hujung jari.

 
Berat bayi sekarang 660g dan panjangnya dari mercu kepala ke tumit lebih kurang 35sm. Dia membuat pergerakan bernafas tetapi tidak terdapat udara dalam paru-parunya setakat ini. Pada minggu ke-26, imbasan otak fetus menunjukkan bayi memberi respon terhadap sentuhan. Jika anda menyuluh lampu ke arah abdomen anda, bayi anda akan memalingkan kepalanya, dan menurut pakar penyelidik, ini bermakna saraf optiknya sudah berfungsi.

 
Kini bayi anda dah 7 bulan atau 21 minggu. Paru-paru bayi anda dan salur penghadamannya hampir matang sepenuhnya. Walaupun pertambahan ukuran panjang bayi anda menjadi lebih perlahan mulai sekarang (dia berukuran 40sm dari mercu kepala ke jari kaki), beratnya akan terus bertambah hinggalah sampai masa dia dilahirkan.

Pada minggu ini, bayi anda terus membuka dan menutup matanya. Dia sudah boleh melihat apa yang sedang berlaku dalam rahim, membezakan cerah daripada gelap dan boleh juga mencari punca cahaya.

 
 Berat bayi anda sekarang 2.2kg dan panjangnya ialah lebih kurang 45sm dari kepala ke jari kaki. Dia semakin gempal dan bulat - dia akan memerlukan lapisan-lapisan lemaknya untuk mengaturtepatkan suhu badannya.

 
Panjang bayi ketika ini adalah lebih kurang 51sm dari kepala ke jari kaki, dan beratnya lebih kurang 3.4kg semasa lahir. Namun begitu berat 2.5kg hingga 3.8kg adalah lingkungan yang sihat bagi bayi baru lahir.

Cecair amnion anda, dahulunya jernih, sekarang berwarna pucat seakan susu akibat penanggalan verniks kaseosa bayi anda. Lapisan atas kulit juga menanggal apabila kulit baru timbul.
 
Lazimnya, dalam program TV, sakit bersalin dan melahirkan selalunya bermula dengan pemecahan ketuban air – lazimnya berlaku di tengah bilik yang penuh dengan orang, dan kontraksi akan terus bermula. Jika anda bimbang yang senario ini akan berlaku kepada anda, hentikan sajalah. Ruptur membran berlaku bagi kurang dari 15 peratus kehamilan dan bila ia berlaku, kepala bayi bertindak sebagai penyumbat di pembukaan uterus. (Tetapi, jika anda berbaring, anda akan sedar ada cecair yang meleleh.)

Anda seharusnya bertenang - kontraksi pertama hanya akan berlaku dalam beberapa jam lagi - dan hubungilah doktor anda dengan serta merta. Badan anda akan mengeluarkan lebih banyak lagi cecair amnion sehingga bayi dilahirkan, jadi penjaga-penjaga anda mungkin mencadangkan supaya anda duduk di rumah sehingga kontraksi bermula secara mantap atau mungkin mencadangkan pencetusan.

Apa pula halnya jika minggu ini berlalu dan bayi masih belum muncul? Jangan panik - hanya 5 peratus bayi dilahirkan pada tarikh yang dijangkakan. Kebanyakan doktor akan menunggu dua minggu lagi sebelum memperakui yang kehamilan itu sudah terlewat.

Semoga semuanya selamat ye kawan-kawan.. Rajin-rajin berdoa agar dikurniakan anak yang comel, bijak dan soleh!!

Zue Mat Amin

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2012 Reserved to superbvitaminme
Design by Ccicute Design