30 March 2014

KENAPA BAYI MENANGIS TANPA HENTI?

sumber : Majalah Pa Ma

Selalunya keadaan bayi baru lahir menangis tanpa henti membuatkan ibu berasa panik. Tiada pengalaman menyebabkan ibu baru sering kali bingung. Berikut adalah ciri-ciri bayi baru lahir yang perlu diketahui. Pertimbangkan sama ada anda perlu membawa si kecil bertemu doktor atau sebaliknya.

1.     Najisnya hitam dan berbau – Lazimnya najis pertama bayi berwarna hitam kehijauan, melekat dan cenderung berbau seperti susu masam atau basi. Ia sangat penting sebagai penunjuk pencernaannya normal atau sebaliknya.
Anda harus panik apabila keadaan najisnya seperti itu berlangsung hingga 48 jam. Kemungkinan terdapat gangguan dalam pencernaannya atau kandungan zat besi yang terlalu tinggi.

2.     Berat badan terus menurun – Bayi dilahirkan dengan membawa ‘tabungan’ cairan dan lemak untuk membantu bayi menjalani masa peralihan kehidupan di luar rahim. Lama-kelamaan ia akan berkurang dan membuat berat badannya menjadi turun.Anda perlu berasa risau apabila dalam satu hingga dua minggu, berat badan bayi terus menurun meskipun sudah mendapat susu ibu yang mencukupi. Periksa juga jika najisnya kelihatan begitu cair.

3.     Muntah setelah menyusu – Semua bayi akan memuntahkan sedikit susu ibu setelah menyusu. Biasanya ia kerana belum sendawa. Agar bayi sendawa, dukung bayi dengan posisi menghadap ke tubuh anda dan biarkan kepalanya di bahu anda. Bantu dengan tepukan ringan di belakangnya.
Anda perlu bertemu doktor apabila bayi anda tetap muntah walaupun tidak menghabiskan susu, apatah lagi jika diikuti cirit-birit.

4.     Kerap bersin – Tidak selalunya bayi yang bersin merupakan petanda flu atau sakit. Bersin merupakan salah satu proses pematangan daripada sistem respirasi atau pernafasan bayi. Kebiasaan ini akan melegakan rongga hidung dan saluran pernafasan dari pelbagai partikel udara.
Anda boleh panik apabila bayi bersin diikuti dengan demam atau muncul kerana alergi pada sesuatu.

5.     Menangis tanpa henti – Menangis merupakan salah satu cara bayi berkomunikasi dengan anda. Bayi ingin memberitahu jika dia lapar, dahaga atau merasa tidak selesa.
Ibu harus panik apabila bayi menangis berterusan selama beberapa jam, terutama pada waktu petang. Kemungkinan bayi terkena kolik.

6.     Enggan menyusu – Bayi sedang belajar menyusu. Lambat lain, anda berdua akan menemukan kedudukan menyusu yang tepat dan selesa. Jika perlu, hubungi konsultan laktasi.
Panik apabila bayi tetap tidak mahu menyusu lebih dari tiga hari. Segera hubungi doktor.

SEMOGA BERMANFAAT

Zue Mat Amin
Sms/whatsapp : 017-5915820
Emel : superbvitaminme@gmail.com
Fb : www.facebook.com/supervitaminme

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2012 Reserved to superbvitaminme
Design by Ccicute Design