Batuk semasa hamil memang terasa amat kurang selesa. Kadang-kadang menyebabkan tidur dan aktiviti harian terganggu.
Kena banyak bersabar dan usaha agar batuk berkurangan. Masa batuk ni apa yang saya lakukan ialah makan makanan yang tidak akan menyebabkan batuk. Makanan seperti ikan bakar, hati bakar, sayur rebus, nasi ketika masih panas, minum air suam, minum madu. Bila kita amalkan cara pemakanan seperti ini, batuk semakin berkurangan. Lain orang lain caranya, jom kita tengok cara-cara untuk mengurangkan batuk.
1. Minum 1 sudu madu yang ditambah dgn asam limau nipis pagi dan petang.
2. Minum segelas air oren (yang diperah dari buah oren) sahaja atau dicampur dengan 2 sudu madu
3. Minum air jus epal campur madu.
4. Banyakkan minum air
5. Amalkan minum teh Limau
6. Berkumur dengan air garam - segelas air suam dan satu sudu makan garam dan kacau sehingga sebati. Gunakan air campuran garam tadi untuk berkumur dan lakukan sebelum tidur malam
7. Sapu minyak panas seperti vicks di bahagian dada.
8. Mandi air panas (suam-suam).
9. Pakai baju tebal dan selimut tebal semasa tidur.
10. Banyakkan rehat. Tidur awal dari masa biasa kerana semasa batuk tidur akan sering terganggu.
Zue Mat Amin
Sms/whatsapp : 017-5915820
Emel : superbvitaminme@gmail.com
Fb : www.facebook.com/supervitaminme
Sms/whatsapp : 017-5915820
Emel : superbvitaminme@gmail.com
Fb : www.facebook.com/supervitaminme
0 comments:
Post a Comment