Sana sini kita lihat dan dengar tentang kewujudan ramai
Dealer Shaklee terutamanya di laman-laman social seperti Facebook, Instagram , Blog, Twitter dan
sebagainya. Mengapa ramai yang mempercayai Shaklee? Dan kenapa jika sudah mula
terjebak dengan Shaklee kita tak mahu berhenti di tengah jalan? Dealer-dealer
Shaklee ini tumbuh mekar bagaikan cendawan dan hampir setiap hari kita di
hujani dengan pelbagai soalan-soalan seperti ini..
“ Bagaimana caranya untuk menjadi dealer Shaklee?”
“ Ramai yang dah buat Shaklee ni.. senang ke nak jadi Distributor
Shaklee ni?”
“ Betul ke boleh dapat 5-6 angka dalam tempoh yang singkat?”
Jom saya ceritakan bagaimana cara memulakan bisnes Shaklee
ni. Mudah sangat seumpama menanam pokok.. sesiapa pun boleh tanam.. tapi bukan
tanam saje ye, rajin-rajinlah siram dan membaja kalau tidak manakan dapat
hasilnya.. tapi bagaimana?
CARA PERTAMA
Membayar yuran keahlian sebanyak RM65 untuk seumur hidup. Tambah
kos postage RM10 bagi semenanjung dan RM20 bagi Sabah dan Sarawak . Anda akan
menerima starter kit/beg shaklee direct yang akan dihantar terus dari HQ
Shaklee ke rumah anda. Dengan pendaftaran sebagai ahli tersebut, anda sudah pun
bergelar pengedar sah Shaklee di samping boleh beli semua produk Shaklee pada
harga ahli. Jimat berganda-ganda kan. Bukan itu sahaja jadi ahli untuk makan
sendiri pun boleh.
CARA KEDUA
Nak jadi ahli tapi tak mahu membayar? Boleh juga. Untuk keahlian percuma pula, setiap pembelian
barangan Shaklee minimum RM680 dan ke atas iaitu dengan 200 points, anda secara
automatic dapat menjadi ahli Shaklee secara percuma untuk seumur hidup. Yang
lagi best, bukan sahaja dapat jimat yuran keahlian yang berharga RM75/RM85,
anda juga akan memperolehi bonus yang akan di ‘bank-in’ terus ke dalam bank
yang telah anda daftarkan pada 15hb bulan berikutnya. Kalau kira-kira, and
sudah jimat RM100 lebih.
Selain itu, anda berpeluang untuk dapat 3 bonus utama Shaklee
iaitu ‘Car Bonus, Cash Bonus dan Convention Trip’. ‘Cash Bonus’
adalah di mana anda akan memperolehi bonus bulanan yang akan dimasukkan terus
ke dalam akaun bank anda. Untuk ‘Car Bonus’, Shaklee memperuntukkan wang khas
untuk membeli kereta idaman anda. Anda boleh memilih sama ada anda inginkan
kereta idaman tersebut atau pun di tukar kepada wang tunai. Bagaimana pula
dengan ‘ Convention Trip’ Shaklee akan taja 100% umrah/percutian 5 bintang
kepada anda.
Bukan setakat itu sahaja, selepas sah menjadi pengedar
Shaklee anda akan di serap ke ‘group-group Shaklee’. Group yang terdiri
daripada group nenek moyang kita dari pelbagai medium social termasuklah
Facebook dan Whatsapp/Telegram. Memang seronok kerana kita akan mula
bekerjasama dengan kumpulan yang terdiri daripada nenek moyang kita, adik
beradik Shaklee kita dan tentu sekali anak-anak ‘downline’ kita jika kita telah
mempunyai anak kelak. Pelbagai teknik pemasaran akan kita pelajari di samping
motivasi dan kata-kata nasihat.
Rumusan yang dapat dibuat daripada ‘Cara Memulakan Bisnes
Shaklee’ adalah seperti berikut:
1. Daftar ahli dengan
sesiapa yang anda rasa selesa bekerja dengannya.
Kena belajar tentang produk bukannya jadi ahli dan hanya
duduk diam sahaja. Bertanyalah jika
tidak arif. Belajar tentang selok-belok syarikat, bagaimana untuk meningkatkan
bonus bulanan kita dan perbanyakkanlah interaksi antara upline dan sideline
anda. Hubungan baik sebelum memulakan perniagaan juga merupakan asas kepada
kejayaan memiliki pendapatan setaraf pendapatan
sekarang atau lebih.
2. Memiliki blog
peribadi
Kalau sudah ada blog sendiri, boleh gunakan ia sebagai
platform untuk mempromosikan produk dan promosi bisnes. Selain itu, tips-tips
dan hint-hint bagaimana menjadikan blog anda lebih power lebih canggih manggih
segalanya boleh dipelajari dari group masing-masing.
3. Pastikan anda dimasukkan
kedalam group bisnes masing-masing.
Group adalah medium yang peling penting dalam menentukan
kejayaan sesebuah perniagaan. Tak kira perniagaan kecil mahupun besar. Sila
pastikan upline anda bertanggungjawab terhadap anda setelah anda sah bergelar
pengedar Shaklee. Perbincangan lebih lanjut mengenai group bisnes akan membantu
meningkatkan taraf bisnes anda dan group anda dengan lebih berkesan.
4. Mulakan
perlahan-lahan, sabar dan berterusan.
Ilmu yang diperolehi dari group, amalkan secara konsisten.
Perniagaan anda, andalah yang bertanggungjawab terhadapnya.
“KEJAYAAN KITA PENENTU MASA DEPAN KITA”
Zue Mat Amin
- Sms/whatsapp : 017-5915820
- Emel : superbvitaminme@gmail.com
0 comments:
Post a Comment