Sewaktu hamil, suami memainkan peranan yang penting dalam banyak aspek. Suami yang soleh akan turut merasakan penderitaan isterinya walaupun tidak secara langsung. Suami harus banyak terlibat dalam proses jagaan kehamilan, kelahiran bayi dan perhatian terhadap isteri. Suami hendaklah memberi motivasi kepada isteri agar tetap tabah dan bersabar, di samping itu suami harus banyak berdoa dan beristighfar dan selawat. Dengan cara ini perasaan isteri akan menjadi tenang dan mudah bersalin.
Mengandung merupakan beban dan tekanan terhadap wanita. dari segi fizikal, ia harus menampung kendungannya, dan tubuh badannya bekerja lebih kuat. Jantungnya mengepam darah 40 peratus lebih daripada keadaan biasa. Buah pinggannya harus mengendalikan pembuangan kotoran bayinya.
Waktu pantang dan selepas kelahiran, bayi yang masih kecil itu juga dapat menimbulkan tekanan jiwa dan emosi ibu kerana ia harus menyusu dan membersihkan bayi antara 2-3 jam setiap malam. Suami yang baik akan berusaha mengurangi beban isteri dan turut menjaga bayi pada waktu malam.
Perhatian dan tanggungjawab suami terhadap isteri hendaklah berterusan, semenjak hamil sehinggalah menjaga dan mendidik anak. Semua pekerjaan ini harus dibantu oleh suami agar isteri dapat merasakan kebahagiaan dan keringanan dalam menjalankan tanggungjawab yang berat itu.
Wallahua'lam.
Zue Mat Amin
- Sms/whatsapp : 017-5915820
- Emel : superbvitaminme@gmail.com
0 comments:
Post a Comment