Berpuasa juga sebenarnya dapat meningkatkan kesihatan mulut kerana apabila berpuasa, gigi akan terlindung selama hamper 14 jam daripada kesan makanan untama yang berbentuk manisan.
Walaupun begitu, ketika berpuasa atau sedang berlapar, badan akan membakar lemak untuk menghasilkan tenaga dan ini akan mengakibatkan pembebasan aseton melalui nafas yang akan mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan.
Selain daripada itu, kurang pergerakan mekanis mulut juga menyebabkan aliran saliva berkurangan daripada biasa. Saliva atau air liur adalah penting untuk membersihkan mulut secara semula jadi.
Masalah ini akan dialama oleh hamper semua orang yang berpuasa yang akhirnya menyebabkan nafas berbaus. Keadaan ini juga dikenali sebagai halitos iaitu bau mulut. Justeru, penjagaan mulut ketika berpuasa adalah penting seperti penjagaan hari-hari biasa. Untuk nafas yang menyenangkan di samping menjaga kesihatan gigi dan mulut, amalkan tip seperti berikut:
1) Berus gigi secara menyeluruh sebelum tidur dan selepas bersahur
2) Flos gigi dan kumur dengan ubat kumur anti bakteria
3) Banyakkan minum air kosong sewaktu berbuka dan bersahur
4) Melakukan rawatan gigi serta menampal gigi berlubang
5) Mengawal pengambilan makanan yang menyebabkan bau seperti rempah ratus, bawang putih dan sebagainya..
Puasa bukan alasan untuk mengabaikan kebersihan dan kesihatan mulut.. :)
Zue Mat Amin
- Sms/whatsapp : 017-5915820
- Emel : superbvitaminme@gmail.com
0 comments:
Post a Comment