15 March 2014

PEDIH ULU HATI KETIKA MENGANDUNG


Assalamualaikum wbt..

Hari ni Zue nak berkongsi info dan tips tentang mengapa terjadinya pedih hulu hati ketika mengandung dan cara mengatasinya.. Zue pun penah kena macam ni.. cukup-cukup rasa tak selesa..huhu

Ada wanita hamil yang mengalami pedih hulu hati semasa mengandung. Pedih hulu hati lazimnya menyebabkan ibu hamil merasa tidak selesa. mencucuk-cucuk di bahagian ulu hati. Adakalanya kerongkong juga terasa panas seakan terbakar.

Walaupun kepedihan ulu hati memberikan perasaan tidak selesa dan menyakitkan buat si ibu namun ia tidak mencederakan bayi dalam kandungan. Perubahan hormon semasa mengandung menyebabkan organ pencernaan makanan bekerja lebih lambat yang menjadi punca ramai ibu sering menghadapi masalah kembung perut dan menyumbang kepada terjadinya pedih hulu hati.

Pedih hulu hati berlaku apabila makanan dalam perut kembali ke kerongkong.Asid perut turun naik yang menyebabkan kerongkong berasa seperti terbakar. Asid ini menjejaskan selaput lendir perut.

Gejala pedih hulu hati dikatakan menjadi lebih teruk apabila tempoh kehamilan bertambah. Antaranya termasuklah perut berasa sebu, kembung dan rasa seperti ingin muntah.

Sebagai panduan, berikut dikongsikan beberapa cara untuk mengatasi atau mengurangkan masalah pedih hulu hati :

  • amalkan makan secara perlahan-lahan dan elakkan menguyah dan menelan makanan secara tergesa-gesa
  • seboleh-bolehnya cuba elak makan sebelum tido
  • jauhkan atau elak daripada kesukaan mengambil makanan berkarbonat (air bergas)
  • elak memakai pakaian ketat, khususnya pada bahagian perut dan pinggang
  • elak makanan pedas, bergoreng dan berlemak
  • pastikan bahagian kepala dan bahagian atas tubuh dalam posisi sedikit lebih tinggi ketika berbaring atau tidur
  • jangan sesekali makan sambil berbaring
  • awasi berat badan, tubuh yang obes lebih tinggi kebarangkalian untuk kerap diserang pedih hulu hati
  • kurangkan makan coklat atau makanan yang banyak kandungan coklat 

SELAMAT MENCUBA DAN PASTIKAN YANG TERBAIK BUAT IBU DAN BAYI

Zue Mat Amin
Sms/whatsapp : 017-5915820
Emel : superbvitaminme@gmail.com
Fb : www.facebook.com/supervitaminme



0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2012 Reserved to superbvitaminme
Design by Ccicute Design