25 April 2014

PCOS : POLYCISTIC OVARIAN SYNDROM.

APA YANG DIMAKSUDKAN DENGAN PCOS?
PCOS (Sindrom Ovari Berpolisistik) merupakan salah satu masalah kesihatan wanita. Ia turut dikenali sebagai Stein-Leventhal Syndrome.

Setiap wanita dilahirkan dengan mempunyai sepasang ovari yang bertindak sebagai organ pembiakan utama. Fungsinya ialah mengeluarkan sel telur (ovum) pada pertengahan bulan kitaran (waktu subur). Pada masa yang sama, ia turut menghasilkan hormon-hormon tertentu seperti estrogen dan progesteron.


PCOS merupakan suatu keadaan di mana ovari membengkak disebabkan oleh ovum terperangkap di dalamnya dan tidak berkemampuan untuk menetas pada waktu subur. Apabila keadaan seperti ini berlaku, lama-kelamaan ovari akan membengkak dan akhirnya menimbulkan pelbagai jenis masalah kesihatan. PCOS boleh menyebabkan wanita sukar untuk hamil. Tapi jangan risau! Pengidap PCOS masih ada harapan untuk hamil.

FAKTA TENTANG PCOS
  • Polycystic ovarian disease atau PCOS adalah satu keadaan penyakit system reproduksi dimana berlaku ketidakseimbangan hormon dalam badan yang memberi kesan terhadap kitaran haid dan ovulasi.
  • Dikatakan 6-10% wanita mengalami PCOS. 
  • Kajian menunjukkan 90% wanita yang mengalami haid tidak teratur mengalami PCOS dan 30% yang tidak mengalami haid langsung didapati mengidap PCOS. 
  • Punca PCOS masih belum diketahui sepenuhnya dan penyelidikan sedang dijalankan untuk mengetahui sebab ia terjadi. 
  • Antara tanda utama PCOS termasuklah tiada ovulasi, ovari yang bengkak yang mengandungi cyst-cyst kecil didalamnya dan berat badan yang berlebihan. 
  • PCOS terjadi kebanyakkan pada wanita pada usia 20-30 tidak mengira kaum dan budaya. Ia juga kerap terjadi dikalangan sanak saudara tetapi bukan penyakit keturunan.
Ramai wanita mengalami gejala atau simtom yang berbeza diantara satu sama lain yang kadang-kadang membuatkan diagnos secara klinikal menjadi sukar untuk dibuat. Ada juga yang mempunyai simtom yang terlalu ringan seperti jerawat kecil ada juga yang mempunyai simtom yang lebih teruk seperti tumbuh bulu berlebihan pada muka dan keguguran rambut.
BAGAIMANA CARA UNTUK MENDIAGNOS BAGI MENGENAL PASTI SAMA ADA ANDA PENGIDAP PCOS ATAU TIDAK? 
 
Diagnosa PCOS boleh dibuat dengan cara:
1. Menjalani ujian darah LH/FSH pada hari kedua atau ketiga haid
2. Ujian tahap hormon testosterone dalam badan
3. Ujian ultrasound
BAGAIMANA MERAWAT PCOS:
 
Setakat ini masih belum ada ubat untuk merawat PCOS. Ia adalah penyakit sepanjang hayat. Pengidap PCOS masih ada harapan untuk hamil. Pengidap PCOS yang ingin mengandung perlu mengambil pil hormon seperti GLA Complex Shaklee dan set kesuburan wanita.
 
 
TESTIMONI SET KESUBURAN WANITA
 
*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. 
 
Zue Mat Amin

SIAPA YANG PERLU MENGAMBIL COQ10 HEALTH PLUS SHAKLEE?

Inilah yang dikatakan "menyediakan paying sebelum hujan". Beringat sebelum kena dan amalkan pengambilan suplemen yang betul bagi mengelakkan penyakit No.1 dunia iaitu penyakit jantung.
 
 
SIAPA YANG PERLU MENGAMBIL C0Q10 HEALTH PLUS SHAKLEE NI?

Individu yang mempunyai masalah jantung - CoQ10 menyokong penghasilan tenaga oleh jantung

Individu yang mempunyai masalah kekurangan coenzyme Q10. Masalah ini sangat jarang berlaku.... Individu yang mempunyai masalah ini mempunyai tanda-tanda seperti lemah, cepat letih dan seizure (sawan).

Individu yang mempunyai masalah tekanan darah tinggi (hypertension) – membantu menurunkan tekanan darah

Individu yang mempunyai penyakit Parkinson.

Individu yang mempunyai masalah migrain – Kajian menunjukkan CoQ10 dapat menurunkan kekerapan migrain sebanyak 30%

individu yang mempunyai kulit kusam - berkesan dalam memperbaiki aliran darah dalam badan dan pembentukan sel-sel baru yang sihat


*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. 

Zue Mat Amin

KENAPA MAKAN SUPLEMEN TAPI TAK BERKESAN?

 
Terdapat beberapa factor di mana segelintir kumpulan pengamal vitamin yang merasakan tidak mendapat apa-apa manfaat dari pengambilan vitamin atau supplemen. Ini disebabkan oleh beberapa factor seperti berikut:

1. Pengambilan air kosong dipandang remeh.

Ramai yang ada masalah untuk amalkan minum air masak kosong dan lebih suka yang bewarna dan berperisa. Air yang manis boleh meningkatkan kepekatan darah serta menyebabkan kegemukan.Kita disarankan mengamalkan banyak minum air masak apabila mengamalkan pengambilan vitamin supaya penyerapan vitamin oleh tubuh berlaku dengan lebih baik.

2. Elakkan makan vitamin secara banyak sekaligus pada satu masa.

Apabila kita makan semua vitamin secara sekaligus, ini meningkatkan kepekatan darah kita hanya pada masa-masa tertentu. Ramai yang suka amalkan ini apabila waktu hendak tidur sedangkan pada masa selepas itu kita akan kurang minum air. Maka cuba agih-agihkan pengambilan vitamin anda mengikut kesesuaian dan keperluan anda agar kepekatan darah tidak meningkat secara mendadak pada satu satu masa. Ini juga membantu agar buah pinggang tidak terlalu dibebani pada satu satu masa tertentu sahaja.

3. Elakkan pengambilan vitamin bersama ubat.

Sekiranya anda dalam pemantauan doktor atas masalah kesihatan, elakkan mengambil ubat secara serentak dengan pengambilan vitamin kerana ini hanya akan menyebabkan darah bercelaru dan tidak dapat menyerap vitamin dengan baik.

4. Cuba sediakan jadual.

Sekiranya selepas makan pagi anda mengambil ubat doktor maka anda boleh amalkan vitamin pada waktu tengahari atau malam. Namun sekiranya anda perlu makan ubat secara berturutan, pagi dan petang, maka amalkan vitamin selepas 1-2 jam selepas pengambilan ubat doktor.

Jangan pandang remeh tentang pemakanan suplemen atau vitamin yang betul. Sia-sia sahaja kita membeli dan berhabis ratusan ringgit tetapi kita tidak memperolehi apa-apa manfaat daripadanya..

Zue Mat Amin
 

JOM SAHUT CABARAN 10,000 LANGKAH SEHARI

Kawan-kawan, selain amalan pemakanan sihat apakata kita sahut cabaran 10,000 langkah sehari yang di war-warkan oleh kerajaan baru-baru ni.. Bagus juga kan untuk kesihatan tubuh badan di samping membakar kalori dalam tubuh.


APA MANFAAT BERJALAN KAKI NI?

Inilah keistimewaan aktiviti atau senaman berjalan kaki laju yang memberi lebih banyak manfaat kepada kesihatan dan kecantikan berbanding berjalan kaki secara santai.

Ini bukan sekadar andaian, tetapi terbukti menerusi beberapa kajian termasuk kajian di Belanda membabitkan 5,209 responden dalam tempoh 46 tahun. Hasil kajian yang disiarkan Archives of Internal Medicine mendakwa amalan berjalan kaki 30 minit sehari, dapat menambah kira-kira 1.3 tahun kepada hayat seseorang.

Malah, amalan berjalan kaki laju itu mempunyai sembilan manfaat iaitu:

# Berat badan stabil

Amalan berjalan kaki laju juga meningkatkan metabolisma tubuh. Selain sejumlah kalori terbuang, lebih banyak lagi kalori akan terbakar apabila metabolisma tubuh meningkat sehingga peningkatan berat badan sukar berlaku.

# Menurunkan berat badan

Selain mampu menstabilkan berat badan, mereka yang mengalami pertambahan berat badan disarankan supaya melakukan senaman berjalan kaki laju secara rutin.

# Risiko elak serangan jantung

Seperti yang kita semua tahu, otot jantung memerlukan aliran darah lebih deras supaya ia sentiasa berfungsi dengan normal. Justeru, berjalan kaki laju mempercepatkan aliran darah ke dalam koroner jantung.

Selain itu, kelenturan pembuluh darah menguncup dan mengembang ketika berjalan laju juga cenderung menyebabkan tekanan darah menjadi lebih rendah selain dapat mengurangkan risiko berlakunya darah beku di pembuluh darah ke jantung.

# Angin ahmar atau strok
Walaupun masih tiada bukti kukuh mampu mengaitkan senaman berjalan kaki laju dengan strok namun kajian dilakukan terhadap 70,000 pesakit di Sekolah Kesihatan Awam Harvard, Amerika Syarikat, yang sering berjalan kaki iaitu purata 20 jam seminggu, risiko mereka diserang strok menurun sebanyak 2 daripada 3 kes.

# Mencegah kencing manis

Dengan membiasakan berjalan kaki laju sekitar 6 kilometer sejam dipercayai mampu mencegah masalah diabetes Tahap 2 terutama di kalangan individu bertubuh gempal. (Sumber: Institut Diabetes dan Masalah Hati Kebangsaan).

Gula di dalam darah juga dapat dikawal dengan cara berjalan kaki (brisk walking), justeru ubat tidak diperlukan. Ia bermakna, berjalan kaki laju sama manfaatnya dengan mengambil ubat anti diabetes.

# Mencegah osteoporosis

Pergerakan badan yang aktif dan berjalan kaki laju boleh memperkuatkan otot badan serta tulang. Individu yang sering melakukan senaman dan cukup sumber kalsium di dalam badan boleh terhindar daripada ancaman kereputan tulang sehingga usia 70 tahun.

# Meredakan sakit lutut

Lebih sepertiga mereka yang lanjut usia di Amerika Syarikat mengalami masalah sakit lutut atau osteoarthiris. Dengan membiasakan diri berjalan laju atau berjalan di dalam kolam renang mampu meredakan masalah itu.

Bagaimanapun, untuk penghidap osteoarthiris, mereka disarankan melakukan senaman berjalan kaki berselang-seli supaya sendi tidak terjejas.

# Tekanan

Pergerakan badan terjadi ketika berjalan kaki laju juga sebenarnya dapat membantu pesakit yang mengalami tekanan perasaan. Berjalan kaki laju dapat menggantikan ubat anti tekanan yang harus diambil secara rutin. Kajian terhadap kaitan antara masalah tekanan perasaan dan berjalan kaki sudah dilakukan sejak 10 tahun lalu.

# Kanser

Pembunuh nombor satu ini dikatakan mampu dijauhkan jika anda rajin berjalan kaki, setidak-tidaknya kanser usus besar. Seperti yang anda semua maklum, pergerakan badan membantu melancarkan penghadaman usus. Kajian juga ada menyebut mengenai peranan berjalan kaki di dalam mengurangkan risiko terkena kanser payudara.

TIPS JALAN LAJU

# Pilih kasut yang dapat lindungi dan jadikan kaki selesa

# Lokasi sesuai seperti tempat atau padang rata

# Langkah betul - Buat langkah sebesar mungkin bagi pergerakan lebih laju

# Gerakkan lengan ketika berjalan

# Sematkan dalam minda yang anda sedang mengejar sesuatu

# Tingkatkan kelajuan langkah serta tempoh senaman


KENAPA 10,000 LANGKAH?

# Berjalan 10,000 langkah membantu membakar 300 hingga 350 Kalori

# Berjalan dalam tempoh 60 minit dengan jarak sejauh 4.8 Km akan membakar sehingga 265 kalori  =  Sama dengan sekeping roti canai tu..
 
# Berjalan kaki 1km = 1200 langkah
 
# 10,000 Langkah = 7 hingga 8 km
 
# 10,000 Langkah = Berenang tanpa henti selama 90 minit
 
# 10,000 Langkah = Berbasikal selama 70 minit
 
# 10,000 Langkah = Bermain bola sepak selama 90 minit

Banyak faedahnya kan berjalan kaki ni.. Apalagi.. jom sahut cabaran 10,000 langkah sehari..

Zue Mat Amin
 

SET COMBO OSTEMATRIX SHAKLEE

Hai kawan-kawan..
 
Sempena bulan promosi Ostematrix Shaklee, Zue nk kongsikan gabungan ostematrix yang sesuai  dengan vitamin yang lain. Set Combo Ostematrix Shaklee yang terdiri daripada Set Keluarga, Set Menyusu, Set Senggugut, Set Migrain dan Set Sendi.
 
Kalsium adalah sejenis mineral yang mampu menguatkan tulang dan perlu diambil setiap hari. Ini kerana tubuh kita membuang sejumlah kecil kalsium setiap masa sebelum digantikan dengan kalsium yang baru dalam proses dinamakan ‘permodelan semula tulang’.
 
Perlu diingat, kalsium juga disingkirkan daripada badan menerusi proses semula jadi seperti rambut gugur, kuku, peluh dan kulit mati.
 
Sekiranya jumlah kalsium yang disingkirkan lebih banyak berbanding yang digantikan, tulang menjadi lemah secara perlahan-lahan dan terdedah kepada risiko mudah patah.
 
1. SET KELUARGA
 
Antara Kebaikan Ostematrix
  • Tidur malam lebih lena
  • Menghilangkan sengal-sengal tulang serta letih badan
  • Mengelakkan rasas sengal tulang serta kebas kaki
  • Melawaskan sistem penghadaman
  • Badan lebih bertenaga apabila bangun pagi
  • Mencegah Osteoporisis (tulang menjadi rapuh)
Apakah manfaat ESP?
  • Kekal Muda - Asid Amino membina otot manusia, kuku, rambut, darah, organ, kulit, kelenjar, 50,000 jenis protein, 20,000 jenis enzim dan lain-lain. Pengambilan Energizing Soy Protein Shaklee adalah kunci untuk mengekalkan kulit muda dan otot serta memastikan kita sentiasa bertenaga.
  • Hormon Berasaskan Tumbuhan Semulajadi – kacang soya adalah tumbuhan yang hanya kaya dalam isoflavon yang sama dengan fungsi hormon wanita. Ia membantu dalam mengurangkan paras kolesterol dan mencegah osteoporosis dan penyakit jantung.
  • Memulihkan Fungsi Prostat Lelaki - genistein dalam kacang soya telah membuktikan bahawa ia mempunyai keupayaan untuk menghalang pertumbuhan dan mencegah sel kanser daripada merebak. Ia memusnahkan radikal bebas dalam sel-sel kita sebelum radikal bebas bermutasi DNA sel-sel menjadi sel-sel kanser. Ia juga menjaga rahim dan ovari, kitaran haid dan prostat.
  • Kulit berseri dan anjal – Merangsang regenerasi kulit dan otot, memulihkan kedutan, sebagai anti-penuaan, mengembalikan keserian kulit dan kelembutan-lembutan otot, sekali gus mempercepatkan pemulihan luka danmenghilangkan parut.
  • Pemberi tenaga segera – Membekalkan tenaga segera dan meningkatkan sistem imun, dengan itu ia memulihkan keletihan, migrain, insomnia dan tekanan gejala yang berkaitan seperti kemurungan, kebimbangan, ketakutan, dll.
  • Memulihkan Pigmentasi – Melambatkan proses uban, rambut gugur, masalah keadaan rambut, pigmentasi, freckles.
  • Memperbaiki Memori – Menguatkan ingatan, kecergasan, keupayaan seksual, dan sebagainya.

 2. SET MENYUSU

Alfalfa
Seringkali dikenali dengan 1001 khasiat yang tak ternilai. Apa yang penting ianya adalah berfungsi sebagai:

~ Mengandungi "galactogogue" yang membantu
~ Mempercepatkan penghasilan susu ibu
~ Memekatkan susu
~ Membantu perkumuhan (lebih lawas)
~ Membuang angin dalam badan
~ Mengelakkan baby dari kembung perut

Ostematrix

Ini adalah pil kalsium yang luarbiasa! Ianya lebih dari hanya KALSIUM. Kenapa?Ianya juga mengandungi vitamin D dan magnesium yang bila digabungkan bersama akan menghasilkan penyerapan kalsium dengan lebih baik.

~ Mudah ditelan.
~ Mengelakkan kuantiti susu berkurang ketika haid
~ Membantu masalah sembelit bagi ibu-ibu
~ Membantu pembinaan darah,tulang, gigi dan saraf
~ Mengelakkan osteoperosis
~ Mengelakkan rasa sengal kaki dan tulang belakang
~ Sentiasa bertenaga dan tidak mudah letih lesu

 
3. SET SENGGUGUT
 
Ostematrix
  • Melegakan kekejangan, sakit belakang dan gementar
  • Kalsium yang Diperkaya dgn Vitamin D - yang mana ia merangsang penyerapan kalsium dengan lebih efisyen.
  • Magnesium - Membantu mengasimilasikan kalsium ke dalam tulang
  • Boron - membantu dalam metabolisme tulang
  • Zink,mangan, dan tembaga - bg mengaktifkan enzim yg membantu dalam pembinaan kepadatan tulang.
 GLA Complex
  • Menggalakkan rasa kelegaan semasa kitaran haid bulanan. Biasanya, asid gamma linolenik digunakan secara tradisional bagi melegakan kesakitan semasa datang haid, sakit kepala, mengatur kitaran haid dan melegakan tanda-tanda putusnya haid.

4. SET MIGRAIN
 
Ostematrix
 
Terdiri dari kalsium,magnesium dan vitamin D.Kalsium yang dapat meringankan stress,memperbaiki jantung berdebar,memperbaiki depresi,mood swing dan sakit kepala.Magnesium dapat membantu sistem saraf,pengecutan otot dan saraf,menstabilkan denyutan tidak sekata yang sering di hadapi oleh penghidap Migraine.
 
B Complex
 
Mengandungi vitamin B2 dan B6 yang terbukti dapat mengurangkan kesakitan akibat migrain.Juga pengambilan vitamin ini dapat mengurangkan stress,strok dan depressi.
 
 
5. SET SENDI
 
Advanced Joint Health Tablet
  • Membantu mengekalkan tulang rawan yang sihat
  • Mengandungi tiga bahan penting yang menyokong kesihatan sendi iaitu :
          i ) Ekstrak Boswellia : Menyokong keselesaan sendi
          ii) Ekstrak Jagung : Meningkatkan kesan kusyen
          iii) Vitamin C, Mangan, Tembaga dan Zink :
  • Memelihara tisu sambungan yang sihat
  • Telah diuji secara klinikal berkesan dalam masa 5 hari
  • Tidak mengandungi kondroitin sulfat yang tidak diserap dengan baik apabila diambil secara oral serta boleh mengganggu penyerapan glukosamina
Ostematrix
  • Mengurangkan inflamasi
  • Mengekalkan sel tulang yang sihat
  • Mengurangkan gejala sakit sendi dan tulang
  • Bertindak sebagai pelincir yang membantu pergerakan sendi lebih lancar
  • Terbukti secara klinikal diserap sepenuhnya selepas 12 jam pengambilan
 
Apa tunggu lagi kawan-kawan, jom kita cuba salah satu.. Set Combo Ostematrix Shaklee ni.. 
 
*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. 

Zue Mat Amin

KENAPA KITA PERLUKAN OSTEMATRIX?

 Assalamualaikum semua..
 
Lama tak bersiaran di sebabkan kekangan masa dengan kerja-kerja hakiki di pejabat. Anda semua sihat? Harap semuanya sihat-sihat dan jangan lupa amalkan pemakanan suplemen yang betul demi kesihatan kita dan keluarga.. so, harini Zue nak bercerita tentang Ostematrix sempena dengan promosinya bulan ini. Kenapa kita perlukan Ostematrix ya?
 
OSTEMATRIX SHAKLEE SANGAT SESUAI BAGI MEREKA YG MENGALAMI MASALAH BERIKUT: 
  • Mereka yang selalu mengalami sakit2 kaki, sakit2 sendi, sakit di bahagian tulang belakang, sejuk2 badan, rasa bisa di tapak kaki, kebas atau terasa seperti kaki dicucuk2 dengan jarum.
  • Sakit kepala yang teruk dan berhari2.
  • Mereka yang mempunyai masalah pecah2 di telapak kaki dan rekahan di tumit kaki.
  • Mereka yang sedang menjalani fisioterapi.
  • Mereka yang mempunyai masalah kekangan pengambilan bahan2 tenusu seperti susu.
  • Mereka yang mudah keletihan dan tidur yang kurang membuatkan golongan ini mudah letih dan sukar untuk bangun tidur.
  • Mereka yang mengalami PMS yang sangat teruk sehingga terpaksa mengambil pil penahan sakit setiap kali datang bulan.
  • Mereka yang mempunyai masalah kesihatan yang berkaitan dengan darah.
Oleh yang demikian, Ostematrix sangat sesuai diambil sebagai pengganti kalsium yang berkurangan di dalam badan kita terutamanya kaum wanita yang kehilangan banyak kalsium ketika hamil. Penting sebagai menguatkan tulang dan mengelakkan kita diserang osteoporosis.. jadi tak hairanlah kenapa kita perlukan Ostematrix kan..

Hubungi Zue untuk dapatkan Ostematrix sekarang...
 
*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. 

Zue Mat Amin

21 April 2014

PETUA KURANGKAN BERDENGKUR

APA ITU BERDENGKUR?

Berdengkur ialah bunyi bising semasa bernafas, di mana sebahagian daripada saluran pernafasan atas seseorang itu tersumbat. Ia berlaku apabila terdapat sekatan pada aliran udara di dalam saluran pernafasan di bahagian belakang mulut dan hidung. Bunyi itu dikeluarkan apabila tisu di bahagian atas saluran pernafasan bergesel dan bergetar di antara satu sama lain. Berdengkur bertambah kerap mengikut umur dan biasanya tidak membahayakan.



SEBAB-SEBAB BERDENGKUR

1. Lemah otot-otot pada lidah, lelangit lembut dan tekak.

Apabila otot tidak tegang akibat arak atau ubatan yang menyebabkan otot lemah, lidah akan tertolak ke belakang, menutupi aliran udara atau otot tekak tertarik masuk ke dalam tekak dan menyekat salur pernafasan atas. Juga berlaku semasa waktu tidur yang nyenyak

2. Tisu tekak yang besar dan tebal.

Kanak-kanak yang mempunyai tonsil dan tisu adenoid yang membengkak selalunya berdengkur. Orang yang berlebihan berat badan dan mempunyai leher yang pendek dan besar akan mudah berdengkur.

3. Lelangit lembut dan uvula (anak tekak) yang panjang.

Uvula yang panjang akan mengecilkan rongga pembukaan dari hidung ke tekak. Getaran yang berlebihan dari tisu ini akan mengakibatkan dengkuran.

4. Saluran pernafasan tersekat.

Hidung yang tersumbat dan sukar bernafas menyebabkan individu lebih kerap menyedut udara untuk bernafas. Ini mengakibatkan ruang vakum yang berlebihan di dalam tekak, dan mengakibatkan tisu tekak yang lembut tertarik ke dalam danmengakibatkan dengkuran.

5. Batang hidung yang bengkok, polip dan jangkitan sinus.

KOMPLIKASI

Berdengkur, boleh juga mendatangkan masalah tidur yang serius yang dipanggil ‘sleep apnea‘ iaitu apabila seseorang itu berhenti bernafas lebih dari 10 saat buat seketika sewaktu tidur. ‘Sleep apnea‘ boleh membahayakan diri dan memerlukan rawatan selanjutnya.

RAWATAN

Dengkuran yang teruk ialah mereka yang berdengkur pada mana-mana kedudukan atau mengganggu orang lain, sepatutnya mencari khidmat nasihat perubatan bagi memastikan keadaan itu bukanlah masalah ‘sleep apnea‘.

Pakar Telinga, Hidung dan Tekak akan memeriksa hidung, mulut, tekak, lelangit dan leher mendengkur. Kajian semasa tidur yang dilakukan di dalam ‘makmal tidur’ perlu bagi mengenal pasti tahap keseriusan dengkuran dan kesan kesihatan ke atas mendengkur tersebut.

RAWATAN UNTUK DENGKUR

Rawatan adalah bergantung kepada diagnosis yang dibuat. Pemeriksaan akan menunjukkan dengkur adalah disebabkan oleh alahan hidung, jangkitan, kecacatan atau masalah tonsil dan “adenoid“. Rawatan diberi mengikut sebab-sebab yang dikenal pasti.

PETUA UNTUK MENGURANGKAN DENGKURAN

• Kurangkan berat badan jika anda mengalami masalah berat badan berlebihan

• Kurangkan pengambilan ubatan yang mempunyai kesan mengantuk pada waktu tidur

• Cegah pengambilan tranquilizer, pil tidur dan antihistamina sebelum tidur

• Amalkan tidur pada waktu yang tetap setiap hari

• Utamakan posisi tidur mengiring daripada posisi terlentang
• Tinggikan kepala katil anda lebih kurang 4 inci ke atas supaya posisi kepala lebih tinggi dan lidah tidak tertolak ke belakang.

Zue Mat Amin

14 April 2014

MAKANAN PEJAL PERTAMA BAYI ANDA

Hari ini Zue nak bincangkan dengan kawan-kawan semua tentang makanan pertama bayi kita.. apa yang anda berikan seawal bayi anda 6 bulan? Jom Zue kongsikan bersama.. Petikan di bawah Zue 'sharing' dari Theasianparent.com.. THUMBS UP!!

Seawal usia 6 bulan, sistem penghadaman bayi telah bersedia untuk menerima makanan tambahan selain susu ibu. Ikuti perbincangan tentang memperkenalkan makanan pejal pertama kepada bayi dan perkongsian resepi asas.


“Makanan pertama anak-anak akak semuanya sama tiap kali. Dua jenis saja, Farley’s Rusk yang dicampur susu dan bubur nasi dengan ikan bilis digoreng atau disangan.” ujar Puan Rozita Sahrani, ibu kepada enam orang anak. “Ikan bilis tu campur terus dalam nasi ke?” tanya saya spontan. “Ishh…tentulah tidak. Dikisar dulu sampai halus dan guna bila perlu. Tak pun kisar terus dengan bubur nasinya. Akak buat macam tu sampailah anak-anak boleh makan bubur nasi tanpa dikisar”, jelasnya lagi. Saya hanya tersenyum mengangguk-anggukkan kepala tanda setuju dan faham. Sememangnya menjadi ibu harus kreatif dan inovatif dalam menangani hal anak-anak.

Kali ini, kami bincangkan beberapa perkara tentang makanan pertama bayi dan cadangan menu untuk mereka. Panduan makanan pejal pertama bayi Sebelum pergi lebih jauh kepada beberapa asas penyediaan menu makanan, mari kita lihat beberapa pesanan tentang makanan pertama bayi ini.

• Berikan makanan pejal hanya selepas bayi berusia 6 bulan kerana, antara lain, sistem penghadaman telahpun bersedia ketika ini.
• Berikan makanan pejal 2 – 3 kali sehari.
• Biarkan bayi anda menentukan kuantiti yang dapat diterima pada satu-satu masa.
• Mulakan dengan makanan pejal yang dikisar menjadi puri bersama susu ibu. Buah-buahan dan sayuran yang sesuai termasuk epal, pisang, labu, lobak merah, kentang, bayam dan brokoli.
• Pastikan tiada gula atau garam ditambah pada makanan.
• Berikan satu-satu resepi selama 4 – 7 hari sebelum bertukar resepi lain bagi memastikan bayi anda betul-betul serasi dan tiada alergi terhadap makanan tersebut.

Tidak kurang pentingnya ialah menentukan sama ada si comel telah bersedia untuk mencuba makanan pejal pertamanya. Untuk itu, perhatikan perkara-perkara berikut pada bayi anda. Jika si comel mempunyai tanda-tanda ini, itu bermakna dia sudah bersedia untuk meneroka pilihan makanan selain susu:

• Boleh mengawal lidah dan pergerakan tengkok dengan lebih baik.
• Mula membuat pergerakan mengunyah ke atas-ke bawah.
• Boleh duduk sendiri dengan sokongan yang minimum.
• Suka memasukkan sesuatu ke dalam mulut.
• Menunjuk minat pada apa yang anda makan.

Berikut beberapa resepi yang di kongsi oleh ibu-ibu berpengalaman, melalui laman web dan temubual:

BUBUR NASI

Bubur nasi kosong yang dikisar halus tanpa tambahan garam mahupun gula adalah pilihan utama kebanyakan ibu-ibu bagi memperkenalkan makanan pejal kepada bayi. Bubur nasi boleh disediakan dengan memasak nasi biasa dan dikisar halus bersama susu atau memasak bubur nasi hingga lembut.

Bubur nasi berlauk ikan bilis, ikan dan isi ayam
Bubur nasi boleh juga dikisar bersama ikan bilis, ikan dan ayam atau bersama sayur-sayuran. Bagi ikan bilis, buangkan kepala dan tahinya terlebih dahulu dan pastikan ianya lembut dengan merendamnya sebelum digoreng atau disangan (goreng tanpa minyak). Ia kemudiannya dikisar kering dan dicampurkan ke dalam bubur nasi. Ikan bilis boleh juga direbus terus bersama bubur nasi. Bagi ikan dan isi ayam, ia harus direbus atau kukus terlebih dahulu sebelum dilecek atau dikisar bersama bubur nasi.

Bubur nasi berlauk sayuran
Bagi sayur-sayuran, perkenalkan sayuran yang memberi rasa manis seperti lobak merah, brokoli dan bayam. Sayur-sayuran boleh dikukus atau direbus terlebih dahulu secara berasingan sebelum dilecek dan dicampur ke dalam bubur nasi atau dikisar bersama bubur nasi.

Bubur nasi puri buah-buahan
Bagi buah-buahan yang lembut seperti pisang dan betik, boleh dilecek dan diberi terus. Untuk buah-buahan yang keras seperti pir dan epal, boleh dikukus sebelum dikisar halus menjadi puri. Sesetengah ibu menambah susu untuk mencairkan dan menambah nasi untuk memekatkan, semasa mengisar.

Akhir sekali, ingatlah ini kali pertama si comel anda merasa makanan baru. Jangan berputus asa untuk mencuba beberapa resepi jika mereka tidak dapat menerima makanan yang diberikan. Juga, jika anda menyusukannya, teruskanlah sehingga usianya dua tahun bagi mendapat manfaat terbaik daripada susu ibu. Sabar adalah kunci kepada segala kebahagiaan.


Zue Mat Amin

13 April 2014

CAROTOMAX SHAKLEE PENAWAR RABUN, SILAU, GLAUCOMA DAN KATARAK MATA

Kemunculan Carotomax Shaklee baru-baru ini menjadi rebutan semua pelanggan-pelanggan Shaklee yang telah sekian lama menunggu kemunculannya.. Apa yang bestnya Carotomax Shaklee?
APA ITU CAROTOMAX?

Carotomax adalah campuran unik alpha-carotene, astaxanthin, beta-carotene, lutein, lycopene, and zeaxanthin yang menghasilkan carotenoid yang lengkap.

Carotomax adalah kandungan vitamin A yang baik untuk kesihatan mata dan penglihatan yang baik serta dapatkan meredakan penyakit kulit dan berkesat untuk masalah jeragat. Ianya meningkatkan antioksida (system imun), dapat melawan kanser dan oksidasi. 

Vitamin A bentindak untuk menentang jangkitan dan penyakit-penyakit, di mana ia meletakkan halangan di barisan hadapan yang kuat untuk menentang jangkitan.

Bagaimana? Dengan membantu tisu-tisu epitelium badan iaitu sel-sel yang membentuk kulit kita dan menjadikan mata, mulut, hidung, tekak, paru-paru, saluran penghadaman, dan saluran kencing berkembang dan repair dengan sendiri. Tisu-tisu ini berada di permukaan luar dan dalaman badan bagi mengelakkan pencerobohan. Tanpa Vitamin A yang cukup, sel-sel ini menjadi kaku, kering, dan lebih cenderung untuk membolehkan kuman boleh melalui permukaan luar ke dalam badan.

Bagaimana untuk mendapatkan bekalan vitamin A dalam pemakanan? Tak lain dan tak bukan adalah melalui tumbuh-tumbuhan yang mengandungi karotene. Tumbuh-tumbuhan yang berwarna oren, merah dan kuning adalah kaya dengan karotene dan karotene yang paling banyak adalah jenis beta karotene.

Badan kita mudah menukarkan beta karotena kepada Vitamin A di dalam usus kecil, di mana enzim khas memecahkan satu molekul beta karotena kepada separuh untuk menghasilkan dua molekul Vitamin A.
Jika badan tidak memerlukan Vitamin A, beta karotene tidak akan ditukarkan. Sebaliknya, ia beredar di dalam darah dan memasuki ke dalam sel-sel manakala selebihnya akan disimpan di dalam tisu lemak.
Setiap kali kita memerlukan vitamin A, hati dengan cepat menukarkan beta karotena yang disimpan di tisu lemak tadi.

Apakah carotenoids? Carotenoid adalah pigmen yang membentuk warna sayur-sayuran. Ia memberi warna oren kepada carrot, tomato dan sebagainya.

APAKAH FUNGSI DAN KEBAIKAN CAROTENOID?
  •  Melindungi sel daripada kesan pemusnahan oleh radikal bebas
  • Sumber Vitamin A terbaik
  • Meningkatkan sistem imunisasi
  • Membetulkan fungsi organ tubuh
Sumber yang mengandungi carotenoid adalah lobak, kentang, bayam, tomato dan lain-lain sayuran. Cara yang terbaik untuk mengekalkan kandungan carotenoid ialah dengan mengambil sayuran ini


Bagaimana Vitamin A dari beta carotene sangat bermanfaat untuk masalah mata seperti rabun, silau, katarak? Kandungan Carotomax Shaklee penawar rabun, silau, glaucoma dan katarak mata. Jom kita baca dengan lebih lanjut.

1. MENGELAKKAN RABUN MALAM

Vitamin A membantu kita melihat dengan baik dalam kegelapan. Retina mata (lapisan sel-sel peka kepada cahaya di belakang mata) mengandungi sejumlah besar Vitamin A, terutamanya dalam struktur kecil yang dipanggil rod yang digunakan untuk penglihatan. Jika kita tidak mendapat cukup Vitamin A, kita akan menjadi rabun pada waktu malam iaitu tidak boleh melihat dengan baik dalam gelap atau dalam cahaya malap. Walaupun semua orang ada kebarangkalian untuk menjadi semakin rabun apabila usia meningkat, vitamin A membantu memperlahankan proses tersebut.

2. MENCEGAH KATARAK

Katarak terbentuk apabila kanta mata anda menjadi keruh, mengecil atau menyekat sepenuhnya
jumlah cahaya yang memasuki mata. Pada satu masa katarak merupakan punca utama kebutaan, tetapi
ianya boleh diatasi dengan pembedahan. Ada bukti kukuh bahawa diet yang kaya dengan karotenoid, terutamanya beta karotena, membantu mencegah katarak dengan menyerap radikal bebas sebelum mereka boleh merosakkan kanta.

3. PELIHARA PENGLIHATAN

Vitamin A membantu mencegah yang berkaitan dengan age-related macular degeneration (AMD). Makula merupakan satu kelompok kecil sel-sel yang sangat sensitif di tengah retina. Ia adalah penting untuk penglihatan yang tajam. Makula akan merosot selari dengan usia yg boleh menyebabkan kehilangan penglihatan dan buta akhirnya. AMD adalah punca utama kebutaan di kalangan mereka yang lebih 65 tahun. Menurut satu kajian, makan hanya satu hidangan sehari yangkaya dengan beta karotena boleh mengurangkan peluang mendapat AMD sebanyak 40%.

Carotomax Shaklee penawar rabun, silau, glaucoma dan katarak mata. Boleh dapatkan segera daripada saya agen Shaklee sah anda. Sementara stok masih ada.

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. 

Zue Mat Amin

CARA MEMULAKAN BISNES SHAKLEE


Sana sini kita lihat dan dengar tentang kewujudan ramai Dealer Shaklee terutamanya di laman-laman social seperti  Facebook, Instagram , Blog, Twitter dan sebagainya. Mengapa ramai yang mempercayai Shaklee? Dan kenapa jika sudah mula terjebak dengan Shaklee kita tak mahu berhenti di tengah jalan? Dealer-dealer Shaklee ini tumbuh mekar bagaikan cendawan dan hampir setiap hari kita di hujani dengan pelbagai soalan-soalan seperti ini..

“ Bagaimana caranya untuk menjadi dealer Shaklee?”

“ Ramai yang dah buat Shaklee ni.. senang ke nak jadi Distributor Shaklee ni?”

“ Betul ke boleh dapat 5-6 angka dalam tempoh yang singkat?”

Jom saya ceritakan bagaimana cara memulakan bisnes Shaklee ni. Mudah sangat seumpama menanam pokok.. sesiapa pun boleh tanam.. tapi bukan tanam saje ye, rajin-rajinlah siram dan membaja kalau tidak manakan dapat hasilnya.. tapi bagaimana?

CARA PERTAMA

Membayar yuran keahlian sebanyak RM65 untuk seumur hidup. Tambah kos postage RM10 bagi semenanjung dan RM20 bagi Sabah dan Sarawak . Anda akan menerima starter kit/beg shaklee direct yang akan dihantar terus dari HQ Shaklee ke rumah anda. Dengan pendaftaran sebagai ahli tersebut, anda sudah pun bergelar pengedar sah Shaklee di samping boleh beli semua produk Shaklee pada harga ahli. Jimat berganda-ganda kan. Bukan itu sahaja jadi ahli untuk makan sendiri pun boleh.

CARA KEDUA

Nak jadi ahli tapi tak mahu membayar? Boleh juga.  Untuk keahlian percuma pula, setiap pembelian barangan Shaklee minimum RM680 dan ke atas iaitu dengan 200 points, anda secara automatic dapat menjadi ahli Shaklee secara percuma untuk seumur hidup. Yang lagi best, bukan sahaja dapat jimat yuran keahlian yang berharga RM75/RM85, anda juga akan memperolehi bonus yang akan di ‘bank-in’ terus ke dalam bank yang telah anda daftarkan pada 15hb bulan berikutnya. Kalau kira-kira, and sudah jimat RM100 lebih.

Selain itu, anda berpeluang untuk dapat 3 bonus utama Shaklee iaitu ‘Car Bonus, Cash Bonus dan Convention Trip’. ‘Cash Bonus’ adalah di mana anda akan memperolehi bonus bulanan yang akan dimasukkan terus ke dalam akaun bank anda. Untuk ‘Car Bonus’, Shaklee memperuntukkan wang khas untuk membeli kereta idaman anda. Anda boleh memilih sama ada anda inginkan kereta idaman tersebut atau pun di tukar kepada wang tunai. Bagaimana pula dengan ‘ Convention Trip’ Shaklee akan taja 100% umrah/percutian 5 bintang kepada anda.

Bukan setakat itu sahaja, selepas sah menjadi pengedar Shaklee anda akan di serap ke ‘group-group Shaklee’. Group yang terdiri daripada group nenek moyang kita dari pelbagai medium social termasuklah Facebook dan Whatsapp/Telegram. Memang seronok kerana kita akan mula bekerjasama dengan kumpulan yang terdiri daripada nenek moyang kita, adik beradik Shaklee kita dan tentu sekali anak-anak ‘downline’ kita jika kita telah mempunyai anak kelak. Pelbagai teknik pemasaran akan kita pelajari di samping motivasi dan kata-kata nasihat.


Rumusan yang dapat dibuat daripada ‘Cara Memulakan Bisnes Shaklee’ adalah seperti berikut:

1. Daftar ahli dengan sesiapa yang anda rasa selesa bekerja dengannya.

Kena belajar tentang produk bukannya jadi ahli dan hanya duduk diam sahaja.  Bertanyalah jika tidak arif. Belajar tentang selok-belok syarikat, bagaimana untuk meningkatkan bonus bulanan kita dan perbanyakkanlah interaksi antara upline dan sideline anda. Hubungan baik sebelum memulakan perniagaan juga merupakan asas kepada kejayaan memiliki pendapatan  setaraf pendapatan sekarang atau lebih.

2. Memiliki blog peribadi

Kalau sudah ada blog sendiri, boleh gunakan ia sebagai platform untuk mempromosikan produk dan promosi bisnes. Selain itu, tips-tips dan hint-hint bagaimana menjadikan blog anda lebih power lebih canggih manggih segalanya boleh dipelajari dari group masing-masing.

3. Pastikan anda dimasukkan kedalam group bisnes masing-masing.

Group adalah medium yang peling penting dalam menentukan kejayaan sesebuah perniagaan. Tak kira perniagaan kecil mahupun besar. Sila pastikan upline anda bertanggungjawab terhadap anda setelah anda sah bergelar pengedar Shaklee. Perbincangan lebih lanjut mengenai group bisnes akan membantu meningkatkan taraf bisnes anda dan group anda dengan lebih berkesan.

4. Mulakan perlahan-lahan, sabar dan berterusan.

Ilmu yang diperolehi dari group, amalkan secara konsisten. Perniagaan anda, andalah yang bertanggungjawab terhadapnya.



“KEJAYAAN KITA PENENTU MASA DEPAN KITA”

Zue Mat Amin

12 April 2014

VITAMIN E HILANGKAN STRETCH MARK


Stretch mark terjadi disebabkan oleh beberapa situasi yang memberi tekanan tambahan pada kulit kita seperti pertambahan berat badan secara tiba-tiba, kehamilan dan pertumbuhan berat badan yang drastik semasa remaja. Ia sangat menakutkan juga jika ia kelihatan sangat-sangat tegang di saat-saat akhir kehamilan. Kadang-kadang semasa stretch mark juga berlaku ketika senaman di mana regangan badan dilakukan secara berlebihan.

BAGAIMANA UNTUK MENGHILANGKAN STRETCH MARK INI?

Terdapat pelbagai cara dan tips-tips yang boleh kita cuba dan salah satunya tentulah dengan VITAMIN E COMPLEX SHAKLEE



Vitamin E adalah antioksidan yang kuat di mana ia akan menembusi lapisan kulit kita dan membantu proses penyembuhan luka semula jadi semasa membuang parut di atasnya. Bagaimana untuk menggunakan vitamin E untuk menghilangkan stretchmark?

Ambil 1 biji capsul Vitamin E Complex Shaklee, cucuk dengan jarum dan keluarkan minyak Vitamin E dari kapsul dan sapu rata ke permukaan kulit di kawasan stretch mark. Biarkan selama 40 min dan kemudian basuh dengan air bersih. Amalkan tips ini sekurang-kurangnya 5 kali seminggu dan hasilnya akan membuatkan anda terpukau..

SELAMAT MENCUBA



    Zue Mat Amin

    06 April 2014

    TEH HIJAU UNTUK KESIHATAN

     
    Teh hijau amat sinonim jika dikaitkan dengan diet. Tapi banyak lagi kelebihan lain selain dari digunakan untuk kurus.. Jom baca lagi..
     
    
    11 KELEBIHAN TEH HIJAU UNTUK KESIHATAN

      Antara kelebihannya adalah:

    1. Kelebihan Teh Hijau #1: Mengurangkan Berat Badan Teh Hijau meningkatkan metabolisma badan. Apabila metabolisma badan meningkat, badan lebih cepat 'memproses' lemak yang tersimpan dalam badan dengan lebih kerap. Polifenol yang terdapat dalam teh hijau berfungsi untuk meningkatkan oksidasi/pemprose...san lemak dan meningkatkan kadar pertukaran makanan kepada kalori.

    2. Kelebihan Teh Hijau #2 : Pesakit Diabetes Teh Hijau membantu mengawal kadar glukosa dan seterusnya mengelakkan peningkatan gula dalam darah selepas makan. Ia sekaligus mengelakkan peningkatan insulin yang mendadak dalam darah serta mengelakkan penyimpanan lemak.

    3. Kelebihan Teh Hijau # 3: Pesakit Jantung. Para saintis percaya Teh Hijau bermanfaat kepada saluran dan injap darah, saluran darah menjadi lebih stabil dan tenang untuk perubahan tekanan darah yang berubah secara tiba-tiba. Dengan ini, ia akan mengurangkan kes saluran darah tersumbat yang menyebabkan sakit jantung.

    4. Kelebihan Teh Hijau #4: Risiko Barah Esofagus
    Teh Hijau dipercayai mengurangkan risiko Barah Esofagus, ia juga dipercayai membunuh sel barah tanpa merosakkan sel-sel sihat yang berdekatan dengannya.

    5. Kelebihan Teh Hijau #5: Kolestrol
    Teh Hijau mengurangkan paras kolestrol jahat dalam badan dan meningkatkan nisbah kolestrol baik berbanding kolestrol jahat dalam badan.

    6. Kelebihan Teh Hijau # 6: Alzheimer dan Parkinson
    Teh Hijau dipercayai boleh mengurangkan risiko kesihatan oleh penyakit Alzheimer dan Parkinson. Kajian terhadap seekor tikus menunjukkan teh hijau melindungi sel otak dari rosak dan memperbaiki sel otak yang rosak.

    7. Kelebihan Teh Hijau #7 : Reputan pada Gigi
    Satu Kajian menunjukkan sejenis bahan kimia antioksida "catechin" dalam teh boleh membunuh bakteria dan virus yang menyebabkan jangkitan pada tekak, karies gigi dan masalah gigi yang lain.

    8. Kelebihan Teh Hijau #8 : Tekanan Darah.
    Pengambilan Teh Hijau yang kerap boleh mengurangkan risiko tekanan darah tinggi.

    9. Kelebihan Teh Hijau #9 : Tekanan Perasaan

    Theanine adalah sejenis asid amino yang terdapat dalam teh. Asid amino ini bertindak untuk memberikan perasaan tenang kepada peminum teh.

    10. Kelebihan Teh Hijau #10: Antibakteria.
    'Catechin' dalam teh adalah sejenis antibakteria yang kuat yang dapat menyembuhkan pelbagai penyakit dari jenis influenza hingga barah. Kajian terhadap Teh Hijau menunjukkan ia mampu mengelakkan dari penularan penyakit berjangkit.

    11. Kelebihan Teh Hijau #11: Penjagaan Kulit
    Teh Hijau mampu mengurangkan kedutan dan tanda-tanda penuaan, kerana ia ada ciri-ciri antioksidan dan antiradang. Kajian terhadap manusia dan haiwan menunjukkan teh hijau mampu mengelakkan dari kerosakan dari panahan cahaya matahari.

    SEMOGA BERMANFAAT

    Zue Mat Amin



        SISIK IKAN MERAH DAN SHAKLEE COLLAGEN POWDER

        Kenapa sisik ikan merah dikaitkan dengan Shaklee Collagen Powder? Anda semua tentu nak tahu kan... Rupanya sisik ikan merah mempunyai kolagen yang diperlukan untuk kecantikan manusia. Jadi tak hairanlah mengapa Shaklee memlilih sisik ikan merah sebagai ramuan utamanya..


        Shaklee Collagen Powder merupakan suplemen kolagen yg unggul, mengandungi 4000mg Kolagen RSS(sisik ikan merah) proprietari, sejenis kolagen tulen dan bermutu tinggi yg dieskstrak dari sisik ikan merah. Kenapa ikan merah yang dipilih? Ramuan utama kolagen adalah :-

        1. Ekstrak biji Camelia japonica
        2. Kolagen ikan
        3. Ekstrak kekerang
        4. Lactobacillus acidophilus
        5. Vitamin C
        6. Vitamin B


        Ramuan-ramuan ini digabungkan untuk mempertingkatkan keberkesanan kolagen RSS dan menyokong kecantikan dari dalam ke luar.. Ikan Merah merupakan satu-satunya ikan yang boleh tahan hidup di bawah paras laut yang kedalamannya sehingga 5000m di bawah paras laut, dan pada keadaan bertekanan tinggi!
        Ini menunjukkan sisik ikan merah ini sangat kuat menahan tekanan tinggi dan juga merupakan sumber kolagen yang sangat tahan lasak





        KANDUNGAN UTAMA SHAKLEE COLLAGEN POWDER

        1. Kolagen dari Sisik Ikan Merah
        Sisik ikan merah adalah sumber kolagen terbaik. Merupakan ikan laut dalam, kurang pencemaran , tahan lasak dan kadar penyerapan yang tinggi berbanding kolagen haiwan lain. 

        2. Ekstrak biji Camellia Japonica
        Biji Camellia Japonica, terdiri daripada asid oleik yang dapat melembapkan kulit secara hebat, juga merupakan antioksidan semulajadi yang mampu mengurangkan radikal bebas.

        3. Ekstrak Pfaffia
        Juga dikenali sebagai Ginseng Brazil, bilamana bergabung dengan ekstrak bii Camellia Japonica akan membantu formasi kolagen dan asid hyaluronic. Asid ini memainkan peranan penting dalam menghidratkan tisu tubuh untuk menjadikan kulit lembut, lembap dan licin.

        4. Elastin dari Kolagen Ikan
        Elastin memelihara kulit menjadi fleksibel dan tegang, memberikan reaksi melantun apabila kulit ditarik.

        5. Vitamin C dan Vitamin B
        Vitamin C menggalakkan penghasilan kolagen dan menentang radikal bebas yang merosakkan kulit kita. Vitamin B meningkatkan metabolisma karbohidrat, lemak dan protein untuk membebaskan tenaga yang diperlukan untuk penghasilan kolagen.

        6. Ekstrak Kekerang
        Glukosamin ekstrak kekerang adalah penting dalam sintesis cecair synovial yang membekalkan pelincir kepada sendi-sendi dan menghidrat mata untuk melegakan ketidakselesaan mata.

        7. Lactobacillus Acidophilus
        Membantu mengimbangi mikroflora usus dan membantu membina semula usus yang sihat, yang mampu meningkatkan penyerapan kolagen.


         
        TESTIMONI
         
        Apa tunggu lagi.. yang mahal semestinya yang terbaik dari kami.. Jom pakat-pakat kita guna Shaklee Collagen Powder pulak.. Janji cun..hehe
         
        *Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. 

        Zue Mat Amin

        ASID FOLIC DAN KEHAMILAN


        Kenapa Asid Folic penting semasa kehamilan? Ibu-ibu atau bakal ibu harus bersiap sedia untuk menyambut kedatangan orang baru dalam keluarga. Sebelum anda merancang untuk hamil anda perlulah persiapkan diri anda dengan pemakanan yang sihat serta Asid Folic. Anda dinasihatkan untuk mengambil Asid Folic 3 bulan sebelum mengandung. Ye.. Asid Folic dan kehamilan adalah berkaitan. Ini bertujuan untuk mengelakkan spina bifida dan juga birth defetcs kepada bayi yang bakal dilahirkan. Sekurang-kurangnya 400 mcg asid folik diperlukan oleh badan si ibu.

        Jom kita baca info lanjut tentang Asid Folic.

        FUNGSI

        Asid Folic dianggap sebagai makanan otak, ia diperlukan untuk pengeluaran tenaga dan pembentukan sel darah merah. Ia juga menguatkan imuniti dengan membantu dalam pembentukan yang sesuai dan fungsi sel darah putih. Oleh kerana ia berfungsi sebagai koenzim dalam sintesis DNA dan RNA , ia adalah penting untuk pecahan dan penyalinan sel yang sihat. Asid Folic terlibat dalam metabolisma protin, dan telah digunakan dalam pencegahan dan rawatan Asid Folic anemia. Zat ini juga boleh membantu dalam depresi dan "anxiety".

        Asid Folic sangat penting dalam kehamilan. Ia membantu mengatur pembentukan sel saraf "embryonic" dan " fetal" , yang mana amat penting untuk tumbesaran yang normal.

        Asid Folic sangat berkesan apabila digabungkan dengan vitamin B12 dan vitamin C.

        SUMBER

        Makanan berikut mengandungi folik asid: barli, daging lembu, bran, ragi yang ditapai, beras perang, keju, ayam, buah kurma, sayuran berdaun hijau, daging kambing, hati, susu, cendawan, oreng, sayuran berubi, ikan salmon, tuna, gandum, dan bijirin.

        KEKURANGAN BOLEH MENYEBABKAN :
        • Sakit di sekeliling mulut.
        • Sakit lidah.
        • Tumbesaran yang lembap, pada kanak-kanak.
        • Anemia

        B COMPLEX SEBAGAI ASID FOLIC YANG TERBAIK

        B Complex Shaklee merupakan asid folic terbaik buat anda.

        Tekanan harian, runsing dan beberapa preskripsi ubatan berunsur dadah boleh menyebabkan pengurangan kandungan Vitamin B di tubuh anda.

        B complex menawarkan gabungan hebat 8 jenis vitamin B yang diperlukan oleh tubuh untuk berfungsi dengan baik.

        Ia juga membantu menyokong pertumbuhan sel dan bahagian tertentu, tenaga metabolisme, menjaga kesihatan kulit dan nengawal tekanan harian. Jadi tidak hairanlah mengapa Asid Folic dan Kehamilan adalah berkaitan.. Jom order...


        *Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. 

        Zue Mat Amin
        Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
         

        Copyright © 2012 Reserved to superbvitaminme
        Design by Ccicute Design