31 March 2014

PETUA RAWAT RESDUNG CARA TRADISIONAL


Meh saya kongsikan Petua Tradisional ni.. Harap sedikit sebanyak dapat membantu kita yang mengalami masalah resdung ni.. ATAU SET RESDUNG SHAKLEE JUGA DAPAT MEMBANTU..

Zue Mat Amin

APA YANG TERKANDUNG DI DALAM COQ HEALTH



CoQ10 merupakan nutrien semulajadi yang larut lemak dan terdapat di semua sel badan. CoQ10 merupakan sumber tenaga sel-sel badan. CoQ10 dihasilkan di mitokondria dan banyak ditemui di organ yang banyak menggunakn tenaga seperti jantung, hati, buah pinggang dan pancreas.

Apabila umur semakin meningkat, tahap CoQ10 dalam sel semakin berkurang. Selain itu terdapat faktor lain yang menyumbang kepada pengurangan Coq10. Pengambilan ubat seperti Statin yang digunakan untuk mengurangkan kolestrol boleh menurunkan paras CoQ10.

CoQ10 juga boleh didapati dalam makanan seharian kita seperti daging dan makanan laut. Ia juga boleh dihasilkan di makmal di mana Shaklee telah berjaya menghasilkan CoQ Health Plus Shaklee yang telah diuji selamat dan berkesan.

CoQ Health Plus Shaklee sangat baik untuk kesihatan jantung kerana jantung memerlukan banyak tenaga untuk berfungsi dengan baik. CoQ10 banyak ditemui di jantung. Jantung juga termasuk dalam sistem peredaran darah dimana CoQ10 membantu membaiki sistem peredaran.

Ekstrak teh hijau dapat mencegah darah beku seterusnya melancarkan peredaran darah. CoQ10 melindungi arteri terhadap pengoksidaan LDL (Kolestrol jahat), setrusnya dapat mengawal tahap kolestrol. Selain itu ia membantu menghilangkan sakit dada dan semput yang berkait dengan masalah jantung.

CoQ Health Plus juga dapat meningkatkan kesuburan. CoQ10 membantu memekatkan air mani dan Vitamin E yang terkandung dalam CoQ Health Plus dapat meningkatkan bilangan sperma. Keadaan ini membantu pasangangan yang mempunyai masalah kesuburan untuk memperolehi zuriat.

Vitamin E dapat meningkatkan kesuburan wanita dimana dapat menghalang keguguran. Dos pengambilan CoQ10 Health Plus perlu atau wajib betul dan tepat untuk mendapatkan keputusan yang menggembirakan.

Dapatkan dari kami, kerana telah ramai yang berjaya mengandung setelah mengambil Set Kesuburan Shaklee dari kami. Dengan bantuan cara makan yang betul dan dos supplemen yang tepat.

CoQ Health Plus Shaklee mendandungi ekstrak teh hijau yang memang terkenal sebagai agen antipenuaan. Seseorang yang bertenaga dan sihat akan kelihatan lebih muda dari usianya. CoQ Health Plus adalah pilihan yang tepat dan terbaik untuk anda lebih bertenga, lebih sihat, lebih muda dan lebih subur.

1 kapsul CoQ Health = 28 cawan brokoli.

SIAPA YANG SESUAI MENGAMBIL CoQHealth Plus?

Sesuai diamalkan oleh sesiapa sahaja yg ingin mengekalkan tahap kesihatan yang terbaik.Bagi mereka yg sudah mencapai 3 series, CoQHealth Plus adalah supplement wajib diamalkan kerana pada peringkat usia ini kandungan Co Enzim Q10 mula beransur-ansur berkurangan.Pelbagai jenis penyakit mula muncul semasa usia di 3 series jika kita tidak bijak menguruskan hal ehwal kesihatan kita.

CARA PENGAMBILAN

1 biji selepas makan terutama makanan yg mengandungi lemak dan minyak.

30 March 2014

KENAPA BAYI MENANGIS TANPA HENTI?

sumber : Majalah Pa Ma

Selalunya keadaan bayi baru lahir menangis tanpa henti membuatkan ibu berasa panik. Tiada pengalaman menyebabkan ibu baru sering kali bingung. Berikut adalah ciri-ciri bayi baru lahir yang perlu diketahui. Pertimbangkan sama ada anda perlu membawa si kecil bertemu doktor atau sebaliknya.

1.     Najisnya hitam dan berbau – Lazimnya najis pertama bayi berwarna hitam kehijauan, melekat dan cenderung berbau seperti susu masam atau basi. Ia sangat penting sebagai penunjuk pencernaannya normal atau sebaliknya.
Anda harus panik apabila keadaan najisnya seperti itu berlangsung hingga 48 jam. Kemungkinan terdapat gangguan dalam pencernaannya atau kandungan zat besi yang terlalu tinggi.

2.     Berat badan terus menurun – Bayi dilahirkan dengan membawa ‘tabungan’ cairan dan lemak untuk membantu bayi menjalani masa peralihan kehidupan di luar rahim. Lama-kelamaan ia akan berkurang dan membuat berat badannya menjadi turun.Anda perlu berasa risau apabila dalam satu hingga dua minggu, berat badan bayi terus menurun meskipun sudah mendapat susu ibu yang mencukupi. Periksa juga jika najisnya kelihatan begitu cair.

3.     Muntah setelah menyusu – Semua bayi akan memuntahkan sedikit susu ibu setelah menyusu. Biasanya ia kerana belum sendawa. Agar bayi sendawa, dukung bayi dengan posisi menghadap ke tubuh anda dan biarkan kepalanya di bahu anda. Bantu dengan tepukan ringan di belakangnya.
Anda perlu bertemu doktor apabila bayi anda tetap muntah walaupun tidak menghabiskan susu, apatah lagi jika diikuti cirit-birit.

4.     Kerap bersin – Tidak selalunya bayi yang bersin merupakan petanda flu atau sakit. Bersin merupakan salah satu proses pematangan daripada sistem respirasi atau pernafasan bayi. Kebiasaan ini akan melegakan rongga hidung dan saluran pernafasan dari pelbagai partikel udara.
Anda boleh panik apabila bayi bersin diikuti dengan demam atau muncul kerana alergi pada sesuatu.

5.     Menangis tanpa henti – Menangis merupakan salah satu cara bayi berkomunikasi dengan anda. Bayi ingin memberitahu jika dia lapar, dahaga atau merasa tidak selesa.
Ibu harus panik apabila bayi menangis berterusan selama beberapa jam, terutama pada waktu petang. Kemungkinan bayi terkena kolik.

6.     Enggan menyusu – Bayi sedang belajar menyusu. Lambat lain, anda berdua akan menemukan kedudukan menyusu yang tepat dan selesa. Jika perlu, hubungi konsultan laktasi.
Panik apabila bayi tetap tidak mahu menyusu lebih dari tiga hari. Segera hubungi doktor.

SEMOGA BERMANFAAT

Zue Mat Amin
Sms/whatsapp : 017-5915820
Emel : superbvitaminme@gmail.com
Fb : www.facebook.com/supervitaminme

24 March 2014

10 TIPS BERGUNA MENGURANGKAN BATUK KETIKA HAMIL


Batuk semasa hamil memang terasa amat kurang selesa.  Kadang-kadang menyebabkan tidur dan aktiviti harian terganggu.

Kena banyak bersabar dan usaha agar batuk berkurangan.  Masa batuk ni apa yang saya lakukan ialah makan makanan yang tidak akan menyebabkan batuk.  Makanan seperti ikan bakar, hati bakar, sayur rebus, nasi ketika masih panas, minum air suam, minum madu.  Bila kita amalkan cara pemakanan seperti ini, batuk semakin berkurangan.  Lain orang lain caranya, jom kita tengok cara-cara untuk mengurangkan batuk.

1. Minum 1 sudu madu yang ditambah dgn asam limau nipis pagi dan petang.

2. Minum segelas air oren (yang diperah dari buah oren) sahaja atau dicampur dengan 2 sudu madu

3. Minum air jus epal campur madu.

4. Banyakkan minum air

5. Amalkan minum teh Limau

6. Berkumur dengan air garam - segelas air suam dan satu sudu makan garam dan kacau sehingga sebati. Gunakan air campuran garam tadi untuk berkumur dan lakukan sebelum tidur malam

7. Sapu minyak panas seperti vicks di bahagian dada.

8. Mandi air panas (suam-suam).

9. Pakai baju tebal dan selimut tebal semasa tidur.

10. Banyakkan rehat.  Tidur awal dari masa biasa kerana semasa batuk tidur akan sering terganggu.

Zue Mat Amin
Sms/whatsapp : 017-5915820
Emel : superbvitaminme@gmail.com
Fb : www.facebook.com/supervitaminme

23 March 2014

KHASIAT AIR KELAPA MUDA BAGI IBU HAMIL

Ibu-ibu yang sedang hamil dan bakal hamil, jom kita minum ayor nyior ni.. banyak khasiatnya.

Kata orang-orang tua yang sememangnya berpengalaman, ibu-ibu mengandung yang mengamalkan minum air kelapa muda, air ketuban akan lebih bersih dan bayi yang dilahirkan juga akan bersih dan sihat kulitnya, lebat rambutnya dan bening matanya.

Betul ke?

Tahukah anda, dalam 100 ml air kelapa muda mengandungi mineral berikut;

Potasium: 291

Sodium: 42
Klorin: 75
Kalsium: 44
Magnesium: 10
Sulfur: 58
Phosphorus: 9.20
Iron (mg/100 gr): 6
Copper: 26


Tahukah anda, air kelapa muda bersifat disteril secara semulajadi dan mempunya unsur elektrolit yang tinggi?

Tahukah anda, amalan meminum air kelapa muda dapat membantu memperbaiki tekanan darah dan juga fungsi jantung?

KHASIAT AIR KELAPA MUDA BAGI IBU HAMIL


1. MINUMAN ISOTONIK ALAMI

 Minuman Isotonik alami membantu pengisian cairan dan garam alami yang dilepaskan oleh tubuh. Since air kelapa muda kaya dengan mineral seperti di atas, ianya membantu dalam proses rehidrasi badan dan memulihkan stamina tubuh. Ibu hamil memerlukan lebih air berbanding wanita biasa dalam kehidupan seharian. Ibu hamil yang mengalami dehidrasi akan menyebabkan komplikasi seperti sakit kepala, krem, mahupun berlakunya kontraksi yang boleh menyebabkan kehamilan pra matang.

2. MENGUATKAN SISTEM PERTAHANAN TUBUH

 Acid Lauric yang terkandung dalam air kelapa memiliki sifat anti-bakteria dan anti-virus yang melindungi tubuh daripada pelbagai jangkitan dan meningkatkan sistem pertahanan tubuh wanita hamil. Ibu hamil amat digalakan meminum air kelapa muda untuk meningkatkan sistem pertahanan tubuh badan daripada jangkitan selsema, mahupun penyakit berjangkit lain.

3. MEMBANTU MENCEGAH SEMBELIT DALAM SISTEM PENCERNAAN

 Semasa kehamilan, hormon progestron melambatkan kontraksi otak lambung yang akan menyebabkan gangguan pada proses pencernaan. Air kelapa mampu membersih usus dan sistem pencernaan sekali gus mengelakkan masalah sembelit kepada ibu-ibu hamil. Air kelapa juga mengandungi nutrisi dan oksigen yang menyerap ke sel-sel tubuh badan & membantu menurunkan suhu badan tinggi yang biasa berlaku kepada ibu-ibu yang sedang hamil. Ini sekaligus meningkatkan fungsi usus dan sistem pencernaan, sekaligus mengelakkan masalah sembelit yang sering dialami oleh ibu-ibu yang sedang mengandung.

4. MENCEGAH DARIPADA KELUHAN "HEARTBURN"

 Keluhan heartburn merupakan salah satu keluhan yang sering dialami oleh ibu hamil. Rasa seperti terbakar dan panas di dada ini tentu sangat mengganggu. Sifat air kelapa muda yang mengandungi nutrisi dan oksigen yang menyerap ke sel-sel tubuh, membantu membaiki simptom-simpton heartburn ke tahap yang lebih selesa kepada ibu hamil yang meminumnya.

5. MENCEGAH KEKEJANGAN

 Wanita yang sedang mengandung dan kekurangan kalium seringkali mengalami masalah krem kaki. Ibu hamil dinasihatkan mengambil 4.7mg kalium. Dalam setiap 330 mg air kelapa muda, mengandungi 670mg zat kalium. Amalam meminum air kelapa muda semasa hamil akan membantu melengkapkan keperluan zat kalium sekaligus dapat mengelakkan masalah kekejangan/krem pada kaki.

6. MEMBANTU MENGURANGKAN "MORNING SICKNESS"

 Antara khasiat air kelapa, mampu mengurangkan rasa mual, pening-pening dan muntah yang biasanya terjadi kepada wanita hamil pada usia awal trimester kandungan.

7. PENAWAR RACUN

 Air kelapa muda yang mengandungi asam lauric yang berperanan dalam melawan penyakit. Asam lauric ini juga terkandung dalam susu ibu ini mampu meningkatkan sistem imunisasi badan, mengurangkan risiku diabetis, kanser dan HIV yang mungkin terjadi kepada ibu mahupun bayi dalam kandungan.

8. MENINGKATKAN HDL

 Air kelapa muda tidak mengandungi lemak dan kolestrol. Menurut kajian, air kelapa muda ini mampu meningkatkan kolestrol baik (HDL-high density lipoprotein) dalam sistem tubuh.

9. MEMBANTU PROSES BERSALIN

Kandungan elektrolit yang tinggi di dalam air kelapa muda mampu berperanan sebagai pengganti cairan, membantu ibu hamil daripada risiko dehidrasi dan membantu proses bersalin dengan lebih lancar.

Ibu hamil digalakkan meminum segelas air kelapa muda setiap hari untuk mendapatkan semua khasiat. Air kelapa muda ini boleh diminum begitu sahaja, ataupun dicampur dengan gula atau kunyit. Isi kelapa muda juga amat berkhasiat untuk ibu dan juga bayi di dalam kandungan.

Belum terlambat lagi ni.. jom cepat-cepat kita cari nyior muda ni..

Zue Mat Amin
Sms/whatsapp : 017-5915820
Emel : superbvitaminme@gmail.com
Fb : www.facebook.com/supervitaminme

CoQ10 BUKAN SEKADAR SUPLEMEN JANTUNG

Ramai yang beranggapan CoQ10 merupakan suplemen jantung semata-mata, tidak.. CoQ10 mempunyai pelbagai khasiat lain merangkumi kesuburan, kecantikan dan awet muda.


CoQ10 merupakan nutrien semulajadi yang larut lemak dan terdapat di semua sel badan. CoQ10 merupakan sumber tenaga sel-sel badan. CoQ10 dihasilkan di mitokondria dan banyak ditemui di organ yang banyak menggunakn tenaga seperti jantung, hati, buah pinggang dan pancreas.

Apabila umur semakin meningkat, tahap CoQ10 dalam sel semakin berkurang. Selain itu terdapat faktor lain yang menyumbang kepada pengurangan Coq10. Pengambilan ubat seperti Statin yang digunakan untuk mengurangkan kolestrol boleh menurunkan paras CoQ10.

CoQ10 juga boleh didapati dalam makanan seharian kita seperti daging dan makanan laut. Ia juga boleh dihasilkan di makmal di mana Shaklee telah berjaya menghasilkan CoQ Health Plus Shaklee yang telah diuji selamat dan berkesan.

CoQ Health Plus Shaklee sangat baik untuk kesihatan jantung kerana jantung memerlukan banyak tenaga untuk berfungsi dengan baik. CoQ10 banyak ditemui di jantung. Jantung juga termasuk dalam sistem peredaran darah dimana CoQ10 membantu membaiki sistem peredaran. CoQ10 bukan sekadar suplemen jantung.


MENGANDUNGI :

Ekstrak teh hijau dapat mencegah darah beku seterusnya melancarkan peredaran darah. CoQ10 melindungi arteri terhadap pengoksidaan LDL (Kolestrol jahat), setrusnya dapat mengawal tahap kolestrol. Selain itu ia membantu menghilangkan sakit dada dan semput yang berkait dengan masalah jantung.

CoQ Health Plus juga dapat meningkatkan kesuburan. CoQ10 membantu memekatkan air mani dan Vitamin E yang terkandung dalam CoQ Health Plus dapat meningkatkan bilangan sperma. Keadaan ini membantu pasangangan yang mempunyai masalah kesuburan untuk memperolehi zuriat.

Vitamin E dapat meningkatkan kesuburan wanita dimana dapat menghalang keguguran. Dos pengambilan CoQ10 Health Plus perlu atau wajib betul dan tepat untuk mendapatkan keputusan yang menggembirakan.

CoQ Health Plus Shaklee mendandungi ekstrak teh hijau yang memang terkenal sebagai agen antipenuaan. Seseorang yang bertenaga dan sihat akan kelihatan lebih muda dari usianya. CoQ Health Plus adalah pilihan yang tepat dan terbaik untuk anda lebih bertenga, lebih sihat, lebih muda dan lebih subur.

Apalagi kawan-kawan.. Jom dapatkan CoQ10 Health Plus ini sekarang. Kami bukan sahaja memberikan vitamin yang terbaik malah kami juga akan memberikan perkhidmatan cara penggunaan yang terbaik untuk anda semua.. CoQ10 bukan sekadar suplemen jantung ye..

Zue Mat Amin
Sms/whatsapp : 017-5915820
Emel : superbvitaminme@gmail.com
Fb : www.facebook.com/supervitaminme

LAGI INFO TENTANG ESP

Info tentang ESP lagi.. Banyak keistimewaannya, sekali minum kita perolehi banyak manfaatnya.

Pengambilan protien membantu menghasilkan sel baru maka sel mati dan sel lama ini dapat disingkirkan. Apa kelebihan dan kebaikan protien sebenarnya ?


KEPERLUAN PROTEIN DALAM DIET HARIAN

Protein hakikatnya boleh didapati dalam makanan harian kita seperti ikan, ayam, daging, kekacang dan banyak lagi. Namun protein ini mudah musnah apabila berada dalam suhu masakan yang tinggi. Apabila ini berlaku, tubuh kita akan menyerap saki baki protein yang ada dan selebihnya badan kita menyerap minyak hasil masakan seperti ikan goreng, ayam goreng atau apa jua masakan terutama yang bergoreng.

Badan kita terdiri daripada sel. Dari sel membentuk tisu. Dari tisu membentuk organ. Dari organ membentuk sistem. Protein merupakan makanan kepada sel. Jika sel mendapat cukup protein ditambah dengan protein yang bagus, sel yang sihat akan mudah terbentuk demi menggantikan sel yang lama dan mati.

PENTINGKAH PROTEIN?

Our body need protein to grow! It’s a basic material of all living cells and organ-building block of the body. Stuktur asas badan manusia adalah sel. Segala penyakit pada zaman moden ini disebabkan oleh pengumpulan sel-sel yang LEMAH & KURANG SIHAT. Keperluan protein yang mencukupi dikatakan kunci kesihatan yang optimum – protein diperlukan untuk menghasilkan hormones, enzymes, antibodies and neurotransmitter.

25% daripada badan kita berasal (diperbuat?) daripada Protein. – kuku, rambut, kulit, otot-otot adalah protein. Malah Dr. Bruce Miller dalam bukunya mengatakan kita adalah protein.

Protein berasal dari perkataan Greek (PROTOS) bermaksud – ‘the first’ dan badan kita terdiri daripada :-

1. 66% Water
2. 25% Protein
3. 8% Fats
4. 1% Combination of Minerals & Vitamins 100%

TAHUKAH ANDA ?

Shaklee adalah syarikat pertama yang mewujudkan suplemen protein berasaskan kacang soya. Sebenarnya, pengasingan soya pertama yang pernah dihasilkan adalah dicipta oleh Dr. Forest C. Shaklee pada tahun 1970an. Selang beberapa tahun kemudian, beberapa ujian klinikal telah membuktikan apa yang ditemui oleh Dr. Shaklee sebelumnya iaitu protein soya merupakan sebuah blok binaan utama bagi membina kesihatan jangka panjang.

SHAKLEE ENERGIZING SOY PROTEIN

Ini adalah makanan utama dalam program Shaklee. Amat penting dalam diet harian kita. Ia merupakan minuman berkhasiat, sumber lengkap protein secara biologi yang bermutu paling tinggi yang dihasilkan dari kacang soya. Ia memberi tenaga yang berpanjangan dan membaikpulih sel-sel dan tisu-tisu yang rosak.

Soy Protein Shaklee mengandungi 14 gram protein soya semulajadi yang baik pada setiap hidangan. Diproses dengan air (bukan dengan bahan kimia) bagi mengekalkan sumber semula jadi isoflavones seperti genistein dan daidzein.

Soy Protein tidak mengandungi kolesterol dan laktosa. Ia mengandungi semua asid-asid amino yang diperlukan oleh tubuh anda bagi mengekal tisu-tisu yang sihat, termasuk 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh dengan sendirinya. Produk Protein Soya ini adalah sumber-sumber kalsium dan zat besi yang baik. Selain itu ia tidak mengandungi perisa tiruan, pemanis, pewarna dan bahan pengawet.

PROTEIN SOYA SHAKLEE IALAH NON-GMO SOY!

Shaklee hanya menggunakan protein soya yang tidak diubahsuai genetiknya, iaitu Non-GMO (Non-Genetically Modified Organism), dimana ia disahkan melalui Identity Preservation Program. Program ini memastikan soya yang digunakan oleh Shaklee adalah dipantau dengan ketat dan dikawal sejak mula ditanam, dituai hinggalah diproses.


RISIKO KEKURANGAN PROTEIN (SECARA UMUM):

1. Anemia (kurang darah atau kurang oksigen dalam darah)
2. Kidney disease (penyakit buah pinggang)
3. Liver (penyakit hati)
4. High Cholesterol (kolesterol tinggi)
5. Low blood pressure (tekanan darah rendah)
6. Low blood sugar (kandungan gula darah rendah)
7. Nerve instability (Fungsi saraf tak stabil)
8. Peptic ulcer (Ulser perut + usus)
9. Poor wound healing (Luka ambat sembuh)
10. Poor blood circulation (Pengaliran darah yang tidak lancar)
11. Poor vision (Penglihatan kurang baik)
12. Irritability (Badan menggeletar)
13. Fatigue (Letih lesu)
14. Weakness (Lemah)
15. Water retention (Tinggi kandungan air dalam tisu badan)
16. Prolonged period of time mental retardation (Terancat akal)
17. Lack of resistance to infection (Ketahanan badan rendah terhadap jangkitan)

Kelebihan ESP ini ialah;
  • membantu membina dan perbaiki tisu-tisu badan, dari sel akan terbentuk organ. Dari organ terhasilnya sistem. Ia penting kepada pembentukan janin dan juga membantu untuk menambahkan susu.
  • menyediakan 14gram protein kacang soya dalam setiap hidangan untuk sihatkan jantung
  • setiap hidangan membekalkan 50% daripada Nilai Harian kalsium untuk menyokong tulang yang kuat
  • kandungan fitoestrogen untuk kesihatan prostat,payudara dan menepous
  • indeks glisemik yang rendah untuk membantu mengekalkan paras gula dalam darah

SIAPA YANG DIGALAKKAN MINUM ESP NI?

Pelajar dan pekerja atau individu dewasa : As energy booster (kalau minum pagi2 tu. terasa energetic dan tak rasa lapar sangat.. so bonuslah for weight management)

Lelaki : melindungi dari any disease(heart, cancer etc)

Ibu mengandung : for a healthier pregnancy – well-grown fetus ; less late pregnancy discomfort.

Wanita : keanjalan kulit (protein penting kepada mereka yang ingin kulit yang cantik dan ton warna yang sekata. Mereka yang mempunyai bekas jerawat yang berwarna hitam adalah disebabkan kekurangan protien untuk membina sel baru dan menyingkirkan sel mati yang berwarna hitam tersebut).

Zue Mat Amin
Sms/whatsapp : 017-5915820
Emel : superbvitaminme@gmail.com
Fb : www.facebook.com/supervitaminme

KENALI PUNCA MASALAH KESUBURAN WANITA

Seringkali wanita-wanita yang sukar hamil tidak mengetahui punca sebenar kesukaran mereka untuk hamil. Hal ini tidak boleh dibuat sambil lewa kerana ia merupakan masa depan sesebuah keluarga.

Jom kita baca apakah punca masalah kesuburan wanita ini..

1. ENDOMETRIOSIS

Penyakit endometriosis adalah satu keadaan luar biasa di mana tisu dari selaput dalam rahim yang digelar endometrium telah tumbuh di bahagian yang tidak sepatutnya iaitu di luar rahim seperti di sekeliling ovari, tiub fallopio, permukaan luar rahim, usus dan pelvic. Kebiasaannya, apabila kedatangan haid tisu-tisu endometrium di dinding rahim menebal dan untuk mambantu proses persenyewaan. Apabila tiada proses persenyewaan berlaku, diniding uterus akan luruh dan berlakunya pendarahan haid.

Tetapi,sekiranya ada tisu-tisu endometrium di luar rahim seperti di ovari atau di usus, apabila berlaku kedatangan haid, tisu-tisu endometrium ini akan mengeluarkan darah tetapi darah ini tidak dapat mengalir keluar melalui faraj seperti biasa, akibatnya, darah ini akan berkumpul menjadi gumpalan darah kotor yang boleh menyebabkan kerosakan kepada organ peranakan wanita. Endometriosis ini juga boleh mengeluarkan beberapa jenis racun dan bakteria yang boleh mematikan benih sperma, telur atau janin. Ini menyebabkan kemandulan dan keguguran.

2. KEROSAKAN TIUB FALLOPIO


 Saluran fallopio merupakan saluran yang penting dalam system reproduktif wanita. Melalui saluran inilah benih lelaki bergerak untuk menemui dan bercantum dengan ovum wanita untuk persenyewaan berlaku. Persenyewaan ini menghasilkan embryo dan saluran tiub fallopio memainkan peranan dalam membekalkan bahan-bahan makanan untuk pergerakan embryo kearah ruang rahim untuk implantasi. Kadang kala tiub fallopio tersumbat disebabkan oleh jangkitan kuman atau ketumbuhan seperti fibroid and endometriosis.

3. HORMON DAN HAID


 Satu keseimbangan hormon seks (estrogen, progesteron, hormon luteinizing, hormon merangsang folikel) diperlukan untuk pertumbuhan dan tepat pada masanya pembebasan telur dari ovari (ovulasi).Ketidakseimbangan hormon boleh menyebabkan gangguan ovulasi di kalangan wanita dan punca yang paling biasa ketidaksuburan di kalangan wanita.

4. POLYCYSTIC SYNDROME


 Fibroid adalah ketumbuhan yang berasal daripada tisu pada dinding rahim, khususnya pada lapisan otot. Apabila ia membesar, fibroid boleh memberi pelbagai masalah kepada wanita seperti mengalami haid yang banyak, atau sakit semasa kedatangan haid. Fibroid boleh mengakibatkan masalah kesuburan tetapi terdapat juga ramai wanita yang mengalami masalah fibroid tetapi masih boleh mengandung dan melahirkan anak.


Tangani masalah ketidaksuburan ini dengan mendapatkan SET KESUBURAN SHAKLEE. Masalah sebegini perlu di beri perhatian khusus bagi pasangan suami isteri yang inginkan zuriat.

Zue Mat Amin
Sms/whatsapp : 017-5915820
Emel : superbvitaminme@gmail.com
Fb : www.facebook.com/supervitaminme

15 March 2014

PEDIH ULU HATI KETIKA MENGANDUNG


Assalamualaikum wbt..

Hari ni Zue nak berkongsi info dan tips tentang mengapa terjadinya pedih hulu hati ketika mengandung dan cara mengatasinya.. Zue pun penah kena macam ni.. cukup-cukup rasa tak selesa..huhu

Ada wanita hamil yang mengalami pedih hulu hati semasa mengandung. Pedih hulu hati lazimnya menyebabkan ibu hamil merasa tidak selesa. mencucuk-cucuk di bahagian ulu hati. Adakalanya kerongkong juga terasa panas seakan terbakar.

Walaupun kepedihan ulu hati memberikan perasaan tidak selesa dan menyakitkan buat si ibu namun ia tidak mencederakan bayi dalam kandungan. Perubahan hormon semasa mengandung menyebabkan organ pencernaan makanan bekerja lebih lambat yang menjadi punca ramai ibu sering menghadapi masalah kembung perut dan menyumbang kepada terjadinya pedih hulu hati.

Pedih hulu hati berlaku apabila makanan dalam perut kembali ke kerongkong.Asid perut turun naik yang menyebabkan kerongkong berasa seperti terbakar. Asid ini menjejaskan selaput lendir perut.

Gejala pedih hulu hati dikatakan menjadi lebih teruk apabila tempoh kehamilan bertambah. Antaranya termasuklah perut berasa sebu, kembung dan rasa seperti ingin muntah.

Sebagai panduan, berikut dikongsikan beberapa cara untuk mengatasi atau mengurangkan masalah pedih hulu hati :

  • amalkan makan secara perlahan-lahan dan elakkan menguyah dan menelan makanan secara tergesa-gesa
  • seboleh-bolehnya cuba elak makan sebelum tido
  • jauhkan atau elak daripada kesukaan mengambil makanan berkarbonat (air bergas)
  • elak memakai pakaian ketat, khususnya pada bahagian perut dan pinggang
  • elak makanan pedas, bergoreng dan berlemak
  • pastikan bahagian kepala dan bahagian atas tubuh dalam posisi sedikit lebih tinggi ketika berbaring atau tidur
  • jangan sesekali makan sambil berbaring
  • awasi berat badan, tubuh yang obes lebih tinggi kebarangkalian untuk kerap diserang pedih hulu hati
  • kurangkan makan coklat atau makanan yang banyak kandungan coklat 

SELAMAT MENCUBA DAN PASTIKAN YANG TERBAIK BUAT IBU DAN BAYI

Zue Mat Amin
Sms/whatsapp : 017-5915820
Emel : superbvitaminme@gmail.com
Fb : www.facebook.com/supervitaminme



VIVIX SHAKLEE SEBAGAI AGEN ANTI PENUAAN


Nak cantik dan kekal muda cantik berseri? Jom kita cuba VIVIX. Ramai tau artis-artis kita yang amalkan VIVIX untuk cantik dan sebagai agen anti penuaan. Salah seorang darinya adalah Ayu Raudhah adik kepada Rozita Che Wan ni.. Vivix yang diamalkan beserta rutin yang lain.. Meh Zue kongsikan kat sini..

Vivix ™ mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol. Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi.

Bakal dipatenkan tidak lama lagi. Bahan-bahan utamanya telah diuji secara klinikal dan ianya eksklusif untuk Shaklee.

Vivix merupakan tonik anti-penuaan pelbagai manfaat yang mengandungi resveratrol yang dipercayai mampu memperbaiki DNA seterusnya mencegah penuaan berlaku dengan pantas.

Bagi anda yang tidak hamil/menyusukan anak, cubalah Vivix untuk kesihatan optimum.

Sesuai untuk mereka yang menghidapi diabetes, arthritis, gout,dan macam-macam lagi.

Sesuai untuk warga tua dan mereka yang mengalami masalah menelan vitamin berbentuk pil.


Walaupun Vivix agak mahal namun keberkesanannya tidak dapat di sangkal lagi. Vivix atau dikenali sebagai Tonik AJAIB ini mampu merawat pelbagai jenis penyakit. Jadi.. memang berbaloi-baloi..

Jom dapatkan sebotol sekarang..

Zue Mat Amin
Sms/whatsapp : 017-5915820
Emel : superbvitaminme@gmail.com
Fb : www.facebook.com/supervitaminme

NUTRIFERON DAN PERFORMANCE DRINK ATASI HABA DALAM BADAN


Cuaca panas tidak menentu kebelakangan ini mengundang pelbagai masalah pada tubuh kita. Kekurangan air dalam badan juga mengundang kepada pelbagai penyakit termasuklah STROK HABA. Jangan dipandang remeh permasalahan ini kerana Strok Haba ini boleh mengundang maut.

Jom kita kenal apa yang di katakan STROK HABA ini.

KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia diminta berwaspada terhadap tanda-tanda awal 'heat stroke' atau 'strok haba' berikutan cuaca panas dan kering ketika ini.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah memberitahu Bernama, definisi strok haba adalah paras suhu badan meningkat melebihi 40.5 darjah celcius. Suhu normal badan manusia kira-kira 37.0 darjah celsius.

"Antara tanda awal terkena strok haba ialah sakit kepala berdenyut, mual, kurang berpeluh walaupun dalam suhu panas dan denyutan nadi yang pantas. "Tanda-tanda lain ialah otot lemah dan kejang, muntah, kulit kering dan kemerahan, sawan serta pitam," katanya.

Dr Noor Hisham berkata suhu tinggi juga mengundang komplikasi kepada sistem saraf otak yang boleh menyebabkan seseorang itu koma dan boleh membawa kematian.

Jabatan Meteorologi Malaysia sebelum ini menyatakan keadaan cuaca panas dan kering melanda negara ketika ini agak tinggi berbanding tempoh sama tahun lepas dan dijangka berterusan sehingga pertengahan Mac ini.

Dr Noor Hisham berkata pendedahan berpanjangan kepada cuaca dan suhu panas disamping kurang minum air dan dehidrasi badan antara punca boleh menyebabkan strok haba.

Oleh itu beliau menyarankan beberapa langkah segera untuk diambil sekiranya ada individu terkena strok haba iaitu menempatkan pesakit di tempat teduh dan berhawa dingin.

"Haba tinggi boleh dikurangkan jika individu itu ditempatkan di bawah kipas dan mengelap anggota badan menggunakan tuala basah.

"Pesakit juga mungkin boleh berendam di dalam kolam air untuk menurunkan tekanan haba dan menyejukkan badan," katanya.

Dr Noor Hisham turut meminta orang ramai mengelakkan aktiviti riadah yang terdedah kepada cuaca panas serta minum air dalam kuantiti banyak atau sekurang-kurangnya 2.5 liter sehari. 


APA ITU STROK HABA?

Strok haba merupakan beberapa penyakit yang berkaitan dengan haba. Strok haba berkaiatan dengan ketinggian melampau suhu badan (hyperthermia). Biasanya, proses berpeluh dan penyejatan peluh memudahkan penyejukan badan. Dalam suhu ekstrem yang melebihi 90 ° F (32.2 ° C), jumlah haba yang dihasilkan melebihi kesan penyejukan penyejatan peluh. Begitu juga, jika kelembapan mencapai 100%, penyejatan peluh tidak lagi mungkin, dan badan kehilangan keupayaan untuk menghilangkan haba.

PUNCA:
  • Pendedahan berpanjangan kepada cuaca dan suhu panas
  • Kurang minum air dan dehidrasi badan
TANDA-TANDA STROK HABA:
  • Sakit kepala berdenyut
  • Mual dan muntah
  • Kurang berpeluh walaupun dalam suhu panas
  • Otot lemah dan kejang
  • Kulit kering dan kemerahan
  • Sawan
  • Pitam
KESAN-KESANNYA:
  • Penyahhidratan yang teruk
  • Bengkak tisu otak
  • Tekanan darah rendah
  • Kerosakan organ
  • Kematian.
LANGKAH-LANGKAH YANG HARUS DIAMBIL SEKIRANYA ANDA MENGALAMI STROK HABA IALAH:
  • Menempatkan pesakit dibawah tempat sejuk dan berhawa dingin
  • Mengelap anggota badan menggunakan tuala basah
  • Berendam di kolam
  • Elakkan aktiviti riadah yang terdedah dibawah cuaca panas
  • Minum air sekurang-kurangnya 3 liter sehari
Tahukah anda NUTRIFERON dan PERFORMANCE DRINK dapat mengatasi masalah ini..


Nutriferon bertindak meningkatkan sistem imunisasi tubuh badan kita daripada jangkitan penyakit berjangkit. Ia terbukti secara klinikal di mana ia terdiri daripada gabungan ekstrak tumbuhan yang mengukuhkan sistem imun. Nutriferon menstimulasikan setiap sel di dalam badan kita untuk menghasilkan interferon aslinya sendiri. Nutriferon sangat terkenal sebagai imune booster semulajadi.

Dalam Nutriferon, ada sumber semulajadi interferons seperti biji labu, biji plantago, bunga Japanese Honeysuckle dan bunga Safflower. Nak makan apa pun kena ada sukatan yg betul, mana nak cari semua ni, susah kan? Dapatkanlah nutriferon dan jadikan ia vitamin wajib ada di rumah kita. 

Bagaimana pula dengan PERFORMANCE DRINK?

Performance Drink dengan perasa oren ini mampu memberikan kecergasan dan sesuai untuk seisi keluarga. Amat disyorkan ketika cuaca panas sekarang ini untuk mengekalkan kadar bendalir dalam tubuh.

Performance Drink juga membekalkan 3 jenis karbohidrat bagi tenaga dan stamina di samping menjaga kestabilan bendalir agar tidak kekeringan. Ia mengandungi formula karbohidrat unik Shaklee iaitu opticarb yang membekalkan tenaga serta merta. Opticarb ialah rangkaian karbohidrat yang memberikan kita tenaga berterusan tanpa menganggu kestabilan gula dalam darah.

Membantu mencegah rasa dehidrasi akibat kurang minum di waktu cuaca panas terik dan turut menjaga sistem imun tubuh badan kita.

Jom kita dapat Nutriferon dan Performance Drink bagi mengatasi masalah haba dalam badan. Cegahlah sebelum terlambat.

Zue Mat Amin
Sms/whatsapp : 017-5915820
Emel : superbvitaminme@gmail.com
Fb : www.facebook.com/supervitaminme


SET KAWAL KOLESTEROL SHAKLEE

Assalamualaikum wbt..

Jom kita sembang-sembang skit pasal pemakanan dan keperluan pemakanan atau pun gizi seimbang yang diperlukan tubuh badan kita.. tak dinafikan kita ni pantang la jumpa makanan sedap-sedap tambahan pulak bila dihidang di depan mata kita.. huh! tak sabar nak melahap sampai tak selidik dulu adakah ia perlu dan berapakah kalori setiap hidangan? Jom Zue sharekan poster ni.. kita tinjau satu persatu..

                             
Nah.. setiap jenis vitamin fungsi dan apakah makanan yang diperlukan. Senang nak tengokkan? Jadi apa lagi yang kurang? Jom kita tambah dan jangan lupa kurangkan yang tidak berkenaan ye..

Tapi sebenarnya harini Zue nak kongsikan cerita tentang kolesterol. Banyak bendanya.. jom baca..

                          

APA ITU KOLESTEROL?

Kolesterol adalah sejenis komponen sterol yang penting dalam metabolisme serta penghasilan hormone. Kiranya jika berlaku ketidakseimbangan kolestrol HDL dan LDL maka ia memberi lebih banyak kesan kepada kesihatan kita. Kita selalu mendengae tentang kolesterol yang termendap di salur darah dan mengakibatkan strok. Kolesterol bergerak sekali bersama aliran darah sebagai lipoprotein. Lipoprotein ini terdiri daripada lemak (lipid) yang diselaputi protein.

                          

* LDL merupakan kolesterol jahat kerana ia membawa kepada masalah pengumpulan kolesterol dalam arteri.

* HDL pula merupakan kolesterol baik kerana ia membawa kolesterol dalam darah kepada hati, di mana hati akan menyingkirkan kolesterol dari arteri.

Oleh sebab itu, kolesterol bukanlah jahat semuanya. Ada juga faedahnya. Sel yang sihat sangat bergantung kepada HDL kerana HDL diperlukan oleh sel untuk bernafas, makan, berkumuh dan pelbagai fungsi metabolism. Manakala LDL boleh merosakkan fungsi tersebut.

FUNGSI KOLESTEROL

Terdapat beberapa fungsi kolesterol dalam tubuh badan kita. Antaranya :
  • Membina dan menjaga membrane sel, dengan mengelakkan pengkristalan hidrokarbon di dalam membrane. 
  • Membantu dalam penghasilan cecair hempedu 
  • Penting dalam penghasilan hormone yang dibebaskan oleh kalenjar adrenal seperti kortisol, kortikosteron dan sebagainya. 
  • Terlibat dalam penghasilan hormone androgen dan estrogen. 
  • Menjaga pintu pagar sel dengan membenarkan molekul yang boleh memasuki sel dan tidak boleh memasukinya. 
  • Penting untuk metabolism vitamin larut lemak 
  • Menjadi penebat kepada jaringan saraf 
  • Menukarkan cahaya matahari kepada Vitamin D 
BAGAIMANA MENGIRA TAHAP KENORMALAN KOLESTEROL?

Tahap kolesterol (total) yang normal lebih kurang 1200-200mg/dl, dengan HDL melebihi 40 mg/dl dan LDL kurang dari 130mg/dl.
Kolesterol yang terlalu rendah atau terlalu tinggi boleh mengakibatkan masalah kesihatan jadi penting untuk menjaga kolesterol pada tahap yang sepatutnya.

Masalah yang timbul akibat kolesterol ialah: 
  • Strok 
  • Serangan jantung 
  • Penyempitan arteri 
  • Darah tidak mengalir dengan baik 
BAGAIMANA CARA MENGAWAL PARAS KOLESTEROL?

Terdapat beberapa cara yang perlu kita jaga bagi membolehkan kita mengawal paras kolesterol di dalam tubuh kita.
  1. Mengawal Diet - Makanan sebenar yang mengandungi kolesterol (dietary cholesterol) tidak memberi kesan buruk kepada kolesterol dalam tubuh kita. Masalah berlaku apabila kita mengambil makanan yang tinggi lemak tepu seperti makanan di proses. Oleh itu, banyakkan makan makanan yang sebenar, dan lemak yang berkualiti. 
  2. Perbanyakkan Aktiviti Fizikal - Jika kita kurang bergerak atau kurang melakukan aktiviti fizikal, peluang untuk kita memiliki kadar LDL yang lebih tinggi dan HDL adalah lebih tinggi. Maka banyakkan aktiviti fizikal walau hanya sekadar berjalan ke masjid, naik tangga, bersenam dan sebagainya. 
  3. Menurunkan Berat Badan - Orang yang mempunyai masalah berat badan berlebihan terutamanya yang menghadapi masalah obesiti berisiko untuk memiliki kadar LDL yang lebih tinggi.
  4. Menjauhi Rokok dan Alkohol - Terang dan jelas bahawa kedua perkara ini sangat tidak bagus untuk kesihatan dan haram di sisi agama Islam. 
SUPLEMEN SHAKLEE YANG DAPAT MEMBANTU PERMASALAHAN INI

                         
Jika anda sedang dalam perhatian doktor bagi kes kawalan kolesterol ini, mohon rujuk terlebih dahulu doktor sebelum mengambil sebarang suplemen. Ini kerana dikhuatiri pengambilan suplemen yang mempunyai tindakbalas dengan ubat yang dibekalkan doktor. Pengambilan suplemen Shaklee membantu merawat dan bukanlah dapat menyembuhkan serta-merta. Harus diingat pengambilan suplemen Shaklee hendaklah mengikut aturan yang betul di samping pengambilan air 3 liter sehari.

SET KAWAL KOLESTEROL SHAKLEE MENGANDUNGI:
  • B Complex - Vitamin B3 (Niacin) membantu menurunkan kadar kolesterol
  • Garlic - Garlic merendahkan kadar kolesterol dan tekanan darah
  • Omega Guard - EPA dan DHA menurunkan kadar kolesterol 'jahat' LDL
  • Vitamin C - Vitamin C menurunkan kadar kolesterol dan menguatkan dinding arteri
  • Vitamin E - Vitamin E memperbaiki peredaran darah
APA KATA PENGGUNA?





Zue Mat Amin
Sms/whatsapp : 017-5915820
Emel : superbvitaminme@gmail.com
Fb : www.facebook.com/supervitaminme

14 March 2014

SET VITAMIN LENGKAP SHAKLEE

Assalamualaikum semua..

Harini Zue nak berkongsi senarai-senarai set vitamin lengkap Shaklee yang kita perlu tahu bagi melengkapkan keperluan suplemen harian kita.. kawan-kawan boleh la dapat serba sedikit info vitamin atau suplemen apa yang perlu diambil sesuai dengan keperluan sesuatu penyakit. Dari sini kita juga dapat menganggar bajet kita.. Suka tak?


Jika rasa bajet kita kurang, jangan risau ada juga suplemen yang boleh kita skip tapi adalah lebih baik kita mengambil set lengkap agar sesuatu penyakit dapat dirawat dengan cepat dan berkesan.. 

Berikut adalah semua senarai kombinasi set produk Shaklee:

1. SET A (KESIHATAN OPTIMUM)
Vita-Lea (Multivitamin), B-Complex &Vita -C

2. SET B (IBU MENYUSU- Menambah nutrisi)
Vita-Lea (Multivitamin), B-Complex, Vita -C & Alfalfa

3. SET 3M (IBU MENYUSU- Masalah penyusuan)
Vita-Lea (Multivitamin), B-Complex, Vita -C, Alfalfa, Energizing Soy Protein & Ostematrix

4. SET C (BERPANTANG/PEMBEDAHAN)
Vita-Lea (Multivitamin), B-Complex, Vita -C & Zinc

5. SET D (KECANTIKAN KULIT/KESUBURAN)
Vita-E, B-Complex, Vita C dan GLA (Optional bila period tidak teratur)

6. SET E (SET B + Ostematrix)
Vita-Lea (Multivitamin), B-Complex, Vita -C, Alfalfa & Ostematrix

7. SET F (PENJAGAAN DALAMAN WANITA)
Vita-E & Alfalfa

8. SET G (RESDUNG/ALLERGY/ASTHMA/ENZEMA)
B-Complex, Vita -C & Alfalfa

9. SET H (SISTEM PERTAHANAN BADAN)
Nutriferon@Immune Booster

10. SET M (KANAK-KANAK)
Omega Guard & Meal Shakes

11. SET N (SUAMI ISTERI)
Vita-E( untuk suami ),Alfalfa (alfalfa untuk isteri ) dan Zink (untuk suami/isteri)

12. SET IBU MENGANDUNG

SET J-1
Vita-Lea (Multivitamin), B-Complex, Vita -C & Ostematrix

SET J-2
Vita-Lea (Multivitamin), B-Complex, Vita –C, Ostematrix & Omega Guard

13. SET K ( KURUSKAN BADAN)

SET K-1 PREMIUM (BF MOM)
Alfalfa, Omega/ Lecithin, ESP

SET K-2 PREMIUM (NON BREASTFEED MOM)
Vita-Lea, Herb-Lax, Omega Guard/ lecithin, Alfalfa, DTX, Cinch Shake

14. MASCULINE SET (Set kesuburan lelaki)
Omega Guard, Vita-E, Zinc

15. FEMININ SET (Set kesuburan wanita)
SET A, Omega Guard, GLA Complex, ESP

16. SET ANAK CERDIK DAN SIHAT
Meal Shakes, Omega Guard, Performance Drink, Vita-Lea Chew & Vitamin C 100mg

17. SET ANAK CERDIK DAN SIHAT 12 TAHUN KE ATAS
Vita-Lea, B-Complex, Vita-C, Omega, Lecithin

GOLDEN SET
*untuk warga emas/ yg berpenyakit

1. SET HAJI DAN UMRAH
Advanced joint Health Tablet, Ostematrix & Performance Drink @VIVIX

2. SET GOUT
Alfalfa, Omega Guard, Ostematrix, Herb-lax, DTX @ VIVIX

3. SET JANTUNG/ STROK/ KOLESTROL
B Complex, Lecithin, Omega Guard, Vita-E, Ostematrix, CQ 10, Garlic @VIVIX

4. SET PENGHADAMAN/ GASTRIK
Ostematrix, Peppermint-ginger Plus, ESP, Alfalfa @VIVIX

5. SET AWET MUDA
Collagen powder, VIVIX

6. SET DIABETES
GLA Complex, Omega, Zink, B complex, Vita C @ VIVIX


Ok, bagaimana pula cara pengambilan setiap satu suplemen dalam  Set Vitamin Lengkap Shaklee ini?
Jom baca di sini..

Zue Mat Amin
Sms/whatsapp : 017-5915820
Emel : superbvitaminme@gmail.com
Fb : www.facebook.com/supervitaminme


05 March 2014

GASTRIK DAN CARA ATASINYA DENGAN SHAKLEE


Harini Zue nak share sikit cerita tentang GASTRIK. Nampak macam remeh je ye.. Zue pun belum pernah kena tapi kita perlu berhati-hati bak kata orang 'Cegah Sebelum Parah'. Jom la kita baca satu persatu..

APA ITU GASTRIK?


Gastrik atau istilah perubatannya, gastritis, adalah sejenis penyakit keradangan pada dinding/pengalas/mukosa perut yang mempunyai rawatan yang efektif. Lazimnya, keradangan berpunca daripada jangkitan bakteria helicobacter pylori (H. pylori) yang turut menjadi penyebab utama kepada kebanyakan ulser perut.

PUNCA TERJADINYA GASTRIK

Kawasan perut kita meliputi kantung kosong yang berotot terletak di bahagian atas di kiri abdomen, betul-betul di bawah rusuk. Orang dewasa mempunyai perut sepanjang lebih kurang 25 sentimeter dan boleh mengembang untuk menampung sehingga satu gelen makanan dan minuman!

Tisu perut tersusun rapat dan berlipat-lipat sesama sendiri seperti kipas semasa perut kosong. Apabila ada makanan, lipatan ini terbuka dan mengembang. Dalam perut inilah makanan diproses dan disimpan sebelum ia dibuang melalui usus. Daripada mulut, makanan perlu melalui saliran makanan yang panjang dan berotot yang dinamakan sebagai esofagus sebelum sampai ke perut. Dinding perut pula ada beberapa lapisan otot yang menggodak makanan sehingga hancur.

Kelenjar pada dinding perut, dalam masa yang sama, merembeskan jus gastrik termasuk enzim dan asid perut bagi membantu mencernakan makanan. Salah satu asid termasuklah asid hidroklorik yang bersifat hakis dan boleh melarutkan besi. Bagaimanapun, kehadiran mukus atau cecair bikarbonat dapat menyeimbangkan paras keasidan dalam perut dan melindungi tisu perut.

Secara mudahnya, perut kita ni berlipat-lipat dan mampu menampung hampir segelen air dan makanan. Bila perut kosong, tisu perut tadi berlipat-lipat, dan akan mengembang bila ada makanan atau minuman masuk. Disinilah makanan dan minuman akan diproses dan disimpan sebelum dikumuh melalui usus. Ketika proses pencernaan berlaku, kelenjar pada dinding perut akan merembeskan jus gastrik, enzim dan asid perut utk bantu pencernaan..dan antara asid yang dirembes ialah asid hidroklorik. Asid ini bersifat menghakis dan jika tidak ada keseimbangan keasidan dalam perut, ini boleh menyebabkan radang menjadi lebih teruk.

TANDA-TANDA GASTRIK

Tanda-tanda gastrik mudah dikesan kerana ia menyebabkan ketidakselesaan pada perut. Antara tandanya ialah :

* Sakit perut (pada bahagian atas perut atau abdomen)
* Rasa senak, berangin atau pedih
* Rasa tidak selesa
* Kembung, sendawa berulang kali dan kerap kentut selepas makan
* Rasa mual (loya) dan muntah
* Hilang selera makan
* Berat badan turun (pada peringkat teruk)

Pencegahan gastrik boleh diatasi dengan menggunakan ESP kerana ESP yang juga merupakan sumber protein unggul daripada kacang soya merupakan sejenis tumbuhan yang tinggi sifat alkalinya yang dapat meneutralkan keasidan di dalam perut. Di samping itu, nutrien protein yang terkandung di dalam ESP sangat membantu membina sel-sel badan yang baru bagi menggantikan sel-sel lama yang telah rosak akibat dihakis oleh asid hidroklorik berikutan proses pencernaan makanan.

Selain ESP, anda juga mengambil tambahan supplemen Ostematrix, B complex dan Peppermint Ginger Plus untuk merawat masalah gastrik.


                                  

SUPLEMEN YANG DICADANGKAN BAGI MENGATASINYA

1) Energizing Soy Protein - ESP

ESP yang juga merupakan sumber protein unggul daripada kacang soya merupakan sejenis tumbuhan yang tinggi sifat alkalinya yang dapat meneutralkan keasidan di dalam perut.

Di samping itu, nutrien protein yang terkandung di dalam ESP sangat membantu membina sel-sel badan yang baru bagi menggantikan sel-sel lama yang telah rosak akibat dihakis oleh asid hidroklorik berikutan proses pencernaan makanan.

Selain ESP, anda juga mengambil tambahan supplemen Ostematrix dan Peppermint Ginger Plus untuk merawat masalah gastrik.

2) Ostematrix

Pesakit gastrik disarankan untuk mengambil susu atau kalsium, kerana ianya bersifat alkali dan mampu meneutralkan asid di dalam perut.

3) Peppermint Ginger Plus

Peppermint Ginger Plus mengandungi herba asli pudina, halia, jintan hitam dan jintan manis untuk rasa yang nyaman dan melegakan ketidakselesaan perut. Pil-pil juga boleh dihancurkan dan dicampur dengan air panas untuk minuman herba semulajadi.

APA KATA PENGGUNA SUPLEMEN?

                               

                         

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=241dfe5e876da942ca1dc3cd5986e093

Zue Mat Amin
Sms/whatsapp : 017-5915820
Emel : superbvitaminme@gmail.com
Fb : www.facebook.com/supervitaminme

VITAMIN SHAKLEE YANG TIDAK DIGALAKKAN UNTUK IBU MENYUSU


Tahukah anda? Pengambilan Herblax dan Cinch tak sesuai untuk anda.. ini kerana Herblax boleh menyebabkan bayi anda mengalami cirit birit, begitu juga Cinch tidak digalakkan untuk ibu yang menyusukan bayi kerana Cinch rendah kalori ditakuti memberi kesan sampingan kepada tumbesaran bayi yang menyusu.

Jadi apakah vitamin yang sesuai? Jom kita cuba dulu Set Asas Ibu Menyusu ini..

Jangan terus mengambil vitamin tanpa mendapat nasihat terlebih dahulu daripada pengedar anda.. anda seharusnya mendapat konsultasi terbaik untuk kesihatan anda dan bayi juga..

Zue Mat Amin
Sms/whatsapp : 017-5915820 
Emel : superbvitaminme@gmail.com
Fb :
www.facebook.com/supervitaminme

SET ASAS IBU MENYUSU

SET B - ASAS VITAMIN IBU MENYUSU DENGAN TAMBAHAN ALFALFA COMPLEX

Usah risau jika susu merudum ketika anda bersemangat untuk menyusukan bayi. Set B atau set asas ini mengandungi 4 jenis vitamin asas untuk ibu menyusu iaitu Vitalea (multivitamin), B-complex, Vitamin C dan yang paling istimewa adalah raja segala tumbuhan (alfalfa complex merupakan milkbosster yang paling hebat) yang amat membantu ibu yang menyusukan anak. Set B ini sesuai untuk ibu menyusu yang tidak menghadapi apa-apa masalah dalam penyusuan dan ingin memperkayakan khasiat nutrisi dalam susu ibu dan juga menambah tenaga ibu menyusu.

Kelebihan Alfalfa complex adalah sebagai 'milk booster' kepada ibu menyusu selain menyelesaikan masalah kesihatan wanita seperti merapatkan kembali keintiman, menyelesaikan masalah keputihan, dan yang paling utama merupakan detox (nyahkan toksin) kepada tubuh. Manfaat alfalfa kepada anak ialah menjadikan susu ibu lebih pekat membuatkan anak kesayangan kita lebih kenyang dan mendapat khasiat yang berkualiti. Selain itu, alfalfa complex juga membantu mengatasi masalah eczema bayi.

Bajet kurang? Apakata kita cuba Set Asas Ibu Menyusu ini dulu..

                             

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=2f288d64ad0efe3ebc5f7ad1a464299c



* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Zue Mat Amin
Sms/whatsapp : 017-5915820
Emel : superbvitaminme@gmail.com
Fb :
www.facebook.com/supervitaminme


SUPLEMEN SHAKLEE YANG TIDAK DIGALAKKAN UNTUK IBU HAMIL

Nah.. ini adalah senarai suplemen yang ibu mengandung patut avoid ketika hamil:
  1. Alfalfa complex 
  2. DTX complex 
  3. Collagen powder 
  4. Caratomax 
  5. Garlic complex 
  6. Herblax 
  7. Lecithin 
  8. Nutriferon 
  9. Vitamin E complex 
  10. GLA complex 
  11. Vivix 

Kenapa ya? banyak ni..

Vitamin E Complex, Carotomax, GLA dan Nutriferon merupakan suplemen antioksidan.

Vivix, Alfalfa dan Garlic pula bersifat panas dan sangat-sangat tidak sesuai buat bayi di dalam kandungan kecuali atas nasihat doktor. Jadi anda bolehlah rujuk doktor terlebih dahulu ya.. 

Kalau yang tersenarai kat atas tu tak boleh, di sini saya sertakan pula suplemen yang harus diambil ibu-ibu hamil ya.. jangan sedih-sedih.. kami ada yang terbaik untuk anda semua..
  • ESP 
- ni protein soya utk bg energy dan baiki sel2 rosak. Soya non-GMO ni sgt bagus tau, rasa pun sedap. Ade a few customer yg kata kulit baby jadi halus and gebu bila amalkan makan ESP time preggy 
  • B-complex
- of koz bcomplex juga utk energy, dan antistress. Preggy kan penat, kdg2 leh jadi stress kan. Kandungan acid folic jugak sgt penting untuk perkembangan saraf, sel otak, tulang belakang, organ, kulit dan tulang2 bayi kita tau. saya pernah dgr, dulu ada satu kempen Amerika Syarikat untuk memberikan kesedaran kepada wanita mengenai kepentingan asid folik bagi bakal ibu dan ibu hamil.
  • Sustained Released Vitamin C
- ha..vit C ni pun penting utk imunisasi dan penjagaan kulit. Kadang2 ade yg preggy jadi naik jerawat, kulit kusam dsb. sbb perubahan hormon. tapi jgn risau, vit C ni ade. Ops! ade yg tny, bukanke vit C jugak antioksidan? x bahaya ke kalo preggy makan? hehe, vit C xpe, sbb kadar antioksidan dia taklah setinggi vit E dan A! boleh amek ye
  • Vitalea Iron Formula
- ha.. ni pun penting sbb ade smua kandungan vits dlm small amount. Ade iron formula utk bantu pembentukan hemoglobin dlm darah. Sape2 yg ade mslh low Hb. sgt la high recommend amik Vitalea ni
  • Ostematrix 
- ni adalah pil kalsium, magnesium dan Vitamin D. Kalsium sgt penting utk yg preggy sbb masa ni bnyk kalsium kita diserap baby. Sbb tu la badan pun jadi sakit, kdg2 gigi pun rosak, sbb kalsium rosak. yg paling penting masa nak meneran anak tu, bayangkan sepenuh tenaga dan kudrat diguna sampai bg effect kat tulang2 dan urat2 kita. kna bnyk kalsium la, kalo x tulang cepat reput.
  • Omega Guard
- Ini biasa diambil pada trimester 2 dan 3. biasalah..utk otak bayi. kita nak baby kita bijak kan??? so, ambillah omega..hehe.. berat badan pun tak naik mendadak seperti kebiasaan..

                  
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Nak cuba? Jom hubungi saya sekarang..

Zue Mat Amin
Sms/whatsapp : 017-5915820
Emel : superbvitaminme@gmail.com
Fb :
www.facebook.com/supervitaminme


01 March 2014

NUTRISI UNTUK PERKEMBANGAN OTAK KANAK-KANAK

Kredit : Majalah PAMA

Otak kanak-kanak memerlukan nutrien yang mencukupi agar dapat berfungsi secara optimum. Pada peringkat awal usia, otak kanak-kanak berkembang dengan begitu pesat. Hasilnya, pada usia lima tahun, perkembangan otak mereka sudah mencapai 90 peratus dan kadar tersebut sangat berkait rapat dengan pemakanannya.

Untuk perkembangan otak, ada beberapa nutrisi penting yang diperlukan. Antaranya ialah DHA (asid dokosaheksaenoik), zat besi, zink dan asid folik.

DHA

DHA atau asid dokosaheksaenoik merupakan sejenis asid lemak omega-3 yang boleh didapati dalam setiap sel pada tubuh. DHA penting untuk perkembangan otak, mata dan sistem saraf pusat. Kajian yang dijalankan oleh Perbadanan Keselamatan Pemakanan Eropah (EFSA) mendapati kanak-kanak berusia enam bulan sehingga dua tahun memerlukan sebanyak 100 miligram DHA untuk perkembangan otak mereka.

DHA merupakan elemen utama yang diperlukan untuk membentuk sel membran neuron yang menjadi penghubung antara sel yang lain serta mempengaruhi fungsi neurotransimitter acetylcholine dan membantu sel otak berhubung. Memberi anak diet harian yang kaya dengan DHA akan menjadikannya lebih fokus dan dapat memberi penuh tumpuan ketika bermain dan belajar. Antara makanan yang mengandungi DHA ialah ikan, telur dan ayam.

Zat Besi

Zat besi sangat penting untuk memudahkan pembentukan hemoglobin dalam sel darah merah dan mencegah anemia. Ketahuilah bahawa otak kanak-kanak sensitif terhadap paras zat besi yang rendah. Kekurangan zat besi yang berlaku di kalangan kanak-kanak boleh merencatkan keupayaan pembelajaran mereka. Pada masa yang sama, kekurangan tersebut turut menyebabkan mereka hilang tumpuan, wujud simptom Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD), pucat dan lesu. Penyelidik mendapati zat besi membantu meningkatkan aktiviti neurotransmiter di dalam otak. Sumber makanan yang kaya zat besi ialah seperti daging merah, hati, limpa, ikan bilis, tauhu dan tempe.

Zink

Zink penting untuk fungsi otak yang betul dan kekurangan zat besi dikaitkan dengan kelemahan kognitif. Kekurangan zink akan menyebabkan tumbesaran kanak-kanak terbantut, penurunan fungsi imuniti dan kurang selera makan. Daging dan makanan laut adalah sumber terbaik zink. Kekacang, germa gandum, bijirin penuh, makanan laut dan daging mempunyai kandungan zink yang tinggi.

Asid Folik

Asid folik yang juga dikenali sebagai folate merupakan mineral yang diperlukan untuk pertumbuhan sempurna bagi seseorang kanak-kanak. Asid ini penting bagi pembinaan DNA dalam setiap sel. DNA berperanan sebagai penyimpan maklumat bagi sel tersebut. Kanak-kanak yang kekurangan asid folik akan letih, lesu, kurang tumpuan, cepat marah dan pelupa. Sayur-sayuran hijau adalah sumber asid folik yang terbaik.

Makanan yang perlu dielakkan :

1. Makanan Bergaram


Makanan yang mengandungi terlalu banyak garam bukan sahaja menjadi pemangkin kepada masalah tekanan darah tinggi dan arteriosclerosis tetapi juga boleh merosakkan arteri. Keadaan ini seterusnya memberi kesan kepada bekalan darah ke tisu otak yang akan menyebabkan sel-sel otak mengalami ischaemia dan hypoxia yang menyebabkan hilang memori dan otak terencat. Keperluan garam bagi tubuh ialah 7 gram untuk orang dewasa dan kurang daripada 4 gram sehari bagi kanak-kanak. Oleh itu, ibu bapa dinasihatkan agar kurangkan memberi anak makanan yang banyak garam seperti jeruk dan makanan ringan.

2. Makanan Yang Mengandungi MSG


Kajian perubatan menunjukkan bahawa ibu hamil yang selalu makan makanan yang mengandungi MSG atau monosodium glutamate pada peringkat akhir kehamilan boleh menyebabkan kekurangan zink pada bayi yang dikandunginya. Kekurangan zink boleh menyebabkan gangguan otak, pertumbuhan terencat, disleksia serta daya tahan penyakit terjejas. Tanda seseorang kanak-kanak itu kekurangan zink dapat dilihat apabila mereka tiada selera, hilang deria rasa dan susah sembuh. Oleh yang demikian, World Health Organization menggalakkan agar wanita hamil dan kanak-kanak tidak diberi makanan yang mengandungi MSG.

3. Plumbum


Kandungan plumbum yang tinggi dalam tubuh sangat membahayakan. Plumbum boleh mengganggu fungsi otak manusia. Kanak -kanak yang terlibat dengan masalah ini boleh menjadi hiperaktif dan mendapat sawan. Umumnya, plumbum yang terdapat di persekitaran boleh diperoleh daripada tanah yang tercemar, serpihan-serpihan cat, debu yang mengandungi plumbum, air yang dimasak atau disimpan di dalam bekas yang mengandungi plumbum, buah-buahan terutama yang berasid yang diletakkan dalam bekas berplumbum dan pensel warna serta warna air (apabila dimasukkan ke dalam mulut).

Dari segi biologi, plumbum sebenarnya tidak mempunyai apa-apa nilai dalam tubuh walaupun di dalam kepekatan yang paling kecil. Oleh itu kepekatan yang paling sesuai bagi kandungan plumbum dalam darah ialah sifar. Kanak-kanak lebih terdedah kepada bahaya dan keracunan plumbum kerana plumbum mudah diserap oleh tubuh yang sedang berkembang. Pengumpulannya di dalam badan yang sedang membesar akan mengganggu pertumbuhan semula jadi sel-sel di dalam tubuh.
Kanak-kanak mudah terdedah kepada kandungan plumbum tinggi terutama bagi yang gemar memasukkan apa juga barangan ke dalam mulut mereka. Kanak-kanak juga berupaya menyerap 50 peratus plumbum lebih tinggi berbanding orang dewasa. Kadar penyerapan ini meningkat sekiranya seseorang kanak-kanak itu mengalami kekurangan zat makanan. Kajian perubatan menunjukkan bahawa plumbum boleh membunuh sel otak dan merosakkan otak.

Apakata kita cuba bagi anak-anak set ini..Diperkaya dengan segala macam zat tambahan yang diperlukan oleh tubuh anak-anak kita...
Zue Mat Amin
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2012 Reserved to superbvitaminme
Design by Ccicute Design