sumber : majalah NUR
Wanita yang akan menghadapi saat kelahiran sudah pasti mendoakan proses kelahiran berjalan lancar. Lazimnya, doktor dapat meramalkan sama ada proses bersalin itu akan berjalan dengan mudah atau menghadapi masalah. Hal ini dapat diketahui menerusi beberapa pemeriksaan seperti pemeriksaan ke atas saiz dan bentuk badan ibu berbanding dengan ukuran fetus dalam kandungannya, kedudukan fetus dalam kandungan, dan keadaan ibu dan fetus, meliputi aspek fizikal dan mental.
KELAHIRAN AKAN DILALUI DENGAN MUDAH JIKA KEHAMILAN DIRANCANG DENGAN TELITI. PERANCANGAN INI MELIPUTI:
- Jarak antara kelahiran iaitu sebaik-baiknya antara lebih dua tahun hingga lima tahun. Kehamilan dan kesediaan menerima seorang lagi anak akan meningkatkan ketenangan fikiran menghadapi saat kelahiran.
- Persediaan kewangan, ruang serta bantuan menjaga bayi dan rumah tangga dapat menghindarkan kerisauan terhadap si ibu.
- Persediaan diri seperti tahap pemakanan dan ketiadaan jangkitan memudahkan lagi penjagaan sepanjang kehamilan dan kelahiran.
- Menerima cahaya mata yang benar-benar dikehendaki oleh pasangan supaya kehadirannya dinanti dengan penuh harapan.
- Mendapatkan pengetahuan berkaitan kehamilan dan kelahiran melalui pembacaan, perbincangan atau menghadiri kelas pendidikan khas yang biasa diadakan di klinik.
- Menetapkan tempat kelahiran dan cara penjagaan bayi.
Persediaan banyak pengaruhnya terhadap proses kelahiran. Persediaan dapat membantu anda melalui satu kelahiran tanpa rasa bimbang dan takut. Pengetahuan tentang proses dan kesannya kepada seluruh anggota perlu diketahui kerana ia dapat membantu anda memahami proses tersebut terjadi.
Zue Mat Amin
- Sms/whatsapp : 017-5915820
- Emel : superbvitaminme@gmail.com
0 comments:
Post a Comment