16 August 2014

TIPS MENGGALAKKAN ANAK-ANAK MAKAN

Assalamualaikum semua.. bersua lagi.. harini nak sembang perihal pemakanan anak-anak seawal kanak-kanak. Bercerita tentang pemakanan mereka dan betapa pentingnya zat dan makanan berkhasiat..
 
Para ibu bapa perlu mengambil berat tentang hal pemakanan kanak-kanak. Kanak-kanak lebih suka makanan tidak berzat mengisi menu mereka berbnding makanan berkhasiat yang disarankan. Ini sebenarnya tidak bagus untuk peringkat mereka kerana fa...ktor pengaruh rakan sebaya, iklan di televisyen dan persekitaran yang turut menyumbang kepada gejala tidak sihat ini..

Kedegilan tabiat pemakanan ini akan lebih buruk jika ibu bapa memandang ringan soal sebegini dengan harapan ia akan berhenti dengan sendirinya. Namun ada beberapa tip untuk menggalakan anak-anak makan makanan yang berzat seperti sayur, buah, daging dan sebagainya mengikut keperluan zat mereka. Antara caranya ialah:

1. MAKAN BERSAMA ANAK

 - selain merapatkan hubungan dengannya, secara tidak langsung anak anda akan makan dengan lebih banyak bersama anda. Pastikan anda utarakan topik perbincangan yang ringan agar perjalanan dimeja makan menjadi lebih santai.

2. GUNAKAN KREATIVITI

 - hidangan untuk anak anda haruslah dihias dengan kreatif untuk menarik minat mereka. Sekali sekala apa kata lakukan perubahan pada menu dengan menyediakan makanan yang berbeza serta kreativiti memotong sayur-sayuran dan buah-buahan mengikut karakter kartun kesukaan mereka.
 

 3. BERBINCANG BERSAMA

 - sebelum menyediakan menu, sama ada untuk sarapan, makan tengah hari atau makan malam, apa salahnya berbincang terlebih dahulu tentang menu yang mereka gemari. Sedikit sebanyak proses ini membuatkan anak-anak rasa dihargai. 

 4. MEMBERI TELADAN

 - mama dan papa perlu memainkan peranan yang penting dalam memberi teladan dan galakkan kepada anak-anak untuk mengambil makanan yang berzat. Oleh itu, jangan ketinggalan libatkan diri bersama anak-anak di meja makan.

Salah satu cara untuk memberi zat yang mencukupi buat anak-anak dan menambah selera mereka adalah dengan memberi mereka minum Mealshakes. Mealshakes berperisa vanilla dan sangat digemari kanak-kanak yang susah untuk makan.
 
 
Info lanjut tentang kebaikan MEALSHAKES dan siapa yang memerlukannya SILA KLIK SINI
 
https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=19873725ed76e249281f495eb7d547ac
 
 
*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. 

Zue Mat Amin

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2012 Reserved to superbvitaminme
Design by Ccicute Design