Kredit : Majalah PAMA
Yuk baca tentang apakah makanan yang menjadi faktor kepada penurunan ghairah melakukan hubungan kelamin.. hehe.. mesti ni faveret topik kan.. tak salah saya sharekan di sini.. untuk kebaikan bersama..
Kita mungkin mempunyai info atau petua tentang jenis-jenis makanan yang perlu diamalkan oleh pasangan suami isteri untuk meningkatkan keinginan melakukan hubungan intim. Dikatakan ada beberapa jenis makanan boleh meningkatkan libido suami isteri.
Tetapi anda juga perlu tahu ada beberapa jenis makanan yang patut dielakkan ketika merancang untuk melakukan hubungan seksual dengan suami/isteri. Ini kerana kemungkinan makanan tersebut boleh menurunkan keinginan anda.
Maka sebaiknya elakkan daripada menjamah makanan tersebut jika anda merancang untuk bersama suami/isteri pada malam itu. Berikut adalah beberapa jenis makanan yang patut dielakkan:
Kacang
Kacang adalah sumber serat dan protein untuk badan. Namun, kacang juga mengandungi sejenis gula yang sukar dihadam dan mudah menyebabkan kembung serta gas. Kembung perut tentu sahaja mengganggu kelancaran hubungan intim yang sedang dilakukan.
Bawang putih
Masakan yang menggunakan bawang putih memang melazatkan, tetapi baunya yang kuat dan jika diambil dalam kuantiti yang banyak boleh membuatkan nafas berbau dalam masa yang panjang. Aroma kurang sedap ini pasti sahaja tidak menyelesakan anda dan pasangan.
Keju
Bau mulut anda juga boleh terganggu sekiranya anda makan keju sebelum bersama suami/isteri. Jadi tangguhkan dulu keinginan untuk menjamah keju sebelum itu.
Daging merah
Menikmati makan malam dengan stik daging memang menyelerakan. Namun, tahukah anda masakan berasaskan daging merah adalah makanan yang berat dan sukar dihadam. Selepas memakannya, tubuh mudah menjadi lesu dan cepat mengantuk. Pasti sahaja aksi anda di tempat tidur turut terganggu.
Kentang goreng
Kentang goreng memang enak dikunyah ketika masih panas. Oleh kerana memasaknya menggunakan minyak yang banyak, maka tentu sahaja lemak tepu yang terkandung di dalamnya sangat banyak. Selain dari itu kentang goreng juga mengandungi banyak garam serta lemak yang akan menurunkan kadar kolesterol si pemakan.
Gula getah
Kononnya dengan mengunyah gula getah dapat menyegarkan nafas yang berbau tetapi tanpa disedari gula getah dapat menurunkan kadar testosterone suami. Maka jika mengunyahnya sebelum berasmara, suami akan cepat mengah dan kepenatan.
Zue Mat Amin
- Sms/whatsapp : 017-5915820
- Emel : superbvitaminme@gmail.com
- Fb : www.facebook.com/supervitaminme
0 comments:
Post a Comment