18 December 2013

SET MIGRAIN/ SAKIT KEPALA

ANDA SELALU DISERANG SAKIT KEPALA?

Ketahui jenis-jenis sakit kepala yang kita selalu hadapi..


Sakit kepala dikategorikan kepada 3 jenis iaitu :

SAKIT KEPALA AKIBAT TEKANAN/STRESS
  • Samada tekanan berbentuk mental atau fizikal. Jiwa dan pemikiran yang tertekan, tegang, berkecamuk, boleh menyebabkan sakit kepala. Tekanan pada otot-otot di sekitar leher, kepala dan kulit kepala juga boleh menyebabkan sakit kepala. Ia juga boleh berlaku apabila seseorang itu mengalami perubahan secara tiba-tiba contohnya dari kawasan redup, tiba-tiba masuk ke kawasan panas dan sebagainya.
SAKIT KEPALA AKIBAT SINUS
  • Disebabkan oleh keradangan sinus yang dihadapi oleh seseorang. Sakit kepala sinus biasanya menyerang dalam kadar sekejap tapi menyengat.
SAKIT KEPALA KERANA MIGRAIN
  • Jenis sakit kepla yang paling popular ialah migraine. Setakat ini tiada penyebab rasmi yang dikatakan sebagai punca migraine, namun saintis telah mencadangkan beberapa factor punca migraine adalah seperti berikut:
              1. Kekurangan zat dan nutrisi
              2. Faktor keturunan
              3. Kesan dari pengambilan ubat-ubatan
              4. Wanita yang mengalami haid atau pra-haid
              5. Terlalu banyak mengambil kafein
              6. Mengamalkan makanan yang mengandungi MSG dan nitrat


Biasanya penderita migrain akan diberi ubat tahan sakit, ubat tahan muntah dan sebagainya bagi mengawal kesakitan mereka. Bagi penderita migrain yang teruk, mereka diberi dos dadah yang agak tinggi agar dapat melalikan sistem badan mereka dari kesakitan yang ditanggung.

Pengambilan ubat-ubatan boleh mendatangkan risiko terhadap kesan jangka panjang kepada kesihatan.

Oleh yang demikian, memilih alternatif dengan pengambilan supplement natural adalah langkah terbaik bagi mengatasi masalah migrain.

Kenapa supplement lebih baik dari ubat? Kerana ia diperbuat daripada bahan makanan, dan merupakan ekstrak daripada makanan2 yang membekalkan nutrient harian. Berbeza dengan ubat yang diformulasikan di makmal daripada jenis dadah dan sebagainya.



SUPPLEMEN UNTUK MIGRAIN

Ostematrix (Kalsium, Magnesium dan Vitamin D)
  • Kalsium bukan sahaja membina tulang dan gigi, malah ia membantu menetapkan ritma jantung, menyelesaikan masalah insomnia, membantu pengaliran gizi masuk dan keluar daripada membrane, dan membantu dalam pembekuan darah. Kalsium juga sangat diperlukan dalam mempertahankan fungsi saraf dan otos, serta buah pinggang. ia juga mengurangkan kadar kolesterol dalam darah.
  • Magnesium pula penting untuk metabolism kalsium. Ia membantu untuk mengelakkan pembuluh darah menjadi kejang, salah satu punca yang dipercayai penyebab migraine. Satu kajian telah dibuat ke atas Magnesium, dan didapati ia membantu mengurangkan sakit kepala migraine dan mengurangkan frekuensinya.
  • Vitamin D pula penting untuk penyerapan kalsium. Kalsium yang tiada Vitamin D tidak boleh diserap oleh tubuh, dan boleh tertinggal sebagai batu dalam ginjal atau pundi kencing.
B Complex
  • Vitamin B2 (riboflavin) dan Vitamin B (Pyridoxine) telah terbukti boleh membantu mengurangkan kesakitam akibat migraine. Vitamin B lengkap dalam B Complex Shaklee memastikan anda bukan saja mengurangkan risiko diserang migraine, tapi juga mencegah penyakit-penyakit lain seperti depresi, strok dan sebagainya.
Bagi penderita migraine, anda hendaklah mengetahui penyebab-penyebab yang boleh menjadikan anda diserang migraine. Sekiranya ia berpunca dari pemakanan, maka anda kena lah jaga makan. begitu juga dengan perkara-perkara lain seperti aktiviti dan sebagainya. Dan timbangkan tentang mengambil vitamin sebagai pembantu untuk menyelesaikan masalah anda kerana ia pasti lebih baik dari makan ubat berasaskan dadah secara berterusan.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

TESTIMONI
Zue Mat Amin

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2012 Reserved to superbvitaminme
Design by Ccicute Design