29 June 2014

DIET YANG SIHAT HARUS KURANGKAN GULA

Gula sangat merbahaya kepada kesihatan. Gula juga membawa 1001 penyakit dan ia juga boleh membawa maut. Salah satu penyakit yang sangat ditakuti rakyat Malaysia adalah DIABETES. Diabetes merupakan penyakit No. 1 di Negara kita yang boleh membawa maut.. Jom kita baca fakta dan info berguna tentang gula. Gula penyebab penyakit diabetes.
 

APA ITU GULA?

Gula adalah sejenis bahan yang memberi rasa manis pada makanan. Ia wujud secara semula jadi dalam makanan atau sebagai bahan yang ditambah semasa penyediaan makanan dan minuman.

Gula yang paling biasa ialah gula pasir atau yang dihasilkan daripada pemprosesan tebu. Gula ini seringkali digunakan untuk memaniskan pelbagai minuman ringan seperti kodial, sirap, minuman bergas dan jus buah-buahan. Gula juga ditambah sebagai pemanis ke dalam biskut, jem, coklat, aiskrim dan beberapa bijirin sarapan.

Pengambilan makanan atau minuman yang mengandungi gula tambahan secara berlebihan boleh menyebabkan masalah kesihatan.

JENIS-JENIS GULA
Gula Semulajadi
Gula yang terdapat secara semula jadi di dalam makanan seperti buah-buahan, sayur-sayuran berkanji, susu dan hasil tenusu.

Gula Tersembunyi
Gula yang ditambah pada makanan semasa pemprosesan dan penyediaan makanan seperti dalam masakan, minuman, kuih-muih dan sebagainya.


KESAN GULA TERHADAP KESIHATAN

1. Meningkatkan risiko berlebihan berat badan dan obesity seterusnya mendorong kepada masalah diabetes dan penyakit jantung.

2. Mengakibatkan gangguan gastrousus.

3. Menggalakkan pembentukan karies gigi.

4. Mengakibatkan kekurangan nutrient disebabkan kecenderungan individu yang yang mengambil gula secara berlebihan.


7 LANGKAH BIJAK MENGURANGKAN GULA

1. Minumlah air kosong berbanding minuman manis seperti air berkarbonat, air sirap dan cordial.

2. Hadkan penggunaan gula, susu pekat manis, susu isian pekat manis dan krimer manis kepada 1 sudu teh sahaja untuk setiap cawan minuman.

3. Elak atau hadkan penggunaan gula dalam masakan. Sediakan kuih dan kek yang rendah kandungan gula.

4. Elakkan mengambil snek dan minuman yang bergula di antara hidangan utama dan sebelum waktu tidur.

5. Gantikan pencuci mulut seperti kuih, kek dan bubur dengan pilihan yang lebih sihat seperti buah-buahan.

6. Baca label dan elakkan produk makanan dan minuman di mana gula tersenarai di bahagian awal senarai ramuan.

7. Pilih produk makanan dan minuman yang label "rendah gula"dan "bebas gula".

 
HADKAN PENGAMBILAN GULA KEPADA 10 SUDU TEH SEHARI
WASPADA DENGAN GULA YANG TERSEMBUNYI DALAM MAKANAN DAN MINUMAN
 
Jika kita ingin ber diet, amalkanlah pemakanan seimbang dan jauhilah gula.. Anda juga boleh mencuba SET KURUS SHAKLEE sebagai alternatif dalam permasalahan ini.
 
https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=38838371c3a50f059b8c4894a59c745d
 
*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. 

Zue Mat Amin

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2012 Reserved to superbvitaminme
Design by Ccicute Design