15 March 2014

NUTRIFERON DAN PERFORMANCE DRINK ATASI HABA DALAM BADAN


Cuaca panas tidak menentu kebelakangan ini mengundang pelbagai masalah pada tubuh kita. Kekurangan air dalam badan juga mengundang kepada pelbagai penyakit termasuklah STROK HABA. Jangan dipandang remeh permasalahan ini kerana Strok Haba ini boleh mengundang maut.

Jom kita kenal apa yang di katakan STROK HABA ini.

KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia diminta berwaspada terhadap tanda-tanda awal 'heat stroke' atau 'strok haba' berikutan cuaca panas dan kering ketika ini.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah memberitahu Bernama, definisi strok haba adalah paras suhu badan meningkat melebihi 40.5 darjah celcius. Suhu normal badan manusia kira-kira 37.0 darjah celsius.

"Antara tanda awal terkena strok haba ialah sakit kepala berdenyut, mual, kurang berpeluh walaupun dalam suhu panas dan denyutan nadi yang pantas. "Tanda-tanda lain ialah otot lemah dan kejang, muntah, kulit kering dan kemerahan, sawan serta pitam," katanya.

Dr Noor Hisham berkata suhu tinggi juga mengundang komplikasi kepada sistem saraf otak yang boleh menyebabkan seseorang itu koma dan boleh membawa kematian.

Jabatan Meteorologi Malaysia sebelum ini menyatakan keadaan cuaca panas dan kering melanda negara ketika ini agak tinggi berbanding tempoh sama tahun lepas dan dijangka berterusan sehingga pertengahan Mac ini.

Dr Noor Hisham berkata pendedahan berpanjangan kepada cuaca dan suhu panas disamping kurang minum air dan dehidrasi badan antara punca boleh menyebabkan strok haba.

Oleh itu beliau menyarankan beberapa langkah segera untuk diambil sekiranya ada individu terkena strok haba iaitu menempatkan pesakit di tempat teduh dan berhawa dingin.

"Haba tinggi boleh dikurangkan jika individu itu ditempatkan di bawah kipas dan mengelap anggota badan menggunakan tuala basah.

"Pesakit juga mungkin boleh berendam di dalam kolam air untuk menurunkan tekanan haba dan menyejukkan badan," katanya.

Dr Noor Hisham turut meminta orang ramai mengelakkan aktiviti riadah yang terdedah kepada cuaca panas serta minum air dalam kuantiti banyak atau sekurang-kurangnya 2.5 liter sehari. 


APA ITU STROK HABA?

Strok haba merupakan beberapa penyakit yang berkaitan dengan haba. Strok haba berkaiatan dengan ketinggian melampau suhu badan (hyperthermia). Biasanya, proses berpeluh dan penyejatan peluh memudahkan penyejukan badan. Dalam suhu ekstrem yang melebihi 90 ° F (32.2 ° C), jumlah haba yang dihasilkan melebihi kesan penyejukan penyejatan peluh. Begitu juga, jika kelembapan mencapai 100%, penyejatan peluh tidak lagi mungkin, dan badan kehilangan keupayaan untuk menghilangkan haba.

PUNCA:
  • Pendedahan berpanjangan kepada cuaca dan suhu panas
  • Kurang minum air dan dehidrasi badan
TANDA-TANDA STROK HABA:
  • Sakit kepala berdenyut
  • Mual dan muntah
  • Kurang berpeluh walaupun dalam suhu panas
  • Otot lemah dan kejang
  • Kulit kering dan kemerahan
  • Sawan
  • Pitam
KESAN-KESANNYA:
  • Penyahhidratan yang teruk
  • Bengkak tisu otak
  • Tekanan darah rendah
  • Kerosakan organ
  • Kematian.
LANGKAH-LANGKAH YANG HARUS DIAMBIL SEKIRANYA ANDA MENGALAMI STROK HABA IALAH:
  • Menempatkan pesakit dibawah tempat sejuk dan berhawa dingin
  • Mengelap anggota badan menggunakan tuala basah
  • Berendam di kolam
  • Elakkan aktiviti riadah yang terdedah dibawah cuaca panas
  • Minum air sekurang-kurangnya 3 liter sehari
Tahukah anda NUTRIFERON dan PERFORMANCE DRINK dapat mengatasi masalah ini..


Nutriferon bertindak meningkatkan sistem imunisasi tubuh badan kita daripada jangkitan penyakit berjangkit. Ia terbukti secara klinikal di mana ia terdiri daripada gabungan ekstrak tumbuhan yang mengukuhkan sistem imun. Nutriferon menstimulasikan setiap sel di dalam badan kita untuk menghasilkan interferon aslinya sendiri. Nutriferon sangat terkenal sebagai imune booster semulajadi.

Dalam Nutriferon, ada sumber semulajadi interferons seperti biji labu, biji plantago, bunga Japanese Honeysuckle dan bunga Safflower. Nak makan apa pun kena ada sukatan yg betul, mana nak cari semua ni, susah kan? Dapatkanlah nutriferon dan jadikan ia vitamin wajib ada di rumah kita. 

Bagaimana pula dengan PERFORMANCE DRINK?

Performance Drink dengan perasa oren ini mampu memberikan kecergasan dan sesuai untuk seisi keluarga. Amat disyorkan ketika cuaca panas sekarang ini untuk mengekalkan kadar bendalir dalam tubuh.

Performance Drink juga membekalkan 3 jenis karbohidrat bagi tenaga dan stamina di samping menjaga kestabilan bendalir agar tidak kekeringan. Ia mengandungi formula karbohidrat unik Shaklee iaitu opticarb yang membekalkan tenaga serta merta. Opticarb ialah rangkaian karbohidrat yang memberikan kita tenaga berterusan tanpa menganggu kestabilan gula dalam darah.

Membantu mencegah rasa dehidrasi akibat kurang minum di waktu cuaca panas terik dan turut menjaga sistem imun tubuh badan kita.

Jom kita dapat Nutriferon dan Performance Drink bagi mengatasi masalah haba dalam badan. Cegahlah sebelum terlambat.

Zue Mat Amin
Sms/whatsapp : 017-5915820
Emel : superbvitaminme@gmail.com
Fb : www.facebook.com/supervitaminme


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2012 Reserved to superbvitaminme
Design by Ccicute Design